Khamis, 7 November 2013

KESAH ITU DI SAMBUNG LAGI














KESAH LONG LIBON
DI SAMBUNG LAGI

RIWAYAT  ITU BERSAMBUNG LAGI 
Hamba sambung kembali kesah  Long Libon.  Hujan masih turun mencurah-curah. Kilat sabung menyabung macam dawai leterik putus tersangkut. Guruh berdentam dentum. Halilintar memecah bumi.  Petir panah memanah dan guruh letup meletup saperti George Bush sedang menyerang Saddam Hussein. Hamba merasa takut. Takut kalau-kalau banjir akan sampai. Takut kalau-kalau rumah Long Libon ini akan dihanyut air.

Mengikut labon Orang Kampong keluarga  Long Libon telah menjadi kaya  samenjak jala Long Libon tersangkut dalam sungai. Entah apa yang telah menyambar jala itu. Entah apa yang diperangkap oleh jala. Entah apa yang dibawa jala naik ke darat. Macam macam kesah didengar.

Ada Orang Kampong berkesah jala Long Libon telah tersangkut dengan  peti harta Qarun. Ada berkesah Long Libon dapat number ekor dari Vincent Tan. Ada yang berkesah bagaimana George Soros tersilap menghantar dana.  Tiga kotak dolar dan ringgit yang dihatar oleh George Soros untuk NGO milik Marina Mahathir tetapi entah macam mana kotak duit ini  sampai ke Long Libon.

Orang Kampong menggelarkan Long Libon Mat Koyo. Ada yang berkesah nama Mat Koyo ini muncul  kerana Long Libon suka memakai  koyok Jepun bila sakit kepala. Ada yang berkesah koyo ini datang dari perkataan kaya. Satelah jala tersangut keluarga miskin dihujung kampong ini   menjadi kaya. Ini teori Orang Kampong

Ramai Orang Kampong  mengaku kenal baik dengan Long Libon. Semua mengakui menjadi  Tok Perawi saheh – membawa kesah Mat Koyo yang saheh. Tetapi biar hamba royak disini.  Amat susah untuk disahehkan semua kesah-kesah ini. Semua cerita dari mulut Orang Kampong Lidah Bercabang. Semuanya mungkin  betul dan semua mungkin salah.  Kerana itu hamba sendiri datang nak mencari apa yang benar.

Sedang hamba ngelamun memandang hujan yang mencurah turun tetiba jantan hamba di ganggu lagi.  Pelesit Sundal Malam  masuk  ke ruang tamu membawa  sedulang kopi. Mata hamba berlakon memandang ke arah dulang walhal  ketika Pelesit Sundal Malam membongkok menuang kopi yang jadi sasaran ialah  ehem ehem... malu nak cakap. Tapi jawapannya gagal. Tidak ada apa-apa yang terbuka.

Long Lobon datang menghampiri hamba. Sambil menggulong tambakau  sambil  bercerita. Ntah kenapa cerita yang dikesah semuanya seram dan menakutkan.

“ Kau  tahu Badangkan? Kau tahu muntah hantu? Kau pernah jumpa  Hantu Raya?” Dia bertanya sambil matanya memandang tepat muka hamba. Belum sempat hamba menjawab Long Libon bersuara lagi. “Tu... Mahathir  yang kau nampak tu... itu bukan Mahathir..itu hantu raya. Mahathir udah lama mati. ”

“ Kau tahu kenapa Rosmah gemok macam itu... dia tersalah pakai susuk. Tok Bomoh dah siapkan susuk emas. Tapi ada orang kelepet susuk emas itu...ganti dengan jarum peniti. Tu pasal dia jadi gemok dan muka nampak  masam. Kau  ingat aku ni bohong ke? Kau ingat Bala... Bala yang  jaga Altantuya  tu mati kerana apa? Bukan kerana sakit jantung laaa.. aku tahu... dia  kena buatan  Bomoh India”.

