Isnin, 14 Oktober 2013

BACA SURAH INI DULU












THE  EMPIRE OF UNITES STATES of AMERICA

The US army has extended its military might to every continent except Antarctica. A Pentagon report in 2007 said there that while thirty-nine countries host only one military base, one hundred and forty countries contain more than one.. According to another report prepared by the Congress, the total number of the overseas bases is eight hundred and fifty. Including the bases within the US, the total number of military bases reaches 5300. ( dipetik dari World Bulletin)

Saya telah menulis tentang kekuatan bala tentera Amerika Syarikat. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Amerika Syarikat kini adalah satu Empire yang memiliki koloni atau tanah jajahan diserata pelusuk dunia. Amerika hari ini telah   menjadi kuasa dunia yang mutlak. Berakhirnya Perang Dingin – Amerika muncul sebagai satu kuasa dunia – dunia tidak lagi terbagi kepada dua. Hanya satu untuk Amerika.

Pada hari ini terdapat 850 pengkalan tentera Amerika di 140 buah negara dalam dunia ini. Jika dicampurkan dengan pengkalan dalam negeri maka hari ini  Empire Amerika memiliki 5300 pengkalan tentera – udara, laut dan darat. Waspada,  ini belum termasuk  pengkalan-pengkalan senjata nuklear yang masih dirahsiakan kedudukannya.

Bala tentera ini dipasang berselirat diserata pelusuk dunia hanya dengan satu tujuan. Soldadu dan pengkalan tentera ini akan memastikan kepentingan ekonomi Amerika akan dijaga. Kepentingan ekonomi Amerika TIDAK akan diganggu gugat. Bala tentera ini  akan mengawal keselamatan bahan-bahan mentah dari serata dunia untuk masuk ke Amerika.

Bala tentera ini akan memastikan telaga minyak, telaga gas dan  segala macam lombong logam akan terus beroperasi untuk perjalanan sistem ekonomi kapitalis bukan sahaja di Amerika tetapi untuk seluruh dunia.  Tentera dan soldadu ini juga memastikan pelaburan Amerika – bank, syarikat insuran, Koka Kola,  Mek Dogal,  Kentuki Fried Fak dan  juga  saham-saham pemodal Amerika di bursa saham  diseluruh dunia akan selamat membawa keuntungan.

Satu lagi tugas bala tentera Amerika ini – samalah saperti peranan penjajah British di Tanah Melayu dahulu – untuk memastikan ‘ running dogs atau budak suruhan’ mereka akan selamat dari dihumbankan  oleh gerakan rakyat. Rejim tempatan yang berkiblat ke Rumah Puteh akan dipupuk dan  dibajai.

Rejim tempatan amat jarang mendapat sokongan majoriti rakyat saperti rejim Najib Razak yang hanya mendapat 47% sokongan rakyat. Rejim saperti ini akan dibela dan  beri kelengkapan senjata terbaru. Pakistan ,  Kuwait, Turkey, Saudi, Israel, Indonesia, Mesir semua mendapat bantuan senjata dari Amerika. Rejim-rejim ini pula akan memasti kepentingan ekonomi kaum pemodal Amerika dan antarabangsa   selamat dikawal rapi.

Tanah-tanah jajahan ini akan  menjadi sumber galian dan bahan mentah yang amat-amat diperlukan untuk menjana sistem ekonomi kapitalis.  Warga di tanah jajahan akan menjadi sumber buruh. Dalam masa  yang sama  tenaga buruh dan  rakyat ditahan jajahan ini juga akan menjadi pasaran dimana barang konsumer buatan Amerika dan syarikat multinasional  akan dijual. Justeru kita melihat Giant, Tesco, Apple, Shell, Levis dan dan  sedang giat membuat untung dalam negara kita.

Dalam Empire  Amerika jika ada pemimpin sesebuah negara  tidak menunjukkan kesetiaan, atau berani melawan towkay, atau  degil  tidak mengikut arahan atau menggangu pengaliran  keuntungan kaum kapitalis maka Si Polan ini akan dijatuhkan. Patrice Lumumba  nasionalis dari  Congo dibunuh pada tahun 1961. Pada tahun 1965 CIA melakukan rampasan kuasa di Jakarta dan Bung Karno ditangkap. Pekara yang sama  terjadi kepada Salvador Allende dari Chile yang dibunuh pada tahun 1973. Yang berlaku  kepada Saddam Hussein dan Muammar Gaddafy hanyalah pengulangan sejarah.

