TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA
GARIS TEPAT JALAN RAYA
MESIR
- ILMU DARI PENGALAMAN
Ketika
tulisan ini digarap – dunia masih tidak tahu dimana bekas Presiden Morsi
ditahan. Ketika tulisan ini digarap jumlah warga Mesir yang gugur semakin
bertambah. Benterokan antara tentera dan penyokong Morsi terus berlaku. Ketika tulisan ini digarap hampir 12 bilion
dolar - duit dari Saudi dan Negara Telok telah masuk ke Mesir. Hakikatnya, suasana
politik Mesir masih belum reda dan mengenap.
Apa
yang semakin jelas ialah sokongan terhadap rejim militer Mesir telah datang
mencurah-curah dari negara Arab terutama Saudi Arabia. Negara Arab konservatif ini melihat bahawa
dengan jatuhnya Morsi mereka merasa diri mereka terselamat.
Musim
Bunga Arab yang bermula di Tunisia ini
amat penting. Musim Bunga Arab telah membawa
garis politik yang tepat – politik jalan
raya. Wadah politik jalan raya ini telah merebak bukan sahaja di bumi Arab ,
malah sedang merebak ke seluruh dunia.
Di
Brazil kenaikkan tambang bas – 10 sen – telah menjemput puluhan ribu anak muda
turun berdemo ke jalan raya. Kerajaan Brazil hampir runtuh. Maka Presiden Dilma Rousseff terpaksa membatalkan
kenaikan tambang bas. Di Istanbul – taman bunga yang ingin dimusnahkan – telah
mengoncangkan elit politik Turkey. Politik jalan raya anak muda Turkey telah
mencemarkan imej PM Edorgan yang mahu mencalonkan dirinya sebagai calon Presiden.
Rejim-rejim
Arab dan rejim zalim diseluruh dunia termasuk di Malaysia mula sedar bahawa
garis tepat – politik jalan raya - akan
membawa merbahaya kepada kuasa dan harta kerkayan mereka. Musim Bunga Arab membuktikan keyakinan orang ramai kepada pilihanraya
semakin terhakis. Pilihanraya dilihat semakin jelas sebagai satu penipuan
terancang oleh elit politik untuk menjarah dan merembat harta kekayaan negara.
Rata-rata di Dunia Ketiga anak muda semakin kerap turun ke jalan raya.
Kenapa
agaknya duit masuk berbilion dolar dari Saudi, Kuwait dan Qatar masuk ke Mesir ? Untuk menjawab soalan ini kita
wajib memahami latar sejarah bumi Arab itu sendiri.
Negara-negara
Arab ini
menetas dari percaturan dan kepentingan kuasa imperialis Barat. British, Itali dan Peranchis memiliki
kepentingan ekonomi di bumi Arab. Empire Ottoman Turkey runtuh – secara
resminya pada 24 Julai 1923. Keruntuhan Empire Ottoman ini adalah hukum dan
syarat tamadun manusia. Satu empire walau pun gah dan kuat pasti runtuh juga
akhirnya.
British
menyerang kuasa Ottoman dari Selatan dan dari Telok. Peranchis mengembangkan kuasa di Levant, Aljeria,
Tunisia dan Moroko. Itali menjarah Libya. Dengan kejatuhan Empire Ottoman , British - kuasa
imperialis yang terulung pada ketika itu mendapat ‘permata ’ paling berharga –
Mesir. Saudi Arabia, Jordan, Iraq dan
Negara Telok semuanya menetas dari tapak tangan Baginda Raja England sesudah
runtuhnya Empire Ottoman.
Kuasa
imperial British memiliki kuasa mutlak diwilayah ini. Semua ini berlaku sebelum pecah Perang Dunia
Kedua. Sesudah perang kuasa imperial British runtuh – sama saperti runtuhnya
kuasa Ottoman. Sesudah selesai Perang Dunia Kedua muncul kuasa imperialis Amerika dan Blok Sosialis.
Justeru
kita dapat melihat sejarah Mesir sama saperti sejarah Malaysia dan
negara-negara bekas tanah jajahan British. Kedatangan kuasa asing telah
melahirkan semangat nasionalisma. Kesedaran anak tempatan ini telah melahirkan
perlawanan yang hebat. Sama saperti di Tanah Melayu gerakan nasionalisma Mesir
juga mempunyai garis kiri dan garis kanan. Di sebelah kiri – Parti Komunis, Parti
Buruh dan Parti Sosialis. Di sebelah kanan ialah parti yang berpaksikan agama
saperi Ikhwan Muslimin.
