Isnin, 29 Julai 2013

KITA RAYA LAGI 10 HARI





MASUK KAMPONG CARI AMBIENCE
merayau cari suasana puasa
masuk hulu langat
jalan jam gila
nak cari tempat lepak yang out of order
agak terlambat  kerana sesak
lalu berbuka minum air sejuk dalam kereta

terjumpa kedai kakak hampir tutup
beli makan  lalu menuju entah kemana



melintasi sebuah rumah kampong
yang sudah pasang pelita
malam tujuh liku
malam lai latur kadar

kegumbiraan datang  serta merta
bila melihat pelita terpasang

lalu kami semua bersembang
kesah kesah berpuasa zaman lalu
macam mana nak tipu mak ayah
kerana tak puasa tapi berlagak puasa
macam mana nak dapat banyak kueh
dan dan dan

akhirnya jumpa satu kedai tepi jalan
kelihatan seorang jantan tak berbaju didapor
nah inilah  tempat yang dipilih
kosong tak berorang

kami buka bekalan
nasi murtabak
gulai ikan dan seikat petai
lalu memesan sup tulang
dan laksa dari tuan kedai
jantan yang tak berbaju sang suami
terus hilang ke dalam rumah

kedai ini air nya
datang dari gunung
tuan empunya kedai memasang talian
berapa ramai rumah yang mendapat
tidak pula aku tanyakan

apa nama kampong ini?
mulanya aku ingat
sekarang dah lupa

PLANET BUNDLE SHAH ALAM SECTION 7
tak ada apa nak buat
lalu ke planet bundle

ini kedai bundle terbaik
koleksi klasik
koleksi pilihan
koleksi susah jumpa
hanta ada dikedai ini
siapa tak pernah melawat kedai ini
pasti mamat poyo
siapa yang cool pasti tahu 
planet bundle
kerana design kedai ini bergetah

aku nak beli seluar
kah kah kah
susah pulak cari  yang sesuai
bertemu tapi ketat
bertemu tapi longgar
akhirnuya berjaya juga
levis klasik zaman street fighting days

jangan risau kerana kedai ini
akan sediakan khidmat potong dan jahit

JAWA OOO JAWA
lewat lagi dari planet bundle mengarah
ke padang  jawa
dari khabari angin
ada kedai makan jual bebek
cari punya cari jumpa

itik tak ada
yang ada ayam penyet

aku tak makan ayam
lalu meminta tahu dan tempe

wow!
ini terbaik 
tempe panas dan tahu panas
bersama sambal yang tak pedas
aku rasakan inilah yang dimakan 
oleh khir toyo untuk menjernihkan muka

ini kedai jawa
awalnya pastilah tempat makan
orang jawa yang kerja kontrek
kini kedai makan ini telah menjadi
port anak muda pelajar  dari shah alam
banyak balak muka ketat ketat yang datang
minah cun dan mamat jambu tak ada
gagal

tapi tempe panas dan tahu panas
menyelamatkan keadaan
inilah sahur aku


SELAMAT BERBUKA
lagi 10 hari kita raya
masa berjalan amat cepat

hari ini
aku masak udang
dengan cendawan jepun
dengan kacang buncis
dengan kicap manis
dengan sebutir kurma
dengn lada besar
dengan kunyit hidup
dengan bawang puteh
pakai minyak zaiton dari tunisia

buah?
masih buah manggis
kerana buah ini
murah sekarang
dengan 10 ringgit boleh dapat 3 kilo
ini harga di pasar chow kit
kedai buah tepi jalan mungkin mahal

selamat berbuka puasa!

----------------

9 ulasan:

  1. bro, ape kate dlm post akan datang lu kasi upload gmbr masakan lu.
    bile bace je memang menggiurkan, kalu ade gambar tentu boleh junub terus!

