Jumaat, 5 Julai 2013

REVOLUSI ANAK MUDA - DI BAJAK?








TAMAROD - TAMARROD
mesir ketika ini sedang bergolak
tentera telah membuat rampasan kuasa
revolusi pertama anak muda telah dibajak

apakah kalai gerakan tamarod
gerakan  anak muda 
akan juga dibajak?

DARI ARKIB
melihat kembali
gerakan revolusi anak muda mesir
yang telah dibajak

tulisan ini disiapkan
pada 21febuarari 2011
dan telah disiarkan dalam suara keadilan
dan terkumpul dalam buku: tipu pilihanraya turun jalan raya




IRHAL IRHAL YA MUBARAK - BERAMBUS BERAMBUS YA MUBARAK !!

Mahmoud Muhim  bingkas bangun dan mengambil megapone ketika ribuan penunjuk perasaan sedang bergerak menuju ke  Dataran Mutiara. Dia melaung … “Tidak ada sesiapa yang akan memberi ganti rugi. Setiap orang hanya mengucapkan tahniah kerana anak aku telah gugur shahid. Anak aku gugur untuk Bahrian.” (petikan  akhbar Guardian London)

Kau kutuk aku dalam buku sejarah kau
Dengan segala tohmah dan bohongan
Kau pijak aku bersama sampah
Tetapi, seperti debu, aku akan naik…aku akan naik…aku akan naik
 ( bait puisi Maya Angelou – penyaer wanita kulit hitam dari Amerika)

Kawan-kawan  yang aku hormati,

Apakah kamu terperanjat apabila mula melihat  anak anak muda gugur shahid di Tunisia, di Benghazi, di Al-Kaherah, di Suez, di Tehran, di Iskandariah, di Aljazail, di Saana atau di Manama. Kau selalu  bertanya-bertanya kepada aku kenapa semua ini terjadi.

Kawanku yang baik hati biarkan aku kesahkan :  sejarah perjuangan kita untuk  menegak keadilan bukan hanya bermula dengan 20 September 1998. Sejarah perjuangan manusia untuk menghampus kezaliman dan menentang kebatilan bukan bermula bulan lalu. Sejarah perjuangan manusia bukan bermula dengan Revolusi Bolshevik atau Revolusi Tiongkok.

Hidup manusia ini adalah perjuangan. Hidup manusia  ini adaklah perjuangan  kelas. Perjuangan  - kelas yang di tindas melawan  kelas yang menindas. Perjuangan menentang kezaliman dan kebatilan. Pejuangan untuk menegak keadilan dan menumpas penipuan. Jangan sesekali kau lupa akan hakikat ini wahai kawan ku.

Apakah kaum masih ingat lagi , awal dahulu kesah Leila Si First Lady lari dengan satu tan lebih jongkong emas. Kemudian  diikuti oleh Suzzane Si First Lady yang  lari  berhelikopter meninggalkan Istana Presiden. Ini Istana kesayangan yang telah ditiduri  selama 30 tahun.  Kawan ku, bayangkan betapa lamanya Si First Lady ini tinggal di Istana itu. Kalau  kau telah  menanam biji durian  30 tahun dahulu pasti telah  berbuah 20 musim.

Gamal anak Suzzane Si First Lady  telah lari terlebih dahulu ke London. Gamal, seorang bilionaire  ingin memastikan yang dia tidak  akan tersadai di Riyadh  seperti nasib Ben Ali dan Leila. Bayangkan Leila Si First Lady  dengan harta bertimbun-timbun tidak ada apa satu yang boleh dilakukan di padang pasir yang kering kontang. Hendak berjangak  susah sekali. Hendak memandu tidak mungkin lagi. Siapa pulakah gerangan yang akan mendadan rambutnya untuk menjulang tinggi.


