Khamis, 28 November 2013

APA SUDAH JADI?



Jangan Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor
Dalam keadaan rakyat masih terus bergelut dengan tekanan hidup yang memuncak ketika ini, ketika warga kota baru boleh menarik nafas lega dengan keputusan rejim Pemerintah menangguhkan kenaikan cukai taksiran, negara terus dikejutkan dengan tindakan pemain politik tempatan yang seolah-olah lupa akan keperitan hidup rakyat. 

ADUN-ADUN Selangor bakal menikmati durian runtuh dengan pengumuman kenaikan elaun mereka sehingga 200% dan dalam masa yang sama Menteri Besar Selangor hanya mengumumkan imbuhan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri tersebut. 

SAMM Johor melihat tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ditunjangi Pakatan Rakyat ini tidak jauh bezanya dengan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak naungan Barisan Nasional. Terus tidak mempedulikan jeritan rakyat yang semakin perit menanggung beban kehidupan seharian sebaliknya hanya memenuhkan kocek masing-masing. Tiada beza diantara rejim Pakatan Rakyat Selangor dan rejim Barisan Nasional Sarawak. 

Malah, SAMM Johor masih ingat lagi beberapa minggu sebelum ini Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor untuk meningkatkan perbelanjaan yang memberikan faedah kepada rakyat bukannya untuk menaikkan gaji dan elaun mereka yang berada di koridor kuasa semata-mata.

Mengapa jawatan Wakil Rakyat ini dijadikan satu kerjaya yang sungguh eksklusif dengan tangga gaji yang mewah? Ini sudah tentunya akan menggalakkan perebutan untuk jawatan tersebut kerana terpesona dengan aroma wang ringgit semata-mata, bukannya berlumba-lumba untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Angka berbelas ribu hingga berpuluh ribu elaun ini sudah pasti akan mengelabui mata rakyat. 

Kenaikan drastik elaun ADUN-ADUN Selangor ini hampir menyamai elaun Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Malah, elaun untuk Speaker DUN kalau pun tidak lebih namun ia sudah hampir menyamai elaun Speaker Dewan Rakyat. Adakah DUN Selangor sering bersidang seperti Parlimen Malaysia sehingga mewajarkan elaun ADUN dinaikkan. Jumlah Persidangan DUN juga lebih pendek daripada Dewan Rakyat, maka dimana kewajaran kenaikkan elaun yang dicadangkan. 

SAMM Johor sangat kecewa dengan pengumuman kenaikan elaun tersebut. Tiadalah beza antara rejim Pakatan Rakyat dengan rejim Barisan Nasional. Kedua-duanya hanya akan memikirkan keuntungan diri sendiri di puncak kuasa sedang rakyat terpaksa memotong perbelanjaan harian kerana kos taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. 

SAMM Johor turut mendesak rejim Pakatan Rakyat Selangor untuk membatalkan kenaikan drastik ini sebaliknya menggunakan peruntukkan tersebut bagi memberikan lebih banyak faedah kepada rakyat. Jadilah sebuah Kerajaan Pemerintah yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai keutamaan sejajar dengan Agenda MES, Merakyatkan Ekonomi Selangor bukan Mewakilrakyatkan Ekonomi Selangor. Ingatlah, jawatan yg disandang itu adalah amanah yg diberikan oleh rakyat, ianya bukan untuk menyenangkan kehidupan kamu.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor


---------

11 ulasan:

  1. Dah terikut perangai bangsat BN. Awas PR!

    BalasPadam
  2. Kalau dah anak beranak suku sakat dalam parti sendiri pun meluahkan rasa tidak puas hati, apatah lagi RAKYAT biasa...TUNGGULAH KEBANGKITAN RAKYAT DI SELANGOR! JAHANNAM LAH KAMU PEMIMPIN KEPARAT!!
    -Pembayar Cukai Taksiran, Selangor-

    BalasPadam
  3. Ini bagi gue...satu batu dua burung mati....kalau anak onn bisingvsangat...lu punya gaji pun kasi turunlah....taib punya gaji pun kasi turunlah...barang pun kasi turunlah...samm johor masih hingus ma.....apalah...ini khalid mauvkasi tau semua mangkuk duduk menteri..kasi turun itu gajilah lu punya semua pukimak....itupun tala paham ka......

    BalasPadam
  4. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sedang merompak rakyat Selangor.
    Ini bukti Pakatan Rakyat lebeh tamak dari UMNO/BN.

    Gaji rakyat Selangor bila mau kasi naik.???