    BalasPadam
  2. Lain x,Datng langat mesti kne layan air panas pree bos

    BalasPadam
  3. Lain x,Datng langat mesti kne layan air panas pree bos

    BalasPadam
  4. Sham,

    harga bundle sekarang tak berapa nak demokrasi cam dulu2. tp ok la, better than nothing. biasa saiz seluar bundle ni standard 32 - 36. apa yang lu susah sangat nak cari? gua agak2 lu pakai saiz 38 - 40. lu boroi sham. hahaha....

    ada 1 kedai bundle kat kg. melayu subang kalau lu nk usya. kedai kecik, tapi barang not bad.gua tak ingat lak nama apa.tak jauh dari oldtown kopitiam.sebelah klinik dan kedai langsir. kat belakang gerai2makan. salah 1 gerai tu nama selera pantai timur kalau gua tak silap. itu gerai jual lauk ganu style.terbaik. bundle tu biasanya buat sale 50% dalam bulan puasa ni. siap extend canopy lg kat entrance.berlambak levis 501 kat situ. ni harga paling demokrasi gua pernah jumpa lately.tapi bulan ni gua tak sempat singgah lagi.

    p/s.... khir toyo makan tempe untuk licinkan kulit? ini joke of the day! kahkahkah

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. pak TT,

    gi try cek bundle 'buntil' kat TTDI Jaya, shah alam. barang ok tapi harga lu tengok dulu baru komen.

    dulu2 time dia baru buka dalam early 90's kalu tak silap, kat BB plaza, bukit bintang, barang semua gred A. tapi last gua cek,5-7 tahun lepas, kualiti agak merosot. well, itu pendapat gua la. maybe sesetengah org kata ok. kalu tak beli, cuci mata pun jadi lah.

    BalasPadam
  7. woii..tt..lu asik cite pasal bundle la..levis 501 la..tapi yg kelakarnye...lu jugak selalu cite psl kapitalis..psl anti amerika..mc dogal,..kentuki fried fuck..bagaiii....tp dalam2 tu..lu cite, camana cool nye kalau dpt pakai levis 501 yg reganye...fuhhh....leh buntang mato...walopun dah jd seken hen...untuk org kampong yg susah cam aku ni...leh pakai seluo brand LIVE, LEXIS,SK BLUE,ACTON...ataupun dpt pakai seluo LOIS yg kt SAKAN tu pun dah mujor dah..walopun tak berapa nk ori...kasut plak dpt brand AMPORLO pun kira ok dah...x yah la nk cite pase...berjuang untuk org kampong,golongan marhaen, orgg tertindas bagaiii..kalau lu x leh nk hayati pepatah ..dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung....sebabnye, hakikatnye, kita kt malaysia ni...golongan marhaen ni, tak mampu nk pake barang2 camtu..coz dh jadi barangan mewah le plk...x caya?? wat je himpunan..then tunggu tengok...berapa ramai yg dtg ngan levis n ramai mana yg dtg ngan brand ygmerapu kt atas ni...berani kerat kote la...kalau lu menang...kah kah kah...

    BalasPadam
  8. wey belut. lu betul tak faham konsep lah. cakap takde ilmu. bundle adalah counter culture, counter production. lu faham tak? seluar2 ini seluar yang dah jadi sampah dari negara lain, ditolak masuk negar ni dan dijual oleh peniaga bundle kecik sendiri. lu beli kasut amporlo, lu pakai seluar jeans lois beli di kamdar, beli di giant, lu tolong kapitalis.

    mungkin lu betul2 tak pernah pergi bundle., lu mmg poyo lah. harga 501 di bundle baru 40 ringgit. kasut converse baru 35 inggit. lu beli amporlo, dah 70 inggit. beli lois, dah 80 inggit. lu bayar, yang untung kilang2 cukong kaya. lu beli kat buundle, tokey bundle je yg untung. itu lah cara melawan kapitalisme. kalau tak faham jangan tunjuk pandai. lu mmg bengap lah.

    tt jangan lupa bagi pencerahan tentang kenapa bundle penting untuk melawan kapitalis. lu turun rawang gua bawak lu pusing bundle2 sini pulak.

    BalasPadam
  9. belut, lu yang akan kena kerat kote. percaya lah. lu turun demo pun tak. sembang dalam blog je lebey.. sudah lah bhai. lu turun demo lu togk budak2 pakai levis, pakai dr mart. lu poyo la bhai!

    BalasPadam