Rabu, 9 Oktober 2013

APA LAGI OBAMA MAU?







 APA LAGI OBAMA MAU?
Berita Rosmah Mansor meraung sambil hentak-hentak kaki kerana tak dapat bergambar dengan Michelle Obama adalah tidak benar. Berita tentang seorang pereka feshen Malaysia ‘melesapkan diri’ kerana tak sanggup membuat  baju berenda-renda untuk Rosmah adalah berita benar.  Berita Rosmah mula kuruskan badan  untuk dilihat cun ketika menyambut Presiden Barack Hussein Obama adalah berita benar. Tapi semua ini hanya berita  gosip. Kehidupan ummah akan menjadi lebih afdal jika tidak mengetahui  berita-berita gosip ini.

Yang ditulis ini bukan berita gosip. Tetiba semuanya berubah. Barack Hussein Obama budak itam  yang jadi budak  suruhan kaum pemodal multinational membatalkan lawatan ke Kuala Lumpur. Kenapa lawatan ini dibatal, adalah  satu kesah yang lain. Apa yang penting untuk  warga Malaysia ketahui ialah Apa Lagi  Obama Mau?

Biar saya terangkan fakta sebenarnya  disini. Antara Najib dan Obama – yang lebih gian hendak bertemu ialah Najib.  Najib Razak lebih memerlukan  Obama. Obama tak ambil pot sama ada Air Force One mendarat di Kuala Lumpur atau  di Kuala Kerai.  Saya yakin - apa  yang pembaca ingin tahu ialah  apa disebalik rancangan lawatan yang  telah gagal ini.

Justeru untuk pemahaman awal - adalah salah untuk bertanya Apa Lagi Obama Mau. Soalan yang tepat – persoalan hakiki untuk kurun ini ialah  Apa Najib Mau Dari Obama?.

Orang ramai  telah difahamkan para  pelobi Malaysia di Washington DC telah mengeluarkan berkepok-kepok dana melobi Rumah Puteh agar Obama singgah ke KL.  Datuk  Seri Raba Raba Bontot dari Rompin telah lama merancang untuk membawa Presiden Amerika ke Malaysia. Datuk Rompin ini telah berpeluh-peluh memakai tanjak dan kain sampin ketika bertemu dengan Obama dengan harapan Obama tidak akan melupakan mukanya.

Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Saya  tidak bertujuan menabur fitnah. Apa yang saya  tulis ini adalah fakta. Semua ini adalah fakta yang berasaskan   data sejarah.

Para pembaca jangan lupa bagaimana Anak Lelaki Iskandar Kutty  pada sidang  akhbar 17 Jun 2005  dahulu telah mengakui bagaimana Malaysia telah membayar Jack Abramoff  1.5 juta dolar Amerika. Jack Abramoff ini seorang pelobi profesional di Washington DC. Si Jack ini  telah dibayar  4 juta ringgit Malaysia agar  Mahathir  Muhamad dapat bergambar dengan George Bush pada tahun 2002.

Atas kejayaan pelobi Abramoff , Anak Lelaki Iskandar Kutty telah berbasa basi dengan George W Bush selama 15 minit. Yang menjadi lawak ialah si George ini bukan cerdik sangat. George Bush tidak pun tahu siapa  sebenarnya yang duduk disebelahnya. Ini kerana dalam satu hari ada  berbelas-belas Presiden, Perdana Menteri, pemimpin dunia - Yang Hitam dan Yang Legam telah datang ke Rumah Puteh. Semua datang untuk menyembah salam. Justeru Mahathir Muhamad  Perdana Mednteri Malaysia atau Jeo Muhamad peninju dari New York untuk George Bush  semuanya  adalah sama.

 Sesudah 15 minit berbasa basi lalu gambar diambil. Inilah gambar  termahal - lebih mahal dari potrait  Mona Lisa – 4 juta ringgit untuk bergambar dengan George Bush. Waspada! Gambar inilah yang diburu oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty.  Gambar inilah yang dimimpi-mimpikan oleh Najib dan Rosmah?Kenapa bergambar dengan Presiden Amerika ini  menjadi bagitu penting?

