Rabu, 11 September 2013

MAMAT INI KENA CANDU




NOTA
ini namanya 
jual candu
ini namanya niaga candu
kah kah kah

SUKUK KENA DUKUK
Aku gi masuk FD kat satu Bank, masuk RM5,000-00 masuk FD Islamic FD Sukuk RM5,000-00 semuanya RM10,000-00. Aku masuk dua-dua ni tahun lepas awal bulan Ogos. Awal bulan ni, September aku gi nak tanya aku punya outcome dua FD tu. Sebab dah setahun. Aku dapat untung FD conventional tu untuk RM285-00 yang lagi satu Islamic tu aku rugi RM49-90 hanya dapat balik RM4,950-91. 

Masa orang Bank promote suruh masuk bukan main best punya hayat. Aku bengang gila pasal kalau aku park duit aku kat ASB paling busuk aku boleh dapat RM700-00. Tiba-tiba semalam aku dengar ekonomi kita antara yang PALING KUKUH DALAM DUNIA. CELAKA SUNGGUH. 

Bila aku cakap pasal ASB, last last orang Bank tu cakap memang tak boleh nak lawan ASB. LAGI SEKALI MEMANG SIAL. on KENAPA MAK CIK FELDA GUMBIRA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 9/11/13
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga

-----------

5 ulasan:

  1. adoi bang! lainkali tanya la aku ke, sebelum kau melabur duit tu, takde la duit kau melebur dalam sukuk macam kena sepuk dek ustad jual air zamzam! 10k fulus sendiri sebagai modalmula cukup banyak tu, memang patut kau boleh dapat lebih dari 700 setahun, 700 yg kau mention tu pun kira koman la. so, memang aku tumpang simpati la atas "kerugian" kau tu (sebenarnya tak rugi, cuma kurang untung, tapi kalau tanya farthole baukari dia akan nasihatkan harga sukuk tu ketetapan Tuhan jadi kau kenalah bersyukur bersabar berterimakasih dan jasamu dikenang, apa kau mau lagi?)
    apapun, strategi realistik yg aku maksudkan memang kebanyakan melayu tak tau, walaupun ia bukan sesuatu yg complicated pun, mintakmaap la, sebab student kat ipta/ipts pun tak diajar ekonomi kecuali memang bebudak jurusan ekonomi (itupun tak semestinya tau aplikasi hal ni utk diri sendiri). lepas tu canselor dgn sapa ke hatok dia pun buat2 garu kepala 2x - sekali bila nak tulis dlm kertaskerja apa transformasi nak kasi up global ranking universiti2 1malaysia, lagi sekali bila nak jawap kenapa graduan2 melayu lebih susah ditawarkan kerja!
    pokok dia, dayafikir melayu memang dibonsaikan sejak dari muda2 lagi.
    sebagai contoh, kalau tengok cina, depa ni dari peringkat student lagi (atau paling lewat pun sebaik mula bekerja) dah ada insuran peribadi - yg nilai coverage agak tinggi, tetapi bayaran premium masih jauh rendah!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    hoho, jangan pulak ada yg pikir aku tengah mengayat nak pancing prospek beli skim insuran! kahkahkahkah

    BalasPadam
  2. "Tiada subsidi dalam Islam, hanya ada cukai, kata Ularsemak UMNgOk"

    er, mat yg tt kata kena candu, ni dah ada pakar ekonomi yg boleh tolong bagi penjelasan dan huraian, kau tanyalah ustaz samada dalam islam ada fd sukuk asb islamic loan tabunghaji bsn premium savings certificate kutu2?
    tapi dah dapat jawapan nanti janganla kedekut elmu, tolong share kat kitaorang sama tau!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  3. Aku lah yang tulis pasal FD tu. Bak kata Bro TT Sukuk dah kena Dukuk. Betul lah tu. Tapi sebenarnya aku redha aje apa yang aku dapat. Sebab bukan ada paksaan pun nak masuk. Tapi yang aku sakit hati bila kat berita keluar KEWANGAN & EKONOMI NEGARA KITA ANTARA YANG PALING KUKUH DALAM DUNIA. PERGHHHHHHHH.

    BalasPadam
  4. Mat....

    1. Kalau ikut fatwa ular mak muda, kerugian pelaburan sukuk hang itu adalah ketentuan tuhan.... jadi janganlah marah.

    2. Untuk makluman Mat, sukuk ker, bank ker memang la paedah dia lebih rendah. Tak kan hang tak tau lagi Mat?

    3. Mat, elok hang keluarkan duit sukuk tu buat beli ASB. Nak untung lagi cuba hang tanya kalu ada orang jual SAHAM bank rakyat atau bank persatuan.

    4. Kalu susah sangat, sedekahkan aje duit sukuk hang tu kat program dapur rakyat.....

    BalasPadam
  5. 2. Untuk makluman Mat, sukuk ker, bank ker memang la paedah dia lebih rendah. Tak kan hang tak tau lagi Mat?

    mat yang tulis tuju pada mat yang tt tulis kena candu.....
    untuk makluman hang, cuma beberapa terpilih je yang boleh online dengan Tuhan, contohnya cuma menteri disel je yg boleh online dapatkan ketetapan dari Tuhan berapa nak letak harga disel. begitu jugak dengan menteri telor, dia saja boleh online dengan Tuhan dapatkan ketetapan Tuhan berapa nak letak harga terkawal telor ayam, maka oranglain termasuk tokey telor di pasar2 taktau berapa harga nak jual. sama jugak la dengan tokey judi, ala macam lim goh tong dulu tu, cuma dia boleh online dengan Tuhan, jadi dia je tau berapa nak letak harga sebijik cip dalam kasino dia. tapi sekarang Tuhan dah tarikbalik kelebihan tu dari dia, jadi kebolehan online dengan Tuhan dah dipindah pada anak dia pulak la. serupa gak macam robert kuok, dulu dia lah pegang kelebihan boleh online dengan Tuhan dapatkan harga tepung, tapi sekarang dah ditarikbalik dan diberi pada moktar baukari pulak.
    pendekcerita, mat tu takde kelebihan boleh online dengan Tuhan, maka memangla mat tak tau berapa paedah bank atau sukuk.
    jangan lecture mat.

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam