MENGALIHKAN
AJENDA
Rakyat
Malaysia telah menyatakan bahawa mereka tidak menerima keputusan PRU 13. Orang
ramai tahu bahawa penipuan telah dilakukan oleh SPR untuk memenangkan United
Malaysa National Organisation. Laporan
media antarabangasa telah memberitahu tahu warga dunia bahawa undi majoriti –
52% - adalah milik Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia dan warga dunia telah
juga diberitahu bahawa ketika ini ombak
membantah ke jalan raya sedang berjalan
dan sedang disusun.
Tunjuk
perasaan di jalan raya ini adalah bukti penolakan
rakyat tehadap penipuan yang telah berjalan.
Beribu-ribu rakyat telah turun ke jalan raya menuntut kesemua 7 orang
Pesuruhjaya SPR meletak jawatan. Demo
dijalan raya ini juga menuntut agar pemilihan dilakukan semula ditempat tempat
berlakunya penipuan. Secara resmi Pakatan Rakyat telah membuktikan berlaku
penipuan di 24 kawasan. Rakyat yang turun ke jalan raya juga menuntut
dihentikan serta projek persempadanan semula. Projek persempadanan semula ini
adalah satu lagi kerja jahat dan penipuan SPR.
Pelik
bin ajaib - ketika rakyat Malaysia
berdemo dijalan raya menolak keputuan PRU13 – ketika inilah bersepah-sepah mucul berita remeh lagi temeh.
Berita tentang makan tanggung berak
cangkung. Berita tentang penghinaan Agong dalam laman Facebook. Tidak cukup
dengan berita ‘menyekeh’ Agong ini
dilaporkan juga berita menghina Nabi Muhamad.
Berita
makan tanggung berak cangkung ini disambut pula oleh angan-angan berahi
untuk mewujudkan Akta Derhaka. Cadangan ini datangnya dari bekas Hakim. Kemudian
cadangan ini disambut oleh pelbagai bentuk Ngo Melayu, Ngo Bumiputera dan Ngo Melayu
Islam. Akta Derhaka ini khusus untuk kes makan tanggung berak cangkung ini,
kunun, untuk memperlihatkan taat setia warga Malaysia kepada Raja dan Sultan.
Tapi
paling lawak ialah apabila dikatakan ada
komen-komen dan kata-kata yang kurang
sopan ditulis dalam laman Facebook tentang Agong. Tidak cukup dengan kesah makan tangung berak cangkung , dilaporkan
juga ada tulisan dalam Facebook
yang dikatakan telah menghina
Nabi.
Si
Polan yang menulis penghinaan di Facebook
ini jelas kurang pendidikan. Si Polan jenis yang menghina Nabi Muhamad, Guru Nanak, Isa
dari Nazareth atau sesiapa sahaja pastilah manusia kurang hajar. Si Polan
sademikian bukan hanya ditemui di Malaysia malah diserata dunia kita akan
bertemu dengan manusia jenis ini. Di Mekah, di Madinah malah di Baitulmukadis pun bersepah-sepah si
Polan jenis ini. Mereka merasa hanya agama mereka sahaja yang betul dan tepat.
Agama yang lain dianggap agama sesat.
Sekali
pandang berita-berita sademikian agar serious. Tetapi ianya telah menjadi bahan
lawak. Berita ini menjadi bahan lawak kerana
ada saorang Pak Menteri berkata bahawa
dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tulisan diFacebook yang
menghina Nabi. Biasanya kalau seseorang dihina akan ada saman malu. Tetapi Nabi telah
lama wafat. Maka kes menghina dan saman
malu tidak timbul.
Yang
timbul ialah Pak Menteri telah menjadi
bahan lawak. Orang ramai yang rasional mula bertanya bila Sang Menteri ini mendapat kebenaran dari Nabi
untuk mengambil tindakan undang-uandang. Adakah kaum keluarga Nabi telah
meminta Ahmad Shabery Cheek untuk
mewakili Nabi dengan mengajukan writ saman malu. Saya tidak pula terbaca dalam akhbar yang
melaporkan bahawa si Shabery ini telah menerima watikah dari Nabi untuk membuat
saman malu.