Mari kita kembali  membuka sejarah. Anwar telah ditendang dari parti dan kerajaan pada tahun 1998. Gerakan Reformasi dan demonstrasi  jalan raya mengampoh sebaik saja Anwar ditahan.  Politik Malaysia mula berubah. Demonstrasi berterusan   menuntut  Mahathir Muhamad berundur. Dengan sakelip mata – Wira Dunia Ketiga - menjadi seorang paria dan kucing kurap.

Apa yang berlaku di Kuala Lumpur di zaman itu di lihat rapi oleh Empire Amerika. Mahathir   yang menendang Anwar dilihat oleh kuasa dunia  ini sebagai orang jahat. Kongress Amerika telah mengeluarkan kenyataan mengutuk kelakuan Mahathir Muhamad. Kawan-kawan Anwar di Washington DC – termasuk  Paul Wolfowitz - telah  berjaya meminggirkan Anak  Lelaki Iskandar Kutty dimedan politik dunia.

Ketika inilah Mahathir Muhamad mula sesak nafas.  Maka tidak dapat tidak imej buruk ini wajib  dibetulkan. Mahathir Muhamad walau pun beretorik anti-Amerika  tetapi dia sedar jika Amerika  tidak memberikan sokongan maka parti United Malays National Organisation dan  dirinya sendiri akan masuk ke dalam  tong sampah sejarah. Justeru, bergambar dengan George Bush adalah jalan  terbaik. Inilah yang berlaku.  Berlabon kosong walau pun 15 minit pasti akan menaikkan ekor Mahathir yang semakin kuncup.

Najib Razak juga dalam situasi yang sama. Malah kes Najib ini lebih berat lagi berbanding dengan kes Mahathir.  Najib terlibat dalam kes bunuh.  Pemimpin-pemimpian politik sedunia tahu akan kes bunuh Altantuya dimana Najib terlibat sama. Malah berita Najib Razak akan disapina oleh Hakim Mahkamah Paris telah menjadi berita dunia. Hanya menunggu masa bila sapina ini akan dihantarkan kepada Najib. Ini bukan fitnah. Ini fakta.

Najib kini   sesak nafas. Bukan kerana dihimpap oleh Rosmah. Najib sesak nafas kerana sokongan dalam parti United Malays National Organisation kepada dirinya semakin kureeng. Ahli-ahali parti United Malays National Organisation telah jelak melihat Najib dan Rosmah memusnahkan sokongan rakyat. Suara-suara  lantang  menentang Najib semakin selalu didengar. Malah ada ahli-ahli  parti  United Malays National Organisation telah  mula berani mengutuk Najib  -  presiden parti - secara terbuka.

Gulungan ektrimis kanan saperti Perkasa dengan senang hati telah telah membocorkan pandangan  Mahathir terhadap Najib. Anak Lelaki Iskandar Kutty ini secara senyap-senyap dan secara terang-terang telah mempertikaikan banyak dasar Najib Razak. Malah Najib telah dijadikan bahan lawak oleh Mahathir Muhamad.  Jelas, tekanan terhadap pentabiran Najib datang dari pelbagai sudut. Datang betalu-talu.

Dengan latar belakang ini maka lawatan budak itam Barack Hussein Obama ke KL menjadi penting sekali. Lihat bagaimana cekainya parti United Malays National Organisation. Sebuah parti politik yang berfalsafahkan Ketuanan Melayu tetiba sanggup menangguhkan  mesyuarat mereka kerana hendak menyambut  Obama. Jelas  -  Najib  Razak  sedang sesak nafas sanggup  menghina parti dan dirinya sendiri.

Tidak  terlintaskah dalam akal Najib yang pendek itu – apakah Obama akan membatalkan jamun ‘makan malam  hari jadi Michelle’  di Washinton DC ketika Najib melawat Washington.  Jika mengikut lojik parti United Malays National Organisation -  Rumah Puteh akan tutup kedai kerana tiap minggu  ada sahaja PM, Presiden atau Ketua Negara yang datang melawat Washington DC.  Inilah contoh  dan sifat ‘ anjing belari – running dogs’  pemimpin dari negara Dunia Ketiga.

