Selasa, 27 Ogos 2013

TIDAK ADA KESILAPAN






DARI LIDAH PENGARANG 
tukar tiub tidak menyokong hukum mati

dalam kes altantuya TIDAK ada kesilapan
semua di rancang dari awal lagi
semua mengikut skrip yang diatur

sesekali silap
sesekali terkeluar skrip

razak baginda  menjerit mengutuk najib
satelah ayahanda baginda membisikkan sesuatu
akhbar the sun lapor berita ini
akbar lain tarik balik

isteri razak baginda berkata
bahawa suaminya bukan ahli politik
tapi najib ahli politik

jangan lupa tujuh tahun dahulu
jangan lupa bagaimaan pendakwa diubah ubah
jangan lupa bagimana hakim diubah ubah

tujuh tahun dahulu muka sirul dan azilah telah ditutup
mustahil tidak faham akan makna muka ditutup
mustahil tidak terlintas dalam otak
bahawa semua ini sandiwara

justeru TIDAK ada yang silap

persoalan ialah siapa upah sirul dan azilah
mereka berdua ini mengaku dalam akuan bedrsumpah
bahawa mereka hanya makan upah

baiknya keputusan  kes ini ianya akan berterusan
untuk menjadi bebanb kepada rosmah dan najib




Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas

OLEH RITA JONG
Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia  Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu.
Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006....


BERHIMPUN
DATARAN MERDEKA
KIBAR SANG SAKA
MALAM 30 OGOS

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan