Rabu, 18 September 2013

PENIPUAN PRU14 SEDANG DIRANCANG






PENIPUAN DALAM PRU14
SEDANG DI RANCANG

APA DIA PRU?
Sekali lagi saya memaksa diri saya untuk menulis sajelas mungkin tentang pilihan raya umum. Saya merasakan ini adalah tanggung jawab yang amat besar agar saya dapat menerangkan sajelas mungkin tentang PRU.  Saya berharap  penerangan  ini akan dihazam sebagai santapan fikrah.  Saya harapkan tulisan ini akan membawa pencerahan dari kekacauan fikrah politik  yang sedang berlaku sekarang

Pertama-tama : Sacara jelas  tanpa berselindung saya  nyatakan  sekali lagi, walau pun saya telah menulis puluhan kali bahawa Malaysia kita ini adalah sebuah negara Dunia Ketiga. Malaysia memiliki ciri dan pola negara DUNIA KETIGA. Pola ekonomi negara Dunia Ketiga ialah  bergantung kuat dengan kepentingan syarikat gergasi antarabangsa.  Borjuis nasional negara Dunia Ketiga  lemah dan dibuli oleh  pemodal antarabangsa. 

Politik dalaman negara Dunia Ketiga adalah anti-demokrasi dan  anti-kebebasan. Elit politik untuk meneruskan kuasa wajib tunduk dengan kepentingan kuasa imperial  Anglo-Amerika.  Dalam realpolitik,  negara-negara Dunia Ketiga jatuh dibawah taklok Empire Anglo-Amerika. Dunia Ketiga adalah tanah jajahan bentuk baru – dijajah oleh modal.

Justeru dalam negara Dunia Ketiga TIDAK pernah berlaku perubahan kerajaan melalui pilihan raya.  Dalam negara Dunia Ketiga jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa – pilihan raya itu telah lama diharamkan.

Apakah perlu saya membuktikan hujah ini?  Sila ingati kembali bagaimana Parti Rakyat Berunai  pada tahun 1962  menang hampir kesemua kerusi Majlis Tempatan yang dipertandingkan dalam PRU terbuka. Hasilnya kuasa penjajah British menangkap pemimpin dan mengharamkan Parti Rakyat Berunai.

Pada bulan Disember 1991 di Aljeria,  Parti Islamic Salvation Front (FIS) dalam PRU awal telah menang besar. Kemenangan ini digagalkan oleh  kuasa tentera. Dan contoh paling akhir ialah apa yang sedang terjadi di Mesir. Gerakan anak muda pro-demokrasi telah dibajak oleh tentera yang menjatuhkan Morsi yang menang kerusi Presiden  Mesir melalui pilihan raya.

Dalam realpolitik Dunia Ketiga pilihan raya ini hanyalah ‘wayang dan sandiwara'. PRU disandiwarakan untuk mengabui mata orang ramai. Orang ramai ‘terkhayal’ dengan PRU. Walhal pilihan raya ini dijalankan untuk memenangkan kumpulan dan gerombolan elit politik dan ekonomi  yang sedang berkuasa.

Apakah yang saya tulis ini amat susah untuk difahami. Apakah  ada  juga  pembaca  yang memiliki daya fikrah yang terbantut?  Saya amat yakin  ramai  pembaca  merasa mereka telah ditipu dalam PRU13 yang lalu. Mereka kecewa.  Mereka patah hati.  Dalam kekecewaan ini pasti ramai yang  terperanjat.

Saya juga merasa kecewa. Saya kecewa BUKAN kerana Pakatan Rakyat tidak dapat mengambil alih Putrajaya. Saya tidak kecewa  kerana Anwar Ibrahim tidak menggantikan Najib Razak.  Mustahil saya akan  kecewa kerana dari awal lagi saya telah menulis, saya telah berforum dan saya telah berceramah menerangkan  kepada umum bahawa PRU13 ini akan dijalankan dengan penipuan. Secara terbuka dengan hitam puteh saya telah menulis bahawa United Malays National Organisation akan kembali berkuasa. Malah saya  telah membuku  semua pandangan saya ini sebelum PRU13 berjalan.

Apa yang mengecewakan saya ialah kenyataan dan tingkah laku para politikus dalam Pakatan Rakyat. Tindakan politikus inilah yang amat amat mengecewakan saya.  GerakanAnakMuda# 505 memang jelas menolak keputusan PRU13. Anak-anak muda menuntut agar diadakan sekali lagi pemilihan dikawasan-kawasan yang jelas berlaku penipuan.


