PAK SAMAD COOL
awal petang saya telah bersms dengan pak samad
kerana ada kenyataan dari igp
katakan pak samad hilang
saya beertanya:
apakah pak samad perlu peguam
pak samad ada dirumah
pak samad tidak menyorok
pak samad tak perlu peguam
pak samad kata dia nak ke masjid negara
untuk asar dan maghrib
pak samad belum ada ilhan nak ke rumah pasong
saya umumkan program pak samad dalam dunia siber
pak samad akan ke masjid negara
ini untuk beritahu pak polis
untuk beri tahu igp
dimana lokasi pak samad
tapi pak polis
mungkin abang polis sesat
tak sampai ke masjid negara
juga - malam kelmarin ada forum 15 tahun reformasi
di kelab bangsar utama
lepas forum ada yang terus menebeng
ada yang cari makan
saya dan yb tian pergi makan di pj
bersama dengan profesor khoo kang kong
sedang makan - dah lebih jam 12:00
dapat panggilan talipon dari pak samad
mata mata sudah datang ke rumah pak samad di bangsar utama
mata-mata nak bawa pak samad ke rumah pasong dang wangi
saya pukul talipon pada latifah koya
bayar duit makan
dan gerak ke rumah pasong bersama yb tian
ditepi pintu rumah pasong
sudah ada 20 anak muda pakai baju itam
wow! cepat betul anak anak muda ini sampai
mereka ini geng anti-minyak naik
yang tidoo di dataran merdeka
bersama wong tuck himpunan hijau
masuk rumah pasong pak samad telah ada
peguam latifah koya dan erick telah bersama
tian chua, mandeep bersih dan adam adli ada sama
mereka iring pak samad ke tingkat 9
tingkat yang sama dimana saya dan adam di tahan malam isnin
tak lama kemudian maria chin dari bersih sampai
ambiga di pulau pinang - ada kes guaman
dia talipon pak samad -bersolidariti
anak anak muda diluar buat bantahan
bakar lilin dan buat poster
makin ramai yang datang
ada satu kereta 3 orang datang dari kuala kerai kelantan
piyan habib dan nik jidan sampai
eli dari niei juga ada
rakmat harun dan helmi anak pak samad pun ada
anak anak muda ini geng kotak
geng ubu
geng radio bangsar
dan geng baru selesai belajar sedang cari kerja
jam 2:00 pagi pak samad di bebas
pak samad beri ucapan pada anak-anak muda
di hadapan rumah pasong
MORAL KESAH INI
mengapa mata mata
datang tangkap tengah malam
NOTA
gambar dan klip apa yang berlaku
mungkin dah ada dalam alam
NOTA
ada seorang minah cun
duduk tepi rumah pasong
tapi gwa tak kenal
siapa minah ini?
kah kah kah
Sasterawan Negara A Samad Said ditahan polis di rumahnya di Bangsar sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.
Beliau ditahan tiga orang polis dan menurutnya alasan penahanan yang diberikan adalah untuk "diambil keterangan".
"Saya baru diambil polis dan kini sedang dalam perjalanan ke IPD Dang Wangi," katanya kepada Malaysiakini sebentar tadi.
Menurut aktivis Hishamuddin Rais, pihaknya kini sedang menyediakan peguam bagi mengiringi tokoh sastera itu memberi keterangan di Dang Wangi.
Penahanan A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah susulan kepada soal siasat terhadap Hishamuddin dan aktivis siswa Adam Adli yang disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.
Ia berkaitan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan Jumaat lalu di Dataran Merdeka.
Polis pada pagi semalam mendakwa sasterawan itu menyorok daripada ditangkap, satu dakwaan yang telah dinafikan sasterawan itu.
--------

KENAPA
TAKUT PADA SANG SAKA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
woiiii...
BalasPadampak samad tak hilang dah..
dia menyamar jadi santa claus...
gua suka berita2 pendek begini..tuan tt.. cool.. kalo lu bleh khaborkan cara lu lepas diri dan hidup dalam buangan.. gua rasa ramai anak muda dan rakyat sanggup amik jalan lu terjah dulu..
BalasPadamtapi sayang, ianya kekal abadi dalam lu punyer buku sejarah.. tak ada sapa boleh ikut jalan bocor tu lagi..
idea tuan..kasi idea untuk revolusi..
Salam tuan tt, saya setuju cdgn supaya tuan tt tulis ceritera tuan tt semasa berkelana 20 tahun di rantau orang. Saya rasa ramai anak muda yang berminat dgr ceritera tuan tt semasa mengembara ke Eropah dulu. Kalau ada buku saya booking satu
BalasPadamwoiii,,,,,,,,,,criter la pasal lu idup luar mesia dulu..story merry laa..apa daa makan sorang..berak ramai2..chitt
BalasPadamOittt itu awex cun apa sangkut mangkut haaaaaa??
BalasPadamKah kah laj kah kah.sian kaoo bro.kesitu jgak terjahnya.tu lahh memilih sgt.btw salut pak samad n luuu