NOTA
cinta kaseh dan sayang
inilah kesah cinta sejati
aku tunggu kau di pintu syurga
jika kau tidak di sana
aku tahu di mana nak cari
PSYCHO
filem hitchcock ini juga
berasaskan kesah benar
kesah ed gain dari wisconsin amerika
yang menjadi mister norman bates
yang dimainkan oleh anthony perkins
NOTA
siapa belum tengok filem ini
sila cari
tengok malam segera
lebih enak
dilihat di layar perak jika ada peluang
Berbual, sikat rambut mayat isteri 36 hari
Kajang: Bagi membuktikan cintanya kepada isteri, seorang lelaki tidak sanggup berpisah, malah tetap menyimpan selain melayan mayat wanita kesayangannya.Beliau bukan saja menyembunyikan kematian isterinya selama 36 hari, malah dia turut menyikat rambut mayat itu setiap hari kerana menyintai wanita itu.
Perbuatan terbongkar
Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung kediaman mereka Sabtu lalu dan menasihatkan adik iparnya melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suami Ah Tee, Wong Tuck Wei, 40, membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk.
RUMAH MISTER NORMAN BATES
“Apa yang peliknya tiada ulat ditemui pada mayat ketika pemeriksaan forensik dibuat. Hanya seekor kumbang ditemui. Keadaan mayat sudah mereput dan daging tertanggal daripada kulit sehingga tinggal tengkorak.
“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, dalam keterangannya Tuck Wei mendakwa bersembang dengan mayat itu yang diletakkan di atas kerusi menghadap ke luar tingkap setiap hari sambil menyikat rambutnya.
RUMAH MISTER TUCK WEI
-------
cinta abadi
BalasPadamkisah cinta yg begitu syahdu...suami tidak sanggup berpisah jiwa dan raga dengan isteri. jarang dengar isteri bersikap begini kpd suami.
BalasPadam"sri hartamas"
la! macam ni punya kesah cinta sejati pun ada? yang aku tau, cuma kesah cinta sejati karya ujang kartunis kampung tt je: sebagai tanda cinta sejati pada isteri dia, mamat tu sanggup berhabis duit belikan hadiah untuk isteri dia berupa barang yang sangat mahal, iaitu seguni gula!
BalasPadam