Kawasan penipuan ini adalah kawasan lampu padam ketika undi sedang  dikira. Kawasan dimana jumlah undi rosak lebih banyak dari jumlah undi menang. Kawasan dimana Borang 14 tidak wujud. Kawasan dimana Mat Bangla dan Pengudi Hantu ditangkap.  Kawasan dimana ada peti undi sampai lewat. Anak-anak  muda yang turun ke jalan raya  menuntut Pengerusi SPR dan Pegawai SPR meletak jawatan.

Sayangnya  para politikus terjebak dengan ‘saluran-saluran’ betul.  Saluran-saluran betul ini diwujudkan oleh United Malays National Organisation khas untuk memastikan ‘ kemarahan rakyat kerana ditipu’ dapat diredakan. Kes ‘tidak puas hati ‘ ini di bawa ke mahkamah.

Bawa kes tipu undi ke mahkamah  amat mengecewakan. Ini  kerana  mahkamah adalah milik United Malays National Organisation. Dalam negara Dunia Ketiga mahkamah adalah sebahagian dari  jentera daulah – state machinery. Mahkamah digunakan  untuk memastikan  rakyat dapat ditundukkan demi kepentingan elit politik dan elit ekonomi.

Dalam negara Dunia Ketiga mahkamah tidak akan menyebelahi kaum tertindas. Ini adalah pola dan watak mahkamah dalam negara Dunia Ketiga kerana Tuan Hakim, Tuan Peguam Negara dan Tuan Pendakwa semuanya adalah sebahagian dari elit yang berkuasa. Mereka dibayar gaji, dinaikan pangkat dan dapat derajat  Datuk dan Tan Seri kerana setia berkhidmat untuk menjaga kepentingan United Malays National Organisation.

Untuk saya semua ini adalah ABC politik. Kerana ianya ABC politik maka saya merasa kecewa apabila saya difahamkan hampir 1 juta ringgit telah dibayar untuk membawa kes tipu undi PRU13 ini ke mahkamah. Ada kes yang dipaksa membayar 90,000 ringgit.  Bayangkan ketika berkempen tidak sebanyak 90.000 ringgit yang  dibelanjakan.

Sila buntangkan mata. Saya ingin  memberi tahu   bahawa Mahkamah Kuala Brang Terangganu  telah membuat keputusan dimana Parti Pas wajib  membayar 150,000 ringgit  kerana membawa ‘kes tipu undi’ ke mahkamah.

Bayangkan jika suku dari jumlah duit-duit ke  mahkamh ini diberikan kepda tim AnakMuda#505 – saya amat yakin politik kita tidak sebodoh  yang kita lihat sekarang. Dengan 1 juta ringgit – yang ditelan oleh mahkamah – jika dijadikan peruntukan kempen menekan SPR pasti kita akan lihat jawapan yang berhasil.  Duit sebanyak ini pasti dapat menghumbankan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

 Saya rasa ramai pembaca   turut kecewa apabila membaca apa yang saya tulis ini.  Bukan sahaja orang ramai telah  ditipu oleh SPR malah para politikus Pakyat Rakyat pun tidak bertindak jujur dan stratejik. Para politikus ini terjebak dengan ‘cara mahkamah’ dan terus menjadi mamai. Pada hemat saya politikus ini menjadi mamai kerana  gagal memahami bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.

Kekecewaan saya ini  dikecewakan lagi dengan perkembangan politik terkini. Pada minggu pertama sesudah 505 saya ada  mendengar  tentang perbincangan  dan labon tidak resmi para politikus Pakatan Rakyat tentang keputusan PRU13. Mereka berlabon sesama sendiri untuk menilai apa yang telah berlaku pada 505.

Pada awalnya hanya labon kosong yang akhirnya  menjadi perbincangan resmi  untuk melihat  apa yang telah berlaku dalam PRU13. Banyak tung tang ting yang telah ditimbulkan. Banyak kepala  yang telah digaru untuk berfikir kenapa Pakatan Rakyat kalah.   Macam-macam dikhabar beritakan. Ada yang berkata bahawa ada kesilapan salah pilih calon. Ada yang berhujah tentang kegagalan  bahagian dan cabang. Ada yang berhujah kawasan itu kalah  kerana Anwar tidak datang berceramah.  Ada yang berhujah mengatakan poster dan selebaran sampai lambat. Ada yang berhujah kawasan mereka tidak ada duit dan dan dan....

