Sabtu, 13 Julai 2013

LAGI LAGI KESAH DARI KUALA BESUT

 

 
KUALA BESUT 
PAGI INI



RESTORAN UNGGUN API

ada rojak buah
ada rojak ayam
memang enak
aku layan kerang bakar 
ini bukan makan serious
aku melepak dalam restoran ini
untuk mendengar gosip politik

dalam restoran ini ada banyak jenis yang datang
sentiasa penuh hingga ke sahur
ada pelanggan tempatan
dan ada pelanggan luar macam aku
amat sibut sekarang
kerana restoran ini tak jauh dari  salah satu pusat pas

 BERSAHUR  MELINTASI SEMPADAN
pagi kelmarin aku melintasi sempadan

masuk ke kelantan
menuju ke tok bali
bukan ke pasar
tapi mencari sahur

aku dapat maklumat
ada ikan bakar dan pulut ikan
lalu merentas jalan
maklumat memang tepat
banyak kedai makan dan restoran

pasar tok bali aku ternampak  tutup
lalu pusing pulang ke kuala besut
lalu singgah disebuah restoran ikan bakar

aku memesan dua jenis ikan
boleh dibakar kering
boleh dibakar dengan rempah

aku memilih dengan rempah


dan paling menarik
datang bersama ikan bakar
ialah sepinggan nasi
bersama ulam pucuk ketereh
ulam timun
ulam kacang botol
bersama budu
bersama air asam 

aku hanya minum air panas
rasakan nikamtnya!




PAGI INI
aku bangun awal pagi ini

telah ada temu janji dengan penjual daging
juga wajib ke pasar ikan

tanpa mandi
aku telah pergi ke pasar ikan
memang ramai mak cik dan pak cik
memang ramai tok peraih
ramai mak cik beli ikan ujung minggu
masak ikan comel comel agar suami
tak cari bini baru

pasar ini terletak disebelah jeti
tepi  kuala sungai besut yang masuk ke laut
ini bangunan baru

untuk sesiapa yang selalu mencari ikan segar
yang selalu mencari ikan baru naik
pasti akan tahu bahawa disetiap wilayah nelayan
akan ada bangunan jabatan perikanan yang menyediakan
tempat untuk ikan naik
ikan akan ditimbang untuk dijadikan stastik
maka kita tahu berapa banyak ikana yang dimakan
oleh warga malaysia

SATU KOMPLIN
seharusnya aku ada cadangan
dalam setiap kapal dan perahu nelayan
ada jaring  - ada jaring penapis

apabila ikan masuk pukat maka ikan ini
wajib masuk ke  jaring penapis dulu
mana ikan kecil jatuh kembali ke laut
yang besar sahaja boleh dibawa ke darat
dengan cara bagini kita dapat
memastikan ikan kita tidak lupus

jika ikan  kecil lagi
anak ikan pun kita baham
maka pasti ikan dilaut  akan pupus

IKAN DIPASAR
aku beli dua jenis ikan  merah
ikan ini aku kenal
daging manis
dan juga ikan parang
bukan untuk aku tapi untuk kawan
yang ibunya mahu buat asam pedas ikan parang

harganya agak demokratik

tetapi apabila aku sampai ke kereta
ada seorang mak cik
yang bertanya harga ikan ikan aku
aduh!
mengikut kata mak cik ini
pagi ini harga ikan mahal
kerana puasa
kerana orang luar ramai datang
suami mak cik ini muncul
dia  menyokong kesah isterinya
nampak sang suami dan isteri
datang  dengan teksi milik mereka

DAGING DAGING
aku menepati janji
pak cik penjual daging menyimpan
tiga kilo daging untuk aku
tapi BUKAN batang pinang yang aku mimpikan
lalu aku hanya membeli sekilo satengah

aku masih lagi belum bertemu
daging batang pinang yang aku kenal 

NAK POTONG RAMBUT
dari kelmarin aku mencari  gedai gunting
pusing pusing tapi gagal
hari ini di jalan pantai
tempat ceramah kelmarin
aku terjumpa
seorang abang melayu
tukang gunting
kedainya koyak rabak
tapi amat menarik
dinding terbuka luas dan angin laut datang menderu
kedai gunting ini cukup menarik
kedai gunting yang berlatarkan laut luas

sayangnya
abang  tukang gunting yang bertopeng ini hanya
menggunting rambut
aku perlu bercukur

lalu aku mengundur diri
dan mengucapkan selamat hari raya
abang ini ketawa

TABIAT LAMA
aku memiliki satu tabiat
macam anjing
jika berjalan ke tempat baru
sang anjing akan terkencing
aku pula - jika sampai ke tempat baru
akan potong rambut dan bercukur

dieropah ramai orang ada satu tabiat
bila sampai ke tempat baru
anak anak muda eropah dapat cari kekasih baru
di kuala besut ini
mustahil tabiat ini boleh dilakukan
tapi mungkin di pulau perhentian akan minah saleh 
yang sedang ingin mencari mamat tak kulup
 
BERBUKA PETANG INI DI MANA
masih belum tahu
masih berangan angan
merancang nak ke kota bahru



-------

4 ulasan:

  1. 'datang bersama ikan bakar
    ialah sepinggan nasi
    bersama ulam pucuk ketereh
    ulam timun
    ulam kacang botol
    bersama budu
    bersama air asam '

    fuh! terbaik, ini hidangan minimalis tanpa risiko kolesterol.
    meleleh liur gua baca kul 4 ptg......
    .............................................................

    ramai mak cik beli ikan ujung minggu
    masak ikan comel comel agar suami
    tak cari bini baru

    ini dah mcm lirik lagu dangdut! kahkahkah

    .............................................................

    eh, abg tukang gunting yang kedainya koyak rabak (apakah?),
    pehal dia pakai topeng? ada kah dia Bandi vokalis band Amuk?
    ataupun dia sebenarnya ahli band Slipknot yang tgh bercuti ke pulau
    perhentian?
    kahkahkah
    kahkahkah

    p/s.... gua tak kulup tapi sempena ramadhan, gua simpan niat
    nak berkenalan ngan minah Eropah.tungguuuuu....................

    kahkahkah


    BalasPadam
  2. gambar atas tu paling epic sebab ada ayam lari2 :))

    BalasPadam
  3. di tok bali ada meggi ketam di cherang ruku. sedap gila weh

    BalasPadam
  4. Kah..kah..kah..

    Kau ni TT memang lawak habis. Memang betul minah saleh nak cuba batang tak kulup. Tapi itu hanya mitos saja. Aku juga seronok kawan dengan minah saleh. Cukup sporting dan intelligent. Dulu sewaktu aku juga semacam kau, 20 tahun yang lalu, aku baru pulang dari eropah bersama kawan ku mat saleh, kami ke Pulau perhentian. Waktu tu pulau tersebut sangat cantik macam anak dara. Setiba kami masuk meyusur kekawasan itu ada satu lagon yang cantik dan di penuhi oleh awek-awek saleh macam lagon Brooks Shields. Sungguh hebat!TT, kawan aku tu memang poyo, sebelum datang katanya hanya nak duduk sehari saja, lepas datang kami bertemu awek Swiss macam Brook Shields terus dia tinggal sebulan disitu. Aku tak duduk lama-lama sebab bosan. Sampai sekarang aku dah tak dapat contact kawan aku tu lagi!kah..kah..kah..
    Jadi PRK kali ini bolehlah datang sekali lagi buat ramai, tapi bukan nak cari minah saleh lagi,sebab aku dah jadi lebai,macam lebai monggol!kah..kah..kah..

    BalasPadam