Rabu, 28 Ogos 2013

SEJARAH PERJUANGAN MELAWAN PENJAJAH







 KIBARKAN
SANG SAKA
SEJARAH PERJUNGAN 
MELAWAN PENJAJAH

 

MERDE – MERDEHEKA
Seorang menteri dari parti United Malays National Organisation mencadangkan  digubal satu  rang undang-undang untuk mewajibkan dan memaksa rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Temberang... ooops...Jalur Gemilang pada setiap  bulan Ogos. Sang Menteri ini sedang  gelabah kerana orang ramai – rakyat Malaysia - langsung tak ambil pot tentang bulan Ogos. Bulan Ogos  adalah bulan  yang dipanggil oleh gerombolan ini Bulan Kemerdekaan.

Kadang-kadang saya naik kasehan melihat gerombolan politikus dari United Malays National Organisation. Selalunya  saya merasa gumbira  dan ketawa melihat  lawak kebangangan mereka.  Saya juga  bersedih kerana mereka buta sejarah. Kesedihan menjadi lawak  kerana gerombolan politikus ini juga  amat-amat buta politik.

Bila tulisan ini disiarkan – Hari Malapetaka 31 Ogos – akan sampai dalam masa  empat hari.  Ertinya empat hari lagi dalam istilah United Malays National Organisation kita akan menyambut Merde...oppps... Merdeka. Tarikh 31 Ogos   dalam naratif gerombolan difahami  sebagai hari mereka dinobatkan untuk menjadi raja.

Wahai para pembaca yang budiman, lihat dijalan raya. Buka mata dan pandang. Amati betul-betul.  Dijalan raya tidak ada teksi. Tidak ada kereta persendirian. Tidak ada bas. Tidak ada van. Tidak ada bas sekolah. Tidak ada Mat Rempit. Tak ada keendraan apa  pun yang sedang mengkibarkan Jalur Temberang...opps...Jalur Gemilang.

Pilu dihati ini  menjadi  bertambah lawak. Pada  tahun ini Lori Bawa Pasir pun tidak mengkibarkan bendera. Selalunya lori pasir akan memasang bendera agar dilihat patriotik. Pasang bendera untuk menghindarkan dari ‘kena pau’ oleh mata-mata yang sentiasa mencari kesalahan lori pasir. Kalau lori pasir pun sudah benci dengan bendera ini maka jelas  propaganda United Malays National Organisation sedang sakit tenat.


Tetapi kenapa agaknya warga Malaysia enggan mengkibarkan bendera yang dipanggil bendera Malaysia?

Kita wajib menyingkap kembali  sejarah negara bangsa - sejarah kelahiran Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia.  Sejarah inilah  yang selama ini telah  dinyahkan oleh United Malays National Organisation.  Tetapi dengan wujudkan  sistem maklumat internet dari hari ke hari warga Malaysia terutama anak–anak muda sedang menggali kembali sejarah yang selama ini cuba dikambus.  Penipuan sejarah yang diciritkan oleh United Malays National Organisation kini terbongkar.

Setiap kali  bulan Ogos sampai  United Malay National Organisation yang akan tercirit mulut mengakui bahawa ‘kemerdekaan’ negara ini didapati dengan jalan damai. Merdeka Tanah Melayu dimenangi melalui berunding. Pooorah.  Yang berunding ialah Uniterd Malays National Organisation. Parti ini TIDAK pernah melawan dan tidak pernah  menentang penjajah British. Buktinya cukup senang.

Penjajah ialah musuh. Penjajah ialah orang jahat. Penjajah  datang untuk mengambil tanah, minyak, kelapa, rempah , emas , balak dan dan. Penjajah menjadikan anak tanah jajahan sebagai hamba. Penjajah  beli  barangan tempatan dengan harga murah dan jual dengan harga mahal. Penjajah merampok dan menjarah tanah jajahan.

Justeru dalam sejarah Asia, Afrika dan Latin Amerika semua kuasa kolonial penjajah telah dilawan oleh anak watan. Indonesia melawan  Belanda. Pilipina melawan Sepanyol. Rakyat Vietnam bangun melawan Peranchis dan kemudian Amerika. Burma melawan British. India  melawan Bristish.  Ramai nasionalis  dari negara-negara ini ditangkap, dipenjara, dibunuh atau dibuang negeri kerana menentang penjajah.