Akhirnya para politikus ini membuat rumusan bahawa Pakatan Rakyat GAGAL kerana TIDAK dapat undi Melayu.  Hujah ini amat lantang kita dengar dari suara alim ulama Pas yang sedang berbincang secara resmi di Kota Sarang Semut Kedah.

Bila saya mendengar hujah bahawa Pakatan tidak sampai ke Putrajaya kerana TIDAK ada sokong orang Melayu saya jadi marah. Ini adalah marah yang amat marah. Saya marah kerana hujah ini tidak sepenuhnya tepat. Hujah kalah PRU13 kerana tidak ada sokong Melayu ini adalah kenyataan paling songsang. Kenyataan ini tidak bersandarkan dengan fakta politik – jauh sekali fakta ilmiah.

Apakah susah sangat untuk memahami bahawa Pakatan Rakayat telah menang besar. Dalam PRU13 Pakatan Rakyat mendapat 52% undi popular. Tidak timbul undi Melayu, undi China atau undi Ibana. Jumlah 52% dalam sistem 50+1 ertinya Pakatan Rakyat menang. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya hanya mendapat 47% undi rakyat. Dalam sistem 50+1  yang mendapat 47 adalah telah kalah.

Jika Pakatan Rakyat menang mendapat 52% undi  kenapa Najib Razak dan bukan Anwar Ibrahim yang menjadi PM.  Disini saya terangkan sekali lagi. Pekara ini telah saya garap berkali-kali.

Dalam PRU13 Pakatan Rakyat BUKAN melawan parti United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Yang ditentang dan dilawan oleh penyokong Pakatan Rakyat ialah sistem pemilihan yang telah dibentuk oleh SPR untuk memastikan Pakatan Rakyat akan terus kalah.  Sistem  ini tidak ada sangkut paut dengan undi Melayu. Kalau pun Pakatan mendapat 50% undi Melayu,   Najib dan gerombolan Ketuanan Melayu masih terus berkuasa.

Apakah susah sangat untuk mermahami makna  perkataan SISTEM?  Kereta berjalan kerana ada sistem injin.  Injin itu hidup melalui satu sistem yang telah direka untuk membolehkan kereta bergerak. Kereta Kancil sistem injinnya berbeza dari  sistem injin kereta jenis Ferrari.  Sistem  memiliki struktur. Justeru pilihan raya kita memiliki sistem - memiliki struktur. Sistem dan struktur ini diwujudkan melalui Parlimen. Bunyinya sedap – melalui Parliemn i.e suara Orang Ramai.

Hakikatnya – hampeh. Bukan suara Orang Ramai. Kerana selama ini – Parlimen adalah milik United Malays National Organisation. Justeru pelbagai hukum dan undang pilihanraya telah diluluskan untuk menjadi benteng dan tembok dimana parti Ketuanan Melayu ini mustahil dapat dilkalahkan dengan kiraan undi.


Justeru adalah salah untuk membuat rumusan bahawa Pakatan Rakyat kalah kerana TIDAK ada sokongan Melayu. Sistem pemilihan- made in Malaysia -  ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya bukan sistem injin Kancil.  Sistem pemilihan inilah yang mengalahkan Pakatan. Saya menulis tentang ‘sistem ‘ agar membawa pencerahan. Agar kita semua  tidak membuang masa dan wang ringgit menghantukkan kepala kerana  Mak Cik Felda tidak mengundi Pakatan. (TT)



NOTA
tulisan ini 
telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan  akhbar mingguan 
ini sila pukul talipon: 03-92-21-10-45

SEBUAH KITAB
HISHAMUDDIN RAIS
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------

9 ulasan:

  1. Betul tu TT. Aku ingatkan Black 505 di Kelana Jaya adalah sumbu bom yang sedang dibakar untuk demo yang lebih besar. Rupanya ibarat mercun yang masuk angin. Hampehhhh

    BalasPadam
  2. Khabarnya, sekiranya BN hanya mendapat 20 peratus undi popular dalam pilihan raya umum Malaysia, mereka masih mampu membentuk kerajaan dan meneruskan pemerintahan!

    Maka untuk memenangi pilihan raya mengikut sistem sekarang ini, Pakatan Rakyat wajib memenangi lebih 80 peratus undi popular!

    BalasPadam
  3. 100% setuju...aku sangat kecewa...
    dalam kelompok pakatan masih ramai lagi yang teringin berbini banyak..berkereta mewah..berumah banglo..tiada bezanya dengan umno...menindas rakyat...tindas dengan mewujudkan jurang kaya dan miskin makin meluas...

