Awas Pilihanraya Jadi Permainan Orang Kaya
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Lee Khai Loon bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh forum analisis pasca Pilihanraya Umum Ke-13 yang diadakan olehUniversiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa pilihanraya telah menjadi permainan orang kaya.
Pandangan tersebut perlu diambil perhatian kerana rakyat Malaysia perlu mengambil berat tentang pilihanraya yang penuh dengan penipuan dan rasuah agar prinsip demokrasi tidakkehilangan nilai asalnya.
Dalam Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, undang-undang telah menetapkan perbelanjaan setiap kerusi dewan undangan negeri tidak boleh melebihi Ringgit Malaysiaseratus ribu, manakala kerusi parlimen tidak boleh melebihi Ringgit Malaysia dua ratus ribu.
Namun demikian, selama ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak berupaya untuk menguatkuasa peraturan-peraturan pilihanraya dengan professional dan adil. Dalam banyak aduan tentang pembelian undid an rasuah khasnya melalui badan “Satu Malaysia” yang terang-terang membeli undi masih bermaharajarela. Jumlah kewangan yang dibelanjakan oleh “Satu Malaysia” adalah terlampau tinggi dan tidak dipantau.
Sebenarnya, rakyat Malaysia telah sedar bahawa “gula-gula” yang diedarkan oleh parti-parti tertentu akhirnya juga perlu dibayar oleh rakyat sendiri. Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak bertindak terhadap penguatkuasaan beli undi, malahan membiarkan ahli-ahli politik bersekongkol dengan golongan usahawan besar yang cuba memanipulasikan keputusan pilihanraya terus berleluasa.
Dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, maka perbelanjaan pilihanraya perlu diawasi ketat serta memastikan pilihanraya dijalankan dengan adil dan saksama. Perbelanjaan kos pilihanraya perlu ditumpu dalam usaha menggalakkan pengundi untuk keluar mengundi serta meningkatkan kesedaran rakyat terhadap hak dan kuasa mereka dalam sistem demokrasi di Malaysia.
AMK berpendapat bahawa peminpin dan calon UMNO/BN yang tidak jujur, sikap suruhanjaya pilihanraya yang tidak professional dan pilih kasih, telah menyebabkan hak asasi dan kepentingan rakyat tergadai atas politik rasuah. Kesemua ini jelas membuktikan bahawa amaran yang dikeluarkan oleh forum tentang ‘pilihan raya akan menjadi permainan orang kaya” bukannya sesuata yang tidak berasas, malah satu amaran kepada semua rakyat untuk mengelakkan demokrasi negara digadaikan.
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
ADUN Machang Bubuk, Pulau Pinang
Lee...yu stupid or yu just playing the stupid......coz off ma ge ah rich people game maaaaaa......first...half rich maa...after win ....full full richlaaa.....haiyaaa...u dun now aaaaa.....u dun wan rich aaaa...if u dun wan rich...why u want enter ge....if u dun wan rich...stay home la play ball......situpid setatement felom a critical wing suport....situpid.....all want lich la......find another isu to provokla..make sure the real and the hert blood catcher one la lee khai loon......nanti youth kasi lu hook loon nanti ohhhh
BalasPadamRebel....melawan arus....menentang nwo....terbaik...
BalasPadamUntuk pemgkomen yang first...gua tak paham apa maksud lu...lu pon macam penyembah imperial sejati....nak kaya bukannya susah pun....lu kerja sampai mampos pon belum tentu kaya...lu bisnes sampai lubang kubor pon tak menjanjikan apa apa...nak kaya lu kena menongkah arus...skali lu menongkah....sampai mampos lu rasa stimnye...kalau pikir macam biasa sampai bila pon lu terikat dgn imperialisme....