Kawan-kawan,  ketika aku menulis ini dunia Arab sedang terbakar. Telah aku baca tentang anak anak muda telah mula turun ke jalan raya di Rabat dan Tangier. Telah aku baca berita sedih tentang 200 penunjuk perasaan telah di tembak mati oleh askariah upahan Kolonel Gadaffy.

Juga telah aku dengar di Tehran anak anak muda sedang berkabung sebagai tanda setiakawan  kepada Saane Zhaleh dan Mohammad Mokhtari. Kau bayangkan  dua shuhada ini adalah anak mahasiwa yang masih muda – Saane baru berumur 26  dan Mokhtari hanya 22 tahun.

Apa kau masih kurang faham kenapa ini berlaku?

Kawan-kawan ku, biarlah aku menjadi sang perawi disini. Aku akan  membawa kesah-kesah perjuangan anak anak muda  dari Timur Tengah. Biarlah kesah-kesah ini kita dengari bersama agar kita akan menjadi  lebih dewasa. Agar kesah-kesah ini juga akan menjadikan kita  manusia-manusia yang bertakwa untuk sama bangun berjuang menumpas penipuan dan kezaliman.

Lalu kau bertanya-tanya tanpa sato noktah :  apakah benar dan saheh bahawa anak anak muda yang berkumpul di Dataran Tahrir itu semuanya kerana Facebook. Adakah mereka turun ke jalan raya kerana  menyahut panggilan tweeter. Atau apakah mereka penagih blog?

Biar akau katakan disini – ada betul dan ada salah tentang  babak ini. Memang betul anak anak muda ini berfacebook. Memang betul mereka ini dipanggil tweeter. Memang betul mereka amat gian membaca pelbagi blog. Lihat buktinya : pada tahun 2005 dahulu hanya muncul beberapa blog yang dilayari. Tetapi hari ini telah ada beribu. Hari ini 3 juta warga Mesir  dililit oleh rangkaian Facebook tetapi ini agak kecil berbanding dengan penduduk yang berjumlah 80 juta.

Jadi tidak benarlah jika kita katakan bahawa semua yang berlaku kerana mereak befacebook dan bertweeter. Kaum pemodal mahu kamu melupakan tentang satu pekara yang amat penting dalam babak sejarah ini. Pekara  yang ingin dipadamlam ini  ialah babak-babak pejuangan kaum buruh dan kaum tani

Kawan ku, sebenarnya ada babak-babak sejarah yang lebih besar dari kesampaian teknoloji terbaru ini. Ada babak babak sejarah  yang lebih mendalam dalam ingatan  bersama warga Mesir. Ingatan bersama – collective memories -  inilah yang mengikat mereka untuk  turun berkumpul di Dataran Tahrir.

Kawan-ku yang baik hati,

Apakah kau lupa tarikh pertama  anak anak muda di jemput berkumpul di Dataran Tahrir  ialah pada  26 haribulan Januari. Apakah kau tidak teringat, atau tidak terbaca akan  tarikh  keramat ini. Biar aku ingatkan disini tentang apakah dia  tarikh yang bersejarah ini.

Pada tarikh yang sama dalam tahun  1952  dahulu kota Kaherah telah terbakar.  Warga kota Kaherah telah turun berduyun-duyun ke jalan raya menunjuk perasaan. Mereka bangun marah kerana sehari sebelum ini soldadu penjajah British telah membunuh 40 orang polis Mesir di  Suez. Ini permulaan gerakan nasionalisma moden Mesir. Enam bulan kemudian Nasser dan Free Officer Movement  telah merampas kuasa. Raja Farouk telah dihanyutkan ke Rom.

Revolusi Naseer sebenarnya masih segar dalam dalam ingatan anak anak muda ini.  Kerana itu tarikh ini telah dipilih untuk menjadi satu tanda pemisah antara rejim revolusi Naseer dengan rejim  Sadat dan Mubarak.

Jangan kau lupa wahai kawan ku tentang bagaimana a kaum falahin – kaum buruh, kaum tani  dan penduduk miskin kota telah keluar menunjuk perasaan pada 18-19 Januari 1977 dahulu. Mereka menjadi mangsa Bank Dunia dan International Monetary Fund. 


