Ahad, 6 Oktober 2013

RUMAH BILIK TEMPAT TINGGA:L HAK ASASI



Kaji semula matlamat pembangunan bandar dan hak memiliki rumah untuk semua warga Malaysia sempena Hari Habitat Sedunia

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah menetapkan hari Isnin yang pertama dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai " Hari Habitat Sedunia " (World Habitat Day). Objektif untuk Hari Habitat Dunia adalah untuk membincangkan keadaan bandar-bandar dan masalah-masalahnya dan juga memastikan semua warga dunia menikmati hak-hak asasi mereka dengan sekurang-kurangnya memiliki sebuah rumah yang selesa. Hari Habitat Sedunia tahun ini jatuh pada 7 Oktober 2013 dengan tema "Pengangkutan Bandar ".

Sebagai sebuah negara yang membangun , kerajaan kita seharusnya memandang serius tentang peringatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sempena Hari Habitat Sedunia ini dengan berganding bahu dengan negara-negara lain untuk mencapai matlamat membangun sebuah bandar yang lebih baik,selesa, sejahtera serta memastikan bahawa semua rakyat menikmati hak asasi mereka untuk memiliki rumah.

Beberapa tahun kebelakangan ini, keluarga orang muda menghadapi masalah untuk memiliki rumah. Kini ramai di antara orang muda terpaksa menanggung beban hidup yang berat termasuk memikul hutang kad kredit, membiayai pinjaman bank untuk kereta mereka dan sebagainya. Bagi mereka yang membeli rumah, mereka juga menjadi generasi hamba rumah yang terpaksa mengguna sejumlah besar pendapatan mereka untuk membiayai pinjaman bank.

Masalah yang dihadapi oleh orang muda dalam negara ini bukan sekadar beban hidup yang berat, malah tiada tempat untuk mereka tinggal. Malangya, kerajaan kita masih tidak memandang serius masalah-masalah ini dan mengambil initiatif untuk mencari penyelesaian demi kepentingan orang-orang muda dan masa depan negara.

Peningkatan harga hartanah boleh mencerminkan ekonomi yang berkembang pesat, tetapi kerajaan tidak boleh mengabaikan kebimbangan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki sebuah rumah. Ramai keluarga yang tidak mampu memiliki rumah dan terpaksa sewa atau tinggal di kawasan setinggan. Hasil pembangunan negara tidak dinikmati oleh golongan besar rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, pengumuman kerajaan Pulau Pinang untuk membina kira-kira 20,000 unit rumah mampu milik untuk warganya memang dialu-alukan malah perlu dilaksanakan dengan lebih cepat bagi menampung keperluan yang kian hari kian meningkat di Pulau Pinang.

Pembangunan sebenarnya perlu mendatangkan manfaat kepada orang ramai khasnya golongan bawahan yang merupakan majoriti dalam masyarakat kita. Kerajaan perlu memastikan bahawa semua pembangunan perlu seimbang dengan sosial ekonomi setempat. Jangan sampai membenarkan pembangunan yang tidak terkawal sehingga menghalau rakyat yang sudah tinggal di atas tanah tersebut lebih 30 tahun seperti yang baru-baru ini di Kampung Hakka, Mantin serta Permatang Tok Suboh di Bukit Mertajam.

Pihak pemaju juga perlu memikul tanggungjawab untuk melindungi hak memiliki rumah bagi golongan yang berpendapatan rendah dalam masyarakat ini, Dalam usaha mencari keuntungan, malah tanggungjawab sosial pemaju perlu dijalankan agar golongan ini tidak menjadi mangsa dalam pembangunan ekonomi.

Oleh itu, dalam zaman di mana jurang kekayaan dan kemiskinan yang semakin besar, tanggungjawab kerajaan adalah lebih berat agar rakyat tidak terpinggir atau ditindas oleh pemaju yang hanya mengaut keuntungan.

Marilah kita berjuang untuk hak rumah kepada semua rakyat serta melindungi rakyat bawahan yang susah.  

LEE KHAI LOON
ADUN MACHANG BUBUK
KETUA PENERANGAN ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK)


-------

7 ulasan:

  1. Susah skrg semua mahal...mati pon susah byk pakai duit...skrg sembang semua org ckp susah ....habis siapa yg senang? Meereka dan lembu lembunya...mamak parpu dan kari karinya

    BalasPadam
  2. Kaji struktur bandar di Malaysia yg tidak sesuai utk pengangkutan awam... keberkesanan sistem pengangkutan awam ada kaitan juga dengan struktur bandar... cerita banyak takde tapi utk pencerahan cuba, lihat disini (klik) dan disini (klik) ... apa macam TT?? Kenapa pengangkutan awam di Malaysia tak sama macam German dan London?? Kah,kah,kah,kah....

    BalasPadam
  3. "Switzerland to vote on $2,800 monthly ‘basic income’ for adults
    More than 100,000 residents in Switzerland have signed a petition demanding that the government ensure a minimum monthly income of nearly $2,800 (2,500 Swiss francs) for all adults in the country.
    The 120,000 signatures are enough to formally call a vote in the government over whether or not to approve the “CHF 2,500 monthly for everyone" (Grundeinkommen)” funding proposal.
    For comparison, the average U.S. worker earned $3,769 in pre-tax, monthly salary in 2011. Food service industry workers earned $1,785 in pre-tax income during the same period.
    ...
    Funding for the proposed measure would come out of the Swiss social insurance system, which already guarantees universal health care coverage for its citizens, along with other benefits designed to uphold the country’s social safety net.
    Because of the relatively low threshold for forcing votes on referendum driven issues, Switzerland typically votes on several public measures each year."

    hah!
    negara kapir macam ni lah tt!
    apa nak buat, dah depa kapir...
    apa lagi orang kapir mau?
    kalau depa mengaji islam (Tanyalah Ustaz) barulah depa tau harga minyak ka, harga upah gaji bulan2 ka, semua tu ketetapan Tuhan!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  4. Minyak naik aku dah tension...rokok naik aku dah panik...kalau gula naik kopi aku tak manis dah..ini boleh mendatangkan marah..bila aku dapat beli rumah kalau brg asyik naik..

    BalasPadam
  5. http://m.smartplanet.com/blog/bulletin/economic-armageddon-a-list-of-what-happens-if-the-us-defaults/30828

    BalasPadam
  6. joe, antara posting lu yg gua bace dan rasa ada value utk diketengahkan.. teruskan komen begini..

    BalasPadam
  7. MP ni tak reti baca pemikiran org Melayu dan Malaysia..jgn buat panjang2 sangat.. warga Malaysia tak 99.99% mana mampu baca artikel panjang2..even yg graduate PhD pun masih ramai yg malas membaca.. panjang2 begini, akan masuk bakul sampah saja..

    BalasPadam