Pada
tahun 1952 – Revolusi Pertama berlaku di Mesir.
Tentera telah merampas kuasa dan Raja Farouk telah dihalau dari Mersir.
Kuasa British diambil alih dan Mesir menjadi Republik Arab Mesir. Kesampaian
garis nasionalis progresif yang dibawa oleh Presiden Nasser ini telah manakutkan kuasa imperialis. Dalam
suasana Perang Dingin Presiden Nasser
telah mendapat sokongan ekonomi dan akhirnya senjata dari blok Blok
Sosialis.
Wujudnya
Presiden Nasser ini bukan hanya menakut kuasa imperialis malah menjadikan Saudi Arabia dan Negara
Telok takut. Suasana politik inilah
yang telah memaksa Saudi untuk menyokong Ikhwan Muslimin dan parti
kanan yang lain. Gerakan arus kanan
Mesir mendapat sokongan moral dan
meterial. Dari sini jugalah mencelahnya masuk ajen-ajen imperilis Barat dan CIA yang anti Nasser dan anti gerakan nasionalis
progresif.
Kuasa
imperalis sedar bahawa negara Arab progresif akan muncul. Justeru kuasa
imperial Anglo-Amerika memiliki
perhitungan dan strateji berjangka
panjang. Sesudah Perang Dunia Kedua – Israel telah diwujudkan dibumi Arab pada
tahun 1948. Entiti Zionis ini sebenarnya hanyalah pengkalan tentera yang cukup
lengkap dengan Bom Atom.
Telaga
minyak dan telaga gas yang menjana
ekonomi sistem kapitalis hari ini wajib dikawal rapi. Saudi Arabia dan Negara
Telok pengeluar minyak dan gas wajib dlindungi dari dibantai oleh gerakan nasionalis Arab yang progresif. Disinilah
peranan Zionis Israel. Sebagai pengakalan tentera Isreal secara
tertutup dan terbuka telah membantu Saudi Arabia
dan Negara-negara Telok dari diganggu gugat.
Dari
sini kita memahami jelas bahawa apa yang diperjuangan oleh Saudi bukan agama tetapi kepentingan ekonomi.
Ekonomilah yang menjadi asas politik dunia Arab. Ekonomi jugalah yang menjadi asas
politik dunia kita hari ini. Perebutan
kuasa dimana sahaja dalam dunia ini adalah perebutan ekonomi. Agama itu hanya digunakan
untuk mengolah persetujuan orang ramai
untuk mendapat sokongan dan meraih kuasa. Ini adalah asas realpolitik. Politik Arab, politik Islam, politik Melayu, politik Orang Barat, Orang Selatan
semuanya berasaskan perebutan ekonomi. Ini adalah politik kontemperori
dunia hari ini.
Ketika
Presiden Nasser mentabir Mesir - Saudi, British dan Amerika menyokong Ikhwan
Muslimin. Sokongan ini untuk memastikan garis ekonomi Nasser yang progresif dapat
dimandulkan. Garis politikal ekonomi Nasser mengancam kepentingan kaum pemodal
Bristish, Peranchis dan kaum feudal tempatan. Contohnya ramai tuan tanah
menjadi marah apabila Presiden Nasser mengagihkan tanah kepada kaum tami
melalui reformasi dasar tanah pada tahun
1953. Malah pada tahun 1954 ada percubaan membunuh Presiden Naseer. Ikhwan Muslimin telah dituduh terlibat dalam kes ini.
Pada
tahun 1956 Presiden Nasser telah memilik negarakan Terusan Suez. Langkah ini
menjadikan kuasa imperial naik minyak terhadap Naseer. Disinilah peranan Ikhwan
yang terus mewujudkan rintangan demi rintangan dan cuba menghalang dasar pro
rakyat Nasser. Tetapi Presiden Nasser
amat popular. Walau pun wujud gerakan
anti Naseer dari Ikhwan tetapi gerakan itu tidak pernah mendekati Tamarod 30 Jun 2013 dahulu.
Satelah
melihat latar sejarah ini maka marilah kita memahami keadaan Mesir sekarang. Apakah
Saudi menyokong Musim Bunga Arab Mesir? Jawabnya: tidak. Malah Saudi Arabiah
telah merayu kepada Obama agar
memastikan Mubarak terus berkuasa.
Apakah Saudi dan Negara Telok menyokong Presiden Morsi dan Ikhwan
Muslimin ketika mereka berkuasa? Jawabnya: tidak.
Lalu
persoalan timbul - bukankah dizaman Nasser dahulu Saudi menjadi penyokong Ikhwan? Negara Telok
juga memberi sokongan yang kukuh? Betul.
Maka dari babak ini kita memahami apa itu realpolitik. Yang menjana realpolitik ialah ekonomi. Saudi sedar bahawa Musim Bunga Arab sedang membawa malapetaka terhadap kuasa dan harta
kekayaan kaum feudal. Raja, Sheikh, Emir
dan Shah di negara Arab tahu bahawa ombak Tamarod sedang mengampoh. Justeru rejim militer di
Mesir wajib diperkukuhkan.
Kita
dapat melihat bagaimana kuasa imperial
Anglo-Amerika pada awalnya memberi sokongan kepada Presiden Morsi dan Ikhwan
Muslimin. Strateji kuasa imperial ialah untuk meredakan gerakan jalan raya.
Hasilnya, dalam Revolusi Pertama 2011 - Morsi mendapat sokongan popular. Sokongan diajukan kepada Morsi dan Ikhawan
untuk memastikan Mesir akan stabil dan rakyat akan mula bermain dengan politik Coca Cola atau Pepsi Cola. Rakyat Mesir ingin
didorongkan untuk main ‘pilihanraya’. Memilih Parti INI atau memilih Parti ITU. Inilah niat dan strateji berjangka panjang kuasa imperial yang membajak
Revolusi Pertama.
Tetapi anak-anak muda Mesir sedar bahawa revolusi mereka telah dibajak. Dari kesedaran inilah munculnya Tamarod. Kejayaan Tamrod dan Revolusi Kedua ini juga sedang menjemput ajen-ajen baru yang juga bercita-cita untuk membajak revolusi ini. Duit berbilion dolar dari Saudi Arabia dan Negara Telok itu – sekali imbas saperti sedekah bulan Ramadan. Jangan silap faham dolar itu bertujuan untuk memperkukuhkan rejim militer. Ini juga bertujuan untuk memastikan garis Tamarod untuk mendirikan Mesir yang berkebajikan, demokratik dan merdeka akan digagalkan sekali lagi.
Obama
yang mewakili kepentingan imperialis dan kaum pemodal antarabangsa telah
menghantar Timbalan Setiausaha Negara William Burns ke Cairo. Ini bertujuan untuk untuk memastikan kepentingan Amerika dan
Zionis Isreal tidak diganggu gugat oleh
rejim tentera. Bantuan dana ekonmoi dan
ketenteraan dari Amerika kepada Mesir akan diteruskan.
Semua
ini dilakukan oleh kuasa Anglo-Amerika untuk memandulkan dan memusnahkan garis
politik Tamarod. Strateji kuasa imperialis ialah melayukan Musim Bunga Arab agar jangan merebak ke Saudi
Arabia dan Negara Telok. Elit politik dan elit ekonomi merancang agar orang
ramai – masyarakat dunia akan melihat
bahawa politik jalan raya tidak menghasilkan apa-apa.
Pada
tahap ini , kuasa imperialis Anglo-Amerika mahu memastikan Saudi Arabia dan Negara Telok akan terus
selamat. Telaga minyak dan telaga gas
tidak akan jatuh ketangan anak muda Arab yang memiliki sifat dan
falsafah Gamal Abdel Nasser Hussein. Ketika ini peranan Ikhwan Musliman dihentikan
sementara. Jika Tamarod dan garis progresif a la Naseer berkembang kembali maka Ikhwan Muslimin akan dipinang kembali. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggar
akhbar mingguan tanpa lesen ini
sila hubungi 03-92-21-10-45
Bro tt ;
BalasPadamaku nak mohon sedikit pencerahan dari lu..apa pendapat ko ttg PRK besut?knp pakatan masih nk join sdgkn kita tahu yang SPR dan BN menipu dlm pilihanraya baru2 nie?
