APA BERLAKU DI SYRIA?
Sebelum
sampai ke Damas saya telah melintasi Amman Jordan. Saya membawa jemputan yang sama.
Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi
di Beirut. Bagitu juga dengan GUPS – General Union of Palestine Students.
Justeru saya wajib juga dari Syria ke Lebanon. Ketika ini Perang Saudara di
Lebanon baru bermula.
Saya
tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi
permulaan jejak dan tapak saya
berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas ke Beirut telah ditutup kerana Perang
Saudara. Lalu untuk membunuh masa saya meligari kota Damas.
Pada
tahun 1974, saya saperti ramai anak-anak
muda di Malaysia tidak ada langsung ada
kefahaman tentang Sunni dan Shia. Ketika saya membesar saya tidak mengetahu tentang wujudkan dua mazhab
ini. Yang saya fahami - saya ini adalah penganut Islam tidak lebih
dari itu. Sunni dan Shiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.
Saya bertemu dengan mazhab Shiah di Iraq. Ini pada
tahun 1975 – lama sebelum Revolusi
Iran kerana saya telah menjadi tamu
Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatollah Khomeini
saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf Ayatolalh
Khomeini masih lagi ‘orang buangan’ Najaf sebelum dia dihalau
keluar dari Najaf ke Kuwait dan
berakhir di Paris.
Dengan
pecahnya Revolusi Iran
penganut Islam di Malaysia telah disedarkan tentang wujudnya satu lagi
mazhab Islam yang dipanggil Shiah. Penganut Shiah di Iran telah bangun melawan
Shah Reza Pahlevi. Raja Iran ini telah
dinaikkan ke tahta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran telah melonjakkan naik kesedaran tentang Shia dikalangan anak-anak
muda Islam diseluruh dunia. Mazhab Shiah
dilihat membawa garis melawan imperialis.
DAMASCUS ANTARA KOTA TERTUA
Di
zaman Perang Dingin dahulu yang
dijadikan musuh ialah negara yang
menggunakan sistem ekonomi Sosialis,
kaum Sosialis dan kaum Komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah
malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam.
Ini yang sedang kita saksikan.
Awas,
kaum pemodal antara bangsa dengan cekap telah menggunakan perbezaan mazhab – Sunni dan Shia – untuk
membantai umat Islam. Perbezaan Sunni/Shiah ini sedang dijadikan senjata ulung
untuk membantai warga Syria.
DAMASCUS KOTA SEJARAH ZAMAN
Justeru,
sekali lagi saya tegaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan
pertempuran Sunni dan Shiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga
Syria - Sunni, Shiah, Kristian, Baath
atau Majusi. Perperangan dan pembunuhan di Syria ini adalah sebahagian dari
ajenda Anglo-Amerika untuk menaklok bumi Arab. Kenapa perlu di taklok bumi Arab? Jawabnya: minyak.
Kita
harus faham bahawa yang kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush
atau Obama terhadap Warga Islam hanyalah
kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki ajenda yang telah lama
dirancang. Contohnya : serangan keatas Iraq telah lama dirancang - jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun
2001.
DATARAN UMMAYAD - DAMASCUS
Dari
fakta pembacaan - negara Saudi yang kaya
raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh
sekali menghormati hak asasi manusia. Malah kita sering terbaca berita tentang
bagaimana warga asing yang bekerja di Saudi dijadikan hamba abdi sama saperti
dizaman Rasullulah.
Sebuah
lagi negara Arab yang bagitu kuat
menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk
menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam , atas nama Sunni , senjata telah dihantar untuk membunuh Shiah. Qatar memberi duit dan senjata kerana ingin
membangunkan Syaria untuk menjadi
sebuah Darul yang lebih demokratik.
Mari kita bertanya: bila ada
pilihan raya di Qatar? Demokratik sungguhkah
negara yang bernama Qatar ini?
Telah
saya katakan tadi bahawa semua ini
berlatarkan keperluan kaum pemodal
antarabangsa untuk menaklok bahan bakar
petrolium. Iraq dahulu bebas dan
merdeka. Iraq TIDAK membenarkan syarikat
minyak asing masuk membuat cari gali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso,
Exxon termasuk Petronas. Yang masih
berdegil melarang syarikat luar dari mencari gali minyak hanya Iran.