Apa
yang ingin saya nyatakan disini ialah semua berita-beria ini hanyalah sandiwara. Kita sedang melihat sandiwara
sedang dipentaskan. Sandiwara bertemakan makan tanggung berak
cangkung. Sandiwara bertemakan hina Nabi
di Facebook. Biar saya terangkan kenapa
semua ini saya anggap berita-beriat ini satu
sandiwara.
Nabi
tidak pernah melantik sesiapa jauh sekali Shabery Cheek untuk untuk mewakili
dirinya. Masalah kacau dan bilau dalam
dunia ini bukan kerana tuntutan atau ajaran Nabi. Kacau bilau ini dilakukan
oleh mereka yang mengakui mewakili Nabi.
Manusia saperti Pak Menteri Shahbery Cheek ini sedang
berselindung dibelakang Nabi.
Orang-orang inilah yang meneruskan kacau bilau agar mereka terus berkuasa. Nabi dan agama telah
dijadikan benteng untuk mereka terus
menipu. Nama Nabi digunakan untuk menghalalkan
mereka merompak harta kekayan
negara. Nabi dan Agama digunakan untuk menghalalkan kezaliman.
Semua
berita ini saya anggap sandiwara kerana berita-berita muncul pada saat yang
amat genting. Saat genting yang saya maksudkan ini ialah ketika rakyat seluruh
Malaysia atau lebih tepat lagi – 52% rakyat Malaysia ini sedang berarak ke
jalan raya menolak keputusan PRU13.
Saya
melihat heboh heboh tentang Agong, heboh heboh tentang makan tanggung berak cangkung atau heboh heboh
tentang hina Nabi ini sengaja direka-reka. Berita-berita ini sengaja direka
untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap penipuan undi yang telah dilakukan oleh SPR dalam PRU13.
Sebaik
sahaja keputusan PRU13 keluar – anak semua bangsa – telah menolak keputusan
tersebut. Laungan – tipu tipu tipu - terdengar disana sini. Laman web dan alam maya menggelegak
heboh dengan bukti-bukti penipuan. YouTube telah menyangkan berpuluh klip Mat
Bangla dan Mat Indon ditangkap kerana
mengundi. YouTube juga telah menayangkan episod dakwat kekal yang hilang sesudah dibasuh. Malah gambar jari Karpal Singh dan Harun Din terpampang dalam
alam maya sebagai bukti dakwat kekal
yang menipu.
Dari
alam maya – kemarahan ini telah diterjemahkan ke Stadium Kelanja Jaya. Seramai
150,000 anak anak muda – anak semua bangsa – telah berhimpun menolak keputusan PRU13. Ombak bantahan ini telah merebak ke Pulau PInang, ke Johor
Bahru, ke Melaka, ke Negeri Sembilan.
Kini ombak jalan raya ini akan meranum ke
Perlis, ke Sungai Petani, merebak
ke Kota Bahru dan Batu Pahat. Sebelum ianya merebak kembali ke Kuala Lumpur.
Juteru,
untuk memadamkan ombak kemarahan orang ramai ini maka ditimbul cerita dongeng
tentang Akta Derhaka, tentang kesah hina Nabi atau tentang makan tanggung berak
cangkung.
Orang
ramjai tidak pernah melihat dan
mengenali siapakah Minah yang dikatakan
menghina Nabi. Apakah Minah ini wujud atau apakah Minah ini hanya diwujudkan
untuk tujuan mengalihkan pandangan rakyat dari turun ke jalan raya. Berita-berita tentang Minah ini telah menimbulkan
banyak persoalan.
Biasanya
dalam alam maya – jika ada kes saperti ini maka bahan bukti – gambar dan print screen – akan muncul serta
merta. Dengan sekelip mata bahan bukti ini akan menjadi viral. Tetapi dalam kes
Minah hina Agong ini tidak ada satu habuk puin ‘print screen’. Umum hanya
mengetahui melalui laporan Utusan Malaysia. Percaya kepada Utusan Malaysia
samalah saperti percaya kepada Naga Kepala Tujuh sedang menjaga Puteri
Gunung Ledang.
Tidak
cukup dengan laporan berita Naga Kepala
Tujuh – dalam berita yang sama dilaporkan
juga puluhan Ngo Melayu meminta tindakan
dijalankan terhadap si Minah ini. Yang
peliknya dikatakan ada 20 atau ada 40
Ngo yang membuat laporan. Tetapi TIDAK
ada nama-nama Ngo yang disebutkan.
