KOMENTAR TUKAR TIUB
jika benar
parti united malays national organisation
melawan penjajah british
sila namakan seorang pemimpin
parti united malays national organisation
yang telah ditangkap
atau
telah di pernjara
atau
telah dibunuh oleh british
ANAK MUDA
PENYAMBUNG WARISAN PERJUANGAN
REJIMEN KE10
ANGKAT SENJATA LAWAN BRITISH
PEMIMPIN PARTI KOMUNIS
ANGKAT SENJATA
LAWAN BRIRISH
31 OGOS HARI MALAPETAKA
Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin dimana sahaja mereka
terbuang akan menyambut hari Nakba - hari Malapetaka. Pada 15 Mei 1948 negara
Israel telah di cacakkan ke bumi Arab. Semenjak tarikh itu warga Palestin dan Arab
terus hidup dalam kesangsaraan. Tanah mereka telah dirampas. Mereka menjadi
orang pelarian. Huru hara berterusan di bumi Arab kerana kerenah kaum Zionis
Israel. Nakba ialah hari untuk memperingati kesampaian Malapetaka itu.
Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu pula menerima Malapetaka. Ini
terjadi apabila British meninggalkan kuasa pentabiran kepada United Malays
National Organistion. Semenjak 31 Ogos 1957 anak semua bangsa di Tanah Melayu
telah hidup dalam kesangsaraan. Dasar 'ketuanan Melayu' telah membawa
Malapetaka kepada Tanah Melayu. Justeru, 31 Ogos adalah hari untuk memperingati
kesampaian Malapetaka itu.
Pada bulan Ogos tahun 2011 ini saya akan cuba membawa para
pembaca untuk memahami konsep dan intipati Malapetaka ini. Memahami Malapetaka
31 Ogos ini amat penting. Jika kita tidak tahu dari mana kita datang maka kita
juga tidak akan tahu arah mana yang hendak kita tuju.
Dari sejarah Tanah Melayu, kita diberi tahu bahawa pada 20
Jun 1948 British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Untuk saya,
darurat ini macam kita dalam kereta tetiba merasa sakit perut yang amat sangat.
Maka kita berhenti dan mencari tandas. Kerana tidak berjumpa tandas maka kita
terberak dalam belukar di tepi jalan. Kerana tidak ada sumber air maka kita
dedat dengan daun. Apa yang saya kesahkan ini ialah suasana darurat. Tetapi
pada tahun 1948 dahulu - tidak ada seorang pun warga Tanah Melayu yang dalam
darurat. Tidak ada sesiapa yang hendak terberak di tepi jalan.
Apa yang berlaku ialah kuasa kolonial British telah di
serang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis
Malaya. Gerakan bersenjata ini bertujuan menghalau penjajah British dari Tanah
Melayu. Dengan licik Britsih telah mengalihkan perjuangan untuk mendapat
kemerdekaan ini kepada ‘darurat. Tidak ada apa darurat. Yang hendak terberak di
tepi jalan kerana diserang oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya ialah soldadu
upahan British. Soldadu upahan inilah yang sedang dalam darurat.
Berjuang mengangkat senjata ini telah membuka lanskap
politik baru ke Tanah Melayu. Kuasa kolonial yang dianggap gagah dan lengkap
bersenjata kini telah diserang oleh gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya.
Kuasa kolonial British amat memerlukan bumi Tanah Melayu kerana dari bumi kita
ini terdapat kekayaan bijeh dan getah. Punca ekonomi inilah yang ingin
dipertahankan oleh penjajah. Politik ialah ekonomi. Memiliki kuasa politik
memiliki punca ekonomi. Justeru penjajah British bertahan kerana lombong bijeh
dan ladang getah.
Serangan bersenjata dari gerila pembebasan ini menjadikan
kuasa kolonial terus berdarurat. Akhirnya British merancang satu strateji baru.
Jika terus menjajah maka perjuangan bersenjata yang dipimpin oleh Parti Komunis
Malaya ini akan merebak luas. Tuntutan untuk merdeka akan merebak untuk menjadi
ajenda anak semua bangsa. Keadaan sedemikian amat bahaya untuk British.
ABDULLAH CD
Justeru, British memerlukan budak suruhan yang baik sebagai
ganti sebelum mengundur. Dengan licik dan terancang British telah memasang dua
ekor kuda. Saekor kuda bernama Onn Jaafar dan saekor lagi bernama Tunku Abdul
Rahman. Seperti di Iraq hari ini kuasa kolonial Amerika memasang lebih dari
saekor kuda. Ada kuda bernama Nouri al-Maliki, ada Jalal Talabani dan ada Tariq
al-Hashmi.
Kuasa kolonial berkulit puteh sedar dengan memasang beberapa
ekor kuda mereka akan dapat mencari barua yang setia. Terlalu ramai anak tanah
jajahan yang bersedia untuk menjadi budak suruhan dan mengikut kata tuan
kolonial. Taktik British dan kuasa kolonial cukup senang - siapa yang dapat
membuktikan yang mereka lebih setia kepada tuan penjajah maka sosok itu akan
dinobatkan. Inilah taktik kuasa kolonial dalam percaturan reapolitik. Ianya
berlaku dahulu dan sedang dijalankan sekarang.
Di Tanah Melayu kuasa kolonial British telah memilih United
Malay National Organsiation untuk menjadi barua mereka. Parti Kebangasan Melayu
Muda, AWAS, API, Hisbul Musliamin, Parti Komunis Malaya - adalah parti-parti
yang menentang British. Parti-parti ini mengangkat senjata menentang British.
Parti ini akan membawa merdeka tetapi amat bahaya untuk kepentingan British.
Ini berbeza dengan United Malay National Organisation yang bekerjasama dan
menjadi barua British.
Buktinya apa yang saya tulis ini cukup jelas. Pada bulan
Ogos ini cuba baca - tak perlu beli - akhbar milik United Malaya National
Organisation. Akan penuh dengan dengan kesah melawan komunis. Inilah apa yang
saya katakan Malapetaka. Ketika anak semua bangsa bangun melawan penjajah
British, United Malay National Organisation diupah oleh British untuk menentang
dan melawan orang yang menentang British. Orang angkat senjata lawan Britsih
gerombolan ini angat senjata lawan orang yang lawan British. Inilah kerja
barua. Inilah Malapetaka yang saya maksudkan.
Kita akan muntah taik setiap tahun apabila melihat Bukit
Kepong dikaca tv. Memang betul ada serangan ke rumah pasong Bukit Kepong.
Memang betul polis yang diserang ketika itu adalah polis Melayu. Tetapi polis
Melayu ini adalah polis upahan British. Kerana mereka Melayu tidak semestinya
apa yang mereka lakukan baik dan betul. Melayu bukan bermakna betul. Ada Melayu
barua dan ada Melayu nasionalis.
Anak muda hari ini juga wajib diberitahu bahawa serangan
Bukit Kepong itu dipimpin oleh Mat Indera. Mat Indera ialah seorang nasionalis
kiri Melayu. Ini tidak terdapat dalam filem Bukit Kepong kerana United Malay
National Organisation tidak mahu rakyat Malaysia tahu bahawa ada Melayu yang
berani angkat senjata melawan British. Dan dalam Parti Komunis Malaya amat
ramai ahlinya, kadernya dan pucuk pimpinan terdiri dari orang Melayu.
Dari awal lagi British telah menjalankan dasar pecah dan
perentah. Melayu, China dan India tidak ada akan dibenarkan bersatu. Pada tahun
1947 apabila ada kerjasama dan setiakawan yang erat diantara bangsa-bangsa maka
muncul Perlembagaan Rakyat. Jawapan British kepada Perlembagan Rakyat 1947
ialah melakukan penangkapan beramai ramai. Satu tahun kemudian Tanah Melayu
diistiharkan darurat - perang kolonial bermula.
Dasar pecah dan perintah dan dasar rasisma British ini telah
diambil oleh United Malay National Organsation untuk diguna pakai hingga ke
hari ini. Justeru, sebagai contoh paling terbaru - kita lihat bagaimana media
dan tv United Malay National Organisation cuba menunjukan kepada umum bahawa
tidak ramai bukan Melayu yang turut serta dalam tunjuk perasaan Bersih pada 9
Julai dahulu. Maknanya gerakan Bersih ini tidak dapat sokongan dari masyarakat
bukan Melayu. Ertinya 9 Julai gagal.
Walhal, hakikatnya demo Bersih 9 Julai adalah yang paling
cool dan paling Malaysia. Anak semua bangsa telah turun berdemo. Mereka
menyatakan bahawa Malaysia ini bukan milik Rosmah dan Najib. Malaysia bukan
milik 'ketuanan Melayu'. Malaysia ini milik anak semua bangsa. Mereka ke jalan
raya sebelum ke pilihanraya.
Taktik pecah dan perintah ini adalah taktik yang ampuh untuk
digunapakai oleh pemerintah yang zalim. Lihat di Palestine. Nakba di Palestin
berterusan hingga ke hari ini tanpa henti henti. Warga Palestin terus diserang
oleh kaum Zionis. Bagitu juga di Tanah melayu, semenjak 31 Ogos 1957 dahulu,
Malapetaka ini bukan berkurangan malah terus bertambah. Malapetaka yang dibawa
oleh United Malay National Organisation ini dari hari ke hari semakin mencekek
kehidupan warga.
Kaum Zionis di Palestin telah menggunakan rasisma sebagai
senjata yang ampuh. Kaum Yahudi telah dinobatkan sebagai kaum terpilih bukan
sahaja di dunia ini malah diakhirat juga. Di Tanah Melayu ini, United Malay
National Organisation telah menggunakan falsafah ‘ketuanan Melayu’ dimana
dikatakan manusia Melayu memiliki hak hak yang istemewa. Di heboh heboh dan
dicanang ke hulu ke hilir bahawa tanpa ‘ketuanan Melayu’ dan tanpa United Malay
National Organisation negara kita ini tidak mungkin wujud. Inilah apa yang saya
katakan Malapetaka.
Hari ini secara dirancang melalui akta dan peraturan garis
pisah bangsa-bangsa telah diwujudkan. Melalui hukum dan syarat yang disadur
dengan agama, tembok pemisah telah didirikan. Setiakawan antara India, Melayu
dan China tidak dibenarkan mengampoh budaya bangsa. Prasangka antara bangsa
bangsa sengaja diatur dan di susun untuk memastikan orang ramai terus syak
wasangka sesama sendiri. Suasana syak wasangka ini amat baik untuk United Malay
National Organisation meneruskan kuasa. Inilah yang saya maksudkan dengan
Malapetaka.
Ogos bulan Malapetaka ini sedang memperlihatkan kepada orang
ramai bagaimana taktik pecah dan perentah dijalankan. Minggu lalu, tetiba media
kita heboh dengan berita Melayu murtad. Berita Melayu makan dalam gereja.
Berita tentang penganut agama Kristian bersedekah kerana berniat untuk
memurtadkan Melayu. Semua yang berlaku ini sebenarnya ialah taktik United Malay
National Organisation.
Sebelum berita Melayu murtad ini kita telah membaca berita
kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Berita Masjid dilempar cat. Berita
gereja dibakar.
Apa makna semua berita berita ini?
Semua ini adalah taktik dan strateji gerombolan United Malay
National Organisation untuk menakut nakutkan Melayu. Manusia Melayu wajib terus
ditakutkan. Jika manusia Melayu takut maka mereka akan mencari perlindungan.
United Malay National sedang memasang lukah untuk memerangkap Melayu yang
takut.
Apa dia Melayu yang takut?
Melayu yang takut adalah Melayu yang rendah diri. Melayu
yang berjiwa hamba. Melayu yang sanggup mencium ke bawah duli. Melayu yang
telah bagitu lama ditakut takutkan sehinggakan tidak lagi memiliki initiatif
sendiri. Melayu yang takut ini cukup bijak dengan budaya bodek yang telah
disebarkan oleh United Malay National Organisation. Melayu yang takut ini hanya
sanggup menerima fatwa kerana tidak ada memiliki fikrah yang kritikal. Otak
manusia Melayu yang takut ini telah di bonsaikan oleh United Malay National
Organisation semenjak 31 Ogos 1957. Inilah dia Malapetaka yang menhimpap
manusia Melayu. Justeru tarikah 31 Ogos ini sama-sama kita nobatkan sebagai
hari Malapetjka untuk Tanah Melayu.(TT)
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------
skarang syiah plak...adeh...sadis
BalasPadamade banyk cara lawan ni tolol tiup oii...angkat senjate tu dipanggil lawan secara membabi bute..takke bodo namenye??/
BalasPadam
BalasPadamAmir Syarifuddin yang mengepalai Parti Komunis Indonesia membunuh 5 Sultan negeri berdaulat di Sumatera pada tengah malam 3 Mac 1946.
BalasPadamanwar & team pkr dulu pun umno kan?
maknanya anwar penakut, pembodek, tidak memiliki fikrah yang kritikal la kan?
kah kah kah
alih2 kena batang hidung PKR jugak.
kah kah kah
En TT kenapa ramai sangat lebai baca TT.dah menang besok mcmana nak celebrate minam air tapai atau bir San Miguel.lebai2 ni semuanya suci ngalahkam pak arob padang pasir,en TT pastilah akan ditangkap dan dibicara di mahkamah sharia.
BalasPadamsyabas tt. berita lain dari yang lain. melihat keadaan dari perpekstif yang lain dpt meluaskan pemikiran.
BalasPadambottom line is - jgn mudah terpedaya dgn berita2 yg sampai kpd kita. theres always two sides of a coin.