Najib telah lama merancang  dan berangan-angan. Rosmah juga telah berjogging untuk membuangkan berat badan. Najib berkhayal  dengan hadirnya Obama di KL maka   sahamnya akan melonjak naik di Dewan PWTC.  Di Perhimpunan Agung nanti Najib berharap akan mendapat tepukan gemuruh sesudah ahli-ahli parti melihat Najib dan Rosmah bergambar dengan Obama.

Sebenarnya  apa yang sedang dirancang dan dilakukan oleh  Najib ini telah pernah dilakukan oleh Harun Idris pada tahun 1975. Harun Idris – yang digelar Hero Melayu 13 Mei – dengan licik telah merancang untuk membawa Muhamad  Ali Clay bertumbuk dengan Joe Bugner di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Tarikh yang dipileh untuk bertumbuk ialah pada minggu dimana United Malays National Organisation  sedang bersidang di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Idris yang juga  Menteri Besar Selangor memiliki nafsu besar untuk menjadi Perdana Menteri justeru  dia   wajib memenangi kerusi Naib Presiden parti. Maka ketika ahli-ahli parti sedang bersidang ,  Harun Idris telah masuk ke dewan persidangan dengan Muhamad Ali Clay. Semua dilakukan dengan harapan saham akan melonjak naik.

Kempen Harun Idris itu gagal meleset. Malah akhirnya MB Selangor yang kaki rasuah ini telah ditangkap oleh Hussein Onn kerana terlibat dalam satu kes penipuan duit bank. Kalau Harun Idris berakhir dalam Penjara Pudu – besar kemungkinan Najib Razak juga akan berakhir di La Sante Prison a Paris!

Bagaimana Najib mengotek-otek Obama hingga makan umpan? Jawabnya cukup senang. Selain dari Datuk  Seri Raba Rab Bontot melobi di Washington DC – Najib yang secara terbuka telah bersetuju untuk membuka  Malaysia kepada kaum pemodal antarabangsa. Najib bersedia untuk menanda tangani TPPA. Memang betul hari ini Najib berkata Malaysia TIDAK akan menanda tangani perjanjian ini. Ini cakap Najib yang tidak ada siapa pun percaya.

Betulkah fakta ini? Ini menjadi fakta apabila kita fahami ucapan Najib di hadapan ahli-ahli Council For Foreign Relations.  Najib bersedia untuk ‘mengangkang ’ oops... untuk membuka pasaran Malaysia kepada kaum permodal antarabangsa. Hanya Utusan yang melaporkan tentang ucapan Wak Tak  Siah Najib di PBB sebagai  mantra  Najib untuk dunia. Hakiktnya CFR tidak ambil pot tentang Wak Tak Siah Najib. Kehadiran Najib itu ialah untuk dinilaikan apakah Mamat yang terlibat dalam kes bunuh ini layak disokong atau patut dihumbankan.

Najib juga sedar bahawa kerajaan Barsian Nasional hari ini TIDAK mendapat sokongan rakyat. Undi popular terbukti ada dalam tangan Pakatan Rakyat. Dengan undi awal, undi tipu, undi hantu dan penipuan sistem pilihanraya  – kerajaan United Malays National Organisation hanya berjaya mendapat 47% undi popular. Justeru Najib Razak sedar tanpa penipuan dia  telah pasti akan didakwa dalam kes pembunuhan Altantuya.

Kes Antantuya ini jugalah yang sedang digunakan oleh Amerika – sama saperti yang sedang digunakan oleh Lee Kuan Yew - untuk memeras ugut Najib. Najib akan sedia tunduk kepada kepentingan  Amerika. Najib ingin menjadi budak suruhan Amerika yang setia bukan macam Anak Lelaki Iskandar Kutty yang agak degil. Justeru  Apa Lagi Najib Mahu Dari Obama? Najib sedang minta nyawa. ( TT)

  
 
NOTA
tulisan ini telah keluar dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingun ini
sila pukul talipon:  03-92-21-10-45




--------

7 ulasan:

  1. Politik Malaysia mula berubah. Demonstrasi berterusan menuntut Mahathir Muhamad berundur. Dengan sakelip mata – Wira Dunia Ketiga - menjadi seorang paria dan kucing kurap.

