Rabu, 7 Ogos 2013

ESOK KITA BERHARI RAYA








SAHUR AKHIR

PAGI INI 
sahur terakhir
direstoran tikus
bagusnya nya direstoran ini
kita boleh jadi vegeterian

sayuran banyak
ulaman banyak
sambalan banyak

dulu tikus banyak
sekarang tak ada lagi
tapi namanya masih restoran tikus

PAGI INI JUGA
semua sudah di susun
baju melayu
kain sarong
baju basahan
baju raya

mercun
bunga api
dan dan dan

JAI DAN  EZI
dua ekor ini saperti tahun tahun lalu
akan balik kampong juga

curvey  tahun ini tinggal seorang
kerana siti dan mami sudah lari

sepang dan gate aakn temakn kan curvey

PETANG INI
perjalanan  ke kampong
pasti kesibukan dah selesai

akan singgah di titi
untuk makan malam

MALAM INI 
malam ini
akan kerja keras
bersihkan lampu pelita
bersihkan gelas tahun lalu
minyak dan sumbu telah dibeli

hari raya tanpa lampu pelita
hari raya tanpa mercun
hari raya tanpa lemang
harau raya tanpa rendang
hari raya tanpa tapai
adalah hari raya yang gagal

INI CURVEY
RAYAKAN DENGAN TAPAI
ini adalah minuman terbaik
dari budaya melayu
dari zaman berzaman tapai beras
telah dihidangkan di hari kebesaran

bertapailah kamu
sebelum kamu di chivas regalkan
kah kah kah

BERBUKA PETANG INI
tak tahu lagi
tak pasti lagi
tapi malam tadi beli manggis 4 kilo
manggis masih murah

membeli manggis mengambil masa
belek belek 
picit picit
kalau hitam sangat pasti keras
kalau  puteh sangat belum marah
darah darah ikan bagus untuk disimpan
yang kecil manis ranum
yang besar susah nak jumpa

selamat berbuka puasa



SILA KLIK IKLAN INI

----------


3 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Tuan. Di Harap anda tidak gagal kali ini..kahkah

    BalasPadam
  2. Poyo la..mana perutusan raya???

    BalasPadam
  3. My main man

    I read your article in the Sun about you being a veg in the 70's or 80's cos of the hippie movement and so on (if not wrong). You are one of the greatest heroes of the country, having so much compassion, encouraging people to go veg and showing compassion towards the animals and sparing their lives from pain and suffering. I am a vegan and I have been following your site for a few years now, bravo man! You are the True North man, a True and Towering Hero for all Malaysians!

    BalasPadam