Hamba terpinga-pinga. Hamba tidak ada pilihan melainkan  mendengar semua kuliah ‘ hantu, jin dan polong’ yang keluar dari mulut Long Libon. Untuk menyedapkan cerita kesemua anak beranak sokong menyokong. Ayah kata ini. Emak kata itu. Tiga orang anak angguk mengangguk. Hamba seorang sahaja yang melopong mendengar. Yang menjadikan hamba kecewa ialah Pelesit Sundal Malam pun turut sama mengaminkan apa sahaja hantu yang keluar dari mulut ayahandanya.

Dipendekkan cerita, esoknya sesudah minum pagi Long Libon a.k.a Mat Koyo sudah berjanji untuk membawa hamba  ke tempat jala tersangkut. Hati hamba berdebar-debar. Apakah rahsia  yang akan menjelma. Apakah  Hantu Raya Mahathir akan datang atau Bomoh India akan muncul.

Kami berempat sampai ke tempat yang ditujui. Bukan ditepi sungai. Bukan ditebing jala tersangkut. Tapi dihadapan sebuah bukit batu. Tanpa banyak becakap Long Libon menghampiri tembok batu itu dan membisikan sesuatu. Tetiba tembok batu itu terbuka luas.  Dengan tanda isyarat Long Libon menjemput  kami masuk. Hamba diapit oleh Pidun dan Kitam.

Apa yang hamba lihat dalam gua ini  terlalu payah untuk hamba kesahkan. Mungkin ramai akan menuduh hamba ini membawa kesah kurafat. Membawa kesah karut marut. Membuat onar mengoncang akidah. Tetapi hamba rasa kesah ini wajib disampaikan kepada anak cucu cicit kita agar mereka akan menurunkan  riwayat ini kepada anak cucu cicit mereka pula.

Macam tak percaya apa yang hamba lihat  dalam gua batu ini. Dua buah injin jet tegak berdiri. Sahehlah ini injin jet TUDM kerana diinjin itu ada tertulis dalam tulisan Jawi : Kalau kantoi tuduh Muthu Towkay Besi Buruk. TUDM rules okay! Mulut hamba ternganga melihat injin jet ini. Rupa-rupanya dalam gua ini ianya tersimpan.

Kami berjalan lagi hingga sampai ke satu petak yang agak terang. Disini mata hamba menjadi kabur. Kabur kerana tak percaya apa yang sedang hamba lihat. Diatas sebuah meja batu tersusun pistol-pistol pelbagai jenis. Mata hamba mula menghitung. Ada terkira 44 pucuk pistol. Tak jauh dari meja pistol itu hamba ternampak tiga butir bom. Jelas bertulis C4. Di sebelah bom itu kelihat 14 laras senapang jenis lama,  5 pucuk Styner dan 6 pucuk Kalashinikov. Di tepi bom C4 itu  ada sahelai kertas berrtulis : Bukan Razak Baginda Yang Curi.

‘ Semua ini adalah senjata polis dan tentera kita yang dikatakan hilang. Lihat disana ada 44 pistol polis.  Inilah pistol yang dikatakan jatuh ke dalam air oleh Zahid Hamidi. Tujuh pistol itu agak kemik sadikit kerana jatuh dari lubang jamban. Kemik kerana lubang jamban itu agak kecik. Lihat di sana ada beberapa buah walkie talkie... semua ini harta PDRM..”

Demi Zeus apabila hamba hampir jatuh pengsan. Senjata ini memang telah dilaporkan hilang. Injin jet ini telah lama dicari tak jumpa jumpa. Dalam laporan tahunan audit negara yang terbaru memang ada laporan pistol polis hilang.Tetapi bagaimana injin jet ini, senapang ini dan pistol ini masuk ke dalam gua ini.

“ Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Zahid Hamidi tentang pistol dan senapang jatuh ke dalam air  adalah betul. Hanya parti pembangkang yang suka membuat heboh. Tuduh sana tuduh sini. Mereka tidak tahu cerita sebenar. Kami  sekeluarga sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Kami tak membawa cerita kepada sesiapa pun. Ini janji kami dengan Wong Kaitong.”