    Kah..kah..kah..Memang anak iskandar kutty ni kucing kurap tapi yang celakanya Madey ni berpolitik cara pandy kutty...kah..kah...kah..

    BalasPadam
  2. Sekarang, lawatan presiden amerika pun boleh out-source punya. U faham?

    BalasPadam
  3. Obamau tipu perjanjian...ini..tak..adil..demokrasi terpimpin oleh kapitalis..daun ketum ubat mujarab byk penyakit..leh masuk dlm rundingan.. Madey tak setuju sbb nak kempen anak mng kerusi..awas kewangan kilang roti makin parah...selama ni modal duit free je..sikalang kuli sudah mau lari india..wang tarak cukup..

    BalasPadam
  4. CARA UMNO PERLEKEH NEGERI PR

    Penjelasan RM6000 ..

    http://www.ekeleh.com/patutlah-restoran-di-kb-cas-rm6000-ini-penjelasannya/

    BalasPadam
  5. Eeee..... ercian Nyer....ie ung tak acung ee..ppi teculung culung.......aa arknyer iee umah ajib ie...esti ena ampar anyak ali ni oli si usmah ambil ulutut ulutut acam ompuan ong kong uuuuuuuu....eeeee....ak malu.....akut ini....akcik ajib ayus.....akcik aji ayussss...akcik ajib ayusssss......-YA permisah....itulah luahan seorang anak kecil dari kesuma lake semenyih.sekian.....kikimikimiki

    BalasPadam
  6. Ini hanya ulasan barangkali barangkali yang murahan sahaja.ideanya dikumpul dari gabungan cerita cerita lama yang anda sendiri pun x pasti.penulis bijak mencari titik sama cerita lepas supaya andaian sesat dicipta.pembaca akan cakap 'eh..betul la ' atau 'a'ah kan'.padahal ntah mana datangnya fakta.

    BalasPadam
  7. najib memang amatsangat terdesak,
    dan mengikut panel jururunding dia yg salahsorangnya termasuklah laki dia tu, ini kalilah cuma 1susuk je dalam dunia ni yg dapat membantu najib lepas dari kemelut yg kian menghimpit tulangrusuk dia hingga amatsukar nak bernafas, iaitu himpit yg datang dari dalam UMNgOk sendiri - sedangkan himpit dari mca (tiong lai), mic (anak sami), taib berbinimuda jordan, katak perkosa, geng mamak malah anwar dan pr, yg semuanya terlalu berani bukak mulut terang2 memperkotakkatik najib, itu semuanya kurang membimbangkan najib.
    yg buat celaka bagi najib dan laki dia sekarang ni cumalah UMNgOk sendiri, dan mereka cuma tunggu masa nak serahkan bukti2 yg sesama mereka sebenarnya amat maklum, tentang kekurangan dan ketidakelokan najib dan laki.
    maka 1susuk yg maha penting sekarang ini tidakboleh setakat perdanamenteri ostolia mahupun britain, malah tidak cukup canselor jerman mahupun presiden china.
    obama dan amerika saja satu2nya yg boleh memberi kekebalan untuk najib bertahan lagi.
    najib pun mengulangi prinsip dia pada obama, you help me i help you.
    jadi bila obama gagal menunai janji untuk turun mengadap dan berpeluk2 dgn tubuh najib sambil bersalam2 bersenyum2 di kuala lumpur sendiri, maka haji najib teramat murka (dan teramat kecewa juga, tetapi perasaan haji najib yg lebih hebat ialah teramat risau!) lalu haji najib pun mengacah obama,
    malaysia bukan pakturut dalam tppa.

    takde isu outsourcing dalam hal ini, susuk obama dan bini dia tu sendiri yg mesti secara fizikal dilihat seluruh geng UMNgOk, berdakap2 mesra ala2 bff dgn haji najib dan laki,
    barulah haji najib akan tunaikan janji dia pulak, i help you.

    soalnya: bila? dan sempatkah?

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam