Rabu, 10 Julai 2013

MERAYAKAN HARI PERTAMA




SELAMAT BERBUKA PUASA





aku berbuka hari pertama
dengan buah manggis
kopi o kosong

udang masak lemak
tidak pedas 
tidak bersantan
gulai udang dengan susu




NOTA
talipon aku tidak berbunyi satu hari
bila aku rapati
baru aku sedar
talipon aku sudah mati
aku cuba hidupkan  
tapi gagal

dalam perut talipn ini
ada number kawan dan kenalan
maka terputuslah hubungan

bila talipon mati
semua terputus
sebelum teknoloji ini
semua number aku tulis

teknoloji ini baik
tapi teknoloji ini lemah


PETANG INI HARI PERTAMA
petang pertama aku lalui dengan  damai 
terik pun tidak
redup pun tidak

awan puteh memagar langit biru 


angin bertiup
tidak kencang
tidak malas

di padang rumput aku nampak
ratusan burung pipit uban
mamagut biji rumput
kemudian terbang mengikut angin
lenyap dari mata

betapa nikmatnya jika hidup ini
dipupus angin
belayar dari padang ke padang
meragut  rumput
menyebar benih

oh alam yang indah ini
oh alam yang aku lihat ini
hari demi hari
sedang terbakar

apakah burung burung ini sedar
bahawa bumi semakin panas

apakah burung burung ini sedar
air laut semakin muntah

apakah burung burung ini sedar
salju di khutub utara semakin cair

dua minggu dahulu
aku tak nampak burung burung ini
aku tak terdengar kicipan suara si pipit uban
kemana si pipit uban menghilang
apakah mereka sedar tentang jerebu

ketika jerebu melanggar
dimanakan mereka bermalam
ketika jerebu melanggar
bahang yang panas
dan angin mati
di mana burung burung ini mencari air
di mana burung burung ini berpesta makan petang

aku tidak ada jawapan
aku hanya tahu bertanya


-------

4 ulasan:

  1. alhamdulilah. sehari dah lepas, bos! 29 hari lagi nak lalu. slow2 kayuh.

    dah arwah phone lu, kena ganti baru la yang smart bukan dumb. kasi upgrade sket, baru awek tertawan melihat! kahkahkah awek hari ni materialistik, bos. mana awek nak rapat kalau lu masih guna dumb phone walaupun dorang sendiri banyak yang bimbo pun.... (sexist giler!) sorry awek peminat TT.

    kahkahkah....

    BalasPadam
  2. Tt yg suka pluralkan islam dgn agama lain pun posa ke? Rekalah agama sendiri jgn dok ciplak stgh2 ajaran islam yg kena dgn nafsu je. Sapolah kamu tt nk nilai ajaran Allah swt? yg ini sesuai, yg itu tk sesuai. Kamu lebih bijak dr Allah swt? Sedar diri tt! Elok kau belajar agama dr dok merapu spt diatas. Kitab Allah swt dan hadis Rasulullah saw penuh dgn ilmu dan hikmah yg maha tinggi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hang ni aku sarankan banyak melancong ke negara negara teluk....bukan pi tengok bangunan depa tapi cuba hang pi tengok amalan seharian depa...ada sama ka atau berbeza sama ada sesama depa atau dengan kita yang nama melayu kat Malaysia ni....lepas tu cuba hang pakai akai hang tanya pasai pa jadi lagu tu....jangan tengok hat sunnah saja tapi hang kena tengok jugak yang wahabi yang salafi yang sufi yang syiah yang khawarij dan mana mana yang hang jumpa....baru ada pencarian dalam mencari kebenaran....guna akai bukan pakai main ikut menonong saja....sampai lubang kuboq pon payah nak tau....

      Padam
  3. kesian gua lihat mamat Haq tu.. lu masih ada hati layan lagi.. mamat ni masuk air, terlebih islam.. bila terlebih2 islam, dia senang jer jadi biol..bila sudah biol, lu masih mau layan lagi budah biol ni.. lama2 lu jugak yg biol..

    BalasPadam