    BalasPadam
  5. kalau ini rives saikoloji oleh khalid n geng pr, gua tabik la.
    kemungkinan rives saikoloji ni mmg ada malah agak tinggi kebarangkalian sebab anwar sendiri cukup laju menegur sedangkan anwar berjawatan penasihat ekonomi sgor.
    jadi kata Mimpi 4:59 PTG tu mungkin ada betul, khalid n pr cuma nak goncang pohon UMNgOk-BoNgok bagi depa jilat ludah sendiri celah kemaluan masing2... errr... kita tunggu wal see...

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  6. Apa dah jadi dengan kerajaan pakatan selangor..? Belang suda keluar ma...Niat sebenar dah dapat dilihat....mana dia AMK, pemuda Pas, DAPSY? mana, mana? Mana Anwar, Kit Siang, Karpal, Hj Hadi ...Mat Sabu...bila mau react? Naik gaji 87-373 percent....apa dah jadi...kata nak membela rakyat, perjuangan untuk rakyat...ke arah Malaysia baru...tu baru perintah selangor, kalau malaysia???...Tuan TT bila nak turun jalan raya? bantah..!!

    BalasPadam
  7. Apa la SAMM jadi barua Azmin ? Wakil Rakyat kena gaji yang selaras dgn tanggung jawab. Aku sokong gaji tinggi : supaya tak rasuah dan cari projek !!! SAMM ini pikiran macam orang kurang berfikiran matang.

    BalasPadam
  8. Kenapa SAMM johor yang buat kenyataan ? mana SAMM selangor? mana SAMM Malaysia (pusat)? mana chegu Bard?....apa dah jadi?

    BalasPadam
  9. Jage2 PR...jgn sebok nak naikkan elaun pegawai sahaje...naikkan gaji2 org2 bwh dulu...don't play2 !!!

    BalasPadam
  10. Nampaknya kerajaan PR Selangor dah melampau...dah mula ndak mengikut jejak langkah kerajaan lama....kenapa tiba-tiba nak naikkan gaji dan elaun dengan kadar tinggi?...tak ada angin dan ribut....masa najib nak naikkan gaji dan elaun MP pada bajet tahun lalu, semua MP pakatan menolak...konon-konon kerajaan tak perihatin dengan rakyat....tapi kali ini di selangor, MB naikkan gajinya melebihi PM tak ada sekor habuk ADUN pun yang bantah....sebab apa? sebab ada kepentingan sendiri....mana Adun-adun Pas yang warak dan zuhud tu?kalau ada kalangan adun yang bantah...tunjukkan lah bukti....bantahlah sungguh2 sampai terkeluar dewan....)...aku percaya tak ada yang bantah....

    aku faham...ada sesetengah jawatan ADUN elaunnya amat rendah...sekitar 3-4 ribu....ya..yang ini patut dinaikkan ke angka yang munasabah...yang lainnya tak perlu hingga sebanyak yang dicadangkan itu...

    Ingatlah ....jangan sampai rakyat menganggap kerajaan PR dan BN dulu sama saja...bila orang ramai dan pengundi fikir macam tu....diorang takkan susah payah pegi mengundi...buang masa sahaja....

    kerajaan selangor mesti semak semula perkara ini kenaikan elaun terlalu tinggi......

    Dia ingat selama ini dia dah berbudi sangatlah...bagi macam-macam kepada rakyat..tapi tau tak berapa yang rakyat terima berbanding yang korang terima?
    Dan...bukan semua rakyat yang dapat habuan tu....kecuali air...

    Ingat rakyat tak tau ke kerja ahli politik bukannya susah pun...inilah pekerjaan yang boleh dijawat walau oleh orang yang tak lulus spm....tak perlu ada kepandaian yang tinggi....ndak jadi engineer kena ada degree engineering...nak jadi doktor kena ada ijazah doktor.....melainkan nak jadi politician dan diktator....

    kepada tuan TT usahakan pandangan orang ramai ini sampai ke telinga khalid...dan jangan buat pekak aje...protes jalan raya hendaklah digerakkan...Ya, reformasi mesti diteruskan.....Di Jalan Raya....!!

    BalasPadam
  11. Rembat saja selagi boleh rembat...kalo ikhlas berkhidmat sehingga tinggal sluar dalam anak beranak sekalipun, bukannya dpt pahala berguni2 dgn serta merta pun... ataupun pahala2 yg sudah diperolehi dpt ditukarkan dgn kupon2 parking kete, reper kete, kelepet cukai lhdn ka hapa2.. sekali sekala menyelam2 sedut jugak skek.. kasi sama kat UMNO BN buat rejaman maut.. kalo tak, UBN asyik kene TKO jer setiap pusingan...

    BalasPadam