    BalasPadam
  4. anak johor.
    Undi POS adalah punca penipuan sebenar dalam pilihanraya.Pembangkang tidak dapat mengawal ketelusan undi ini dan terdedah kepada penipuan. Ramai wakil BN menang kerana mendapat undi POS yang tinggi dan meragukan.Sepatutnya undi ini dikira lebih awal dan direkodkan.

    BalasPadam
  5. Oleh itu sistem itu wajib dbolosi atau dhapuskan atau dc4kn ... Golongan elit amat takut dgn kebangkitan rakyat,berbuih mulut mnyorak kekacauan d mesir sedngkn rakyatnya sedang berusaha memerdekakan diri dr puak elitis tentera yg zalim

    BalasPadam
  6. Tt, jujur air mataku mengalir utk kali kedua sejurus membaca hampir sejuta ringgit dibelanjakan hanya utk membawa kes ke mahkamah, hati bagai disiat2! kali pertama sejurus mengetahui keputusan penuh pru13. kenapakah wujud sistem yg sebegitu zalim??

    BalasPadam
  7. X tau lah apa nak jd dengan yg brgelar ULAMA dlm PAS....jawatan nak tapi sepaktrjang politik x reti, seronok brterusan jd keldai UMNO...susah nak cari yg celik politik mcm NIK AZIZ.

    BalasPadam
  8. Lu masih amik pot lagi parti kampung ni bertempik? Kalo pak2 aji jadi ketua kampung, lu jangan la ingat dia nak pakai mcm Maikel Jeksen pulak. Kat dlm KLCC pun dia boleh kandar petai dan kenuak buat jual mcm kat pasar malam tuh...

    PAS ni parti kampung. Parti tak reti nak dressing mengorat awek. Hajat hati nakkan awek cun, tapi awek cun nak Ferarri. Dia siul sambil naik kapchai jer.. Nak naikkan berahi awekpulak, lu lesek minyak atar. Mmg sampai mampos pun awek tu tak stim langsung. Gua pernah lepak Bristol (baca: pergi atas ehsan duit org ramai), awek arab ni tetek dia perky abes, pakai pulak negligee jer, ada balak dia dok com pipi laksana kambing jantan tgh stim abes nak berjimak gituh. Sambil layan lagu arab yg dipasang radio bawak sendri tepi pantai tu, fokus awek tu cuma dekat lagu. Bau wangi Chanel ngan Estee harum 50m radius. Langsung tak peduli balak dia dok raba2 mcm x stim langsung. Punyalah wangi gila babi gitu, awek ni boleh pura2 tak stim langsung?

    Banyak PAS nak kene overhaul dan kutip sikik2 sikap kampung yg tak perlu ditonjol2 huduhnya kat org ramai. Gua bukan tak sayang PAS, tapi lekeh sangat perangai ustat ni buat kenyataan yg seolah2 dia bagitau kat org ramai yg dia pun bini lancapkan jugak bila bini sedang period! Appa ni wustat??? Jangan la ini mcm.. Kenyataan yg salah, boleh dibetulkan. Kenyataan yg bangang, camana pulak?? Banyak hati nak kena jaga bila berkawan ni. Jgn ditonjol2 lekeh mekeh ni lagi. Nak berniaga petai dan jering di Lot 10 mmg boleh, tapi ada caranya. Potong dan buat dambil bilis, taruk nasi lemak. Minah Saleh cikebum pun dtg beli. Kalo kandar petai mentah lepas tu susun atas lapik suratkabar kat pintu masuk utama tu, mmg org akan kata meroyan abes pakcik ni.. budak2 pakai baju sluar chic pun, susah rasa xder harga lagi. Baik lepak CM... kahkahkah..

    BalasPadam
  9. kerana RM mereka bermaharajalela...kita sebagai seorang jalanan hanya mampu menadah kehidupan yang kian sempit sedang dibina diatas kepala kita..lihatlah selepas beberapa bulan kita dibebani dengan kenaikan harga sumber tenaga terpenting...sedih melihat mereka masih tidak sedar dengan kenikmatan mewah mereka sehingga kita terpaksa korek tanah, toreh getah, berjalan kaki, sehingga berlapar untuk suapkan mulut kita dan keluarga...demi kesejahteraan kita dan keluarga walaupun kita tidak mampu memiliki sedikit mewah diatas kemewahan mereka...semoga Allah SWT membuka hati mereka melihat kita bukanlah 'ada-ada' seperti mereka...amin..

    BalasPadam