Selasa, 10 September 2013

PADA MALAM AHAD ITU


MALAM AHAD
malam ahad hujan renyai renyai
aku wajib masuk ke pusat kota
ada temu janji jam 8 malam
 di restoran nyonya
di jalan panggung

aku menapak bersama payung
menuju perhentian bas

petang ahad sibuk
tapi tak sesibuk petang jumaat

perhentian bas ditebing sungai klang
di hadapan wisma belia

jam melintasi  8 malam
aku masih menunggu bas
gelap telah lama sampai
sinaran lampu kereta menggangu mata
yang mencari kedatangan bas

tetiba sebuah kereta besar berhenti ditepi perhentian bas
seorang lelaki muda keluar
kemudian seorang perempuan
pasti kakak dan bukan isteri

mereka berdua menapak ke tebing sungai
aku hanya memerhatikan
aku hanya bertanya dalam hati

lalu aku menjadi saksi

mereka memerhatikan aliran sungai
antara gelap dan cahaya lampu kereta
dalam samar samar itu aku perhatikan
ritual yang mereka lakukan

sebelah tebing sana
rumah pasong dimana francis mati
dari tebing sanalah dikatakan francis terjun mati
dalam sungai inilah
dikatakan francis  lemas 
dalam sungai inilah 
mayat francis hancur dimakan ikan

si lelaki
si perempuan
tanpa menoleh masuk kembali ke dalam kereta
selesai upacara sembahyang kepada yang maha esa
kereta meluncut masuk ke dalam kota

dan aku masih menunggu bas

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

1 ulasan:

  1. Mahkamah hari ini diberitahu bahawa menteri dalam negeri mengeluarkan arahan pada awal 2009 untuk menghalang akhbar Herald – The Catholic Weekly versi bahasa Melayu dari menggunakan kalimah 'Allah' kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan agama.
    Penasihat kanan undang-undang persekutuan Suzana Atan berkata arahan dikeluarkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

    Beliau berkata demikian ketika mengemukakan hujah dalam rayuan kerajaan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu yang mengisytiharkan bahaw pengharaman kalimah 'Allah' adalah tidak mengikut perlembagaan.

    Katanya, menteri bertindak mengikut “budi bicara mutlak” dalam menghalang penerbitan tersebut dari menggunakan kalimah 'Allah'.

    Kuasa yang diberikan kepada menteri tersebut adalah mengikut undang-undang dan mahkamah perlu berhati-hati dalam meyemak keputusan seperti itu, katanya.

    “Kalimah 'Allah' dalam Islam merujuk kepada satu tuhan tetapi orang Kristian mempunyai konsep yang berbeza sama sekali,” katanya.

    BalasPadam