Sabtu, 12 Oktober 2013

CALON KETUA PEMUDA PAS




KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
12hb Oktober 2013

Mengapa Kementerian Tidak Bertegas Terhadap Kontraktor ?
Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut :
a.       Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta.
b.      Projek Fakulti Pengurusan Teknologi  dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta.
c.       Projek Kolam Renang  dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%.  Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta.

Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran.
Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd  dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:
1.       Kelewatan selama 547 hari.
2.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.
3.       Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).
4.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.
5.       Berdasarkan  Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor  tidak memuaskan.
6.       Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.

Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan  Blok Pentadbiran ialah :
1.       Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang.
2.       Melibatkan kelewatan selama 484 hari.
3.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.
4.       Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)
5.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.
6.       Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.

Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.

Projek ini adalah di bawah  Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian. Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan ? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?  Apakah kerana kelemahan UTHM  sendiri sehingga Kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit ? Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri  di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.

Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecatatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan(DLP). UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.

Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.  Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30 ribu bagi setiap pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu  1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5 ribu setiap seorang.  Juga, ia  boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10 ribu setiap seorang.


SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS
NEGERI JOHOR


Suhaizan Kaiat dicalon ketua pemuda PAS

Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.
Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu

-----------

8 ulasan:

  1. Kalau Suhaizan Kaiat jd ketua DPPM, aku org pertama sokong.... Suhaizan Kaiat lebih progresif.

    BalasPadam
  2. bukan nak lobi, inilah calon rakyat semua kaum semua agama nak. bukan calon yang nak hantar orang lain fahaman ke neraka.

    BalasPadam
  3. Gua setuju. Mamat ini lebih berani menyanggah kebobrokan selari dengan citarasa golongan muda biarpun tanpa memakai serban. Rasanya mamat ini berbeza dengan ketua sedia ada yang dilihat mirip-mirip ke arah UG oleh kaum muda.

    Gua percaya dia akan menang jika berani menyangah kaum tua pimpinan ulamak berbau UG.

    BalasPadam
  4. kita tak mahu PAS terlalu sibuk dgn tahaluf siyasi dan apakejadah pelbagai istilah2 arab.. jika sibuk nak beristilah arab sampai susah org nak paham, baik penganut2 PAS jangan lagi bercakap melayu.. cakap sahaja arab sesama sendiri...

    jika nak berprofessional, jadilah mcm anak kaiyat ni.. ini yang terlalu penting jika nak berjuang untuk rakyat..

    BalasPadam
  5. Ummmmppp....anak buah gue udah graduate pun uthm...bangunan tak siap siaga lagi....ini mesti kuntriktur dari pulau sewelasi ni......mentaliti subsidi....ini bukan kroni...kompom...ini konkektau kelas lendir.....konkektau ini cuma ada bila bulqn mengembang..tup tup..johorian jadi dppm......weik....johor janda berhias...JJB...paling laris dipasaran......utara punya payung baik punya....hidup sewelasi...hidup konkektau lendir.

    BalasPadam
  6. Ayuh Pemuda PAS! Peluang keemasan mendapat Ketua yg lebih bermutu dan bijaksana.Yang ada tu hampeh!

    BalasPadam
  7. Bila runtuh...jawatankuasa dibentuk...hasil bedah siasat...ditutup
    ...cidb kan dah training....pkk kan dah monitor....sapa lulus tender dialah romeo....apa mau jadi skrg....bina masjid pon main main..

    BalasPadam
  8. sibadak sial din tantaweeee harap dikorbankan........
    bikin lingkup parti.....

    BalasPadam