15 TAHUN KEMUDIAN
SANG SAKA BERKIBAR
SEBAGAI GANTI JALUR TEMBERANG
APA DIA 2 SEPTEMBER
Pada tarikh 2 September 1998 Anwar Ibrahim telah dibuang dari menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir Muhamad. Anwar dilucutkan dari semua jawatan kerajaan. Malah Anwar juga telah ditendang dari menjadi ahli parti United Malays National Organisation.
Riak dan tanda-tanda Anwar akan ditendang ini telah lama kelihatan. Macam sekah menunggu runtuh – macam tayar menunggu pancit. Perbalahan dalaman antara Anwar Ibrahim dengan Mahathir Muhamad kelihatan jelas. Pemerhati politik yang rapi telah melihat bahawa nafas Anwar semakin tersekat sebagai anggota gerombolan Ketuanan Melayu.
Setahun sebelum dari tarikh Anwar kena tendang saya telah meramalkan dengan jelas. Pada ketika itu Tuan Pengarang majalah Times edisi Asia – John Comley telah menemu bual saya. Ini untuk majalah Times yang merancang untuk menjadikan Anwar ‘cover issue’. Saya memileh untuk ditemubual di sebuah kedai kopi di Jalan Petaling.
Tuan Pengarang dari Hong Kong ini mahu memahami latar tentang Anwar ketika menjadi aktivis pelajar dan juga ketika belajar di Kolej Melayu. Sebenarnya ramai yang tersilap. Saya tidak seangkatan dengan Anwar Ibrahim. Anwar ‘senior’ saya di Universiti Malaya dan di Kolej Melayu. Saya hanya dapat berkesah dan menerangkan kepada Tuan Pengarang bahawa Si Anwar ini sebelum menjadi Islam dia menjadi Melayu dahulu i.e Anwar memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) sebelum ke Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Abim.
Ketika saya masuk ke UM – yang saya lihat hanya ‘cakaran-cakaran’ dipapan tanda dalam Bahasa Inggeris yang telah di cakar oleh penyokong Anwar yang menentang pengunaan BI dalam Universiti Malaya. Anwar Ibrahim dan PBMUM adalah pendesak dan pemangkin penggunaan Bahasa Melayu dalam UM. Ini fakta sejarah.
Sebelum tamat temubual Tuan Pengarang telah meminta saya meramalkan apakah Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tidak menjawab dengan segera. Lalu Si John ini mengulangikan katanya.
‘ Mister Rais let’s take a bet would Anwar be the next Prime Minister?’ Saya senyap tidak menjawab. Tuan Pengarang meneruskan lagi ‘ let’s bet a house…’ Saya menerangkan yang saya tidak ada rumah. Dengan cepat Tuan Pengarang menyampok ‘ your mum’s house’. Nah ertinya kami bersetuju untuk bertaruh. Saya dengan rumah arwah ibu saya di Jelebu. Tuan Pengarang Times dengan rumahnya entah dimana.
‘ Mister Comley… Anwar has lots of political enemy, therefore he is NOT the next Prime Minister’. Dalam bahasa Melayunya saya berkata ‘ Tuan Comley, si Anwar ini banyak musuh politik saya yakin dia tidak akan menjadi Perdana Menteri’. Inilah jawapan yang saya berikan secara jujur kepada Pengarang Times Magzine. Ini lebih satu tahun sebelum 2 September 1998. Yang lainnya telah menjadi sejarah.
Ramalan saya tepat walau pun saya baru sahaja 2 tahun pulang ke Malaysia satelah berkelana diluar Negara selama 20 tahun. Kenyataan saya kepada Majalah Times berdasarkan pemerhatian saya terhadap apa yang dengar dan baca tentang perkembangan politik ketika itu.
Pada 2 September 1998 saya duduk di Bukit Robson Taman Seputeh. Saya tidak ada talipon bimbit. Dalam pukul sepuluh pagi talipon rumah berdering. Dihujung sana ialah suara Datuk Zahid Hamidi yang berkata. ‘ Sham… Anwar telah kena buang… pukul lima nanti akan keluar berita resmi…’ Saya kemudian memukul talipon dan memberitahu Syed Husin Ali. Jawapan Syed Husin agak lucu…’ mengapa cepat sangat kena buang..’
Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya baru mula mengenal Malaysia dan tidak ramai kawan. Juah sekali kawan politik. Maklumat saya saya tahu ini maklumat penting dan besar. Maklumat Negara. Lalu saya teringatkan seorang kawan pelajar undang-undang dari UIA yang saya kenali kerana dia murid Tua Kolej Melayu. Saya pun menalipon Si Mamat ini. Pada ketika itu si Mamat ini berada di kampongnya di Selama.
‘ Mamat.. kalau hang nak jadi Bomoh Besar dan diyakini orang kampong sila pergi ke kedai kopi dikampong hang. Hang dok diam diam kemudian buka cerita. Terangkan pada orang kampong bahawa seminggu dua ini hang dapat mimpi yang pelik-pelik. Mimpi terakhir hang nampak Anwar Ibrahim di tendang oleh Mahathir. Hang cerita hal ini pada orang kampong. Mesti mereka tak percaya tapi pada jam lima nanti mereka akan yakin bahawa di Selama telah ada Bomoh Muda…’ Ini yang saya lakukan. Tetapi si Mamat ini tak mahu jadi bomoh dia ingin menjadi peguam.
Tepat jam lima petang semua media telah berkumandang melaporkan bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anwar telah ditendang oleh Mahathir Muhamad kerana salah laku seksul. Anwar dikatakan telah ‘ menyutut’ pemandu kereta Isterinya. Saya hanya tersenyum kerana ’ sutut menyutut’ ini hanyalah pengolahan persetujuan. Ada belalai yang besar dibelakang buntut Azizan.
Anwar dibuang pada hari Rabu. Malamnya ada mesyuarat kebinet. Saya difahamkan TIDAK ramai ‘kawan lama Anwar’ yang berani bersuara. Semua menikus. Mustahil gerombolan penyamun akan berani menuduh orang lain mencuri. Saya juga difahamkan dari pita rakamkan yang saya dengar tentang bagaimana Ibrahim Ali telah memulakan tujahan menibai Anwar pada malam itu. Semua ini sejarah.
Esoknya saya terbaca bagaimana leterik dan air di rumah resmi Timbalan Perdana Menteri telah dipotong. Amat jelas bahawa si Mahathir Muhamad ini tidak memiliki rasa kemanusiaan. Leterik dan air pun dipotong untuk memaksa Anwar meninggalkan rumah kediaman resmi.
Tetapi saya amat hairan, walau pun tindakan Mahathir dilihat diluar batasan dan dilihat amat zalim tetapi si Anwar masih lagi berkata bahawa ‘ Mahathir mentor saya… Mahathir saya anggap sebagai ayah..dan dan dan…’ Anwar pada minggu pertama masih berlunak dengan Mahthir. Untuk saya kenyataan Anwar sademikian kerana Anwar pada minggu pertama satelah dibuang si Anwar ini masih menyimpan harapan bahawa dia akan diterima kembali untuk menjadi pemimpin gerombolan Ketuanan Melayu.
Para pengkaji sejarah jika membuka kembali akbar di era ini akan melihat bagaimana sadikit demi sadikit Anwar mula berubah. Pencerahan mula sampai ke pundak Anwar yang telah dibonsaikan. Selama 16 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah membonsaikan fikrah Anwar bin Ibrahim. Pencerahan ini mula membuka mata Anwar bahawa rejim zalim ini wajib dilawan dan dijatuhkan.
Saban malam ribuan anak-anak muda berkampong di rumah Anwar di Bukit Damansara. Sudut Pidatu dibuka untuk orang ramai menyatakn sokongan. Segala jenis manusia datang. Ada yang datang dengan jujur kerana ingin tahu apa yang berlaku hingga kepada para pembodek. Dalam suasana pencerahan inilah muncul perkataan ‘ Mamak Bendahara’. Para pembodek ini merasakan dalam seminggu dua ini si Mamak Kitul akan jatuh. Jika Mamak Bendahara jatuh maka para pembodek ini akan menjadi barisan terhadapan sebagai juak yang akan mendapat projek dan Pink Form dari Anwar Ibrahim.
Klimak dari Himpuan Bukit Damansara ialah Perhimpunan 20 September di Masjid Negara yang kemudiannya beralih ke Dataran Merdeka. Di Dataran secara resmi Anwar melafazkan laungan REFORMASI dengan slogan Lawan Tetap Lawan. Slogan lawan tetap lawan ini den gan serta merta menjadi semboyan untuk menyeru orang ramai bagun melawan memusuh yang bernama United Malays National Organisation.
Pada petang 20 September saya berada di Masjid Nagara dan juga di Dataran Merdeka. Sokongan orang ramai terumata anak-anak muda terhadap Anwar cukup ampoh. Kebencian orang ramai terutama Orang Melayu terhadap Mahathir Muhamad amat jelas. Undur Mahathir Undur - telah menjadi slogan untuk menumbangkan Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.
Demo pada petang Ahad itu cukup ramai. Malah saya sendiri ternampak seorang bekas Bendahari gerombolan Ketuanan Melayu yang sama berdemo. Saya juga difahamkan Khir Toyo juga telah turut sama berdemo. Sosok dari genre ini turun ke Dataran pada petang itu dengan bacaan bahawa ‘ tidak lama lagi Mahathir akan jatuh’. Inilah yang mereka harapkan. Bila Mahathir jatuh mereka akan kenduri kendara menjarah harta kekayan negara saperti yang telah mereka lakukan selama 16 tahun ketika Brother Anwar dan Gerombolan ABIM dalam kerajaan.
Pada malam 20 September Anwar ditangkap. Esoknya pagi Isnin saya turun ke Mahkamah dihadapan Dataran untuk melihat Anwar dibawa ke mahkamah. Gagal. Anak-anak muda mula berdemo. Pagi itu bermulalah pesta ‘ gas pemedih mata’ yang tidak putus-putus menyerang anak-anak muda dan orang ramai.
Pada pagi inilah saya mula melihat Mak Cik dan Pak Cik yang tak pernah berdemo - yang saya baca TIDAK akan berdemo kini telah turun berdemo. Dari pemerhatian saya demo awalan ini spontan, tidak terarah dan tidak tersusun. Demo minggu pertama in datang dari hati sanubari orang Melayu yang melihat Anwar Ibrahim telah dizalami oleh Mahathir Muhamad. Justeru mereka marah dan turun berdemo.
Akbar dan media terus membongkar ‘ skandal seksual’ Anwar Ibrahim. Diberitakan Anwar telah melanggan dari Korea, dari Mexico. Paling memeranjatkan ialah cita rasa Anwar yang meminati perempuan India yang berbulu kaki. Semua berita-berita yang saya sebutkan ini ada selamat tersimpan dalam arkib Negara.
Terlalu ramai berita ‘ perempuan yang dilanggan oleh Anwar’. Berita sademikian telah memaksa Kakak saya dari Jelebu menalipon dan bertaya ‘ Sham… macam mana si Anwar ni… ramai sangat…” Saya tidak menjawab. Saya hanya mendengar kekecewaan kakak saya. Kerana pada ketika ini saya hendak sangat berjumpa John Comley. Saya telah menang pertaruhan. Pengarang majalah Times seharusnya memberi saya sebuah rumah. Hingga ke hari ini saya masih mencari Tuan Pengarang ini. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 -92-21-10-45
TUMBUH DARI BENIH YANG DI TABIR
15 TAHUN DAHULU
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
--------
hahahahhahaha gila ke perempuan india yang banyak bulu kaki?
BalasPadamingat perempuan india saja ker, silap. silap sekali!
peristiwa ini terjadi masa aku masih menuntut di itm shah alam..best wooo...hingar bingar...tapi..sat ja...smpai skrg 2013 pun gerombolan boleh bertahan..hebat sungguh gerombolan..hebat sebab melayu masih bodoh..hahahahahhaha...
BalasPadamperhhhh...ini citer klasik nasional..
BalasPadamok lah..tp TT tak ulas kenapa PKR masih lagi utuh berbanding parti sepihan dari UBN macam Semangat 46...dan satu lagi..si nurul izzah..bagi aku susuk ini sgt lemah tak macam bapa dia..di uniten pun pasif tak macam papa dia di UM...mungkin PKR akan jadi macam Gerakan/DAP...dimanopoli oleh satu kaum walhah penubuhannya bersifat citarasa bangsa Malaysia...deyyyy..lawan tetap lawan..teh tarik woney..less sugar..roti kosong tiada..roti telor je..kahkahkah..
