Fatwa anti-San Miguel di Kedah
ALOR SETAR 18 Julai - Kerajaan negeri akan mewartakan sekatan pengedaran San Miguel dalam usaha membendung penularan minuman ini dalam kalangan penduduk negeri itu.
Menteri Besar, Mukhriz Cucu Lalaki Iskandar Kutty berkata, kewujudan fatwa tersebut juga akan membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan demi menyelamatkan akidah umat Islam.
Katanya, fatwa berhubung larangan terhadap minuman itu belum dikeluarkan walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan meminta masyarakat Islam berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Rasuah.
"Saya mendapat laporan bahawa minuman San Miguel ini semakin merebak dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Rasuah. Penduduk Kedah termasuk institusi pengajian agama pondok turut bimbang tentang minuman ini.
"Jadi penting bagi kita menggazet fatwa ini di peringkat negeri walaupun ajaran syiah ini belum sampai ke luar kawalan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.
TAMAROD BERDEMO
PETANG INI JAM 2:00 PETANG
MASIH WILAYAH
-----------
lawan tokey ar ! ABU jangan lupa !
BalasPadam