Rabu, 17 Julai 2013

TAMAROD KEMPEN TANDA TANGAN







 KEMPEN TANDA TANGAN



 GARIS POLITIK ANAK MUDA
“ Saya, yang menandatangi ini dengan penuh kesedaran adalah ahli Perhimpunan Nasional untuk Rakyat Mesir, dengan ini mengumumkan  tidak lagi percaya kepada Presiden Republik, Dr.Mohamed Morsi Isa al-Ayyat, dan meminta diadakan pilihan raya presiden sacepat mungkin. Saya berpegang tegoh dengan garis revolusi. Berusaha  untuk menjayakan revolusi. Akan menyebarkan garis revolusi kepada orang ramai.  Ini bertujuan  untuk mendirikan sebuah masyarakat yang bermaruah, adil dan merdeka. “

Dengan ayat-ayat ini anak-anak muda Mesir telah memulakan kempen tanda tangan untuk menuntut Presiden Morsi letak jawatan. Kempen ini berpayung dibawah kumpulan  yang memanggil diri mereka TAMAROD atau MELAWAN atau BERONTAK.  

Minggu lalu saya telah cuba menerangkan latar tentang apa yang sedang berlaku di Mesir.  Masyarakat dunia telah menerima hakikat bahawa telah berlaku rampasan kuasa di Mesir. Kutukan demi kutukan telah diterima. Presiden Morsi telah  dan masih ditahan oleh tentera. Kerajaan sementara telah ditubuhkan. Satu Perlembagaan baru sedang dibuat. Pilihanraya Presiden dijanjikan akan dijalankan sacepat mungkin. Tentera berjanji  akan mengundur.

Ketika saya menulis ini kumpulan penyokong Morsi masih lagi berhimpun di sekitar Masjid Rabiah Al-Asdawiyah. Dalam masa yang sama berpuluh ribu anak muda Tamarod masih juga berhimpun di Dataran Tahrir.

Jumlah warga Mesir yang gugur terus bertambah. Ada yang menjadi mangsa soldadu. Ada yang terbunuh dalam pergaduhan antara penyokong dan penentang Morsi. Hakikatnya keadaan politik Mesir dan ekonomi Mesir masih belum stabil. Suasana masih cair dan tegang. Bulan puasa ini disambut oleh warga Mesir dengan penuh  tidak ketentuan. Ditambah pula dengan melonjaknya harga bahan makanan.

Pada hemat saya, bukan satu yang senang untuk memahami apa yang berlaku di Mesir. Negara ini adalah salah sebuah negara tertua yang penuh dengan sejarah. Mesir – saperti China dan India – adalah salah sebuah negara  membawa tamadun  dan pencerahan kepada umat manusia.

Mesir selain dari memperkenalkan  beer  dan alkohol telah juga  memperkenalkan kosep Tuhan dan konsep Yang Maha Esa kepada umat manusia. Ribuan tahun dahulu tamadun ini telah  diperintah oleh  Firaun, telah diperintah oleh Raja, pernah di jajah oleh  Rome Kuno, Napolen pada tahun 1798 datang menaklok Mesir.  British, Itali dan Peranchis – kuasa imperialis Barat ini – semuanya pernah menjadi tuan kepada Mesir.

Politik Mesir moden bermula dengan Revolusi 1952 apabila soldadu  merampas kuasa dari Raja. Kumpulan tentera yang memanggil diri  mereka Free Officers Movement telah  menghalau Raja Farouk dari bumi Mesir. Rampasan kuasa tentera ini telah melahirkan  Republik Arab  Mesir.

Gamal Abdel  Nasser menjadi presiden kedua pada tahun 1956. Nasser  sama saperti Presiden Sukarno adalah kaum nasionalis yang memperjuangkan  kemerdekaan  dan bangun melawan penjajah. Nasser bekas seorang kolonel yang anti imperialis  yang telah membawa garis politik progresif ke dalam politik Mesir dan bumi Arab.  Justeru kita akan gagal  memahami peranan soldadu dan tentera Mesir  jika kita  hanya berupaya mengambil contoh  tentera-tentera  dari negara bekas tanah jajahan British.

Contohnya : Dari segi sejarah   Askar Melayu diRaja didirikan oleh British bukan untuk melawan British tetapi untuk menjaga kepentingan British. Askar Melayu bukan melawan British tetapi melawan ‘orang yang melawan British’.  Ini tidak berlaku dalam budaya soldadu dan tentera mesir. Tentera Mesir telah bangun bertamarod menentang British. Tentera Mesir telah bertamarod menghalau kaum feudal. Apa yang  saya maksudkan ialah soldadu Mesir ini memiliki sejarah menyebelahi rakyat.

