Selasa, 2 Julai 2013

PETANG INI 2/7/2013



PETANG INI 2/7/2013 - 



MENUNGGU HUJAN TURUN
kuala lumpur jam 6.53 petang
angin kencang
guruh berdentum


pagi yang riang
kini diambil petang yang mendung

aku terdengar tangisan dari belukar
aku terdengar tangisan di gigi jalan raya
aku terdengar tangisan dari tengah jalan
aku terdengar tangisan rumput rampai
yang telah kering dibakar jerebu
yang telah kering dibakar mata hari

oooh datang lah hujan
oooh hujan  oooh hujan 
jangan kau hanya berguruh
turunlah turun 
basahilah bumi
jangan kau hantar guruh


dengan janji janji palsu 
jangan kau hantar kilat
dengan dentum dentamnya

bumi  sedang menunggu
pokok dan belukar menunggu
katak dan cengkerik menunggu

datanglah dan basahilah 
anak alam  yang semakin dahaga

4 ulasan:

  1. Cengkerik dah canggih, di luar kontang, bikin sarang dalam bilik air. Siang diam, malam bingit berdondang sayang. Cengkerik riang, aku berang, tak dapat tido.

    BalasPadam
  2. TT, dah jadi lebai ke? Apsal kureng hasutan? Nak kawin eh???

    BalasPadam
  3. Spoil la lu Isham..Bait "dengan-dengan janji palsu" tu,teringat pulak aku kepada makwe lama ni..kahkah..

    BalasPadam
  4. Last last toto kuar 3rd prize 0270.....hehhehhe....sama haribulan heheheh..aku kena....kena haribulan jer......pukimak vincent tan.....sikit pun taknak adjuzt......hahahahaha

    BalasPadam