Jumaat, 26 Julai 2013

SELAMAT BERBUKA PUASA





HUJAN PUN SAMPAI
saperti yang telah dijanjikan
saperti yang telah tertulis
hujan pun datang
saperti kekasih lama yang hilang

bumi menjadi sejok
sesejuk hati anak gadis ditinggal kekasih
bumi yang kontang tersenyum puas
rumput yang kering  menari nari
menyambut hujan  yang ditunggu

kilat di tengah hari
hilang  cahayanya
guruh berdendum
bumi begegar




lopak air mula berisi
longkang mula mengalir
sampah daun dan plastik
tolak menolak dalam pejalanan
ke luh mahfuz
bumi gumbira
bila hunjan datang



PASAR  BATU ROAD
sebelum sahur aku ke batu road
melihat dan mencari
apa yang ingin dilihat
dan apa yang ingin dicari 
aku sendiri pun tak tahu

kali ini jelas kedai kedai berkurangan
tidak semeriah tahun yang lalu
aku mencium ambience
aku cuba mencari suasana raya

apakah barang telah naik harga?
apakah masih letih dengan pru13?

BUNDLE KASUT
kasut tangan kedua
di batu road menjadi tarikan hebat
untuk anak muda
yang datang dengan balak
yang datang dengan awek

lalu aku bertanya
dari mana puluhan ribu kasut ini datang?
kaki siapa memasuki dahulu
sebelum kaki aku masuk menapak?

lalu aku bertanya
kenapa tuan empunya 
jatuh hati lalu melamar kasut kasut ini
kemudiannya bercerai
dan sang kasut tersangkut dibatu road

SAHUR DENGAN ULAM PETAI



SAHUR LEWAT PAGI
malam kelmarin aku akhirnya bersahur direstoran tikus
banyak ulam dan pilihan
ini restoran tikus senior



ada lagi satu
restoran tikus junior
ulam tak ada tapi
tikus memang banyak

agaknya dimana?

TAK LAMA LAGI KITA RAYA
malam kelmarin bulan cerah
tapi tidak bulat lagi
telah sumbing
akhirnya mengecil
akhirnya menghilang
dan bila muncul kembali
adalah tanda hari raya

selamat berbuka puasa




2 ulasan:

  1. ada lagi satu
    restoran tikus junior
    ulam tak ada tapi
    tikus memang banyak


    tikus tu la ulamnya!! kahkahkah

    BalasPadam
  2. Bro, bila fenomena bulan mula sumbing, maka siang hari esoknya fenomena lain mengikut rapat: traffic jam semua jalan masuk kl, sebab org selangor dan negri 9 off day!

    BalasPadam