Rabu, 11 September 2013

LIMA BELAS TAHUN KEMUDIAN





MENERUSKAN GARIS
TAMAROD 1947
MEMAHAMI GARIS POLITIK REFORMASI

Banyak air telah melintasi jambatan. Banyak daun telah hanyut ke laut. Banyak air liur telah ditelan. Ramai  kawan-kawan yang aktif dalam Gerakan Reformasi telah meninggalkan  dunia. Yang telah pulang ke alam Baqa tidak dapat melihat kemenangan tahun 2008 dan 2013. Lima belas tahun satu jangka masa yang panjang. Tapi dalam perjalanan tamadun manusia 15 tahun ini terlalu singkat untuk dihitung.

Saya masih ingat lagi petang 20 September. Suasana di Masjid Negara dan Dataran Merdeka agak tegang. Ini sejarah  tunjuk perasaan yang paling ampoh. Tarikh dan tempat demo ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut.  Ledakan kemarahan terutama Manusia Melayu terhadap Mahathir cukup jelas. Justeru, kerana itu   hampir 80,000 telah keluar untuk menyokong Anwar dan menibai Mahathir.

PERJUANGAN 15 TAHUN DULU


Secara tetiba sejarah siapa dia Mahathir dibuka kembali. Kejahatan Mahathir dari zaman Tunku mula diketahui umum. Peranan Mahathir sebelum dan sesudah Mei 13 dibaca kembali dalam buku Tunku.  Nama Mahathir berubah menjadi Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Kemudian nama pop muncul apabila sebuah laman  MAHAZALIM memanggil  Mahathir Muhamad MAHAFIRAUN.  Dengan serta merta Mahafiraun a.k.a Mahathir Muhamad kini  menjadi musuh utama Manusia Melayu.

Laman Mahazalim sebuah laman siber  ‘bawah tanah’ menjadi teras memangkin gerakan Reformasi.  Mahafiraun kini menjadi  sasaran musuh  utama laman siber Mahazalim. Pandangan Manusia Melayu terhadap ‘Wira Dunia Ketiga’ beralih sereta mereta. Pepatah dan petitih muncul.  Kalau suka berbohong akan diumpamakan ‘sebagai Mahathir’. Kalau kaki putar alam akan dipanggil ‘ menjadi Mahathir’.  Ibu bapa Melayu mula mendidik anak-anak  bersopan dan berbudi bahasa  agar  ‘ jangan besar jadi Mahathir’.

Mahathir Muhamad 15 tahun dahulu rata-rata dimata Melayu, terutama dimata anak-anak muda -  dilihat sebagai sosok yang amat zalim. Mahathir menjadi kata sifat membawa makna sosok India yang menyamar sebagai Melayu, yang menghina Nabi, berperangai  zalim dan amat licik. Semua ini dibawa oleh ombak pemecatan Anwar Ibrahim

PERJUANGHAN 15 TAHUN KEMUDIAN



Untuk saya semua ini adalah bentuk perlawanan permualan Manusia Melayu. Mereka hanya berupaya melihat satu kezaliman  dan ketidak adilan yang telah dihimpapkan kepada Anwar Ibrahim. Majoriti Manusia Melayu sama ada dalam parti United Malays National Organisatioan atau diluar kerangka parti dan politik melihat satu kezaliman telah berlaku.

Anwar Ibrahim pada ketika itu dilihat sebagai bakal Perdana Menteri yang berkemungkinan membawa perubahan keatas hidup mereka.  Dalam analisa  Manusia Melayu yang muncul spontan pada ketika itu - mereka berpendapat  jika Anwar  tidak ditendang  maka masa depan mereka dan masa depan Malaysia akan cerah gemilang.

Justeru pada petang 20 September itu kita melihat Khir Toyo, Ahmad Sibi, Abim Brothers dan pemimpin tinggi Pemuda United Malays National Organisation turun berdemo. Mereka dikatakan memiliki simpati dengan Anwar. Mereka melihat kezaliman dan ketidak adilan telah dilakukan oleh Mahathir.  Tetapi untuk saya  ini bukan sebab utama yang menjemput mereka ke jalan raya.

PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU


Bengolan-bengolan ini turun ke jalan raya kerana mereka ingin membeli saham.  Kehadiran mereka  di Dataran Merdeka pada 20 September adalah tanda pembelian saham. Dalam hitungan fikrah kontot bengolan ini – dalam masa  dua tiga minggu Mahathir akan jatuh.  Jika Mahathir jatuh maka saham 20 September mereka akan ranum untuk dijual. Mereka akan sekali lagi berkenduri kendara mengumpul ‘Pink Form’.