Siapa pulak Wong Kaitong?  Belum pun sempat hamba membuka mulut untuk bertanya Long Libon terus bersurah panjang. Rupa-rupanya jala Long Libon telah tersangkut  dengan anak Jin Afrit Wong Kaitong – Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban.  Long Libong telah melepaskan anak Wong Kaitong  dari perangkap jala maka sebagai hadiahnya  Raja Sungai Parit Longkang dan Segala Jamban ini telah memberi mantra sakti untuk membuka mana-mana gua batu dalam dunia ini.

 
Memang susah hendak dipercayai riwayat ini. Tetapi hamba telah melihat dengan mata sendiri  44 pucuk pistol PDRM terletak dimeja batu.  Malah mengikut surah Long Libon pistol PDRM yang ditemui dalam jamban itu mungkin akan  berkarat kalau tidak di selamatkan oleh Wong Kaitong.

Maka hamba tersedar bahawa rupa-rupanya selama ini ada makhluk yang menjadi Raja yang menjaga sungai parit dan jamban. Hamba tidak menyangka  bagitu besar peranan Raja ini. Rupa-rupanya Raja inilah yang telah menyelamatkan semua pistol PDRM yang terjatuh ke dalam sungai, parit, longkang, kolam dan jamban. Bersyukur!

Hamba termenong sabentar. Bagaimana dengan bom C4? Kenapa dia ada disini? Apakah ada juga Raja Jin Afrit yang menjaga bom ini?  Long Libon macam tahu sahaja apa yang ada dalam kepala hamba.

“ Bom C4 itu telah dijumpai dalam jamban di Bukit Damansara.  Wong Kaitong telah menyelamat Damansara kerana semua jamban-jamban telah tersumbat kerana ada orang menyimpan bom ini didalam jamban”. Mata hamba terbeliak bila mendengar bab ini.

Kami pun berundur ke pintu gua. Long Libon  dengan senyum terus bercerita.  “Sesekali aku pun buka pintu gua lain’.  Maka hamba terfikir mungkin dalam gua yang lain  ini Long Libon terjumpa emas atau micro chip yang pernah hilang di Sebrang Prai. Mungkin inilah yang menjadikan keluarga ini berubah nasib.

Dekat pintu, kami sekali lagi berhadapan dengan dua jet injin. Mata hamba memandang tepat dan cuba mencari jawapan dimana agaknya  injin ini ditemui oleh Wong Kaitong. Mungkin dalam Sungai Perak atau Sungai Pahang.

‘ Aku tahu apa yang dalam kepala kamu. Kamu nak tahu dari mana injin jet ini ditemui. Jangan terperanjat. Jet ini ini di temui oleh Wong Kaitong dalam jamban Rosmah di Putrajaya.”  Mulut  hamba terbuka luas. Demi Kala Dewata hebat sungguh Wong Kaitong.

Akhirnya hamba berpuas hati. Lalu meminta diri untuk pulang. Ditengah jalan baru  teringat  hamba belum dapat jawapan kenapa minah cun gadis sunti itu diberi nama Pelesit Sundal Malam. Mungkin itu kesah lain. ( TT)
  
 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini 
sila pukul talipon:
03-92-21-10-45 

-----------

17 ulasan:

  1. bro tt...ko nie mmg brilliant...ko nie sasterawan bg pihak pakatan rakyat...kalu ko duk UK,da lama queen anugerahkan u title " SIR" kat u....anyway taniah keep it up....have fun enjoy life.

    BalasPadam
  2. saya paling tak suka baca crita sastera .....tp crita sastera bro tt saya minat betul...tak stress sangat,bahasa mudah ,ringkas dah senang difahami...kalu sastera bro tt masok dalam paper exam "SPM",i pasti skor "A" puyer..tima kasi bro tt...plz keluarkan buku sastera bro tt...i tak nak jadi mcm "Hassan Malik"...syabas ,U R The Best!