korg bt kempen suh lahabau dgn malaun spr letak jwtn pn xmenjadi,rkyt mcm dh mls nk amik pot sb diorang tgk mp pktn pn xsunguh..
dan ak tgk mood rkyat skrg nie dh down gila slps pru 13 ari tuh..apakah hasutan bro tt dh xmenjadi? atau rkyt dh xnmpk cara nk tumbangkn rejim BN dr bumi msia selamanya?
akhir sekali,ke mana hala tuju pakatan serta rkyt msia slps ini? nk bt demo lg?ceramah jer ke?ataupun turun jlnry mcm di mesir smpai rejim tumbg?
Orang2 PAS jangan risau sebab "Jika Tamarod dan garis progresif a la Naseer berkembang kembali maka Ikhwan Muslimin akan dipinang kembali." Lepas tu boleh lah jadi polis moral kembali dan abaikan yang lebih penting.
BalasPadamTerbaik....tenang....baca sampai habis.....
BalasPadamperbezaan pemikiran perkara biasa..morsi menang secara sah..jika berbeza pendapat tentang soal dasar mengapa tidak mengikut kepada asas yang awal iaitu keputusan pilihan raya..mengapa begitu pantas ingin dijatuhkan morsi..apa dosa besar yang morsi dah buat..mengapa tidak dihimpunkan nilai nilai baik itu secara bersama..morsi baru sebentar jadi president..perlu beberapa perkara ditangani dengan bijaksana oleh beliau..bukan tindakan serta merta yang mengundang kemudaratan..apa yang ikhwan rebutkan jadi president bukan kepentingan duniawi semata mata..ikhwan mahukan manusia hidup bersyariat..apa yang islam dah buat pada manusia sehingga manusia begitu memandang pinggir tentang islam..apa yang ikhwan dah buat pada mesir sehingga peluru mesir sanggup singgah didada mereka..jika mahu kuasa dan kekayaan maka bisa saja morsi mengikut nasihat dan telunjuk amerika..tetapi mengapa tidak begitu..sebab morsi dan ikhwan berjuang dan berusaha hanya kerana allah..dan mati itu bukan tidur..mati itu bukan reput jadi kayu..mati itu ada tanggungjawab yang akan diperhitungkan di depan allah..moga orang muslim terus mendapat petunjuk dan kekuatan iman..
BalasPadamEngkau sham bicara mesir bicara palestine tapi isu hangat tak bicara . Ada sekolah minta murid bukan islam makan kat jamban. Bila jadi isu guru besar minta semua guru buka posa kat jamban sama bg cover line. Amar makruf nahi mungkar,,, engkau sewel sham
BalasPadamTamarod adalah usaha-usaha penyokong Hosni Mubarak untuk merampas kuasa, mana pergi penyokong tamarod lepas Morsi diguling, mereka berpesta setiap hari, sekarang yang berdemo kat Tahrir Square adalah penyokong Ikhwan dan Morsi. Tengok perbezaan layanan tentera Mesir ke atas penyokong Morsi dan Tamarod, penyokong Morsi ditembak sampai mati penyokong tamarod langsung tak diusik oleh tentera mesir. Untuk pengetahuan admin Amerika tak pernah menyokong dan menyalurkan bantuan kepada Ikhwan Muslimin kalau ada buktikan kalau tak tulisan anda boleh dianggap Hoax. Selamat berpuasa.
BalasPadamaku tak peduli la pasal tamarod2 negara lain bagai..yang aku peduli sekarang nasib negara sendiri ni macam ne?TT sibuk politik negara lain berolah panjang pasal tamarod bagai...itu diorang punya cerita...sekarang ni negara kita ni yg dlm bahaya dok sibok negara orang buat apa..bagi la idea2 hasutan untuk bangkitkan anak2 muda ke jalan raya,bangkitkan kembali semangat warga tua untuk berHARTAL satu malaysia..bukan setakat sasar di kL je...kamonlah...aku dah mula start bosan dah dengan situasi negara sekarang..dah naik jelak dah tngok BN kuasai putrajaya,aku rasa dah x stim dah tengok PR nye perjuangan..lemau selemau lemaunya lepas kalah pilihanraya haritu,dah tu plak himpunan dataran merbok dah lemau dari awal lagi rakyat berapi masa kat kelana jaya,tapi lepas tu turun buat roadshow black 505 aku dah mula nampak kelemauan..rakyat nak ada seseorang bertindak mencetuskan suasana barulah satu malaysia turun..aku rasa even harga barang dah naik sampai rm100 sekalipun xde yg berani nak bangkit..pasal diorang sedang tunggu pencetusnya dulu baru nak ikut..patutnya pemimpin PR kena cetuskan satu fenomena untuk tumbangkan mereka,andai ada bukti salah laku lengkap pemimpin umno bn buktikan sekali..ke ade sebagian dari pimpinan PR ade yg bad track record kot
BalasPadamTAMAROD!!!...