Harus saya beritahu apakah ‘benda’nya ‘pink form’ ini.  Bagini kesahnya: Di zaman Anwar menjadi Menteri dan Menteri Keewangan  dahulu banyak harta rakyat telah diswastakan. Sejumlah 30% dari harta rakyat yang diswastakan  ini  wajib  diagihkan untuk dimiliki oleh Melayu dan Bumiputera. Sebanyak 30% saham syarikat rakyat ini akan dijualkan terus kepada Melayu Bumiputera. Disinilah Brother Anwar akan  mengagihkankan ‘pink form’ kepada Melayu dan Bumiputera yang difikirkan ‘ sesuai’ untuk memiliki sebahagian dari 30% saham Melayu ini. Warna kertas saham ini ialah merah jambu – i.e pink form.

Sesiapa mendapat ‘pink form’ ini boleh mengadaikan borang ini  kepada bank.  Bank dengan senang hati akan  meminjamkan dana. Ini kerana  Brother yang membawa pink form ini akan pasti mendapat jumlah saham yang tertera  dalam borang.  Nilai harta rakyat yang diswastakan  sengaja dijual dengan harga murah. Apabila diapongkan dipasaran bursa saham maka dengan serta merta nilai saham ini akan naik. Brother pemegang ‘pink form’ boleh menjualkan saham yang dimilki. Ini jalan pintas untuk para Brother penyokong Anwar dan para penyokong parti United Malays National Organisation untuk  menjadi kaya raya.

PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU 


Saheh! Bengolan-bengolan  ini turun ke jalan raya bukan kerana kezaliman  atau ketidak adilan. Jika mereka  menentang kezaliman atau ketidak adilan kemana mereka menghilang selama ini?  Kezaliman dan penindasan masih berterusan – bukan berkurang malah bertambah.

Ramai bengolan yang berdemo pada 20 September 15 tahun dahulu atau telah  telah menjadi kaya raya dengan ‘pink form’  kini  telah menghilangkan diri. Hanya ada beberapa ekor muncul terutama diambang PRU13. Ada yang menawar diri untuk menjadi calon. Ramai pula yang mula membeli saham sekali lagi dengan harapan Pakatan Rakyat akan menang dan Brother Anwar akan menjadi Perdana Menteri.

Saya amat yakin bukan hanya kabilah  ‘pink form’ yang berharap Mahathir akan jatuh dalam masa dua atau tiga minggu. Ramai dikalangan orang biasa juga berharap bagitu. Justeru kerana itu pada awalnya kita melihat ramai ‘penyokong Anwar’  yang ditangkap oleh Mahathir Muhamad dengan menggunakan ISA.

Kawan-kawan Anwar dalam ABIM, penyokong kental Anwar dalam parti, penyokong Anwar diluar United Malays National Organisation semuanya dibungkus oleh Mahathir dengan ISA. Zahid Hamidi ketua Pemuda Ketuanan Melayu adalah contoh terbaik dimana ISA telah digunakn oleh  Mahathir untuk mematahkan penentangan. Bila ISA digunakan maka bengolan ‘pink form’  senyap. Mereka mengundur diri. Ada ke Jakarta, ada ke Eropah, ada ke Australia  dan ada ke Amerika.

PERJUANGAN 15 TAHUN KEMUDIAN 


Tetapi api REFORMASI tidak dapat dipadamkan lagi. Penangkapan Anwar menjadikan suasana politik di Malaysia subur untuk ditanam dengan benih politik baru.   Ajenda untuk menumbangkan United Malays National Organisation kelihatan semakin cerah.  Ini bukan bermakna Gerakan Reformasi tidak bersimpati dengan Anwar Ibrahim atau kaum keluarga  Wan Azizah. Adalah  salah untuk mengenepikan fakta pemecatan Anwar dan penangkapan Anwar sebagai pendorong REFORMASI. Tetapi sosok Anwar Ibrahim itu bukan ajenda Reformasi.

Apa yang lebih tepat ialah Gerakan Reformasi telah melintasi sosok Anwar Ibrahim. Telah melintasi kezaliman terhadap individu. Gerakan Reformasi bertujuan untuk menumbangkan United Malays National Organisation. Gerakan Reformasi  bercita-cita untuk mendirikan satu politik baru untuk Malaysia. Malaysia baru untuk  anak semua bangsa. Mentalkinkan Ketuanan Melayu menjadi pendorong Reformasi.

Ajenda, laungan dan program yang diajukan oleh Gerakan Reformasi sebenarnya bukan satu ajenda baru. Penghapuskan ISA. Kebebasan media. Membentras rasuah dan penyalah gunaaan kuasa. Melawan perampasan tanah orang kampong. Melawan cukong dan kroni merampas tanah penduduk miskin kota. Semua ini adalah  sebahagian dari ajenda yang telah lama diajukan oleh Parti Rakyat, oleh Parti Pas oleh DAP dan oleh Ngo.

