Jumaat, 30 Ogos 2013

TEKS PERUTUSAN ANWAR IBRAHIM




KOMENTAR TUKAR TIUB
dari mana datangnya
menerima keputusan pru13

INI LAPORAN DARI MALAYSIAN INSIDER

Pakatan accepts GE13 results, let’s talk unity “immediately” - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim signalled his readiness to hold unity talks between Pakatan Rakyat and Barisan Nasional when he said today that the opposition will accept the results of the 13th general election.


INI TEKS PERUTUSAN ANWAR

Perutusan oleh Anwar Ibrahim sempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos 2013

Sekali lagi menjelang 31 Ogos, kita akan meraikan Hari Merdeka, hari yang cukup gemilang dan bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Kini adalah masanya untuk kita menghimbau kembali pencapaian dan kegagalan kita dan memandang ke depan untuk hari-hari dan bulan-bulan yang mendatang. Kini adalah masanya untuk bermuhasabah dan bertanya apakah sebenarnya erti Merdeka dan apa yang boleh kita pelajari dari masa silam dan harapan di masa depan.

‘Merdeka’ memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak. Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.

Di atas cabaran ini, ramai yang bersetuju bahawa kita masih jauh untuk mencapainya. Setelah lebih dari setengah abad, kita masih lagi bertanya samada prinsip-prinsip asas di dalam Perlembagaan Persekutuan masih dijunjung dan samada kebebasan dan hak-hak yang termaktub di dalamnya masih utuh dan dihormati. Justeru, apa kebaikan Merdeka seandainya asas perlembagaan dicabuli dengan sewenang-wenangnya?

Tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama. Tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan ini namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Terdapat segelintir daripada mereka yang mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeksploitasi hal-hal agama dan isu-isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri. Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan ‘hak istimewa’ dan media untuk meneruskan agenda mereka memecahbelah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.

Kesannya, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak. Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah.

Sebagai contoh, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem yang hanya akan menyajikan mesej berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan. Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan.

Peningkatan mendadak kes tembakan dan jenayah berat, rompakan dan jenayah ragut adalah hal yang membimbangkan. Manakala kita mendukung usaha pihak polis dalam memerangi dan mencegah jenayah, adalah penting juga untuk mereka melakukannya dengan menuruti proses yang sewajarnya. Semua pihak perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian namun demikian penggunaan undang-undang yang lebih berat bukanlah jawapannya. Perkara tersebut perlu diteliti dengan lebih menyeluruh.

Menyentuh isu tatakelola, ketelusan dan kebertanggungjawaban, rasuah kekal menjadi barah yang merisaukan kita. Merujuk kepada perkara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dan memihak namun kita mendesak Peguam Negara supaya tidak menghalang pendakwaan yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pimpinan atasan.

Negara kita tidak kebal daripada ribut ekononi yang melanda di sekeliling kita. Kita lebih perlu berhati-hati daripada berada di dalam keadaan tidak bersiap sedia. Kita boleh menerapkan tata kelola, hemah dan kebertanggungjawaban dalam pengurusan kewangan awam dan ekonomi kita. Kerajaan bersalah terhadap kecurangan ekonomi – menyatakan fakta yang separa benar dan memberikan statistik tidak sempurna untuk mengaburi perbelanjaan melampau yang tidak mampu lagi ditanggung oleh negara.

Penilaian Agensi Penarafan Kewangan Antarabangsa (FITCH) yang mendedahkan kemerosotan prospek ekonomi negara sewajarnya mempercepatkan kerajaan untuk bertindak lebih terbuka dalam mendepani cabaran sebenar ekonomi. Sebaliknya, kerajaan memperlekeh penilaian tersebut dan menyifatkannya sebagai kerja “penganalisa muda yang tidak mendengar pandangan kerajaan”. FITCH bukanlah satu-satunya firma penganalisa yang menyatakan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kesannya kepada kejutan luaran.

Terdahulu, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah menolak unjuran pertumbuhan 2013 daripada 5.6% sebelumnya kepada 4.8%. Bank Negara pula baru-baru ini telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2013 daripada 5-6% sebelumnya kepada 4.5-5%. Ini selari dengan ramalan terkini Bank Dunia untuk tahun 2013 iaitu daripada 5.6% sebelumnya kepada 5.1%. Selain daripada ancaman berganda defisit fiskal yang tinggi secara berterusan dan peningkatan hutang kerajaan secara langsung dan tidak langsung, lebihan akaun semasa kita berada pada tahap paling rendah sejak 1997. Oleh kerana kita terlalu bergantung pada nilai dan komoditi eksport yang rendah di pasaran global, kejatuhan berterusan dalam ekonomi global mewujudkan ketidaktentuan terhadap pertumbuhan kita.

Pengurangan defisit fiskal memerlukan komitmen sepenuhnya dalam membasmi rasuah daripada perolehan dan projek-projek kerajaan. Penjimatan 10% dalam perolehan dan projek-projek dengan mudah dapat diterjemahkan kepada perolehan RM20 bilion setahun (berdasarkan perolehan dan perbelanjaan tahunan projek RM200 bilion di bawah kawalan kerajaan Persekutuan).

Pengurangan hutang kerajaan dan pemotongan defisit fiskal hanya boleh dimulakan menerusi perolehan hasil kerajaan yang lebih tinggi yang diraih melalui pertumbuhan yang lebih tinggi. Malangnya pertumbuhan Malaysia akan terencat di skala 4-5% untuk seketika melainkan reformasi struktur secara menyeluruh terhadap ekonomi dilaksanakan sebaiknya dengan segera.

Di ambang ulangtahun kemerdekaan yang ke-56 ini, reformasi ekonomi bukan lagi berkisar kepada pertandingan dasar dan retorik politik. Ianya berkait dengan kepentingan negara yang seharusnya menembusi politik kepartian dan ideologi kerana kita tidak mampu untuk mundur ke belakang sedangkan negara-negara jiran kita maju ke depan.

Persoalan kepimpinan adalah amat penting dalam memacu negara ke hadapan dengan memperkukuhkan asas ekonomi dan menjadikan kita lebih berdaya saing. Malah lebih penting lagi, pemimpin-pemimpin kita mesti dilihat serius menjaga kesejahteraan negara dan memacu hala tuju yang betul. Untuk memastikan perkembangan tidak sihat tidak berlaku di bawah kepimpinannya, seseorang pemimpin itu mesti menunjukkan ketegasan dan iltizam moral yang tinggi.

Meski pun kami membantah sekeras-kerasnya tentang kesahihan keputusan pilihanraya yang lepas, kami bersedia untuk mengetepikan perbezaan kami demi negara kesejahteraan dan masa depan. Dalam hal ini, kami percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh.

Meraikan Merdeka semestinya dengan mengiktiraf kebaikan yang telah dilakukan dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu. Iltizam untuk melakukan apa yang baik untuk negara perlu menjadi agenda utama kita semua.

Semangat Merdeka bukan sahaja toleransi atau kompromi. Ianya adalah mengenai pemahaman yang lebih besar, menerima perbezaan kita dan meningkatkan persamaan kita serta menggerakkan negara ke hadapan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

ANWAR IBRAHIM

---------

12 ulasan:

  1. najib cakap dialog mungkin berlaku jika anwar terima keputusan pru13. hari ni anwar ajak dialog segera. jadi maknanya anwar telah terima keputusan pru13.

    BalasPadam

  2. Inilah di panggil bunga2 UG.

    kah kah kah.

    TT bukak mata besar2 sikit, baca perenggan ketiga dari bawah teks ucapan anwar berbunyi spt di bawah;

    Meski pun kami membantah sekeras-kerasnya tentang kesahihan keputusan pilihanraya yang lepas, kami bersedia untuk mengetepikan perbezaan kami demi negara kesejahteraan dan masa depan. Dalam hal ini, kami percaya bahawa adalah penting bagi Perdana Menteri untuk segera mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dan merumuskan satu penyelesaian yang menyeluruh.

    selamat hari merdeka & selamat ber-UG pkr-umno.

    kami orang PAS tak nak ber-UG.

    kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6:58, usahlah dihentakkan kepala dgn batu yg keras...
      cool!

      Sebenarnya, sebagai rakyat biasa yg dihimpit bebanan sara hidup
      yg tggi di bwh KERAjaan BN berpuluh tahun..
      begitu excited pergi mengundi pd G.E13 lalu,
      berbunga di hati... KEYAKINAN terserlah! KAH..KAH..KAH....
      telah meraikan kemenangan PAKATAN RAKYAT seblm 5/5 lg!

      P.R telah MENANG!
      GILER KE NATANG NI CKP P.R menang???? YES!


      Kita boleh saksikan bagaimana PENIPUAN SENARAI PENGUNDI SPR..
      DAKWAT tidak KEKAL, UNDI POS...
      warga asing boleh MENGUNDI, SOGOKAN DUIT
      kpd PENGUNDI dari umnoBN begitu JELAS & TERANG walaupun BLACKOUT!

      Mungkin dari kecewa KEKALAHAN BERMARUAH itu membuatkan
      DSAI sedikit GOYAH!
      Tp, Ketua Umum itu bukan BANGANG punyer manusia..
      cuma, OVER CONFIDENT!

      Rasanya bukan senang DSAI melupakan parut FITNAH yg MEMBUSUK di JIWA
      & di SELURUH TUBUHnya itu!
      PERCAYALAH....

      Sempena 31Ogos...
      entah HARI APAKAH ITU? MERDEKA? INDEPENDENCE?