    BalasPadam
  3. Bro..

    terima kasih kerana mencerikan hari aku..dikala daku dirundung kegawatan ekonomi..nak tengah bulan ni bro...
    budget tak lepas ni..

    Klasik sungguh cerita ni..nak terkentut2 aku ketawa membaca..mana nak dapat story yang sahih dan telus ni bro..

    Simpati aku juga kat kak semah..terkena penangan jarum peniti.. tu yang macam totttt..tak sangup aku mengutuk kak semah..simpati bebenor..kahkahkahkah

    I luv u bro tt...

    BalasPadam
  4. yo bro tt.., cerita lu sempoy cam lahanat tapi gua suka sangat-sangat... lama gak gua tak beri komen kat mana-mana blog maya.. to be frankly bro tt., I loved your 'tales' since ' anak penghulu tua ngan bik mama ' .. well 2009 was the year (or was it ?)

    BalasPadam
  5. kau memang celaka....
    macam2 idea....
    bulls eye......
    teruskan bercerita....
    kah...kah...kah....

    BalasPadam
  6. hanya cia kenal cia..hanya sasterawan kenal sasterawan..hanya pejuang kenal pejuang..kah kah kah buat buku millionaire lah penulis ni...woit nak tanya long libon cia ke? kah kah

    BalasPadam
  7. Apa nak komen yer??

    Gelak ajerlah...

    Kah,kah,kah,kah,kah,kah.....

    BalasPadam
  8. TT punya power buat aku rasa macam nak menangis je ni..

    BalasPadam
  9. takan takda batu bersurat kastam cencen jota 24 dan rekod imigresen altantoya dalam gua tu....mesti ada mambang darat,laut atau sungai yang memantau akaun bank tabungan dari kecik-kecik

    BalasPadam
  10. kali ni u punya story mat gelap gelap makan pun boleh tercekik sebab tergelak,sampaikan tengah sedap punya kunyah teringat u punya story,baik gua tak kojol tersedak sebab teringat u punya story

    BalasPadam
  11. Bro tt, gua cadangkan supaya semua cerita sastera u di kumpul..dan di buku kan...ramai yg akan beli buku sastera u....hasilnya buku tu ko ambik separuh, yg separuh lg ko kasi dapur jalanan...Tq for all ur stories..

    BalasPadam
  12. ha..ha..ha..Bro TT saya suka idea bro..klasik dalam sindiran..mengena..!!lepas ni sila
    bukukan dari crita yang dulu-dulu sampailah sekarang...saya nak beli.

    BalasPadam
  13. Ini baru real idea terlarang yang sangat2 terlarang . Ahaha , budak kecik , orang muda , orang tua , orang "hasan malek(bodoh)" , orang ceredik , semua boleh paham ! Ni kalau MIG Production amik plot cite ni buat movie mau pecah panggung , kalah cerita aca aca pecah panggung "tanda putera" . Ahahahaha ,

    BalasPadam
  14. Malam ni bini rosmah baca..1000 tahun tak lelap lena pasal enjin jet yg hilang tu.. silap haribulan, dia pun sama terkentut2 tak yahan cerita seram tt.. sebenarnya bukan beli pun enjin2 jet tu..tapi bini rosmah markup dlm proposal jer.. duit kerajaan yg dibayartu, trus solid molid masuk poket terkangkang2..wow bestnyer.. patut la pemimpin UMNO dan mufti2 sibuk suruh bersyukur.. dia merembat juta2 beliung.. alih2 kita pulak nak kena bersyukur.. syukur kepala bana haper ni???

    BalasPadam
  15. weiii tt bab kecek jarum peniti tu nan indak tahan...kok c rusmah mambaco lu punyo carito iko mau tosodak pangka anak tokak dio

    BalasPadam
  16. kat meja tu lebih pistol...pistol saper yg lebih tu..ada 9 pistol lebih...laporan audit tahun tahun sebelum ni betul ke tidak ni...?

    BalasPadam