Mari kita lihat apa yang telah terjadi yang menyebabkan  tentera Mesir merampas kuasa. Semua bermula apabila anak-anak  muda Mesir  sedar bahawa Revolusi Pertama mereka telah dibajak. Cita-cita untuk mendirikan Mesir yang lebih demokratik telah gagal. Presiden Morsi dari parti Ikhwan Muslimin telah gagal untuk menunaikan janji pendemokrasian.

Tuntutan utama anak muda ialah untuk mengenal dan mendakwa   mereka yang bertanggung jawab keatas kematian lebih dari 100 orang dalam Revolusi Pertama. Menuntut agar dilakukan dasar ekonomi yang membantu kaum miskin. Mengambil dasar pro-Palestin dan memutus hubungan dengan Israel.  Morsi tidak ambil  pot.

Ada satu langkah politik Morsi  yang cukup memeranjatkan Mesir. Morsi telah meluluskan satu dekri dimana Sang Presiden tidak boleh didakwa dakwi. Ini mengejutkan seluruh rakyat Mesir dan meyakinkan  orang ramai bahawa revolusi mereka telah dibajak. Dekri ini telah ditentang habis-habisan. Tidak dapat tidak Morsi yang telah menunjukan sikap anti demokrasi  terpaksa  memansuhkan dekri ini.  Dekri saperti ini tidak pernah wujud walau pun dalam 30 tahun pemerintahan Mubarak.  Semua ini menjana  gerakan pendemokrasian untuk menyingkirkan Morsi.

Pada pertengahan bulan  April 2013  – anak-anak muda telah memulakan  kempen tanda tangan menuntut Morsi mengundur.  Kempen dibawah payung Tamarud ini hanya bercadang untuk mendapatkan 15 juta tanda tangan. Angka 15 juta diambil sebagai menganjing. Ini  kerana Morsi mendapat sokongan 13 juta pengundi.  Justeru Tamarod  mahu dilihat  mendapat 2 juta  sokongan yang lebih banyak dari apa yang Morsi dapat dalam pilihan raya presiden.

Presiden Morsi pada awalnya telah memperlekehkan kempen ini. Sama saperti yang sering berlaku dalam politik Malaysia, Subhi Saleh  seorang  pemimpin Ikhwan Muslimin telah menyifatkanh kempen Tamarod ini sebagai ‘gerakan cemburu’ . Tidak cukup dengan ajenda  ‘cemburu’  Ahamad al-Mughayyir ketua Pemuda Ikhwan telah mencadangkan  agar anak muda dibelakang Tamarod ini dilucutkan kerakyatan.

Presiden Morsi akhirnya telah mengarahkan Polis  untuk menahan pemimpin pelajar dan anak muda yang melancar kempen Tamarod. Penangkapan berlaku - 10 orang pelajar dari Universiti Cairo dan 4 dari Universiti Sohag telah ditahan. Mereka ditahan dengan  menggunakan undang-undang  yang sering digunakan oleh  Mubarak untuk menggodam anak muda dan mahasiswa. Ini sama saperti yang berlaku di Kedah – negeri Pakatan Rakyat -  pada tahun 2011 yang lalu.  Menteri Besar Azizan telah menggunakan AUKU – yang ditentang oleh Pakatan Rakyat -  untuk membuang  5 orang anak mahasiswa dari pelajar Kolej Universiti Insaniah Kedah.

Tanpa disangka-sangka kempen tanda tangan  Tamarod ini telah melimpah ruah ke seluruh Mesir. Dari bandar  ke pekan, dari pekan ke kampong. Akhirnya  22 juta tanda tangan telah dikumpulkan. Dengan ini Tamarod merasa bahawa masanya telah sampai untuk Presiden Morsi  mengundur.

Pada 30 Jun 2012  yang lalu warga Mesir sekali lagi telah turun ke jalan raya. Sama ada 10 juta atau 15 juta atau 30 juta warga Mesir telah turun ke jalan raya menuntut Morsi mengundur akan terus menjadi tajuk bualan dan dibincangkan. Untuk saya ini tidak penting. Apa yang penting ialah Tamarod  - gerakan anak muda - telah mengambil garis politik yang tepat. Tamarod telah mengambil wadah  jalan raya untuk membuka ruang demokrasi.