Apakah ini Ngo halimunan atau Ngo pengamal ilmu gharaib. Langsung tidak wujud
gambar untuk memperkuatkan berita bohong
ini.
Hal
yang sama juga terjadi dalam kes hina Nabi. Dari laman mana, dari Facebook mana – hina
nabi – ini muncul. Tidak pula ada
penjelasan. Tidak ada bukti ‘print screen’. Yang menghebohkan berita hina Nabi
ini hanya Utusan Malaysia. Nampaknya , akhbar
ini telah menjadikan dirinya Ahlul-Bait untuk mempertahankan nama
Nabi.
Saya
berharap pembaca akan dapat mencantumkan berita ini satu
persatu. Berita-berita ini wajib disusun dan dipetakan. Bila kesemua berita-berita ini dipetakan maka akan
jelas dapat dilihat bahawa semua berita ini adalah rekaan. Berita rekaan ini
bertujuan untuk mengalikan pandangan orang ramai yang sedang marah. Berita berita ini sengaja dirancang untuk
memandulkan perasaan marah orang ramai yang ingin turun ke jalan raya. Berita ini juga bertujuan untuk
menakut-nakutkan dan memperbodoh-bodohkan Orang Melayu.
United
Malays National Organisation kini dalam kekalutan. Najib telah gagal untuk mendapatkan kembali 2/3 kerusi dalam
Parlimen. Najib telah gagal untuk mengambil alih Selangor. Manjoriti rakyat Malaysia sedar bahawa
Pakatan Rakyat telah menang.
Kemenangan Pakatan Rakyat telah
dirampas.
Kuasa
yang didapati oleh parti Ketuanan Melayu melalui undi tipu. Penipuan ini dirancang dengan licik bukan sahaja oleh SPR malah dengan kerjasama
lembaga-lembaga daulah dan ajensi-ajensi
kerajaan. Hari ini majoriti rakyat Malaysia bersama rakyat dunia
tidak akan mengikitiraf kemenangan United Malays National Organisation.
Jelas
kerajaan United Malays National Organisation bukan sahaja kerajaan haram
malah dari segi jumlah undi, parti Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncunya
adalah parti yang mendapat sokongan minoriti.
Di Semenanjung undi mereka undi minoriti dan di Sabah dan Sarawak juga mereka
mendapat undi monoriti. Jelas Parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak
oleh rakyat.
Kerana
semua ini maka cerita dongeng tentang hina Nabi dan hina Agong direka. Walau apa pun cerita reka – termasuk berita Rosmah
terberakkan emas – orang ramai tetap menolak keputusan PRU13. Percubaan untuk
mengalihkan pandangan orang ramai dengan kesah-kesah dongeng terbukti gagal.
Rakyat
tetap akan marah. Tipu tetap tipu. Cerita-cerita Nabi atau cerita-cerita Agong tidak akan memandulkan semangat
anak-anak muda untuk turun ke jalan raya. Kemarahan ini akan dibuktikan pada petang
Sabtu 22 Jun di Dataran Padang Merbok. Perhimpuanan kali ini amat stratejik. Dataran
Padang Merbok betul-betul dipinggir Parlimmen.
Semua dijemput untuk membuat
sejarah. (TT)
NOTA:
tulisasn ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipoan : 03-92-21-10-45
Add caption |
---------
Ya, kita duk tunggu mana dia ayat yang menghina Nabi tu? Apa dia bentuk-bentuk hina? Adakah ayat seperti Nabi kawin gadis berusia 13 tahun itu satu penghinaan? Atau Nabi tak cukur janggutnya itu juga satu penghinaan? Jadi kalu nak dakwa/tuduh seseorang itu telah menghina Nabi apa dia ayatnya, jangan duka asyik putarkan tapi tiada bukti awal pun. Ini kerja UMNO bangan, makan tanggung berak canggkung.
BalasPadamhere we come...let rock bebeh....from perak with love...
BalasPadamTan Sree SPR berkhutbah 30 dalam tv pagi tadi. Katanya, memang dakwat kekal, kalau hilang itu takdir.....