Untuk
menundukkan atau menyerang Iran, Syria
perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki hubungan yang intim semanjak zaman
Presiden Hafeez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian
bantu membantu dari segi ketenteraan.
KOTA ALEPPO - INDAH BERSEJARAH
Apabila
kita membaca pilitik Iran atau Syria atau Timur Tengah maka kita wajib memahami
juga peranan negara Zionis Isreal.
Israel telah dipacakkan ditengah bumi Arab oleh kuasa imperial
Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia keDua. Zionis Isreal bergerak
sebagai pengkalan tentera Amerika. Israel menjadi Polis
untuk Amerika.
Sahehlah
bahawa bahan bakar minyak petrolium
ialah kunci kepada semua ini. Ekonomi
kapitalis dunia hari ini dijana oleh
bahan bakar petrolium. Tanpa petrol dunia yang kita kenali hari ini akan
berubah wajah.
Kalau
kita beli minyak dari stesen Petronas
kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan
Rupiah. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu
membeli minyak dipasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.
Jual
beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah
hasil perjanjian yang telah diikat oleh Presiden
Nixon dengan Raja Faizal - pada tahun
1972 – ketika dolar tidak lagi bersandarkan emas. Saudi sebagai pengeluar
minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian
ini memastikan Saudi dapat senjata dari
Amerika. Amerika juga akan
memastikan rejim Saudi selamat
dari diganggu gugat oleh Isreal atau musuh dalaman.
Maka
munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar. Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana
banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara ini memerlukan minyak. Maka negara ini wajib mengekspot barangan kepada Amerika untuk mendapatkan
dolar. Dengan adanya dolar baru minyak dapat dibeli.
BAZAR ANTARA TERTUA DIDUNIA
Kong
kalikong Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa
sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia
hari ini. Semua negara kini tertalok dibawah kuasa Anglo-Amerika. Dulu ada Empire Rom – kini kita dijajah oleh
Empire Amerika.
Saudi
memiliki simpanan minyak terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua
ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan.
Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi
Amerika terjejas. Kerana inilah dibuka
kesah Sunni dan Shiah. Kesah ini bertujuan untuk menutup kesah bangkai dolar
yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.
Ketika
saya di Beirut pada tahun 1975 – saya telah melihat kematian dan pembunuhan
dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk menulis. Tapi saya tahu apa rupanya perang saudara yang sedang berlaku di Syria.
Saya
akhiri dengan satu pertanyaan: kenapa kita
tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, towkay penjual senjata dan
politikus kanan yang kaya raya terus mengadu dumba kita. Di Lebanon - Christian
dengan Islam. Di Rawanda Tutsi dengan
Hutu. Di Syria Sunni dengan Shiah. Dan di Malaysia Melayu dengan
China. ( TT)
DIMUSNAH OLEH
KUASA IMPERIAL
ANGLO-AMERIKA
ANGLO-AMERIKA
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45
----------
DEAR TT,
BalasPadamBEAUTIFUL WRITING.ssNo
Tuan TT,
BalasPadamAyat lu yg paling mahal - Di Lebanon, Christian dengan Islam. Di Rawanda, Tutsi dengan Hutu. Di Syria Sunni dengan Shiah. Dan di Malaysia, Melayu dengan China.
Ini pencerahan dari TG HAJI HADI:
BalasPadamhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/20106-apa-yang-tersirat-disebalik-konflik-di-syria-
Ada tambahan bro...
BalasPadamDi Lebanon,Kristian dengan islam,Di Rwanda,tutsi dengan Islam,Di Syria,Sunni dengan Shiah,Di Malaysia Melayu dengan cina,...Didalam Utusan,Apa lagi Cina mau..kah..kah..kah...aku tang ayat apa lagi cina mau tu lawak siot...itulah satu2nya tajuk akhbar paling lawak aku pernah baca
Dat rite bro! Tp tula,masalah org kita ni x kritikal minded..dok sibuk pikir hal syiah-sunni..smpikan musuh yg nyata pn x nmpak,bila ulas,dorg ckp kna dgr ckp ular dlm semak mcm usop qardawi tu...tp bab org islam kat myanmar?usop qardawi pn bisu seribu bahse! Perut lapo la bro..gi makan McD jap! Kuikuikuikui!