Sila tanya kepada ahli United Malays National Organisation siapakah pemimpin parti mereka yang telah melawan Bristih? Siapa pemimpin mereka   yang telah ditangkap Bristish atau yang telah dipenjara oleh British atau dibunuh British? Kalau ada pemimpin United Malays National Organisation  sebesar tungau sekali pun  yang bangun melawan Britsih maka sejarah  akan tabik hormat. Tetapi hakikatnya saekor pun tidak ada.

United Malays National Organisation – yang namanya masih nama Inggeris – bukan parti nasionalis anti-Bristish. Mereka adalah parti  barua British. Parti ini adalah alat penjajah Bristish. Justerunya namanya  masih lagi nama Inggeris.

Naratif kemerdekaan yang diciritkan oleh United Malays National Organsiation bukan  naratif perjuangan menentang Bristish. Naratif mereka ialah ‘ menentang orang yang menentang Bristish’.  Setiap bulan Ogos mereka akan tercirit dengan  kesah bagaimana  mereka menentang Parti Komunis Malaya. Mereka akan tercirit dengan tohmahan menentang Parti Kebangasan Melayu Malaya.   Mereka menentang Gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang bangun angkat senjata melawan penjajah.

United Malays National Organisation menentang (PKM) Parti Komunis Malaya,  menentang (PKMM) Parti Kebangsaan Melayu Malay,  menentang  (KMM) Kesatuan Melayu Muda, menentang Hisbul Muslimin, menentang (API) Angkatan Pemuda Insaf, (AWAS) Angkatan Wanita Sedar.  Nama-nama ini adalah parti dan kumpulan nasionalis yang telah bangun menentang  penjajah British.

Jelas United Malays National Organisation TIDAK pernah menentang British. Tidak ada naratif melawan untuk mendapatkan Merdeka. Parti ini telah  bangun menentang orang yang menentang Bristish. Ini sejarah jahat United Malays National Organisation.   Jelas, tugas parti ini   ialah menjadi barua British untuk menentang kaum nasionalis yang bermandi darah mengangkat senjata melawan British.  Inilah naratif bulan Ogos yang mereka gembar gemburkan sebagai ‘bulan kemerdekaan’.

Tarikh 31 Ogos ialah Hari Malapetaka. Pada tahun 1957  - di  Hari Malapetaka -  Bristish telah meninggalkan kuasa dan memberikan  Tanah Melayu ini untuk diperentah  oleh United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.  Semenjak dari tarikh  ini Tanah Melayu dan kemudian Malaysia  tidak sudah-sudah  terus ditimpa oleh malapetaka.

Satelah memahami  babak babak sejarah ini maka kita akan sedar kenapa rakyat Malaysia -  anak semua  bangsa -  enggan mengkibarkan bendera yang kini telah dikenali sebagai Jalur Temberang. Bendera ini adalah ciplakan.  Kita tidak perlu pergi belajar ke Oxford atu Sorbonne untuk memahami fakta ciplakan ini. Malah anak mahasiswa dari  Universiti Sintok pun dapat memahami bahawa Jalur Temberang ini diciplak dari Star-Spangled Banner – bendera Amerika Syarikat.

Kebencian dan keenganan anak semua bangsa untuk mengkibarkan Jalur Temberang ini semakin  menjadi–jadi hinggakan perlu satu rang undang-undang. Kenapa ini berlaku?

Biar saya terangkan kenapa ini terjadi. Bulan Ogos  tahun 2013 adalah tanda penolakkan yang amat jelas  terhadap Jalur Temberang -  simbol milik United Malays National  Organisation ini.  Ini terjadi kerana kurang lebih 3 bulan dahulu rakyat Malaysia telah  ditipu oleh United Malays National Organisation. Dalam PRU13 yang baru selesai United Malays National Organsiation telah menang dan kembali berkuasa. Menang dan kembali  berkuasa  dengan jalan tipu. Penipuan ini  cukup jelas dan disedari  oleh orang ramai.

Terbukti bahawa rakyat Malaysia – anak semua bangsa – dalam PRU13 telah menolak  United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu. Tetapi dengan licik dan penuh perancangan yang disusun  oleh Suruhanjaya Pilihan Raya – gerombolan yang telah ditolak oleh rakyat ini kembali berkuasa.  Ini menyebabkan orang ramai bertambah marah dan  benci kepada Jalur Temberang yang menjadi simbol United Malays National Organisation.

Apa yang saya tulis ini bukan untuk bacaan satu  kumpulan minoriti. Apa yang saya tulis ini  bukan sentimen kumpulan kecil.  Apa yang saya lakar ialah suara dan tuntutan 52% warga Malaysia – anak semua  bangsa. Apabila Anwar Ibrahim bercakap, apabila Hadi Awang bersuara atau apabila Lim Kit Siang mengeluarkan pandangan  – itu adalah suara dan pandangan 52% warga Malaysia.

Orang ramai – 52% warga Malaysia -  merasa ditipu dalam PRU13.  Orang ramai  - 52% - yakin kemenangan mereka telah dirampas. Orang ramai tahu bahawa kuasa United Malays National Organisation ini adalah hasil dari penipuan  yang dirancang. Maka tanda awal yang dapat  mereka nyatakan  tiga bulan kemudian ialah mereka  tidak ambil pot tentang Jalur Temberang.

Rasa muak dan mual terhadap kerenah United Malays National Organisation ini belum selesai.  Kemarahan orang ramai kerana kemenangan mereka dirampas tidak akan terhenti.  Rasa muak, benci dan marah  ini  sedang dikongsi oleh 52% warga Malaysia. Rasa kemarahan ini sedang membara.

Justeru para menteri dan para politikus dari United Malays National  Organisation dan kuncu-kuncunya wajib sedar bahawa mereka  berkuasa kerana penipuan. Suara mereka bukan suara majoriti. Para aparacik parti dan para pegawai kerajaan wajib sedar  bahawa kerajaan hari ini adakah kerajaan haram yang ditubuhkan melalui penipuan. 

Bagaimana pula dengan lagu Negara-ku yang kini akan dimainkan dalam panggung wayang?  Para penonton akan dipaksa mendengar lagu ini.  Ini juga menjadi berita heboh bulan Ogos.  Sebenarnya lagu Negara-ku ini sama saperti Jalur Temberang. Lagu yang dipangggil lagu kebangsaan ini  adalah hasil ciplakan. Lagu asal La Rosalie dari Peranchis, menjadi Memula Moon, menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia dan diciplak untuk menjadi lagu Negara-ku.

La Rosalie , Memula Moon, Terang Bulan atau Negara-ku akan dipaksakan kepada penonton panggung wayang. Ini akan  menjadi lawak seram. Tidak ada sesiapa yang memiliki harga diri dan tahu sejarah asal usul lagu ini akan bangun hormat pada lagu ini. Lagu Negara-ku  adalah hasil ciplakan.  Tidak perlu ditutup lagi sejarah ini. Segala yang diciplak lambat laun akan diketahui umum. Lambat laun akan dihumbankan.

Tidak dapat tidak Malaysia hari ini memerlukan satu bendera baru yang  memiliki motif wataniah untuk melambang sejarah  pejuangan anak bangsa. Bukan bendera ciplakan dari  bendera Amerika. Malaysia juga memerlukan  satu lagu kebangsaan baru  yang menjiwai tempo dan naluri sejarah bangsa. Malaysia dengan politik baru akan menghumbankan  ke  dalam tong sampah sejarah semua yang diciplak.  Melahirkan yang  baru ini adalah tugas anak muda yang telah diberikan oleh sejarah. (TT) 


      NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar minguan ini sila pukul talipon: 03 - 92-21-10-45

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

10 ulasan:

  1. terbaek tt, masalahnya masih tak ramai faham bahasa mu isham... kah kah kah orang faham, tapi isi kandungan orang tak faham... atau cuba cuba buat deek deek tikus, kah kah kah

    BalasPadam
  2. air hujan turun ke bawah, jadi sungai punca di bukit sehingga sampai ke laut, yang itu pun jadi modal politik juga, sungai dari kedah sampai ke penang, penang kena bayar duit airnya pak, apa punya turr, habis modal kah tu, kah kah kah, serik serik lah macam nie, asyik asyik politik, buatlah kerja elok elok, jangan rasuah, jangan salah guna kuasa, susah sangat kah, kalau boleh mulut tempayan tu bagi tutup lah sikit, asyik asyik nak bagi kenyataan, asyik asyik nak keluar tv, ikut style memanda kah tu, kah kah kah, apa nak jadi, air pun kena catu lagi, jangan ingat golongan ini ibarat jelmaan TUHAN, macam maharaja cina di dinasti-dinasti tu, entah kemana dinasti tu sekarang, buatlah kerja atas amanah yang diberikan, senang saja, tak payah porak peranda, tak payah syiok miuk, tak payah heboh heboh, ramai dah habis sekolah, bukan buta huruf, buta komputer, buta internet lagi, faham faham lah, golongan ini sebenarnya buta hati sebab dikelilingi golongan pencacai yes man, itu yang buat rosak, cium tangan, cium kaki, cium segalanya untuk dapat balasan kah kah kah, sedarlah hidup di dunia ni tak lama, buatlah kebaikan hindarkan kemungkaran, musibah nanti, pesan pesan lah kat golongan ini, meluat tengok tv suratkhabar, asyik asyik perkara sama, menang tu bukan cara betul, semua tau hal nie, tak payah, yang sudah, sudahlah kah kah kah