Mana-mana negara yang cuba bangun merdeka dan tidak mahu mengikut terlunjuk Amerikas akan diserang.  Cuba, Nicaragua, Panama, Afghanistan, Iraq hanyalah contoh-contoh dimana bala tentera dan senjata Amerika telah digunakan untuk mendirikan rejim yang pro-Amerika.

Manakala di Syria dan di Iran – projek untuk menjatuhkan rejim sedang berjalan.  Empire Amerika sedang berkomplot dengan ‘ running dogs’  mereka saperti  negara Saudi dan Qatar  dalam usaha  mendirikan sebuah kerajaan pro-Amerika di Syria dan  di Iran. Semua ini adalah ciri, pola dan perangai sebuah empire – The Empire of United States of America.

Inilah lojik Empire. Lojik ini juga telah dilakukan oleh Empire yang terdahulu dari Empire Amerika. Iskandar Zulkarnain telah merentas Eropah , Afrika hingga ke Asia.  Iskandar telah menawah Selatan Eropah, Mesir, India, Parsi dan Turkey. Akhirnya Empire Greece ini hancur. Kublai Khan  dari Mongolia telah menawan China  hingga ke Eropah. Hakikatnya Kublai Khan telah menakloki  hampir satengah muka bumi ini.   Napoleon dan Hitler juga telah  berjaya menaklok  satengah wilayah dunia.  Ottoman Empire dan British Empire adalah contoh dimana dalam masa kurang lebih  200 tahun empire  bangun dan  gah berdiri – liked the sun never set on the British Empire.

Tetapi sesudah 200 tahun berkuasa  semua Empire ini dari zaman Rome ke Ottoman hingga  ke Empire British – semuanya wafat. Satu demi satu Empire  ini runtuh terkambus dalam sejarah.  Hari ini Empire ini telah meninggalkan bahan sejarah, kitab-kitab kuno, artifek-artifek  untuk jadi bahan kajian sejarah  tamadun dan keilmuan umat manusia.

Pemikir dari Amerika hari ini mendabik dada dengan konsep ‘ American Exceptionalism’ – atau Kelainan Amerika. Para pemikir dan  intelektual kanan  yang menyokong sistem ekonomi kapitalis ini mengajukan satu teori bahawa Empire Amerika  ini berlainan dari Empire Kublai Khan, dari Empire Rome, dari Empire Ottoman atau pun dari British Empire.

“ We are different – kami berlainan  dari  Empire yang terdahulu”. Lalu persoalan timbul:  Betulkah Empire Amerika ini lain dari yang terdahulu? 

Para pemikir Amerika mengajukan kelainan ini berasaskan bahawa  sejarah dan negara Amerika lahir dari revolusi angkat senjata. Amerika menyokong  dan menyebarkan demokrasi, menyokong kebebasan, menyokong hak individu, menyokong kesamaan dan Amerika ialah sebuah Empire yang popular. Berlandaskan asas ini  Empire Amerika pula menyokong dan mengajukan perdaganan bebas - free trade. Inilah asas teori  Americam Exceptionalism atau Kelainan Amerika.

Jika kita membaca teori ini sepintas lalu, atau membacanya sambil lewa mungkin kita akan mengangguk kepala. Tetapi jika dikaji rapi  jelas teori ini samalah saperti hujah:  Mencari Prester John - yang hilang di Asia Afrika.  Mencari  Padri  Mat Salleh yang mistik ini dijadikan alasan oleh para penjajah Kulit Puteh untuk menghalalkan mereka  masuk ke dalam benua Afrika dan Asia  untuk menjarah dan merompak. Atau para kolonialis  datang ke Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membawa pencerahan dan tamadun kepada ‘ orang-orang liar’ yang  telanjang bogel yang sedang berkeliaran tanpa tamadun.

Apa pun tujuan yang cuba dinobatkan. Sama ada untuk mengIslamkan, untuk mengKristiankan, untuk membawa pencerahan, untuk membawa tamadun, untuk menyebar ajaran Tuhan – dibelakang hujah ini ialah mencari harta kekayaan dan keuntungan. Di belakang semua ini  semua pendatang asing datang untuk berniaga.

Tidak ada perbezaan diantara Empire Iskandar Zulkarnain dengan Empire Kublai Khan dari Mongolia. Tidak ada perbezaan antara Empire British dengan Ottoman dengan Empire Amerika yang kita lihat hari ini. Asas dan ciri-ciri yang sama dapat dilihat dari  Istana Nero di Rome ke Istana Baginda Queen hingga ke  Rumah Puteh  di Washington DC.

