KENAPA GIG DI MARANG
DI SERBU?
KENAPA METALLICA
TAK DI SERBU?
XPDC DAKWAH DI KONSERT METALLICA
(20 Ogos 2013)
Bantahan ini bukan bermakna DPPM menghalang hiburan. DPPM menyokong hiburan namun biarlah ia sesuai dengan budaya dan norma masyarakat di negara ini. Budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam. Budaya apakah yang ingin kita terapkan kepada anak-anak muda dengan lagu-lagu rock yang keras seperti Metallica?
Apakah nilai dan budaya positif yang ingin dipupuk hasil dari penganjuran konsert ini. Sebaiknya kerajaan prihatin terhadap penganjuran sesuatu konsert itu. Penganjuran sesuatu program hiburan bukan hanya memandang kepada tarikh-tarikh tertentu seperti bersamaan dengan tarikh kebesaran Islam, malah artis yang ingin diundang juga perlu dinilai sejauh pada latar belakang mereka, lagu-lagu serta konsep lagu yang mereka bawa serta adakah mereka mampu menjadi ikon yang boleh dicontohi pada masyarakat. Selain itu, sejauh mana artis yang diundang mampu mencerminkan budaya positif dan moral yang baik kepada masyarakat.
Sebaiknya dalam situasi dan urutan peristiwa dunia yang melanda seperti tragedi pembunuhan umat Islam di Mesir dan Syria, kerajaan mengambil langkah prihatin dengan mengelakkan program hiburan yang melalaikan masyarakat khususnya umat Islam. Masyarakat seharusnya disedarkan tentang isu-isu yang berlaku disamping menghulurkan sumbangan mahupun doa agar kesejahteraan ummah terjamin.
Sebagai usaha memberikan kesedaran kepada para penonton yang akan membanjiri Stadium Merdeka, DPPM akan mengadakan Ekspedisi Dakwah (XPDC Dakwah) semasa konsert ini dijalankan nanti.
XPDC ini dijangka akan bermula pada pukul 6 petang di perkarangan Stadium Merdeka. DPPM juga mempelawa anak-anak muda untuk bersama menyertai XPDC Dakwah ini.
Sekian, wassalam.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-------
Brother PAS ni pon satu gak...takkan time konsert Metallica ni baru nk buat dakwah...konsert2 lain tu tak melalaikan kan ke?...pegi la ke konsert jom heboh anjuran tv3 tu..laki pempuan semue bercampor...artis pempuan melayu islam pulak tu yg terpekik telolong...kenape tak tarbiah diorg tu...brother PAS ingat dgr lagu metallica aje boleh rosak akidah ke? Tolong la jadi lebih adil dan terbuke...byk lg program maksiat yg dah berlangsung dkt malaysia ni...kenape pulak time metallica ni baru nk berdakwah...nk berdakwah ni bukan kene hari2 ke???
BalasPadamXPDC tu berasal dari perkataan Inggeris expedition - maknanya penggembaraan untuk satu-satu tujuan.S/U Pemuda PAS Pusat ni kena beri tau dengan jelas XPDC tu untuk apa - kalau nak buat bantahan sebut aje buat bantahan,kalau nak demo sebut aje demo,kalau nak sekat sebut aje sekat.Tidak ada keberanian untuk tegas,takut kena kutuk dan berselindung disebalik kata-kata.Porah.
BalasPadamsalam.
BalasPadamada soalan.
mudahnya dapat permit? bila nak demo pasal rakyat, susah dpt permit. bila nak demo pasal metallica, senang dpt permit? siap within 48 hours lagi.
anyway malas nk pikir panjang hal ni.
uncle TT, share satu bacaan.
http://cip.cornell.edu/seap.indo/1107134819
saya terpanggil baca ni sbb baca nyanyi sunyi seorang bisu tulisan ex-tapol (tahanan politik) Allahyarham Pramoedya Ananta Toer.
XPDC ialah name band yg berinspirasikan Metallica dlm muzik mereka.sepatutnya XPDC jd opening band bukan Cromok.wlubagaimanekan name XPDC akhirnye diabadikan dlm konsert Metallica nih..
BalasPadamada je ustat PAS yg sokong metallica ni..siap beli tiket lagi....harga tiket dia pulak RM 600....fuhh....
BalasPadamGua mmg sudah lama rasa pelik dgn PAS ni.. lain diharap lain dibuat.. malas nak cakap dah.. kalau cakap, kite pun tak pernahnya betul.. hanya mereka yg maduk meeting majlis tertinggi jer paham..
BalasPadamKata perjuangkan rakyat..tapi bahasa layman pun tak paham.. ada org atas jadi majikan dia kot.. namun PAS gua akui, tindakan tak banyak beza dgn UMNO.. dan result dia org lebih baik dr UMNO.. mungkin sbb MELAYU.. layu mendayu2..
adoiyai, pls la hisham, jgn jadi bodo plak bila mai bab menda ni.. DPMM pon sama..
BalasPadamWuhuu.. kalo nak berdakwah jenis ni.. PAS patut buat satu bangunan sbg penapisan dulu di setiap premis maksiat.. tiap kali nak buat maksiat, semua pembuat maksiat ditarbiyah terlebih dahulu sblm dikenalpasti beliau mmg benar2 nak melakukan maksiat dgn berlesen dan diluluskan jemaah.
BalasPadamKita kene kuatkuasakan pd semua pusat2 judi, pelacuran dan bank2 seumpamanya supaya semua umat dipastikan hilang selera nak masuk neraka. Gua cadangkan TT menjadi Presiden Pertama untuk penapisan kaedah ini diperkenalkan. Pastikan juga sukan2 pun dilaksanakan kaedah canggih ini agar athlet wanita ditarbiyah dgn rasa malu dan mereka tidak akan mendedahkan aurat lagi pd masa depan.
Begitu juga dgn pertandingan ratu cantik. Jika nak tandingkan juga, buat kat oversea. Boleh dpt awek melayu jd ratu cantik. Kalo x, asyik maknya kengkang jer dpt gelaran ratu malaysia. Boring2..
deyyy....PAS nak wat xpdc..kahkah..
BalasPadamweyy...this is 'ash to ash,dust to dust"la...xpdc apa class...guna lah bahasa lain...ini bahasa pun tiru..tak ubah xpdc tiru metalicca...scopene pun tiru metallica....semua orang tiru dan nak jadik mcm metalica...sekurang-kurangnya mereka dulu simpan janggut...kihkih...lepas nie panggil korn pulak..mcm dalam lagu twisted transistor ada berkata....we all black when light off...yaaa hana nana...na na na trengganu kitaa