Rabu, 26 Jun 2013

MEMAHAMI POLITIK JALAN RAYA







HANYA SATU PILIHAN
JALAN RAYA

TIDAK ADA PILIHAN
Satu Dunia telah tahu bahawa United Malays National Organisation telah menipu untuk menang dalam PRU13. Bukti paling jelas ialah apabila Presiden Indonesia Susilo Bambang bertemu dengan  Anwar Ibrahim  di Bali. Anwar  dilaporkan oleh media Indonesia sebagai  tamu resmi Presiden Bambang.

Bertemu sebagai tamu ini bukan satu yang asing. Menyambut Ketua Pembangkang dari negara mana pun bukan satu yang salah. Ini tugas resmi seorang Presiden. Tetapi apa yang jengkel – apa yang ganjil – ialah Najib Razak juga sedang berada di Jakarta pada waktu dan ketika yang sama. Najib Razak ialah Perdana Menteri bukan Ketua Pembangkang ( belum lagi). Tetapi Najib Razak TIDAK menjadi tamu Bambang Susilo. Najib hanya pukul talipon.  Pelik?

Bukan pelik tetapi dalam bahasa diplomasi – dalam bahasa adat istiadat negara –  perbuatan pukul talipon ini dibaca sebagai satu penghinaan. Najib hanya dapat memukul talipon bercakap dengan Bambang walhal Anwar Ibrahim  duduk bersembang panjang dengan Bambang.

Untuk memedihkan  luka didada  Najib Razak kelihatan di seluruh kota Jakarta  papan iklan yang memaparkan wajah Anwar dan Wan Azizah dengan ucapan ‘‘Selamat Datang’. Mustahil iklan besar berwajah Anwar ini gagal dilihat oleh Najib kerana ianya terpampang merata-rata. Siapa punya kerja memasang iklan ini? Jawabnya:  wallah hualam bisawwab. 

Apa sebenarnya sedang berlaku?  Apa yang sedang berlaku ialah keputusan PRU13 ini telah menimbulkan kesangsian  oleh negara-negara jiran. Mereka melihat jelas bahawa penipuan telah berlaku.  Dalam negara Asean mungkin hanya  negara Singapura yang tergolek dog ketawa puas hati apabila Najib dikatakan menang. Ini kerana Najib Razak amat senang untuk dibeli oleh Singapura.

Jemputan Bambang kepada  Anwar dan keengganan Bambang menyambut Najib itu dalam bahasa diplomasi ialah : Indonesia tidak menerima bulat bulat keputusan PRU13. Bahasa daqn nahu diplomasi ini amat halus. Kita hanya membaca tanda dan makna dari cara Najib memukul talipon untuk bercakap dengan Bambang.

Ketika saya menulis ini parlimen sudah mula bersidang. Para ahli parlimen telah angkat sumpah. Tetapi yakinlah bahawa kes Tipu PRU13 ini belum selesai.  Orang ramai , anak muda dan dan anak  semua bangsa TIDAK berpuas hati kerana kemenangan Pakatan Rakyat telah dirampas oleh United Malays National Organisation. Ketidak puasan hati ini pasti akan diterjemahkan. Yakinlah.

Keangkuhan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan satu yang tidak baik. Sebenarnya mereka berdua ini telah banyak membantu menaikkan kemarahan orang ramai terhadap lembaga SPR itu sendiri. Semakin banyak kenyataan yang keluar dari mulut malaon berdua ini  semakin  merundum keyakinan orang ramai terhadap lembaga SPR.

Selesai sahaja PRU13 ini  kelihatan semakin ramai warga Malaysia mendapat kesedaran bahawa sistem  pilihan raya  di Malaysai ini sebenarnya hanyalah gula-gula  untuk menipu orang ramai. Gula-gula yang dibungkus dengan kertas bernama demokrasi.  

Bertahun-tahun saya telah menulis, berceramah dan berforum menerangkan  tentang sistem pilihan raya  di Malaysia  ini adalah sistem pemilihan yang menipu. Saya telah ke hulu ke hilir. Berbuih-buih bercakap. Berbuku jari tangan mengetik komputer untuk menuliskan fakta penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dirancang untuk membolehkan United Malays National Organisation menang.

Apabila PRU13 sampai dan selesai – saya merasa cukup senang hati. Tesis dan  teori saya tentang pilihan  raya di Malaysia telah dilihat jelas. Untuk saya, pada 5 Mei 2013  bukan hari  membuang undi. Hari  5 Mei 2013 itu ialah hari kuliah  akhir dari siri kuliah-kuliah dan syarahan yang telah saya beri.

Pada 5 Mei yang lalu pencerahan tentang tentang penipuan dalam pilihan raya dilihat secara pratikal dengan terang oleh para pengundi.  Kalau dulu ada yang merasa was-was , ada yang merasa sangsi tentang apa yang saya tulis. Ada yang menuduh saya menabur aji-no-moto pada sup tulang kering yang tidak berdaging. Saya dikatakan berupaya  membesar-besarkan pekara-pekara kecil. Tetapi sesudah 5 Mei ini jelas kelihatan bahawa apa yang selama ini saya tulis adalah tepat dan betul. PRU13 adalah penipuan.

Penipuan PRU13 ini muncul dari sebuah kerajaan yang menjalankan dasar yang zalim. Dasar politik dan dasar agihan ekonomi yang tidak menyebelah kepada orang ramai. Rompakan  harta negara atas nama pembangunan.  Menjarah tanah orang kampong atas nama pembangunan. Merampas tanah dalam bandar atas nama MRT. Semua ini telah diketahui ramai. Semua kejahatan dan kezaliaman ini di ketahui umum.

Justeru untuk meneruskan kuasa melalui satu pilihan raya yang adil dan bersih adalah mustahil. Dalam dalam masa yang sama saya rasa telah berjaya memaparkan bahawa dalam negara Dunia Ketiga ini, dalam pemerenthan yang zalim dan korup – kerajaan zalim – mustahil dapat diganti melalui pilihan raya.

Dalam pada itu saya yakin ramai dari ahli parlimen dan para YB dari Pakatan Rakyat masih memiliki ilusi bahawa pada PRU14 nanti mereka akan berjaya melakukan  ledakan kemenangan. Saya yakin ramai diantara YB dari Pakatan Rakyat memiliki mimpi dan angan-angan bahawa jika mereka berkempen lebih kuat lagi, menjerit lebih kuat lagi, berdoa lebih buih   pasti Pakatan Rakyat akan berjaya. Malah ada yang merasa bahawa para YB bukan sahaja wajib pergi ziarah kematian pengundi di kawasan  malah para YB juga patut menggali kubur untuk  Si Arwah.

Kenapa ada ilusi ini? Kenapa ada angan-angan ini? Apakah mereka tidak dapat melihat dari apa yang telah berlaku dalam PRU13 ini? Atau apakah mereka bebal sekali hinggalkan gagal untuk melihat bahawa yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation tetapi satu sistem yang akan memastikan United Malays National Organisation terus menang.

Parta politikus yang memiliki pandangan bahawa pada PRU14 Pakatan Rakyat akan menang sebenarnya sedar akan kemustahilan untuk mengulingkan sebuah rejim yang zalim melalui pilihan raya. Merekja sedar tetapi mereka takut mengahadapi kenyataan bahawa jika bukan pilihan raya maka tidak dapat tidak jawabnya pilihan jalan raya.

Mustahil para politikus ini tidak membaca akhbar dan melihat bagaimana Muhamad Reza Pahlavi telah dihumbankan oleh gerakan jalan raya di Iran. Atau u melihat bagaimana Haji MUhamad Suharto dan Marcos dihumbankan oleh rakyat. Mungkin nama-nama ini terlalu lama  tersimpan dalam sejarah dan  para politikus ini  terlepas pandang. Bagaimana pula dengan gerakan anak muda dijalan raya yang menggulingkan Hosni  Mubarak? Mustahil mereka tidak membaca kerana ini berita terhangat  hanya berlaku dua tahun dahulu.

Saya amat yakin dan amat sedar bahawa para politikus ini tahu tentang gerakan  anak-anak muda yang menggunakan jalan raya untuk menggulingkan rejim yang zalim. Mereka melihat apa yang berlaku. Lalu mereka secara sedar menuduh bahawa rakyat  dalam negara ini ‘belum sampai ke tahap itu’. Kita sering mendengar kata-kata politikus ini bahawa ‘ Malaysia ini lain’. Kita juga mendengar hujah politikus ini berkata bahawa rakyat belum bersedia.

Justeru kita mendengar ucapan yang mengatakan ‘kita ini bukan Arab Spring’. Negara kita bukan macam negara Arab.  Malah mereka  tidak berani mengasosiasikan Dataran Tahrir dengan Dataran Merdeka.

Sebenarnya yang TIDAK bersedia bukan rakyat tetapi orang yang berkata ‘rakyat belum bersedia’.   Rakyat dituduh sebagai TIDAK bersedia. Rakyat dituduh belum berani.  Biar saya terangkan disini bahawa rakyat sentiasa bersedia. Rakyat sentiasa berani  mahu membuat perubahan. Jika rakyat belum bersedia sila terangkan bagaimana  52% rakyat Malaysia ini memilih Pakatan Rakyat dan menolak total United Malays Natioonal Organisation dalam PRU13?

Kita juga sering mendengar hujah  bahawa di Malaysia ini belum ada yang ‘mati’ untuk melahirkan kemarahan rakyat. Sesiapa yang mengeluarkan pendapat ini adalah sosok bengong yang wujudiahnya hanya menghabiskan oxygen. Mereka terlupa pembunuhan di Memali. Mereka terlupa Kugan, Francis, Teoh Beng Hock, Sarbini, Aminulrashid. Malah tahun ini sahaja 6 orang warga telah tewas dibunuh oleh pihak berkuasa.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah  jika  sistem pilihan raya yang wujud hari ini tidak ditukar maka sampai kiamat pun   United Malysa National Organisation akan terus berkuasa. Dalam masa dua tahun ini perubahan wajib dilakukan. Rakyat Malaysia tidak ada pilihan kerana ketika saya menulis ini SPR yang disokong oleh jentera daulah sedang merancang untuk membuat persempadanan semula.

Persempadan semula ini adalah batu nisan. Persempadan semula ini bukan hanya  batu nisan yang memustahilkan apa-apa perubahan boleh berlaku. Persempadanan semula ini akan melucutkan kerusi-kerusi parlimen yang ketika ini di menangi oleh Pakatan. Ini makna hakiki persempadan semula.

Apakah yang saya tulis ini dongeng?   Tidak.  Ini membuktikan kata-kata bahawa jika pilihan raya itu boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkam. PRU13 menunjukkan pencapaian cemerlang untuk Pakatan Rakyat Maka persempadanan semula ini adalah strateji  untuk mematikan lubang-lubang  yang berjaya memenangkan Pakatan Rakyat.  Jelas kita tidak ada pilihan. Melalui pilihanraya – rakyat telah ditiou. Kita hanya ada pilihan jalan raya.

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar maka saya ingin bertanya : kenapa Presiden Bambang Susilo berkata ‘ pemilu di Malaysia satu kecurangan terlampau’. (TT)



NOTA

tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar sila 
pukul talipon : 03- 92-21-10-45




------------

6 ulasan:

  1. well said Isham, as usual, u nailed it!

    apakata kalau digabung semua ngo2 yang ada ni, yang digerakkan oleh aktivis2 tak bertuan (ronin) dan tubuhkan 1 parti siasah baru? dan bergabung la dengan psm, kot??. biar jadi the 3rd force.

    sebab gua tengok, majoriti yb2 pakatan yang baru menang pru13 sedang belajar duduk di kerusi empuk, mungkin menanti laba yang boleh dirai. rakyat marhaen terutamanya anak2 muda terus hanyut dibuai idealisma yang tak terjangkau oleh pemikiran kebanyakkan yb2 samada dari UBN mahupun PR.

    more power to the people!!

    BalasPadam
  2. Jangan juga lupa...dimalaysia ini ada permedagangan trauma ke RAJA an......ini salah satu kunci kenapa yang berkuasa akan terus berkuasa....semua melayu ini kehinduan....ini realitas....mereka terhindu...dihindu atau kehinduan....ini agama asal orang melayu sebelum islam....bibitnya masih menetas dan akan terus menetas....betulah tu.....kalau titah raja itu boleh mengubah sesuatu..sudah lama raja itu diharamkan.kalau pilihanraya itu dapat mengubah sesuatu...pun dah lama diharemkan....kalau islam itu dapat mengubah sesuatu sudah lama islam itu diharamkan...dan yang paling agung...kalau tukar tiub dapat mengubah sesuatu...sudah lama juga diharamkan.....hehehhehee.....jangan mareh...ini realitas..

    BalasPadam
  3. Buat sesuatu berulang kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah gila menurut Albert Einstein. Parti-pati pembangkang dah sertai pru dari dulu tapi gagal untuk gulingkan umno. Demostrasi pun dah banyak kali buat tapi umno tak gak mampus. Pemberontakan bersenjata pernah di buat oleh Parti komunis Malaya juga gagal tumbangkan umno. Sekarang apa yang perlu kita buat untuk jatuhkan umno sapa ada idea. Apa yang Einstein kata tu ada kebenaran, pru dan demostrasi dah buat banyak kali tapi umno masih berkuasa, pemberontakan bersenjata buat sekali tapi gagal dan rakyat Malaysia nak duduk dalam keadaan aman tapi nak tukar kerajaan. Mana ada kerajaan dunia ketiga ditukar dalam keadaan aman semua ditukar dalam keadaan huru hara. Ada satu aje kita belum buat iaitu boikot. Kita kena boikot semua perkara yang berkaitan umno. Boikot semua perniagaan yang ada kaitan dengan umno contoh boikot roti gardenia makan roti mossimo,batalkan langganan astro,maxis,celcom,tm kalau boleh tnb beli genset atau buat solar panel atas bumbung. Jangan beli kereta proton dan perodua beli kereta import. Jangan naik commuter,lrt,monorail. Jangan guna lebuhraya bertol guna jalan lama.Jangan makan kfc,mcd semua tu tak berkhasiat. Jangan guna gula pasir guna stevia sebagai pemanis. Jangan naik kapal terbang MAS,Air Asia naik carrier luar negeri. Jangan bayar semua jenis cukai. Jangan main nombor ekor magnum,sport toto dan damacai tu sapa punya lagi pun judi adalah haram dalam Islam. Jangan hisap rokok yang sah hisap rokok seludup harga pun murah. Jangan guna bank tempatan Maybank,RHB,Hongleong tu semua kroni punya guna bank antarabangsa macam HSBC. Jangan beli insuran tempatan MAA tu sapa punya beli insuran import. Jangan guna minyak petronas dan petron minyak low grade tapi beli minyak shell,caltex dan bhp.Kalau kita sanggup buat semua ni dijamin umno akan tumbang tapi sanggup ke kita buat. Admin tolong siarkan kau ni Isham kalau comment yang tak sebulu dengan kau sampai mampus kau taknak siarkan

    BalasPadam
  4. Jumlah kehadiran di Merbuk sangat teruk. Aku sangat malu sebab aku pun tak pergi. Aku tak pergi sbb esoknya kerja (kelantan), aku tak larat kali ni. Yg lepas2 aku paksa jugak biar larat (aku ada asthma). Siang berdemo dan malamnya dah dalam bas on d way balik untuk kerja esoknya. Tapi yang Merbuk aku memang tak larat sbb kerja tengah banyak. Tapi kalaulah aku tau kehadiran macam ni punya teruk, mesti aku pergi jugak. Ya Tuhan ampunkan aku...Kwn2 maafkan aku...

    BalasPadam
  5. pembetulan hindu itu bangsa...sebenarnya bagi mereka yang percaya pada kitab veda,mereka dipanggil penganut vedas,vedantist,veda dharma,bukan hindu..hindu adalah merujuk kepada bangsa yang tinggal di pinggiran sungai indus...macm juga orang islam dipanggil muslim,buddha dipanggil buddhist,atau penganut buddha,

    BalasPadam
  6. Hindu kush....ooooo...rindu plak mengenang masa lalu....apa apa pon...ni pukimak anak kutty memang sial...bila nak mampoih woi....

    BalasPadam