Presiden Morsi telah diberi  tarikh mengundur.  Dalam ucapan akhirnya sebagai Presiden , Morsi telah berkata hampir 30 kali tentang haknya sebagai presiden . Sayangnya  tidak sekali pun Presiden Morsi menyentuh tentang keadaan ekonomi rakyat atau menyentuh tentang tuntutan jutaan anak muda yang sedang berkumpul di Dataran Tahrir. Justeru 3 hari kemudian tentera masuk  untuk mengambil alih kuasa.

Dari sini timbul persoalan apakah peranan  tentera itu demokratik atau anti demokratik. Dalam bab ini  perbincangan masih diteruskan. General Abdel-Fattah el-Siss berkata tentera Mesir  mencelah masuk untuk memastikan daulah Mesir tidak runtuh.


 Kita wajib sedar  walau pun  tentera Mesir memiliki sejarah pro rakyat , lembaga ini  juga telah berjaya dirasuah oleh Hosni Mubarak selama 30 tahun.  Tentera  Mesir kini telah menjadi elit politik dan elit ekonomi di Mesir. Pembaca mungkin susah untuk melihat jelas tentang peranan tentera Mesir ini. Ini kerana di Malaysia ini peranan soldadu kita  hanya satu - untuk mempertahankan negara dari serangan musuh luar. Tentera Malaysia belum pernah menjadi kuasa penentu arah politik tanah air dan belum pernah berperang.

Tentera Mesir lain coraknya. Dalam konteks politik Timur Tengah , Mesir adalah negara Arab yang terbesar dengan  84 juta penduduk. Tentera Mesir terulung dibumi Arab. Tentera Mesir  pernah berjaya memerangi Israel pada Perang Oktober 1973 untuk mendapatkan kembali Semenanjung Sinai. Hanya Perjanian  Camp David  1978 yang membatalkan permushan antara Mesir dengan Israel.

Tentera Mesir wajib dimandulka. Amerika melihat tentera Mesir  sebagai bala tentera yang berpontesi melawan Israel. Justeru tentera Mesir telah, sedang  dan akan terus  di persenjatai dan diberi dana oleh Amerika. Bukan bertujuan untuk menyerang  Isreal. Diberi dana agar tentera Mesir sentiasa tunduk setia untuk menjadi  budak  suruhan kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kuasa imperialis Anglo-Amerika tahu bagaimana pada satu ketika dahulu dibawah Presiden Nasser bukan sahaja Mesir menjadi progresif malah politik Mesir yang anti feudal telah mempengaruhi dunia Arab. Syria telah bersatu dengan Mesir pada tahun 1958. Pengaruh Mesir di Iraq membawa kepada rampasan kuasa pada tahun 1958 dan dihapuskan kuasa Raja. Di Libya Kolonel Gadaffy telah merampas kuasa pada tahun 1969 dan menghalau  Raja Idris – sama saperti yang telah dilakukan  oleh Gamal Abdel Nasser pada tahun 1952

Fahaman  nasionalis  anti feudal  dari tentera Mesir ini jelas mengancam kepentingan kuasa politik dan ekonomi ekonomi  Anglo-Amerika.  Sistem ekonomi kapitalis  yang berpaksikan bahan bakar petrolium akan runtuh jika telaga minyak ini dimiklili dan dikawal oleh kaum  nasionalis  progresif.

Jangan hairan apabila Presiden  Obama  terus memberi sokongan senjata   dan lambakan dana kepada tentera Mesir. Harus dihitam putehkan disini bahawa bahawa  negara pertama yang mengitiraf rampasan kuasa di Mesir  datang dari Saudi Arabia. Ini diikuti dengan berbilion dolar  yang dijanjikan oleh  Saudi, Kuwait dan Qatar kepada rejim baru di Cairo.  Apa  makna semua ini? ( TT) ...bersambung


 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melangggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03 -92-21-1045




---------

19 ulasan:

  1. Awat hangpa buta dalam kes Mesir ni atau buat2 buta kerana fahaman sosialis hang?

    BalasPadam

  2. KEMPEN MAKI ISHAM

    BUTOH PAK HANG ISHAM

    BalasPadam
  3. Kah kah kah...

    Kesian kat Pak TT...

    Bepuloh-puloh taun dalam pelarian bawak diri ke europa sampai hari ni tak paham-paham...

    Bagi aku persoalan guling-mengguling di Mesir ni mudah saja...