PERJUANGAN 15 TAHUN DAHULU


Ajenda-ajenda ini disatukan sekali lagi dalam satu penggalangan yang maha luas. Penggalangan satu harapan.

Anwar ditendang, Anwar dilucut dari semua jawatan, Anwar dibelasah dalam penjara dan Anwar dimasukan ke dalam penjara adalah hujan lebat yang mengubah banyak  sungai.  Hujan lebat membawa pelbagai gelodak. Ada pembasmian dan ada pembersihan. Saperti ledakan Karakatoa – ianya membawa huru hara tetapi ianya juga menabur baja keatas bumi  politik. Baja dari muntahan Reformasi ini  amat subur untuk menanamkan benih-benih perlawanan.

Lima belas tahun dahulu – saya telah menulis – saya telah berceramah – untuk menunjukkan kepada umum bahawa REFORMASI ini adalah satu penggalangan Barisan Bersatu Harapan. Di dalam arus Reformasi ini kita mendapati pelbagai bentuk kabilah dan  mazhab pandangan politik.  Untuk saya ini bukan penghalang malah inilah yang memperkasa Gerakan Rerormasi.

Reformasi telah disatukan  dan diikat dengan HARAPAN – a united front of hope. Harapan dan cita-cita untuk menumbangkan United Malays National Organisation dan mendirikan Malaysia baru telah mengikat banyak kabilah. Kepelbagaian pandangan dan mazhab ini akan menguji kecekalan, sikap gerak kerja dan hujah masing-masing.

MENERUSKAN GARIS TAMAROD



Lima belas tahun kemudian kita melihat jelas bagaimana  gelodak pembersihan awal telah berlaku.  Kita telah   melihat bagaimana ‘ reformis pink form’  hilang  lenyap.  Kemudian ramai pula pemimpin Angkatan Muda Keadilan pencong dan cabut lari. Kemudian beberapa pemimpin Parti Keadilan sendiri belot dan lari kepangkuan musuh.

Mereka mengundur dari garis REFORMASI kerana niat dan akidah mereka ialah jawatan  dan pink form.  Salepas 2008, sekali lagi kita  lihat ramai  ‘pemadat projek – project jungkies’ – bukan sahaja lari malah menyerang Gerakan Reformasi.

Lima belas tahun kemudian cita-cita dan akidah Gerakan Reformasi telah mencapai kejayaan awal. Benih bangun melawan dan benci kepada konsep Ketuanan Melayu telah subur merebak dikalangan anak-anak muda. Tetapi Reformasi  belum sampai ke matlamat akhir. Matlamat akhir Reformasi ialah menjatuhkan Parti Ketuanan Melayu dan mendirikan Malaysia Baru dengan Kontrek Sosial Baru. Apa yang saya lakar diatas ialah sejarah. Yang saya tulis itu adalah  realpolitik. Sejarah dan realpolitik boleh diabaikan atau boleh dijadikan ilmu panduan. Period. (TT)

NOTA
tulisan ini 
telah disiarkan oleh
suara keadilan terkini

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

3 ulasan:

  1. Kekuatan reformasi dan angin mahukan perubahan landscape politik malaysia adalah kuat dan sepatutnya UmNoo tumbang semasa PRU1999 lagi. Tetapi UmNooo masih lagi memerintah...masih merompak...masih berkuasa...kenapa...sebab UmNoo ada tangkal iaitu "TIPU". Rakyat malaysia di tipu dalam ketawa.....

    BalasPadam
  2. Wahai TT, sebenarnya reformasi belum mati dan terus subur seperti yang Tuan TT istilahkan sebagai Tamarrod.

    sebagai contohnya saya juga adalah pendokong reformasi yang amat kuat hingga sekarang, walaupun saya tidak turun berbengolan dengan gerombolan bengolan pink form dan celaka-celaka seperti mat ezam kotak.

    sebab itu segala bukti kezaliman Madey pariah anak iskandar kutty ada saya simpam dalam muzium tersendiri dan akan didedahkan kepada umum apabila si mamak kejadah ni jatuh menyembah bumi.

    Saya sudah melihat dari zaman gurkha lagi bagaimana simamak sial ini menggunakan utusex menjatuhkan KUli demi nafsu serakahnya yang lebih jahat dari iblis.

    Tuan TT, rakyat negara ini akan mencapai klimaknya bila tahu siapakah si benggali mamak ini sebenarnya yang telah menipu melayu sebab melayu masih melihat sebagai si Pariah dari Kerala.Kah..kah..kah..

    BalasPadam
  3. Tamarrod tu apa ? Istilah bahasa Arab kentut sampai keluar taik ke

    BalasPadam