BalasPadamEIKKKK... TAMAROD KENE KELENTONG RUPANYE.... SEKARANG DA BERPECAH PULAK.... HAHAHHAHA....
Manakala dipihak Tamarrud kumpulan yang menganjurkan Himpunan 30 Jun untuk menggulingkan Mursi berpecah. Malah sebilangan mereka mengistiharkan bersama penyokong Mursi. Ini kerana bukan semua penyokong Tamarrud itu penyokong bekas Presiden Mubarak. Sebahagian besar mereka hanya mahu menjatuhkan Mursi sahaja dan bukan mencabut demokrasi serta kebebasan media. Malangnya kabinet baru yang dibentuk dipenuhi orang Mubarak. Perdana Menteri yang dilantik membuat kenyataan akan mengundi Jamal Mubarak anak kepada Hosni Mubarak jika berlaku pilihanraya Presiden. Manakala pendedahan hubungan Muhammad Barda'ie sebagai Timbalan Presiden kerajaan perampas ini dengan Israel mendatangkan kemarahan rakyat. Hal inilah yang menyebabkan Tamarrud berpecah. Cubaan mereka untuk menganjurkan himpunan lagi di Dataran Tahrir gagal sebanyak dua kali dengan kehadiran yang sangat minima setelah berminggu Tahrir kosong daripada penyokong.
Apatah lagi rakyat yang merasa tertipu menyokong Tamarrud sebelum ini amat marah apabila isu yang mereka bangkitkan seperti masalah letrik dan petrol yang kerap terganggu tiba-tiba segera selesai sejurus Mursi dijatuhkan. Menandakan wujudnya sebotaj dikalangan penggerak Tamarrud juga kroni bekas Presiden Mubarak. Selama ini rakyat percaya masalah letrik dan petrol ini benar-benar datang daripada Mursi. Masakan dalam tempoh sehari sahaja masalah ini selesai.
Kah kah kah...
BalasPadamMakin parah Pak TT ni...
Depa siap mati kena bunuh, kena gantung...
Kena sepak terajang tu dah lali dah...
Bukan macam orang tu...
Siap boleh lari belajar buat teater lagik...
Balik cuma kena geli-geli dengan cik isa sekejap je sedangkan kawan-kawan yang tak sempat lari dulu tu ada yang sampai berlumut masuk dalam...
Yang ini baru betul-betul "real politik"!
Semua ni adalah tanda akhir zaman....Allah izinkan semua ini berlaku....Allah nak semua ni berlaku....kenapa...kah kah kah....apa laaa dok kalot nak pertahan IM laa...Morsi laa...tamarod laa...selagi muslimin muslimat tak bersatu menentang puak kafir....tak ada apa yang akan berubah....puak munafik pun sama wajib ditentang....apapun yang utama kat sini ada penyatupaduan..kalau kita semua muslim bersatu....dah lama selesai benda ni....tapi semua masih ada kepentingan duniawi...jadi tak perlu sakit kepala pecahkan otak....benda ni akan sentiasa macam ni....sampai pada waktu ditetapkan....akan ada yang mampu menyatupadukan semua muslim di dunia ni...maka bila tiba saat itu akan datang kemenangan yang hak....tak perlu risau tak payah pening....janji Allah tu pasti....apa kah sebab terjadinya semua ni....kenapa...kah kah kah....semua pun poyo je nak pertahankan itu dan ini....orang Islam kena ada kepala...kepala nya pulak mestilah satu orang bukan satu persatuan atau satu pertubuhan...jadi siapa orang itu....untuk masa sekarang, tak ada....tak ada kepala...yang tinggal hanya kepala butir masing masing....semua pun dok kita sendiri punya perut sendiri punya kocek....lagi nak sembang macam macam....chit pooodaahhh
BalasPadammacam mana TT boleh sokong Tamarod tetapi tidak pada tindakan militan di Mesir? gerakan Tamarod dengan tindakan militan itu satu pakej. Ko tanya lah geng2 Tamarod di Mesir, kebanyakan nya bergembira dengan tindakan militan Mesir. Itu sbb lepas Morsi jatuh melalui tindakan militan, berlaku perayaan besar dari budak2 Tamarod. Real politik memang "ekonomi". Tapi real punya cerita adalah dari Tuhan dan ia berkait dengan perjuangan agama bukan ekonomi semata2...TT punya pandangan tidak sampai ke akar.