    PERTAMA: Aku melihat siapa yang paling gumbira dengan penggulingan Dr. Morsi oleh daulah Mesir?

    Jionis dah tentu la...

    Baathis Suriah dah musti...

    King-king So'odi 'Arabiya, United Emirika Bersatu dan Ku wait siap offer bebilion petro-dollar kepada Hakim Adly yang belum angkat sumpah sedangkan masa Dr. Morsi jadi presiden yang sah haram satu sen depa tak bantu...

    Ramai lagi kalau aku nak tulis satu-persatu Pak TT, cuma setakat ini saja aku bagi contoh...

    KEDUA: Aku tertanya-tanya kenapa sebaik sahaja Dr. Morsi diguling daulah Mesir terus sahaja terowong yang menjadi talian hayat penduduk Ghazzah mendapatkan bekalan terus sahaja dipunggah dan ditutup?

    Bagi aku sangat lejas bahawa Pak TT sengaja mengada-adakan alasan sokong tamarut sebab Dr. Morsi tak batal janji kem debit sekali gus menjadi agen Israel!

    KETIGA: Aku melihat siapa dilantik menganggotai take care government?

    El-Baradei sebagai Naib Presiden?

    Kah kah kah...

    Orang yang kalah dalam pilihanraya yang bersih secara moralnya tak layak menganggotai kerajaan kerana sedikit sebanyak dia pasti akan menganiayai pemenang?

    Anggota kabinet dapur pulak?

    Kah kah kah...

    Nampak benor nipunye!

    Bagi aku kabinet dapur take care government ini lah yang akan menipu pilihanraya yang akan mereka adakan nanti sebijik macam ... (korang isilah sendiri, aku pasti korang pernah mengalaminya)

    Aku ketawakan Pak TT sekali lagi...

    Kah kah kah...

    p/s 1: revolusi anak muda akan sentiasa dibajak...
    yang hat tamarut baru-baru ni pun sedang dibajak dan akan terus dibajak...
    hangpa jangan harap la president baru nanti nak ikut semua tuntutan tamarut tu...
    silap-silap depa masuk dalam macam ikhwan zaman nasser/ saddat/ moobarak dulu...
    Pak TT jangan harap la presiden baru nanti boleh batal janji kem debit tu...

    p/s 2: Ape ke he nye main bunga api masa demo? (sekali lagi nampak benor nipunye!)

    Kah kah kah.

    BalasPadam
  4. TIGA KALI
    TIGA KALI
    TIGA KALI

    OBAMA PRESIDEN US
    CALL MURSI SUPAYA LETAK JAWATAN

    TIGA KALI
    TIGA KALI
    TIGA KALI

    PANGGILAN DIBUAT
    UGUTAN DIBUAT
    MURSI BAGI ISYARAT
    SANGGUP DIBUNU DARI MELETAK JAWATAN

    TENTERA MESIR BONEKA US
    TUKAR TIUB - KAYU

    HAAHAAA
    HAHHAHA
    HAHAHAH
    HAHAHAH

    BalasPadam
  5. mazwandi mustaffa adalah contoh manusia melayu extremis salafi/wahabist yg pasti juga menyokong FSA yang mengebom orang awam.ni la geng2 salafi isham dalam PR,mereka ni ramai wei..berselirat..pandangan mereka kat facebook dah banyak menjulingkan mata melayu..tak percaya kau tanya mereka ni msti raha saudi sorang insan yang kamil dan baik kau tgk sendiri jawapan dia

    BalasPadam
  6. melayu yang menyokong mursi dan Ikhwan Muslimin mmg melayu muslim bodoh...kau tgk berapa bangang nye mereka bila tak cukup intellect nk jawab secara ilmiah..yang melayu sial ni reti carutkan orang,pastu nk sembelih orang sana sini..fuck melayu mcm mazwandi!menjijikkan

    BalasPadam
  7. korang ingat korang bijak ye melayu,sekali di bagi fakta depan mata meroyan tak tentu hala..hahaha..sore loser...

    BalasPadam
  8. Tuan TT,

    kih kih kih kih

    kempen apa? kih kih kih kih

    hantar memo, buat repot polis & kempen tanda tangan ni kerja bangang.

    kih kih kih kih

    baik melancap ih kih kih kih

    BalasPadam
  9. Nice tt..thanx 4 pencerahan..dlm duk sibuk mursi yg dikatakan al-hafiz bersungguh mnjatuhkan basyar yg digelar diktator x sedar tiba2 diri sendri yg tersungkur..

