Sabtu, 10 Ogos 2013

KESAH ORANG BAIK BAIK




ORANG BAIK
DIMANA PUN  TERCAMPAK
AKAN MENJADI ORANG BAIK
orang jahat
hantuk kepala ke dinding batu hitam pun
akan terus jadi jahat

SILA KLIK IKLAN INI
kalau tidak klik
iklan ini dilihat percuma sahaja
satu klik satu sen
dana yangh dikumpulkan
akan diwakafkan
kepada projek dapur jalanan
memberi makan  warga kota
tanpa tempat tinggal

-------------

5 ulasan:

  1. 1.ko nak masuk neraka ke bhaii!!masih panjangkan isu anjing nii!!ko dah tua bangka tapi masih jahil tentang bab-bab agama islam ni!!ko seolah-olah buat tidak faham isu sebenar isu video anjing tempohari!!atau ko memang dilahirkan untuk menjadi isi neraka!!!isu politik ko boleh main-mainkan!!isu agama islam ko juga ingin sensasikan!!
    2.siapa la ko dan budak mentah wan ji sekoq untuk mengulas isu anjing ni!!bagai langit dan bumi ilmu ko jika dibandingkan ulama-ulama di malaysia!!
    3.ternyata ko berguru dengan SYAITAN mengenai isu anjing ini!!

    BalasPadam
  2. ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA

    Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat;
    1. Surah al-A’raf (ayat 176). Maksud ayat; “Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami angkat darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsunya. Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan juga lidahnya. Begitulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”.
    2. Surah al-Kahfi (ayat 22). Maksud ayat; “(Sebahagian dari) mereka akan berkata; ‘(Bilangan Ashabul Kahfi itu) ialah tiga orang, yang keempat adalah anjing mereka’, dan (setengahnya) pula berkata: ‘(Bilangan mereka) adalah lima orang, yang keenam adalah anjing mereka’, sebagai tekaan terhadap perkara yang gaib. Dan (setengah lain lagi) berkata: ‘(Bilangan mereka) ialah tujuh orang, yang kelapan adalah anjing mereka’…”.
    Hadis-hadis pula;
    3. Sabda Nabi SAW; “Apabila anjing minum dalam bekas kamu, basuhlah bekas itu sebanyak tujuh kali” (Soheh al-Bukhari; 172. Soheh Muslim; 279/90. Dari Abu Hurairah RA).
    4. Sabda Nabi SAW; “Janganlah kamu menghampar dua lengan kamu (ketika sujud) seumpama hamparan anjing” (Soheh al-Bukhari; 822. Soheh Muslim; 493/233. Dari Anas RA).
    5. Abu Mas’ud al-Ansar RA menceritakan; “Rasulullah SAW telah menegah harga (hasil jualan) anjing, upah pelacur dan upah tukang tilik” (Soheh al-Bukhari; 2237. Soheh al-Bukhari; 1567/39).
    6. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa membela anjing, akan kurang pahala dari amalannya pada setiap hari sebanyak satu qirat, kecuali anjing (untuk menjaga) tanaman atau (menjaga) ternakan” (Soheh al-Bukhari; 2322, 2323. Soheh Muslim; 1575/29. Dari Abu Hurairah RA dan beberapa sahabat Nabi RA).

    BalasPadam
  3. 8. ‘Adiy bin Hatim RA menceritakan; Aku bertanya Nabi SAW; ‘Kami adalah satu puak yang berburu dengan anjing-anjing’. Nabi SAW menjawab; “Jika kamu melepaskan anjing kamu yang dilatih dan kamu menyebut nama Allah (ketika melepaskannya), makanlah binatang buruan yang ditangkap oleh anjing itu untuk kamu sekalipun ia telah membunuhnya. Melainkan jika dia memakannya, (maka janganlah kamu memakannya) kerana aku bimbang ia menangkapnya untuk dirinya (bukan untuk kamu). Begitu juga, jika ia disertai oleh anjing-anjing lain (ketika perburuan itu), janganlah kamu makan (buruan yang ditangkapnya)” (Soheh al-Bukhari; 5483. Soheh Muslim; 1929).
    9. Sabda Nabi SAW; “Seorang lelaki berjalan dalam keadaan amat dahaga, lalu ia menemui satu perigi. Ia turun ke perigi itu dan minum sepuasnnya. Apabila ia naik dari perigi itu, terlihat seekor anjing yang terjelir lidah, menjilat-jilat tanah kerana dahaga. Ia berkata (kepada dirinya); ‘Anjing ini merasai dahaga sebagaimana tadinya aku merasai dahaga’. Lantas dia turun semula ke perigi tadi, mencabut kasutnya, menceduk air dengan kasutnya dan memberi minum anjing tersebut. Allah telah berterima kasih kepadanya, lalu mengampuninya”. Para sahabat yang mendengar cerita Nabi itu bertanya; Ya Rasulullah? Apakah kami diberi pahala kerana binatang? Baginda menjawab; “Ya, apa saja kebaikan kamu kepada makhluk bernyawa diberi pahala” (Soheh al-Bukhari; 6009. Soheh Muslim; 2244. Dari Abu Hurairah RA).
    10. Sabda Nabi SAW; “Para malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan juga gambar berhala” (Soheh al-Bukhari; 3225, 3227. Soheh Muslim; 2106/83, 2106/87. Dari Abi Tolhah RA).

    BalasPadam
  4. 11. ‘Aisyah RA menceritakan; Jibril AS telah berjanji untuk datang bertemu Nabi SAW, namun bila tiba saat yang dijanjjikan beliau tidak muncul. Nabi SAW sedang memegang tongkat. Dilemparnya tongkat itu, lalu ia berkata; “Tidak pernah Allah menyalahi janjiNya, begitu juga utusan-utusanNya (yakni para malaikat)”. Baginda tiba-tiba terlihat seekor anak anjing di bawah katil. Baginda bertanya; ‘Wahai ‘Aisyah, bila anak anjing ini masuk dan berada di situ?’. Aku menjawab; ‘Aku tidak tahu’. Nabi SAW pun menyuruh diusir keluar anak anjing itu. Kemudian Jibril pun muncul. Nabi bertanya; ‘Engkau berjanji akan datang kepadaku pada saat sekian. Aku duduk menunggumu, namun engkau tidak datang’. Jibril pun menjawab; ‘Anjing yang terdapat dalam rumahmu yang menegahku untuk datang. Sesungguhnya kami (para malaikat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing di dalamnya dan juga gambar’” (Soheh Muslim; 2104/81. Hadis serupa turut diriwayatkan dari Maimunah RA, Soheh Muslim; 2105/82).
    12. Sabda Nabi SAW; “Para malaikat tidak akan menyertai kumpulan musafir yang terdapat anjing dan loceng bersama mereka” (Soheh Muslim; 2113/103).
    13. Sabda Nabi SAW; “Kalaulah tidak kerana anjing-anjing itu satu umat dari umat-umat (yakni satu jenis dari jenis-jenis makhluk Allah), nescaya aku perintahkan supaya dibunuh semuanya. Maka bunuhlah semua anjing berwarna hitam penuh” (Jami’ at-Tirmizi; 1486, hasan soheh. Dari ‘Abdullah bin Mughaffal RA)..
    Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud). Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

    BalasPadam