Rabu, 4 September 2013

HARGA MINYAK NAIK - RAKYAT NAIK MINYAK





UBAH NAJIB


Minyak dan Naik Minyak

Antara sebab utama kejatuhan kerajaan Pak Lah ialah menaikkan harga minyak. Pak Lah dilihat lemah bila beliau yang sering digambarkan selalu tidur tidak dapat berbuat sesuatu dalam membendung kenaikan harga minyak ini. Rakyat bangkit dan membenamkannya dengan menafikan majoriti 2/3. 

Sejarah ini haruslah menjadi ikhtibar yang berguna kepada Najib atau Najib memang mahu ke lubang yang sama dengan Pak Lah. Dari segi politiknya Muhyiddin sudah boleh mula membayangkan memakai baju melayu hitam untuk mengangkat sumpah sebagai PM yang baru. Namun Muhyiddin perlu lebih efisien mengorak langkahnya agar tidak tersunggkur sebelum Najib benar benar rebah.

Mahathir berjaya mengekalkan kerajaannya kerana hampir keseluruhan zamannya minyak hanya naik pada kadar yang sangat minimun. Zaman emas inilah di mana Anwar sebagai menteri kewangan. Mereka berdua sama sama menegakkan yang kebaikan ekonomi waktu itu angkara masing masing. Takpa lah sapa yang bertanggungjawab asalkan rakyat yang memperolehi keuntungan. 

Bagi pihak pakatan rakyat pula, inilah waktunya. Anwar yang pada waktu ini sudah agak sejuk perlu memasang kembali enjin PM nya. INILAH masa yang agak sesuai untuk menghentam kerajaan Najib dan menyediakan laluan kepada pemimpin pelapis selepasnya. Anwar sudah tidak releven untuk jawatan PM lagi jika PRU berlaku dalam tempoh empat tahun lagi. Oleh itu Anwar perlu berjiwa besar menyediakan tapak ke arah itu. 

Pas sendiri perlu sedikit kuasa untuk menguasai pakatan. Kuasa itu mungkin hanya akan bangkit selepas muktamar ini. 

Ngo dan aktivis juga boleh memulakan sesuatu. Mungkin BERSIH ialah antara wadah yang paling berjaya setakat ini dalam menghimpunkan manusia. Namun dalam masa yang dekat ini satu Ngo yang berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan perlu di lahirkan dan digagahkan. 

Isu kenaikam ini agak menyentuh kesemua pihak. Ianya baru bermula semalam. Kenaikan harga minyak ini mengundang kepada kenaikan barangan, tiket atau tambang dan serba perkara lagi. Kenaikan yang tidak seimbang dengan kenaikan gaji ini bisa menjadikan rakyat lebih payah dan sakit. Hanya manusia yang payah dan sakit mampu melawan.

Ayuh mulakan langkah masing masing ! Perlawanan baru bermula

Haji Joe Osama
Penyelaras SAMM Kelantan


----------

7 ulasan:

  1. Akhirnya..ada gak manusia yg mnghasut....atur cepat2...ht rakyat dh panas....ini la masanya....aku mnyokong penuh usaha untuk mngulingkn kerajaan skrg...inilah kalilah!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Kesudah nya minyak gred rendah untuk rakyat, minyak gred baik untuk si kaya kapitalis, yang miskin penyokong dapat hampas ...padan muka ampa..

    BalasPadam
  3. Myk dh naik aku dh muak dh. Kami ni golongan pertengahan n bawahan terasa sgt. Btl ape ckp penasihat pkr. Menteri perlu guna duit sndri tok isi myak g keje. Ape guna kami byr cukai bg kerajaan , ngan duty sana sini. Smua tu tok byr korang(menteri) wat keje. Korng blh rasa mcm mn kami rasa. Baru adil. Ni tk metting sana sini smua claim. Blh tk kami plk claim kat korng klu kami nk g keje. Sah2 korng x nk kn, kenaikn myk ni mmg dh nmpk sgt pas je Pru13. Gaji dh kecik smua brng akn naik lg. Jgn kaburkn mata rakyat ng . Rakyat penat keje tunggang langgang nk bg korng duit tp dlm kes yg sama korng pijak lg kami.

    BalasPadam
  4. Myk naik tp gaji x naik. Turunkn sikit gaji menteri blh tk. Sbb nk tampong harga minyak. . Kn kerajaan nk jimatkan perbelanjaan. X rugi pon sbb menteri2 smua g keje guna minyak claim. Tipu lah klu ckp guna duit sndri. Mknan n keperluan lain akn naik tipu oh klu x naik. Tu duty export trunkn lah . Orng nk beli kenderaan pon sah. Mahal sgt. Tp klu kenderaan kt msk negra lain diorng wat teksi jer wei aduhhhhh. Orng luar d jaga rakyat d tindans ape ni ? X mcm ape yg gah d perkatakn. Rakyat d dahulukan pencapaian d utamakan.. Rakyat d kenakan pencapaian d kronikn.

    BalasPadam
  5. Ngo dan aktivis juga boleh memulakan sesuatu. Mungkin BERSIH ialah antara wadah yang paling berjaya setakat ini dalam menghimpunkan manusia. Namun dalam masa yang dekat ini satu Ngo yang berkaitan kenaikan harga minyak dan barangan perlu di lahirkan dan digagahkan.
    -tolong serta-merta buatkan blog khas dan fb khas untuk rakyat 52% suarakan bantahan beramai2 bermula sekarang juga! jangan diam atau sorang terpekik sana, sekor terlolong sini, langsung tak efisyen! kumpulkan berjuta2 bantahan menerusi survey blog dan like fb, biar terpapar jelas seluruh dunia boleh tengok dan faham, bn tak mampu tak pandai dan tak amanah mentadbir kewangan berpuluh2 tahun hinggakan rakyat pendapatan pertengahan dan rendah yang terpaksa menanggung beban melampau, sedangkan menteri2 yang disuruh mentadbir bersenanghati dengan elaun petrol bulanan yang beribu2! biar betul2 masuk dalam kepala2 bangang tu, 52% rakyat sudah muak dan terlampau geram!!!

    BalasPadam
  6. MENTERI PEGI KEJE TAK BELI PETROL....KENAPA ADA UNDANG2 CAMNI?...LAGI SATU...MENTERI SUKA PEGI MERASMI-RASMI...MELAWAT2 SCARA RASMI...DAH GERENTI WAKTU NI PUN MAKAN ORANG TANGGUNG...INILAH....APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA..

    BalasPadam
  7. M-MANA
    A-ADA
    L-LAGI
    A-ALASAN
    Y-YANG
    S-SESUAI
    I-INILAH
    A-A M U K A N
    N- NUSA....53% MALAYSIAN AKAN MENGAMUK...KAMU TUNGGU BARISQN NASIONAL...KAMU TUNGGU....!!!!!!!!......

    BalasPadam