BalasPadamPolitik asia barat ditentukan oleh negara haram israel....xpayah nak kaji panjang2, huraikan juga dari pandangan agama. Macam puasa jugak, takat jaga lapar & dahaga je, x payah je le
BalasPadamsatu pencerahan yg baik. teruskan tt, berikan pandangan dari perpekstif yang lain. dapat membuka minda dari pemikiran yang sempit. org melayu mudah diperbodohkan. bila guna je nama Islam, muslimin atau nama arab skit, terus sokong gila babi. lebih2 lagi bila pakai serban 3 kilo, terus jadi ulamak segera. apa punya bangang bagi petrol percuma masa time mengundi.
BalasPadamTuan TT yg dirahmati lagi diberkati,
BalasPadamdidahului dgn ucapan 'tamarot tamarind, busuknya taik kering'
dalam tuan bicara pasal mesir pasal dunia, agaknya berbuih-buih mulut tuan menyebut snowden, baradei, nasser, assad dsb yg sewaktu.
tapi mana syed qutb? mana hasan al bana?
tuan jgn jadi rtm/tv3. cuma bicara topik yg menyetimkan kepala kotei sendiri.
jika bicara sejarah mesir tanpa menyebut 2 tokoh tersebut, umpama mengoncang tak keluar-keluar jugak air!
kih kih kih
Engkau sham bicara mesir bicara palestine tapi isu hangat tak bicara . Ada sekolah minta murid bukan islam makan kat jamban. Bila jadi isu guru besar minta semua guru buka posa kat jamban sama bg cover line. Amar makruf nahi mungkar,,, engkau sewel sham
BalasPadampanas telinga beb sampai suruh stop isu mesir dgn palestine..ni la jenis melayu pukimak...lancau pnya melayu..jenis nk boikot kurma iran tapi mekdi mentedarah hari2..bhuto pnya melayu
IKHWAN MUSLIMIN=IKHWAN ZIONIS!
BalasPadamkesian imam hassan al bana dan syed qutb...penerus mereka sume sunnah wal rasuah..hahahha...terkubur akhirnya Muslim?American Brotherhood.LOL!
menyalak anjing la penyokong Morsi Ikhwan Zionis baca tulisan TT minggu ni.tempat lahir fahaman Wahabist/salafist ni kat negara Penjilat telo Amerika..jilat lah lagi ye,sedut dalam2,alang2 tu teabag skali telo amerika.Negara Saud adalah pengkhianat kepada umat islam tu sndiri.kasihan...kui..kui..kui..kantoi brooooo
tup2 alih cerita Iran jgk yg salah ni takpon tuduh org lain syiah..lancau pnya extremis!
kau perasan tak isham,sejak kau tulis isu mesir ni ramai serbanistas dan pak2 moral bajet mulia masuk sini skolahkan kau..cool la isham!bertamarood lah sebelum geng2 saud ni tebas leher kalian..
BalasPadamorg2 bodoh ni nk petik issue dari blog melayu gila mane lepas tu sekolahkan kau..amik link dari FB Kami Benci Saiful Bukhari ke?itu mmg page penggemar saud tu...hahahaha...WHATTHEFUCK?
apa ko merepek nie hisyam woit..
BalasPadamGAZA CITY, Gaza Strip (AP) — Egypt's new government has imposed the toughest border restrictions on the Hamas-run Gaza Strip in years, sealing smuggling tunnels, blocking most passenger traffic and causing millions of dollars in economic losses.
