KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas kesedaran telah sampai
31 ogos ialah hari malapetaka
untuk warga tanah melayu
16 september ialah hari malapetaka
untuk warga sabah dan sarawak
suara melawan dari sabah
suara melawan dari sarawak
semakin lantang dapat didengar
DAYAK BANGUN MELAWAN
KOTA
KINABALU : Jeffrey yang juga Presiden
Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, dalam kenyataannya beberapa hari lepas
mencadangkan agar Hari Malaysia itu ditukar kepada Hari Pendudukan atau Hari
Penjajahan seperti disiarkan akhbar-akhbar utama Sabah dan juga media internet.
Sindu
berkata, Umno sendiri pun tahu apa yang sedang berlaku di Sabah, bahawa ada
sesuatu yang berlaku di sini tetapi mereka ini memilih untuk melihat sahaja dan
membiarkan perkara-perkara buruk ini berlaku.
“Mereka
seperti Salleh dan Abdul Rahim patut melakukan sesuatu dan tidak hanya jadi
jurucakap Umno Malaya,” kata Sindu kepada FMT.
Jeffrey
mendakwa Malaya telah mengambil alih Sabah daripada British dan kini Malaya
menjajah semula Sabah di bawah nama Kerajaan Persekutuan Malaysia.
“Di
manakah janji-janji “kebebasan mutlak, kemakmuran dan keselamatan?” soal
Jeffrey yang juga terkenal memperjuangkan kedaulatan Sabah sebagai sebuah
negara, kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor.
Beliau
mendakwa Malaya ingin terus mengawal sumber minyak, gas, cukai dan sengaja
mengubah demografi Sabah melalui pelbagai cara seperti Projek IC, Ops Durian
Buruk, pengundi hantu dan memiskinkan rakyat Sabah dan menimbulkan suasana
tidak selamat kepada penduduk tempatan.
Pemimpin
kontroversial itu mendakwa sekarang Sabah hanya sebuah negeri “orang suruhan”
Putrajaya.
“Sudah 50
tahun pembentukan Malaysia, namun tidak ada kemerdekaan dan kebebasan untuk
bercakap. Sebaliknya, Sabah telah dijajah oleh Malaya dari segi politik,
ekonomi dan sosial,” dakwanya lagi.
Beliau
juga dilaporkan berkata jika Sabah dan Sarawak memilih untuk keluar daripada
Malaysia mungkin kewangan dua wilayah Borneo itu jauh lebih baik, dengan hasil
negeri melebihi RM40 bilion berbanding kepada RM3.7 bilion ketika ini.
SABAH UNTUK SABAHAN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------
Baru sekarang sedar Sabah dijajah Putrajaya? Mengapa masih undi parti gerombolan? dah kena kencing pun lagi mau komplain?Lain kalilah lu pegi mampossslah..kah..kah..kah..
BalasPadam