BalasPadamSyabas Bro. Malangnya di Msia ni sbhgian agamawan menggunakan masjid/ surau utk membelasah Syiah. Kemudian ramai pula mamat tak berotak dlm fb dok jadi burung kakak tua mengulang ulang fatwa bengong para ustaz separuh masak tadi. Yg memburukkan lagi keadaan agen2 Saudi bermaharajalela di tgh2 masjid menghalalkan darah Syiah. Ramai dah muslim berakal malas nak ke sbhgian masjid dan surau. Cth Masjid TTDI Jaya Shah Alam.
BalasPadamboss, tu yang gua jeles ngan lu.lu umur muda2 sudah keluar tengok tempat org.buka mata,buka minda (buka seluar? :)) kenal awek / org dari serata dunia. gua respek lu sebab lu bercerita berkongsi rasa solely based on your own experience. bukan mcm sesetengah org, cakap berdegar2 tapi isi tarak.kosong.nil. tau nak memaki org lain je...
BalasPadammaybe someday before lu mati, lu sempat bukukan pengalaman lu bertahun berkelana. lu kena mulakan draft dari sekarang sebelum terlambat. gua org 1st beli. yg penting, lu mesti kasi otograf.senang nanti gua jual mahal2 kat e-bay! kahkahkah
Siapa nak tukar negara...tukar sekarang...ini negara mahathir....negara kutty....negara pendatang tanpa idzin...tak caya...pi 7 eleven taman megah ss 24 pj.....orang nepal nama sete jadi cashier....heheee...burrrbbbbb...baru makan restoran seafood FATTY CRAB....sodap...tt...ko suka anjing kan....hahaha...sebelah restoran ini ada banyak anjing dan kuching untuk dijual....gila kau sial....meke duduk dalam ekonnn kauuuuuuu.....hahahahha
BalasPadamkemusnahan warisan besartamadun Islam. selama 20 tahun baginda Rasullah SAW berulang alik dari Mekah ke Syam (Kota Dhamsyik), memimpin kabilah berniaga.
BalasPadamimperialis mengadu domba, menakluk minyak memusnah bukti kehebatan Islam.
Zionis anglo amerika tak henti mengadu domba hatta sesama islam, kristian, sunni, syiah atau melayu akan dilaga2kan demi kuasa dan wang
BalasPadamsebab melayu ni bangsa pukimak dan hipokrit!penat dah aku bagitahu kt orang FSA ni teroris yang ditaja CIA dan Amerika macam mane korang blh percaya???pukimak melayu lagi sekali!hipokrit!
BalasPadamsenang cite pegi sana bro...baru tau cerita benar...
BalasPadamtoksah nk salahkan org...
berapa ramai suni mati kat sana...
sunni yg mati tu sapa, pompuan, budak,bayi @ laki2...
berapa ramai syiah yg mati kat sana...jika ada sapa dia; askar????
semua manusia buta semasa di dunia, dan dicelikkan matanya selepas mati...
dan kita akan ditanya "apakah yg kau telah lakukan untuk menolong saudara seagamamu yg tertindas!"
walopon Najib bukan la sosok terbaik untuk dijadikan rujukan terbaek untuk demokrasi Malaysia,namun agenda Keadilan dibelakangnye ade dajjal yg lebih besar untuk menjahamkan negare kite.
BalasPadamMakaseh, Aku skrg percaya negara memerlukan sekularist yg pintar untuk mentadbir. Kalau org agama aku lebih percaya puak Syiah dari Sunni. Aku tengok yang sunmi semua hampeh. Morsi cth terbaru. Syiah aku tengok lebih perform. Iran, Hezbollah. Cerdik betul puak Syiah. Yang Sunni ni termasuk, puak sesetengah Ustaz, puak FSA sembelih paderi pun depa share dan puji. Agama Sunni ni byk tak pakai akai.
BalasPadamSYIAH AMERIKA ZIONIS- ANAK DIDIK DAJJAL LAKNATULLAH!
BalasPadam