Ahad, 28 Julai 2013

PROGRAM PETANG INI SEBELUM BERBUKA PUASA





SEMUA DI JEMPUT HADIR
PETANG INI
jika diluar kuala lumpur
sila layari radio bangsar utama 


WACANA KUDETA MESIR: PENGAJARAN KEPADA GERAKAN ISLAM
  
Terima kasih kerana sudi hadir pada petang ini, hari ke 17 Ramadhan. Untuk makluman wacana kita pertang ini disirakan secara langsung kepada seluruh dunia melalui RADIO BANGSAR UTAMA BERANI LAWAN LAPORAN JELAS pada tapak atau situs (http://www.radiobangsarutama.com/)

 PARA PANEL WACANA

1) Cikgu Azmi Abd Hamid, MAPIM, SYURA, TERAS dan CAP.

2) Sdr Hishamuddin Rais atau TT, Tukar Tiub, blogger, aktivis dan pemimpin massa khususnya anak-anak muda

3) Sdr Hasni Abas, mantan Presiden Union Dewan Bahasa dan Pustaka,  SU GMP, Gerakan Mansuhkan PPSMI, aktivis sosial yang kritis

4) Sdr Ahmad Muhajir, penguasa, kolumnis dan pemerhati yang kental.  Tulisan abeliau boleh kita ikuti dalam Harakah cetak, Emel Dari Seberang.
  
 TUJUAN WACANA
  
Hari ini sudah masuk hari ke X, Presiden Morsi digulingkan oleh pihak tentera Mesir, satu episod yang kita kira bukan cukup luar biasa di negara yang paling berpengaruh di Timur Tengah.  Aspek ini akan diulas sepintas lalu oleh para pembentang kita.

Apakah tujuan utama kita dalam wacana ini mengutuk tindakan tentera dan juga campur tangan asing, khususnya Amerika dan juga tangan usil Isreal?  Sebagai latar kefahaman, aspek ini akan disentuh oleh pembicara kita.

Sebenarnya tujuan kita dalam wacana ini jauh lebih besar kerana sebenarnya kita telah jenuh mengutuk, mengecam namuan keadaan tidak pernah berubah.  Oleh itu yang kita harapkan dalam wacana ini ialah:

APAKAH  PENGAJARAN  YANG  BOLEH  KITA PEROLEHI UNTUK TINDAKAN LANJUT?

APAKAH  CONTOH-CONTOH  NYATA  SEGALA KELEBIHAN  DAN  JUGA KEKURANGAN GERAKAN  SERTA PENTADBIRAN ISLAM KONTEMPORI  MISALNYA PARTI-PARTI POLITIK ISLAM YANG DI  INDONESIA, TURKI MALAH TERENGGANU, KEDAH DAN KELANTAN?

KENAPAKAH SEMUA INI TERJADI? 

APAKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAN SEBAGAI PERSEDIAAN DI MASA DEPAN?
  
PERBINCANGAN BERMULA: 5:15 Petang

JAM : 6:55 Petang  dibuka untuk soal jawab

Kita ada kira-kira 20 minit untuk soal jawab dan juga respons panel. 


------------

3 ulasan:

  1. Tuan TT,

    6.55 sesi soal jawab.

    7.29 ada sesi berbuka puasa free?

    menu berbuka - buar tamarot.

    BalasPadam
  2. apakah yg kita boleh buat utk mesir yg jauh itu.
    apakan daya melayu cakap jer lebih berdegar-degar. demo sejam depan kedutaan dah rasa cukup. jerit2 sikit.slogan2 sikit.balik nk sambung keje

    fakta1:tahun 2011 kapal2 perang as berlabuh di pelabuhan klang sbyk lebih 30 kali.

    fakta2:mamak dh sains janji ngan uncle sam.CIA boleh masuk bila2 masa soal atau ambil tahanan msia bawa ke guantanamoa...

    kahkahkah
    uncle syam tak pyhlah bertamarot...
    demo anti tppa pun 50 org hadirrr...
    cakap semua boleh...podah!!!!

    BalasPadam
  3. tamar rot
    tamar reput

    BalasPadam