BalasPadamkupasan yang amat cemerlang bang isham, sememangnya pada ketika yang amat sesuai kajian ini dibuat secara seloroh dan menepati kehendak pembaca, adalah menjadi pengetahuan umum gerombolan sedang nazak, diasak kiri kanan oleh lautan manusia black out 505, hakikatnya tetap nyata, gerombolan memegang kuasa secara menipu, semua sedar, semua tahu apa yang berlaku, gerombolan yang dikuasai oleh golongan bangsawan, golongan kaya menekan golongan miskin, inilah yang sebenarnya yang berlaku, pilihanraya yang diadakan pada 5 mei 2013 jelas menunjukkan kuasa wang masih bermaharajalela di negara ini, hak rakyat terus diketepikan, seharusnya agensi yang bekerjasama dengan golongan berkuasa harus didayuskan, melayu bukan saja mudah lupa malah melayu mudah tertipu, sebaik saja berita dikeluarkan berduyun duyun buat laporan polis kononnya memertabatkan agama dan bangsa, malahan golongan ini juga dilihat memperbodoh dan mendayuskan orang melayu secara berterusan.
BalasPadamdari bota kanan with luv
Madey kata Nabi tak cukur janggut sebab masa tu takde gillete, kenapa tak tangkap Madey anak pariah tu?Kah..kah..kah..
BalasPadamIni semua kes nak tipu melayu.. Melayu Felda masih tido lagi, gerombolan Unied Malay national Organisational yang telah hina nabi, jadi Ahmed Saberchik yang sakit kuku dan mulut berbuih-buih tu sila jawab!Kenapa kau nak nak tangkap Maedy pariah tu?kah..kah..kah..
Memang puak umno ni memng pakar spin:suka mengada-gadakan yg tiada.Isu yg melanda negara ini ialah kita rakyat M'sia (52%l telah berjaya menumpaskan k'jaan BN /UMNO yg hanya dpt 48% undi tapi BN/UMNO tetap memerintah negara in! Kemenangan BN kemenangan x sah krn dgn cara tipu:tipu sempadan,tipu segala tipu dgn SPR yg bfungsi memastikn kemengn BN.Wpun PR dpt 60% undi n BN hnya dpt 40%: BN trtap menang..oleh krn PRU tak bole pakai lagi maka wajiblh rakyat yg dtipu ini turun ke jln raya bagi mndesak SPR sundal ni meletakkn lh aje jawatan...lagi pun dh pencen,primitif lagi tua..kita perlukn org muda yg dinamik lagi relevan.kalo tua jenis berisi takpe tpi pegawai spr tu jenis nyanyuk lagi tolol krn dh terlampau lamanye hidup membodek UMNO/BN! Oleh itu jgnlh kita leka dgn isu2 yg sengaja dadakn n dbesarkn oleh UMNO/utusex...stay focus utk mndesak 7 penyamun ru letak jawatan dan dbicarakm krn pecah amanah!
BalasPadamTulisan TT masih kekal bagus, simple, mudah dan jelas untuk difahami. Tapi bahasa ini terlalu tinggi untuk gerombolan paham biarpun kelulusan ada degree beli.
BalasPadamApapun, tak perlu ulam2-mak bersusah payah mentafsir dari pelbagai segi dan sudut sehingga pecah kepala nak huraikan kekhilafan agama...Tak seperti ayat2 ugama yang hanya orang2 tertentu sahaja boleh mentafsir dan dipaksa orang yang tak tahu bahasa mana kepala mana ekornya taat kerana telah ditakut2kan oleh api neraka.. padahal orang yg faham dari kecik bahasa itu pun, tak hidup sekalut mcm kita beribadah... tak sampai 1% pun yg nak ikut bahasa yg tinggi sehingga berbillion2 org tak faham.. sbb tu tak ramai jadi pakar buat kapal terbang.. dan tak ramai jugak boleh mereper kapal terbang.. tak ramai jugak yg dpt naik tiap2 hari..
Penyampaian cara shahnon ahmad.
BalasPadamHidup hidup 1 malaysia kena tipu. Sampai mati mereka percaya.bangsa melayu bangsa paling pelik, suka ditipu suka ditindas. Hatinya tak senang jika tak ada orang tipunya.
BalasPadam