      Lupakan!
      Bagi aku...PENIPUAN SPR, UMNOBN masih hangat MEMBAKAR hingga ke hari ini!
      Yup... jgn dilupakan detik KECELAKAAN PRU13 lalu!
      SPR jgn buat2 lupa itu TRAGEDI...



      Ihsan:
      Chennai ke?



      Padam

  3. Thn 2008 TG Hadi nak buat UG tapi pkr dok kutuk TG Hadi. skrg pkr jilat balik kutukan tu. pkr sudah terkena tulah kutukan terhadap TG Hadi.

    skrg anwar pulak terdesak nak buat UG. mesti penyokong pkr ckp chin peng pun pernah berdialog dengan tunku abdul rahman.

    rakyat boleh terima UG pr-bn yg jika anwar nak buat UG. tapi org2 pkr yg kutuk & fitnah TG Hadi mesti mita maaf balik. kalau tak minta maaf, kami orang melayu tak terima.

    BalasPadam
  4. Masih tak faham,,,,, maksud anwar for the sack of the nation pr ready memberi buah pikiran dan pendapat bagaimana untuk menjaga ekonomi msia ini......... FAHAM SEKARANG!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. org pas dah pecah tembelang ber ug dlm gelap. konon tak nak ber ug, tapi presiden pas kata mungkin idea ni belum difahami oleh ahli. ms depan bila dah difahami boleh ler ber ug lagi.

    ug pas dibuat dlm gelap. pkr dap tak tahu. nasib mlg bila pak lah dedahkan. pecah lubang.

    ug pkr ni dibuat terang2. najib pegi cari anwar di Indonesia 3 hari tak jumpa anwar.

    Kelantan diambang kejatuhan pru14. dpt tmb tak leh pakai. kena kritik terus melenting. org kalau cerdik dia jawab kritikan, bukan hentam pengkritik tanpa bukti.

    sama cam presiden. tuduh penjual pil kuda tanpa bukti. dengar sangat cakap menantu cap ayam tu...

    BalasPadam
  6. mungkin TT juga akan ber-UG dengan ibrahim ali. lepas tu TT salam cium tangan rosmah. mana la tau kot2 boleh jadi pengarah tabung haji pulak. kah kah kah

    BalasPadam
  7. Cadangan supaya pertemuan dan perbincangan diadakan bukan kesediaan PR untuk membincangkan rundingan perpaduan dengan kerajaan dan bentuk rundingan itu pula terbuka secara telus dan kondusif.

    Bila disebut terbuka... maka kita semua akan saksikan bersama perbincangan yang dicadangkan itu.

    Oleh kerana itu tidak timbul soal kerajaan perpaduan seperti yang dihebohkan itu kerana penyokong yang akan jadi pengadil sama ada menyokong atau menolaknya kecurangan diantara Anwar dan Najib.

    Walau apa pun pandangan yang cuba dikemukakan...., kita berharap Hishammuddin, Muhkriz, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tak perlu terkejut beruk pabila mendengar permainan ini.... kami selaku rakyat biasa tidak teruja langsung dengar berita ini kerana ia tidak akan jadi kenyataan sebab pemimpin UMNO Baru BN telah diketahui umum kaki penipu dan pengecut.



    BalasPadam
  8. salam. rasanya rilek dulu dan ambil sikap tunggu dan lihat. terlalu awal lagi nak melenting pasal UG.

    klu najib berunding meja bulat ngn pakatan, UMNO mesti screw Najib, sbb UMNO memegang bilangan kerusi terbesar di Parliment, dah la UMNO nak buat persidangan tak lama lagi.

    BalasPadam
  9. TOO damn long, hilang makna sebenar. Hilang impak. Sorry..brevity is the word, Anwar

    BalasPadam
  10. TT kalau nak BER-UG,tak lain tak bukan dia mesti nak menginap bawah kopek rosmah punya...dari dulu sampai skang dia dok ngidam nak lemas kat bawah kopek tu....kah kah kah...lek aa TT...gurau merdeka...

    BalasPadam
  11. woi malaon...ingat Anwar nak ber UG ug buta2 ke? kalau dulu ya pas pernah kena temberang ngan umno,sudah berpadu ditendang dari belakang,umum kita maklum ANWAR ni pemimpin yg lebih berpandangan jauh,bukan senang2 nak ber UG kalau xde matlamat seperti mana BN punya matlamat,ibarat PAS bagai abdul wahab...tapi PKR ni macam abdul WAHUB yang tidak akan memastikan perjanjian berat sebelah,kadang2 bila musuh menawarkan persahabatan mereka ada matlamat mereka di belakang,jadi kita sebagai pejuang pasti kena tetapkan peluang kita,senjata musuh harus kita gunakan untuk mengenakan semula musuh kita,ini dinamakan strategi..nak harapkan revolusi...sampai negara bankrap bunyi cengkerik jela..nak mengharapkan sedikit yg bangkit menentang..jawabnya jadi macam hassan ali la bila ditawarkan habuan

    BalasPadam