Kaum kapitalis ini telah memaksa Presiden Sadat memansuhkan harga gandum sehinggakan  warga miskin tidak ada keupayaan untuk membeli makanan asas ini. Tujuh puluh sembilan telah shahid ditembak mati  dan 800 cedera kerana menunjuk perasaan apabila harga roti dinaikkan.

Tidak cukup dengan kezaliman ini – setahun  kemudian Anwar Sadat telah membuat perjanjian damai dengan zionis Israel.  Babak ini dianggap  sebagai satu penghinaan dan pembelotan terhadap pejuangan warga Arab khususnya warga Palestin.

Kawan ku, kau wajib mengetahui  dan memahami tentang musibat yang dibawa oleh  dasar ‘ infitah – penswastaan’ yang diperkenalkan oleh Sadat. Berpuluh-puluh syarikat milik negara telah di swastakan kepada para kroni, anak bini dan saudara mara. Tuan-tuan empunya pabrik dan kilang yang telah  diswastakan ini  tanpa segan dan malu telah membuang dan mengurangakn tenaga kerja. Langkah ini  untuk memastikan keuntungan berlipat ganda.

Tanpa bantuan kerajaan dan daulah ribuan kaum tani, kaum buruh dan penduduk mikin kota terus hidup merempat. Mereka yang ada pekerjaan terus dibayar degan uah yang murah. Tuntutan gaji minima telah ditolak. Pada tahun 2006  seramai 24,000 kaum buruh dari berbelas belas  kilang kain  telah melancarkan mogok. Ada  kilang kain kerajaan dan ada dari kilang kain swasta. Mereka telah bersatu menuntuty upah yang lebih. Pada tahun 2007  sekali lagi mogok yang sama berlaku.

Pada 6 April 2008 – satu lagi mogok telah dirancang. Tuntutan kauam buruh kaian ini adalah sama seperti tahun 2006/7 – meminta gaji minima dan mendapt  khidmat kesihatan. Presiden Mubarak telah meghantar polis  untuk menganasi kaum buruh. Ada yang di tangkap. Kilang ditutup dan ramai pemimpin buruh   berakhir dalam penjara.

Kawan ku,  aku rasa kau pernah terbaca 6 April Youth Movement.  yang aku surahkan disini hanyalah teromba dan  salasilah  bagaimana bermulanya Gerakan Anak  Muda 6 April ini . Kumpulan anak muda ini telah menyahut laungan kaum buruh dan  meneruskan perjuangan dilaman blog dan alam maya.

Anak-anak muda ini telah meneruskan  perjuangan kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota. Mereka telah membuat tuntutan ini :

1 – Tamatkan pemerintahan rejim Mubarak
2 -  Tolak usha untuk menjadikan Gamal Mubarak , anak Mubarak sebagai ganti Presiden
3 -  Bukakan ruang kebebasan dan wujudkan lembaga untuk menjalankan pilihanraya yang adil dan bebas
4 – Hentikan keganasan polis dan mukahabarat/SB dan dakwa  penjenayah ini

Tuntutan ini terpampang luas di Dataran Tahrir. Tuntutan inilah yang menjadi pemidai dan kain rentang yang menyatukan kaum buruh, kaum tani, anak muda, kaum nasionalis,  wanita, kaum agamawan dan kaum kiri. Islam dan Kristian telah bahu membahu mendobarak kebatilan. Mereka telah berjaya mengalang satu barisan rakyat untuk membebaskan Mesir dari cengkaman elit politik  yang telah merompak kekayaan negara.