    Long live tamarod!!

    BalasPadam
  10. hang bagi la pencerahan ka pemutihan ka untuk tammarod lahanat tu, aku tobat tak caya..haramjadah!!

    BalasPadam
  11. TT gagalis.bai,org kate jgn mengulas sesuatu isu kalau kite sdr xtau isu sebenar,nanti org nampak bodoh kite.ko xde geng mesir ke yg boleh bg pencerahan kt ko.kesian..

    BalasPadam
  12. jika pilihan raya mesir sekali lagi dan ikhwan menang bagaimana..jika menjungjung demokrasi harus berlaku adil.morsi menang dengan sah mengapa dijatuhkan sehingga begitu..islam itu bersaudara..mengapa orang orang ikhwan itu terus dilanyak dan dibunuh..apakah yang bermasalah sangat dengan ikhwan..mesir telah lama dirusak rejim lama..mengapa baru sebentar morsi memimpin sudah mahu disingkir..apa yang masalah sgt dengan gerakan islam..apa yang syariat dah buat pada manusia sehingga manusia menentang perintah allah dan rasul..besar sgt ke salah morsi ni..

    BalasPadam
  13. Aku dan konpius ...ni sapa yg ok sebenarnya...uncle sham sokong revolusi....tentang saja mana mana puak imperialis....pengkomen pulak boh uncle sham sebab tak sokong ikhwanul muslimin....mmmm

    Tapi kan....kenapa dah ada selama 80 tahun tapi masih gagal melupuskan rejim zionis...kenapa dikejar sangat nak jadi bos...sedangkan yang dok kat palestin tu kekal macam tu jugak....tak ada yang berminat nak bantu kenapa jadi begitu...kalau bantu hanyalah perubatan makanan pakaian buat rumah buat sekolah....mana bantuan senjata....mana bantuan gas sarin...mana bantuan asid arsenik....awat tak disabotaj saja loji air rejim zionis....semua ni poyo....konon nak tegakkan islam....pikir pikir balik kenapa yang Esa izinkan perkara ni berlaku.....adakah Dia tak adil...sedangkan Dia maha segala sesuatu....

    Tak payah nak sokong sangat puak yang nak jadi bos ni...nak jadi bos untuk apa...kenapa tak batalkan hubungan diplomatik dengan negara haram israel bila dah jadi bos....sedangkan ramai tahu Israel takkan ada tanpa bantuan bani pemodal arab....kalau kau betul ikhlas...tak perlu tunggu jadi bos...aku tengok hizbullah tu tak perlu nak jadi bos pon kat syria tapi dia punya melawan....sampaikan ada mufti sendiri kata depa ni sesat...mmmmm....hat melawan pon dikata sesat jugak....macam mana tu....sebab bukan dari aliran yang sama....

    Ni ada sedikit soalan.....siapa yang menetapkan hanya ahlul sunah saja yang boleh diikut...siapa nama raja itu? Kenapa dah dipesan akan ada berpuak puak tapi masih tak sedar? Kenapa dalam Islam tiada pemimpin tunggal...tiada imam atau kepala yang tunggal untuk membuat penetapan?

    Aku tahu komen aku ni berbau syiah...tapi benarkah salah syiah tu...yang kata syiah tu ciptaan abdullah saba lagilah bodo.....sedangkan ianya dah ada dari zaman sebelum si gullat tu ada dalam rahim mak dia lagi....tak de nya syiah ke sunnah....yang ada hanyalah satu je...apa yang satu tu....

    Bak kata wonderpet....apa yang penting....kerjasama...mana letak kerjasama sekarang ni....walaupun semua tahu musuh kita hanya satu iaitu kaf fa ro...kita semua tak mampu mengatasi perancangan yang Agung.....setiap kejadian ada pengajaran....ambil pengajaran disini....ambil iktibar di sini....kenapa ia tetap Allah izinkan berlaku....

    BalasPadam
  14. Pak menakan belah mak tiri sepupu hang18 Julai 2013 pada 9:13 PG

    Syam... tak payah a ko ulas bab tamaroood ni lagi.putih biji mata hitam aku baca. hasilnya sampah. apa yang ko sibuk sangat dgn kem laknat tu.. ada banyak cara lagi nak bantu palestine. skg apa hasil yang palestine dapat dari haramjadah tamarood ni.. tentera tak akan bertindak kalau x ada puak tamarood nii. ko paham x syam?? banyak sangat ko berteori konspirasi, ko pun sama ja dengan tamarood.. better ko gi tamroood depan SPR lagi bagusss... yang tu aku sokong ko 300%...hahaha

    BalasPadam
  15. Diberi pencerahan pun masih Ramai yang tak nampak ini semua kerana taksub kununnya Mursitu Maksum.