Salam Tuan,
BalasPadamSaya hanya ingin mendapatkan sedikit pencerahan. Betulkah skandal2 ini benar2 berlaku atau sekadar agenda jahat untuk menumbangkan beliau?
Saya bknlah penyokong BN. Akan tetapi, saya mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang bersih dan benar-benar mahu memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. saya pernah menyokong Anwar, akan tetapi dgn begitu byk skandal yg timbul, saya tidak lagi yakin untuk berjuang dgn Anwar Dan masih tercari-cari pemimpin 'itu'. Mungkin saya kurang pendedahan tentang hal politik yang lepas dan semasa. Maka saya amat menghargai sekiranya saya boleh diberi 'clue' samada skandal2 ini benar atau tidak.
Terima kasih.
Salam Tuan,
BalasPadamSaya hanya ingin mendapatkan sedikit pencerahan. Betulkah skandal2 ini benar2 berlaku atau sekadar agenda jahat untuk menumbangkan beliau?
Saya bknlah penyokong BN. Akan tetapi, saya mempunyai hak untuk memilih pemimpin yang bersih dan benar-benar mahu memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat. saya pernah menyokong Anwar, akan tetapi dgn begitu byk skandal yg timbul, saya tidak lagi yakin untuk berjuang dgn Anwar Dan masih tercari-cari pemimpin 'itu'. Mungkin saya kurang pendedahan tentang hal politik yang lepas dan semasa. Maka saya amat menghargai sekiranya saya boleh diberi 'clue' samada skandal2 ini benar atau tidak.
Terima kasih.
haha.. kalo lu kalah, rumah mak lu kene kebas.. lu sudah menang, dengan mat saleh lu kene tipu.. kalo tak, tak pasal2 lu kene pow dan hidup melarat selagi ada matahari dan bintang..kahkahkah..
BalasPadamMasterpiece.
BalasPadamDah 15 tahun berlalu dan tampak jelas Madey anak Kutty Iskandar pakai ilmu ghaib 'kuntau harimau berantai' dan sangat liat nak tendang dia keluar dari alam politik Malaysia. Namun sebahagian besar cerita jelek Madey dan dihebahkan dan Madey terus menanggung derita dalaman atau mental kerana dia bukannya pemimpin Melayu/Malaysia tulen malah seorang negarawan palsu!
BalasPadamadooo..kalau dah masuk bomoh2 ni mmg bangang la jawabnye...
BalasPadamTt terhutang budi ngan madey.. Selamat rumah mak tt.. Kakakakah.. pegi cium pipi madey skrg
BalasPadamHalo TT. Teringat pasal reformasi zaman dahulu kala. Kalu nak tau masa tulah Brahim Mugabe naik minyak membelasah Anwar depan Madey anak pariah Kerala tu. Dia ingat orang ramai bodoh macam dia. Membodek sampai sanggup jilat taik Madey pandi Kuttyy tu.
BalasPadamSekarang apa dah jadi dengan sikatak haram jadah tu?Tapi Anwar masih boleh menang PRU. Inilah susahnya melayu kalu dah jadi pembodek mamak kerala tu.
Yang si mamak ni kaki dok hina islam. dalam suatu mesyuarat parti gerombolan Madey kejadah ni Nabi saw pun dia belasah. Kata dia Nabi tak cukur janggut pasal masa tu tak ada gillete. TT ada tak tape tu? Aku masih simpan tape tu. Kalu nak dengar kita tunggu bila gerombolan sungkur PRU14 nanti. Masa saja akan menghukum si bangsat pariah tu......
Nie article Mmg classic ......the best of tt.....bro tq......from janji di tukar tiub......
BalasPadamDari dulu sampai sekarang....lu tetap diseputih...dengan kawan acai tu....hehehehehhee....satu...mahathir tetap pukimak..dari dulu kini selamanya dilangit dan dibumi.....amin
BalasPadampolitik adalah persepsi...kerja ahli politik dan parti politik adalah menanam persepsi ke atas rakyat supaya rakyat percaya kepada sesuatu perkara ttg pihak lawan...jika rakyat percaya maka mereka telah percaya...
BalasPadam