HARI KE BERAPA?
aku dah terlupa mengira hari
kerana hari ini aku letih betul
menulis salah
membaca mata letih
jerebu berkurangan
tapi masih di rasakan
MASA
masa ini sebenarnya relatif
sebelum big bang
dimana masa?
sebelum big bang
dimana waktu?
jam 7:00 hendak ke 7:30
waktu berbuka
jika di tunggu amat lambat
masa berjalan
jika dalam penjara 30 minit
ini macam setahun
menunggu terasa lambat
kalau kita sedang seronok
30 minit itu betul betul cilaka
30 minit berjalan cepat sekali
jika sedang dengan minah
atau dengan mamat
30 minit ini hanya sadetik
belum sempat panas panas lagi
30 minit sudah habis
demi masa
manusia itu kerugian
kerana masa itu hanya datang sekali
puasa hari ini
habis hari ini
sampai kiamat pun
ianya tidak akan datang datang lagi
kelmarin telah jadi yang lalu
semalam telah jadi yang lepas
demi masa
aku sedang menuggu
untuk berbuka
demi masa
aku sedang menunggu
hari raya
PETANG INI
aku ada kueh bakar
aku ada buah manggis
makan?
ha ha
aku pansakan
makan kelmarin
malam tadi aku bersahur
direstoran tikus
restoran tikus kecil
aku makan telor asin dan tempe
aku amat suka tempe goreng
tapi aku sendiri yang suka masak
tidak pernah menggoreng
SELAMAT BERBUKA PUASA
---------
Bro
BalasPadamMasa ...
Cuba duduk bilik gelap gelita..tanpa cahaya..masa tak de nilai..melahu kita..hari ape..pukul berapa..tak tahu..
Bila ada cahaya..malam berganti siang..ha..masa berharga..
Dah terang2 manusia dalam kerugian..tapi tak ambik pot pon..
'Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.......... kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan2 pada kebenaran'.
BalasPadamSyabas Isham!
At least, it shows something to people who misjudged you, eh? let 'em be.
Hallo TT. Kalau kau lupa besok kau boleh raya dulu.kah..kah..kah..Untuk pengetahuan Tuan TT, setakat komen ini ditulis kita menuju ke malam 24 Ramadhan.kah..kah..kah. Esok, Jumaat adalah 24 Ramadhan 1434 H bersamaan 2 Ogos 2013 M. kah..kah..kah. Itulah Tuan TT, kau makan terlalu banyak tapi tak ke masjid pun.kah..kah..kah..
BalasPadamAnon 1109
BalasPadamNape sibuk2 kalu TT tak pergi masjid..kalau p masjid kompom ke dapat bidadari..kahkahkah
Ni bukan pasal jaga kubur sendri ..
Siapa yang berani menilaikan TT benar atau salah kalu tak pergi masjid..kahkahkah!