Ahad, 15 September 2013

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA DAPUR JALANAN PETANG INI



PETANG INI JAM 6:00



JEMPUTAN
HARI RAYA ORANG  TAK BERUMAH


SATU JEMPUTAN
dapur jalanan
menjemput semua warga kota
untuk datang bersama-sama 
 merayakan warga kota tanpa tempat tinggal
pada petang ahad 15 september 2013
jam 6:00 petang

dapur jalanan
pada setiap petang ahad
jam 6:00 petang
akan memberi makanan panas
kepada warga kota tanpa tempat tinggal
di jalan panggung
tak jauh dari jalan petaling

dapur jalanan
adalah kerja amal tim anak muda
dari kelab bangsar utama

HARI RAYA TAHUN  INI
untuk merayakan hari raya tahun ini
dapur jalanan akan mengadakan pesta jalanan
pada petang 15 september  ini
saperti biasa masakan panas akan diedarkan percuma
dan
kami juga berniat untuk menghiburkan
warga kota tanpa tempat tinggal
dengan musik
dengan lagu
dengan puisi
dengan paluan gendang
persembahan dari orang kurang upaya
agar kita sesama bersantai

JEMPUTAN  TERBUKA UNTUK SEMUA
dapur jalanan menjemput
semua warga kota  
yang ada bilik
yang ada bunglow
yang ada rumah
yang ada flet
yang ada apartment
yang ada kondo
yang ada istana
untuk datang bersama-sama
beraya bersama sama
warga kota tanpa tempat tinggal

BAWA MAKANAN SENDIRI
hanya kami meminta
jika datang pada petang 15 september ini
 sila bawa makanan 
untuk kita sama sama kongsi rasa

PESTA DAPUR JALANAN 
pesta ini telah mendapat sokongan 
dari parti pas bukit bintang
dari parti dap bukit bintang
dari parti keadilan rakyat lembah pantai

AMAL BAKTI
sesiapa ingin memberi amal bakti
selain dari mengklik iklan dalam tukar tiub
boleh menghantar dana ke:

 SPKL COLLECTIVE : 1479-0000917-05-1
BANK CIMB

SATU JEMPUTAN


SETIAP PERTANG AHAD
JALAN PANGGUNG


MAKANAN
ialah hak asasi 
untuk anak semua bangsa
tempat tinggal ialah hak asasi
 untuk  anak semua bangsa
marilah kita bersama-sama
merayakan warga tanpa tempat tinggal
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

11 ulasan:

  1. Tadi solat jumaat kat mesjid jln pekeliling terjumpe plak member baik pak isham Abg mat bronson.. besor tinggi orgnya ingat rendah cam pak isham hahaha

    BalasPadam
  2. Taniah tt.....satu Je slek kat sini...lagi Kali jgn pakai bank cimb, gua menyampah tgk bank nie...pakai bank lain lah,baru aku bank in duit derma kat dapur jalanan,,,,,any way taniah kepada semua yg terlibat....Jaga Jaga bro Kalu Ada org sponsor donut kat KORANG tue....mana tau budak2 universiti donut tu ker....tq from Salam 2kupang...

    BalasPadam
  3. suatu ketika dulu food not bomb...

    BalasPadam
  4. minyak adalah hak milik rakyat.
    kerajaan hanyalah diberi amanah memikul tanggungjawab mentadbir dan mengelola dari mencari minyak mentah itu hinggalah mengedarkan petrol untuk keperluan seluruh rakyat,
    BUKAN UNTUK DINIKMATI PERCUMA OLEH MENTERI2 SAHAJA SEDANGKAN RAKYAT KENA BAYAR LEBIH 2RINGGIT SELITER!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  5. Lpas makan djalanan. Buat demo minyak la pula. Jgn makan free je.

    BalasPadam
  6. Haji sairin kARno sebenarnya BERUK........so...jangan dengar cakap beruk...nanti dio kato kulit pisang lagi mahal dari isinya.....PLANET OF THE APE PUNYA RANO KARNO...OPPPS..SILAP...ANAK KARNO.....NASIB baik lydia kandou roy martin yang punya....heheheheheheh

    BalasPadam
  7. CEO CIMB BANK MR NAZIR TUN ABDUL RAZAK
    aku tak mahu masuk duit dalam cimb pasal pendapatan ceo satu hari rm 27,397.26. Satu minggu dapat gaji rm 192,307.69.
    Satu bulan gaji rm 833,333.33
    Satu tahun pendapatan 10 juta.. malas nak bagi gaji lebih... mintak kat dia lah bagi dapur dapur nie
    Kah kah kah

    BalasPadam
  8. teeeebaieeeekkk tuan

    BalasPadam
  9. Aku sangat setuju harga barang naik melambung tinggi.biar ramai jadi susah Dan senang nak digerakkan ke jalan raya buat demonstrasi menjatuhkan kerajaan yang zalim.biarkan mereka masuk perangkap sendiri. Yang mereka bina. Jahanam.... Kah Kah kah ....

    BalasPadam
  10. Usaha yang paling mulia ialah memberi makanan pada perut yang lapar. Bukan buat majlis kenduri kendara sampai berjuta juta dan dibazirkan. Apa pun masih ada juga jiwa jiwa yang masih bersimpati dengan golongan daif secara ikhlas. Yang keluar tv tu dengan cek cek besaq tu tak payah. Itu bukan menderma namanya. Mencari populariti utk pingat dan pangkat tu. Salam tt semoga dirahmati Yang.Maha Esa

    BalasPadam
  11. IGP: Tiada unsur perkauman dalam Ops Cantas
    Ahmad Fadli KC | 12:06PM Sep 14 2013
    dikemaskini Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis tidak mempunyai sebarang unsur perkauman dan tidak mensasarkan kaum India sahaja, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    Menurutnya, cakap-cakap orang ramai yang mendakwa hanya satu kaum disasarkan adalah tidak benar dan merupakan "komen-komen nakal yang tidak sepatutnya dibuat".

    "Tangkapan yang paling ramai adalah terhadap orang Melayu.

    "Kita tangkap lebih kurang 15,000 orang Melayu berbanding hanya lebih 3,000 lebih orang India. Lebih 15,000 orang Melayu ditangkap, itu rasiskah?" katanya dalam sidang media hari ini.
    Bercakap lebih lanjut, Khalid berkata polis sehingga kini telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 130 orang yang akan didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966 manakala 56 orang lagi akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 susulan Ops Cantas.

    Ops Cantas bermula pada 17 Ogos lalu untuk membanteras jenayah gangster dan masih lagi berterusan sehingga hari ini.

    BalasPadam