PETANG INI
tetiba hari ini sampai
rasa macam kelmarin
aku mula berpuasa
hari berjalan bagitu cepat
masa berlalu pantas sekelip mata
rasanya macam semalam baru bersahur
anak bulan dilihat
rasanya macam kelmarin
aku membeli sekotak kurma
rasanya macam kelmarin
aku mengucap selamat berpuasa
hari berlalu
saat bergerak
matahari terbenam
matahari timbul
jerebu datang
jerebu pergi
bulan puasa pun tamat
lalu aku menilai kembali
apa yang telah aku lakukan
aku tak perlukan seorang akountan
aku tak perlukan jurukira
aku perlu memandang ke cermin
dan bertanya pada cermian
apa yang telah aku lakukan
detik detik yang telah pergi
adalah titisan air mata
adalah titisan peluh
yang tak akan datang lagi
hanya ingat ingatan
yang mengingatkan aku
tentang kelmarin daqn semalam
ingat ingatan yang kabur kabur
dimakan masa
demi masa
demi saat
demi fikrah
PETANG INI DI PADANG RUMPUT
petang ini aku
ditempat yang sama
saperti kelmarin
saperti dua minggu dulu
saperti sebulan dulu
saperti setahun dulu
saperti yang terus aku lakukan
aku memerhati langit yang cerah
awan yang indah
biru yang lemah
puteh yang berterabur
petak petak hitam
dipukul angin
entah ke mana
kaki akau di pandang rumput yang maha luas
jauh di hadapan aku
kota yang tersergam
lalu aku sedut udara
lalu aku ciumi bau alam
laluy aku menutup mata
lalu aku memasang telinga
lalu aku terdengar suara angin
lalu aku terdengar suara unggas
bila aku mendongak ke langit
bila aku membuka mata
aku ternampak helang
sedang bermain dengan angin
lalu aku terdengar suara gagak
yang mungkin kekasihnya telah hilang
lalu aku teringat akan pipit uban
lalu aku teingat akan terkukur
lalu mata aku mencari
teman aku yang datang bersama
setiap petang ke pandang rumput ini
ESOK PULANG KE KAMPONG
semuanya telah sedia
mercun telah dibeli
bunga api telah dibeli
baju telah dibasuh
kain telah dibasuh
hanya minyak pelita
hanya lilin
hanya sumbu kain
yang wajib aku beli
kemudian aku pulang untuk beraya
selamat hari raya
untuk semua
selamat berbuka puasa
SILA KLIK IKLAN INI
Slamat menyambut aidilfitri bro tt... Jgn mkn ayam byk2, nnti kang jadi menantu haji hadi plak.. Haha
BalasPadamgitulah broo
BalasPadambila diri mula dimakan usia
kenangan lampau yang kabur
mula datang kembali
tapi syukurlah
usia mematangkan kita
kembali ke pangkal jalan
jalan lurus yang satu