Kawan-kawan ku, ketika aku menulis ini sejarah perjuangan ini belum selesai. Dunia Arab masih bergolak. Aku tidak berani menjadi nujum untuk meramalkan apa yang akan berlaku. Tetapi aku sedar dan yakin  bahawa kaum pemodal, kaum zionis  dan imperialis Amerika sedang merancang untuk memandulkan Revolusi Sungai Nil ini. (TT)

--------

8 ulasan:

  1. 1. berbeza dgn p/raya terdahulu, p/raya 2011 telah berjalan tanpa byk pertikaian akan kesahihannya. Maka, 'by default' Morsi adalah the legitimate democratically elected president of Egypt.

    2. demokrasi dimana2pun "secara default" juga akan memberi advantage kpd pihak yg menguasai dewan utk melaksanakan cita2 mereka (kalau front sosialis demokrat yg majoriti pun, sudah pasti mereka akan cuba mencapai cita2nya melalui peruntukan2 baru parlimen dsbnya)

    3. Pihak oponen (jika mereka juga demokrat) yg tidak bersetuju dgn pihak yg mempunyai advantage itu, boleh sahaja membangkang, berdemo dan selanjutnya menjatuhkan pihak YG MEMILIKI KUASA DEMOKRATIK, PADA PILIHANRAYA YG SETERUSNYA.

    4. Memang jelas, pihak tenteranya tidak demokratik..tetapi yg lebih tragis & ironi lagi tindakan front liberalis/sosialis/nasionalis merayakan & menyanjung tingi tindakan 'coup' tentera itu sangat memalukan demokrasi yg mereka sendiri sertai & junjung tinggi.

    tt - ekau ghoti tak apo core bussiness CIA tu bhai...??

    BalasPadam
  2. Lu syok la mursi tumbang.. Anak muda punya kerja konon.. Gaza kebulur.. Lanchoww la

    BalasPadam

  3. Bapak lu dulu ajar lu buat revolusi ke?

    Lu g revolusi sama adik bradik mak bapak keluarga lu dulu la.

    kah kah kah

    BalasPadam

  4. butoh pak hang la. apsal la bapak lu romen mak lu dapat lu. suweh dol

    BalasPadam
  5. Revolusi yang tidak dipandu dengan Alquran dan Sunnah jadi sia2 ja.kita xnak anak muda semata2,tapi nk yg berjiwa ulamak memandu masa dpn. Oh dr mursi,sabarlah.. Oh gaza sabarlah

    BalasPadam
  6. apa yang aku faham

    1)mohsi bukan objektif tamarod.tamarod sangat menyanjung insan ini
    2)mohsi keseorangan dalam kabinet.penggulingannya adalah penyelamat dari dipancung.dia akan kuatkan diri.anwar dulu umno ke pas?
    3)aristokrat bersarban,berikhwan,berzikir dan bertasbih masih mengulit kesedapan bila mubarak dikeronyok.bila mandur dah mati kuli2 bersorak sorai.sekurangnya mubarak masih beri subsidi tepung.muammar bagi rumah free.mahatir bgi intenet.bila semua da out rupanya banyak lagi dibelakangnya.
    4)ini perang paling besar antara dua kelas dalam sejarah mesir.tak ada kaitan agama

    soladiriti kepada tamarod.perang bulan puasa.kiamat da dekat sangat.

    BalasPadam
  7. Gua bercadang.. jika naik ketua baru.. elok kasi penggal memerintah negara 2 tahun saja dlm satu penggal, 4 thn.. bagi peluang org lain mentekendarah sama..

    gua dulu pun hebattt mcm lanchoww.. dpt jadi ketua pengawas.. max 2 tahun jer dpt jadi ketua.. itupun sbb penolong yg sedia ada bertukar sekolah.. masuk tahun kedua, gua letak jawatan sbb tak tahan ramai kaki ampu nak jadi ketua pengawas jugak.. mcm la best sgt jadi ketua pengawas ni..pemikiran budak2 skolah..

    BalasPadam
  8. Pado bab ni cuba paham kek den utk menyetujui pondapat tuan...
    Sobab pado den mursyi jatuh bukan sbb anak muda...tp soban amerikiyaa....

    BalasPadam