Semua  Empire memiliki persamaan. Tetapi dalam masa yang sama Empire Amerika ini memang ada satu kelainan.  Di zaman Iskandar Zulkarnain cara dan teknik perhubung  agak sulit. Surat di hantar berbulan-bulan baru dijawab. Bagitu juga di zaman Empire Rome – kesampaian Ceaser ke Iskandariah hanya diketahui di Rome berbulan kemudian.

Alfonso de Albuquerque  datang  menaklok Melaka  6 bulan kemudian satelah mendengar apa yang berlaku keatas  Diogo Lopes de Sequeira. Alfonso wajib menunggu perubahan angin untuk kapal perangmya datang berlayar.

Hari ini  semua ini sepontan. Ketika  Barack Hussein Obama  membuat kenyataan membatalkan lawatannya ke Kuala Lumpur jam 4: 30 petang.  Pada jam 5:00 petang  - satengah jam kemudian -  blok Tukar Tiub telah melaporkan berita ini  untuk bacaan seluruh dunia. 

Apa yang ingin dilakar disini ialah pada ketika ini teknoloji tercanggih telah membantu Empire Amerika untuk menjajah seluruh  dunia.  Teknoloji inilah satu  kelainan  yang amat besar berbanding dengan empire yang terdahulu.  Dengan bantuan teknoloji – pemikir terbaik Amerika telah merancang untuk melakukan pekara yang terjahat. Senjata pemusnah alam telah direka.   Dalam sejarah dunia tidak pernah ada satu kuasa yang  memiliki kekuatan sama saperti yang dimiliki oleh  kekuatan tentera Amerika sekarang.

Jusateru, lawatan Obama  ke Kuala Lumpur itu samalah saperti lawatan Baginda Queen Elizebeth setiap kali adanya Persidangan Komonwealth.  Barack Hussein Obama datang ke Bali dengan tujuan untuk menayangkan diri kepada ‘budak-budak suruhan’  bahawa Empire Amerika akan terus mengambil tahu apa yang sedang berlaku di Asia Tenggra. Dan jangan risau.

Saperti Ceaser di Rome yang datang melawat Iskandariah,  Barack  Obama juga ingin sesekali ingin  melihat tanah jajahan dan mengenal siapakah budak suruhan  yang sedang bertugas di Kuala Lumpur, di Jakarta atau di Bangkok. Sabenarnya semua ini hanyalah untuk media dalam usaha mengolah persetujuan orang ramai  untuk menerima teori  Kelainan Amerika ini membawa kemakmoran kepada  umat manusia.

Empire Rome runtuh, Empire Arab di Sepanyol runtuh, Empire  Napoleon runtuh. Empire Baginda Queen juga runtuh.  Lalu timbul persoalan – Apakah Empire Amerika ini juga akan runtuh?  Sila tunggu minggu hadapan untuk jawapan.  (TT) 

 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa mahu melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03- 92-21-10-45 

----------

5 ulasan:

  1. Lawan imperialisme Amerika,habis-habisan!!!!

    BalasPadam
  2. sang pencerah datang bawa pencerahan :)

    BalasPadam
  3. tamarod amerika bermula

    hiway dikepong

    hidup truckers!!!

    BalasPadam
  4. Aku malas nak baca dah...pening duit habis byk raya esok..apapon boikot harga brg naik.....rakyat tolonglah diri sendiri.....kah kah kah.....

    BalasPadam
  5. Tanpa amerika....beli beras...masuk kuali..isi air...cuci....isi air lagi...lap keliling kuali dengan tuala di pinggang...masuk rice cooker...tunggu 20 minit masak...makan dengan daging masak merah...puuuhhh...lepas tu kena pulak gudang garam kat tandas......bahagia nya hidup.....

    Dengan adanya amerika.....proses sama sampai nasi masak....lepas tu...isi air lagi nasi tu bagi sejuk....gaul.....lepas tu bagi babi makan.....hisap rokok sambil tengok babi makan....seronok tak terkira.....SEWEL LAGI MENYEWELKAN....itulah perkerjaan anjing limpas/lalu or tasu doh manangkus/running dog in kadazan.penat penat masak nasi..last last bagi babi makan.......pukimak punya mahathir.

    BalasPadam