Selasa, 4 Jun 2013

SATU LAGI PENIPUAN





CALON BN MERAMPAS KERTAS UNDI POS UNTUK DIPANGKAH SENDIRI

Dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan.

Selama ini pun, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

Bersama-sama ini saya tampilkan satu laporan polis yang jelas menunjukkan bahawa seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1.      Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;
2.      Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;
3.      Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;
4.      Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;
5.      Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan
6.      Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya

Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi



BERSEDIA
DI DATARAN MERBUK
KUALA LUMPUR
jam 2:00 petang
sabtu





--------

3 ulasan:

  1. aiseh, dataran merdeka ada work in progress lagi ka? merbuk pun merbuk la, aku rasa pasti melimpah jugak sampai dataran merdeka tu.bukan jauh pun...

    eh, permit dah lulus lom? kena kaji contigency plan ni, brapa exit ada kat area tu. mana tau main polis entry ngan fru, senang nanti.. ngee...

    BalasPadam
  2. Lepas ku serahkan kertas undi pos awal dengan pangkah pkr....datang sms suruh mengambil duit 250 hinggit kat pejabat pakatan rakyat...macam menyindir je...teras mak nok.......

    BalasPadam
  3. Kah kah kah kah kah kah kah

    SPR memang lanchoww...
    Lagi nak pusing keliling bagi tau PRU13 paling bersih...
    Lagi nak suruh kumpul bukti...

    Dah tua nak mampos pun stil nak menipu..
    Tipu bukan sorang dua... ni tipu 1Malaysia..

    Kalau dengar Najib berucap pasal ulasan PRU13...
    Memang macam SAMPAH...

    SPR backup UMNGOK. ..
    UMNGOK backup SPR....

    DUA DUA BANTAI PKR...

    Puihhhhh...

    BalasPadam