    BalasPadam
  3. tuan tt
    saya sangat akui tulisan tentang kemerdekaan Negara kita.sudah lama saya berpendirian sedemikian.saya mencari bukti umno pejuang kemerdekaan,tetapi tak pernah jumpa.umno hanya tunjuk menentang kominis,umno hanya menjahatkan kpminis tidak british kenapa?kerana umno adalah british,dari pengalaman british di india,burma,srilanka,dan lain.british teleh melahirkan anak angkat/umno untuk mengganti mereka.itu sahaja,umno/melayu inilah yng sebenarnya barua,bukan british.lihatlah tun Mahathir boleh jadi melayu kerana umno.

    zulkifli

    BalasPadam
  4. Bendera...sang saka....lagu kebangsaan......tanah pusaka.....perdana menteri....asal bukan pembunuh......motto negara....genggaman tangan yang diangkat.......menteri penerangan.....hishamudin rais aka tukar tiub......bha...komisen aku mana...?????heheeeeeheehehhe

    BalasPadam
  5. Teman ade 2 soalan utk otai2 mintak pencerahan

    1) apa faedah kebendaan dan bukan kebendaan yg british dapat bagi pemerintahan malaya kpd umeno?
    2) dimanakah anak muda bernama mahathir masa itu bersembunyi? Hahaha, selalu kita dengar dia cerita betapa kesusahan org melayu dibawah penjajah, tapi aku percaya beliau adalah jenis yg terlalu cerdik utk menyusahkan diri terlibat dalam kesusahan itu hahaha

    *jwpn hendaklah tidak melebihi 500 patah perkataan, masa menjawab 1/2 minit dari sekarang hahaha.

    BalasPadam
  6. Lu memang otai la bro, tinggi makrifat. Baru semalam gua sembang pasal lori syarikat MRT area Kajang tak pasang bendera. Teruskan menghasut, gua dah terpengaruh dah nih.

    BalasPadam
  7. Jika dibuka buku-buku sejarah lama yang tulin(banyak diPepustakaan Negara) akan diketahui sejak Perang Dunia I hingga tamatnya Perang Dunia keII(1945) tak ada,tak nampak dan tak ujud nama UMNO menentang penjajahan Inggeris wal hal ahli-ahli KMM dan PKMM sudah pun memekekkan "MERDEKA".UMNO hanya ujud tahun 1946 itu pun bukan nak merdeka tapi sekadar menentang Malayan Union.PKM Parti Komunis Malaya(ahli-ahlinya ramai bekas ahli MPAJA - Malayan People Anti-Japanese Army - walau pun berfahaman komunis,tapi turut menentang Inggeris untuk merdeka.Ini fakta-fakta sejarah yang cuba dilupakan dan hendak dipadamkan UMNO.

    BalasPadam
  8. Asyik2 tayang drama/film askar n polis lawan komunis bulan ogos....komunis bukan pejajah..jepun duduk tansh melayu pun dua tahunlebih je...org inggeris/british yg mejajah beratus tahun pulak diorg kata baik...

    BalasPadam
  9. asik asik cite sarjan hassan..moral cite dia...segenius genius p.ramlee..(genius keeee..).kena tipu gak ngan umno....dlm movie ni...buang barua...hassan pun barua... buang barua jepun...hassan barua british..kah..kah..kah...sian melayu kena tipooo...

    BalasPadam
  10. Ramlee tu aku tak tau bangang ke idak...cuma aku nampak dia perli sang pemerintah secara halus...dia tunjukkan kepada dunia yang melayu ni perkakas british...dia cuba memberi pencerahan secara sinis...kalau yang berfikir secara terbalik...memang betullah apa yang ramlee buat...tapi sayang ramai melayu tengok filem ramlee sebagai hiburan saja...tak lebih dari itu....alim mim nun wau...itu apa...ooo itu sarkas...

    BalasPadam