Some in Hamas fear the movement is being swept up in the same Egyptian military campaign that earlier this month toppled the country's democratically elected Islamist president, Mohammed Morsi — like the Gaza rulers part of the region's Muslim Brotherhood.
Egypt's military has said the Gaza restrictions are part of its security crackdown in the Sinai Peninsula and has not suggested it is trying to weaken the Hamas government or bring it down in the process.
Past predications that Gazans fed up with the daily hardships of life under blockade will rise up against Hamas have not materialized.
However, the new Gaza border restrictions are tougher than any enforced by Morsi's pro-Western predecessor, Hosni Mubarak, a foe of Hamas and the Muslim Brotherhood, according to Gaza residents and Hamas officials.
And an ongoing border closure is bound to further weaken Hamas' popularity in Gaza, as the economy takes a new hit and Gazans are once again unable to travel.
Nampak tak apa kerajaan kudeta tentera nie buat???
takkan kau dah buta hati dan buta perut??
pencerahan konon...
Tukang kulum punai TT aka wahababi ada disini. kah...kah..kah..mau kena tebas leher puak2 sekular ni.
BalasPadamko jihad fiekonomi dgn jihad fisabilillah mana lagi utama??? bodoh sebodohnya..eee amatlah bodoh... makan taik!!!
Libang libu.. lu kasi siat sikit sekularis TT nih,menyomak PR ja.. dah la buat kojo lombab..
Semak hutan dengan semak kertas periksa tak sama...semua tunjuk kesian kat palestin....kesian tapi dok kat malaysia je laa...masih lagi pikir anak bini....masih lagi pikir kerja...masih lagi pikir esok nak makan apa....kalau geng badar pikir macam semua dok ada ni....dah lama islam tu bungkus....kah kah kah....tak payah nak tunjuk kesian sangat....menyampah....penah tanya diri sendiri pasai pa Allah SWT izinkan perkara ni berlaku....jangan pulak tanya Allah pasai pa...itu nanti dah jadi tak bersyukur....mempersoalkan kerjaNya....buat habiskan oksigen kat bumi saja....ada otak pakai bukan buat perhiasan...kalot tak tentu hala....nak habaq kat semua akulah yang paling baik....akulah yang paling kesian...akulah itu akulah ini....pi makan rumput laa woi....boleh kawan dengan lembu.
BalasPadamececehhh....puak2 Ikhwan Zionis memulakan penggodaman...tah mana berita kau petik..khinzir la kau ni..ckp babi tak blh nati batal puasa,tapi org mcm kau layak di cop khinzir?link blog kau mane?meh la org nk baca..bodoh pnya melayu..pencerahan dari isham lagi jujur dan ikhlas dari sume ustaz dan imam dalam negara ni..bodoh piang je sume mcm mne nk explain hal dunia?
BalasPadammelayu kerja dia kalau dah bodoh suka tebas leher org..sebab intellect tak blh pakai jadi kene pakai senjata..melayu mcm ben joe ni kepala dia hahahah...
melayu bangsat je sokong Ikhwan Zionis
Lu citer menda ni TT. Lu dah jd bengong macam makcik Felda. Satu dunia tahu tamarot ni US yg taja. Lu nak jugak tegakkan benang yg basah. Ada juga 2, 3 ekor macai yg percaya dgn lu. Kembalikan TT yg sebenar! Kah3
BalasPadamRealpolitik yang ciriiiiiiiiiiiitttttt.... phhuuuii!!!!
BalasPadamSaudara syam, saya dengan ini akan menyaman pihak tuan sebagai tuntutan gantirugi kerana telah membuat biji mata saya juling disebabkan pencerahan dari pihak tuan yang tak cerah2 sehingga kini.
BalasPadamTT....kah kah kah..cerahnya disini..kah kah..kah
berak tengah padang waktu tengahari bawah lampu sport light...kah kah kah.. apa tu??
kah kah kah.. kahak tebal 8 kilo... kah kah.. tamarrroooodddd. mana ko TT.. jawab laaaa..kah kah kah.. kesian kat macai.. jujur dan ikhlas..kah kah kah.. TT oh TT kenapa dengan engkau..bercinta dengan Encik Gamal kerr?? kah kha kahdah macam baca utusan ni..kah kah kah...