Selasa, 6 Ogos 2013

DUA HARI LAGI KITA MAIN MERCUN




PETANG INI
tetiba  hari ini sampai
rasa macam kelmarin
aku mula berpuasa

hari berjalan bagitu cepat
masa berlalu pantas  sekelip mata
rasanya macam semalam baru bersahur
rasanya macam tiga  hari dahulu
anak bulan dilihat

rasanya macam kelmarin 
aku membeli sekotak kurma
rasanya macam kelmarin 
aku mengucap selamat berpuasa

hari berlalu
saat bergerak
matahari terbenam
matahari timbul
jerebu datang
jerebu pergi

bulan puasa pun tamat

lalu aku menilai kembali
apa yang telah aku lakukan
aku tak perlukan seorang akountan
aku tak perlukan jurukira

aku perlu memandang ke  cermin
dan bertanya pada cermian
apa yang telah aku lakukan

detik detik yang telah pergi
adalah titisan air mata
adalah titisan peluh
yang tak akan datang lagi

hanya ingat ingatan
yang mengingatkan aku
tentang kelmarin daqn semalam
ingat ingatan yang kabur kabur
dimakan masa

demi masa
demi saat
demi fikrah

PETANG INI  DI PADANG RUMPUT
petang ini aku 
ditempat yang sama
saperti kelmarin
saperti dua minggu dulu
saperti sebulan dulu
saperti setahun dulu
saperti yang terus aku lakukan

aku  memerhati langit yang cerah
awan yang indah
biru yang lemah
puteh yang berterabur
petak petak hitam
dipukul angin
entah ke mana

kaki akau di pandang rumput yang maha luas
jauh di hadapan aku
kota yang tersergam

lalu aku sedut udara
lalu aku ciumi bau alam
laluy aku menutup mata
lalu aku memasang telinga
lalu aku terdengar suara angin
lalu aku terdengar suara unggas

bila aku mendongak ke langit
bila aku membuka mata
aku ternampak helang
sedang bermain dengan angin
lalu aku terdengar suara gagak
yang mungkin kekasihnya telah hilang

lalu aku teringat akan pipit uban
lalu aku teingat akan terkukur
lalu mata aku mencari
teman aku yang datang bersama
setiap petang ke pandang rumput ini

ESOK PULANG KE KAMPONG
semuanya telah sedia
mercun telah dibeli
bunga api telah dibeli
baju telah dibasuh
kain telah dibasuh

hanya minyak pelita
hanya lilin
hanya sumbu kain
yang wajib aku beli

kemudian aku pulang untuk beraya

selamat hari raya
untuk semua

selamat berbuka puasa



SILA KLIK IKLAN INI

--------------

2 ulasan:

  1. Slamat menyambut aidilfitri bro tt... Jgn mkn ayam byk2, nnti kang jadi menantu haji hadi plak.. Haha

    BalasPadam
  2. gitulah broo
    bila diri mula dimakan usia
    kenangan lampau yang kabur
    mula datang kembali

    tapi syukurlah
    usia mematangkan kita
    kembali ke pangkal jalan
    jalan lurus yang satu

    BalasPadam