    BalasPadam
  16. Dah diberi pencerahan pun masih tak nampak ini kerana taksub kununnya Mursitu maksum sebab hafiz quran dari angota ikhwan muslimin parti islam.

    BalasPadam
  17. p/s 3: Tamarut boleh hapuskan janji kem debit ker...

    Kah kah kah.

    BalasPadam
  18. RAhmad says:

    Maaf Isham..
    anda kali ini sangat2 gagal!

    Ulasan dan kupasan anda amat menyedihkan & memesongkan pemahaman masyarakat.
    Saya baru sahaja berbicara dengan adik saya yang sudah 5 tahun berada di sana, ternyata suasana & gambaran tentang Tamarod yang Isham ceritakan hanyalah fantasi semata-mata.
    Selepas kejatuhan presiden Morsi yang dipilih secara demokratik buat pertama kalinya dalam sejarah 7000 tahun negara Mesir, MAJORITI rakyat Mesir tidak setuju dengan kelakuan biadab tentera serta gerakan Tamarod yang cuba menjatuhkan pemimpin hasil sistem pemilihan demokrasi. Di mana2 sahaja ramai yang bersedih dan berduka dengan penggulingan Morsi.

    Ayuh kita lihat fakta; Jutaan manusia berhimpun di Rab'ah Adawiyah, Iskandariah, mansourah, Gizah, Ramsis menyatakan sokongan tak putus2 kepada Morsi. Mereka diiktiraf sebgai demonstran terbaik dunia. Mereka berdemo sambil bersolat, beriftar dan berdoa tidak putus2 kepada Allah. Dan ramai yang tahu penentang Morsi & golongan Tamarod hanya picisan. Gambar2 pendemo di Tahrir diambil daripada Arab Spring yang lalu. Gambar di atas pun gambar yang Isham hijack daripada penyokong Morsi.

    Rakayat Mesir sayang morsi. Bukti?
    1) Kesatuan Pelajar Mesir enggan untuk berurusan dengan presiden tidak sah. Pelajar terbaik bagi sekolah-sekolah menengah Mesir turut enggan menerima penghormatan daripada presiden tidak sah tersebut sempena keputusan Syahadah Thanawiyah 'Ammah (setaraf sijil SPM di Malaysia).
    2)Kapten pasukan bola sepak Mesir, Muhammad Abu Treka berkata dalam penyataannya :"Kepada sesiapa sahaja yang berbicara tentang pentadbiran Dr Mursi, mereka boleh katakan apa sahaja mengenainya, namun anda hendaklah berhenti bercakap tentang akhlak, reputasi dan tingkah laku beliau, sesungguhnya beliau bukanlah seorang pembunuh atau pencuri"
    3)Rakyat Mesir terus menerus berdemo dan yang diserang hanyalah penyokong Morsi. Penyokong Tamarod pula tidak diapa2kan menjadi bukti mereka diperkudakan kudeta perampas kuasa rakyat.
    4) kabilah2 badwi menyokong sepenuhnya Morsi dan menyerang kudeta perampas kuasa rakyat.

    Morsi takutkan israel? penyokong kapitalis? KAh Kah Kah
    Lihatlah apa yang berlaku sejurus Morsi dijatuhkan.
    Rejim2 kapitalis dunia seperti US, Saudi, Qatar dan lain2 berebut2 menghulurkan dana kepada para kudeta perampas kuasa rakyat. berbillion wang2 besar disalurkan kepada kerajaan haram.

    Ini bukti bahawa Morsi adalah MUSUH kapitalis.
    sebaik Morsi dijatuhkan, Israel semakin menjadi-jadi. Israel dan kudeta dengan beraninya menyekat bantuan kepada palestine. Israel lebih berani menyerang rakyat yang tidak berdosa.

    BalasPadam
  19. RAhmad says:


    Apakah salah Morsi?
    1. Mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pendapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.

    2. Menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

    3. Dosa Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

    4. Membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.

    5. Dosa Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.

    6. Dosa Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.

    7. Dosa Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.

    8. Dosa Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.

    9. Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.

    10. Dosa Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.

    11. Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.

    12. Dosa Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan

    Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisakroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran

    BalasPadam