AMERIKA BANGGA DENGAN
GUNUNG RUSHMORE
MALAYSIA BANGGA
DENGAN GUNUNG RASUAH MORE
SPRM ACUH TAK ACUH MENYIASAT RASUAH MEMBABITKAN AHLI POLITIK
YB Dato’ Senator Paul Low menjawab soalan lisan saya mengenai jumlah laporan rasuah yang diterima terhadap ahli politik di antara 2010 hingga kini dan jumlah siasatan yang dibuka. Saya juga bertanyakan dari jumlah itu, berapa kes yang dihantar kepada Peguam Negara dan berapa kes yang berakhir dengan pendakwaan.
Jawapan yang diberikan Menteri adalah pendek dan mengelak dari menjawab soalan yang sebenarnya. Jawapan ringkas itu hanya berbunyi:
“Sepanjang tahun 2010 hingga Ogos 2013, SPRM telah menangkap 9 orang ahli politik dan dari jumlah itu, 5 orang telah didakwa di mahkamah”.
Soalan yang saya ajukan cuba mengesahkan bahawa SPRM ada melakukan siasatan terhadap ahli-ahli politik tetapi kertas pendakwaan ditolak oleh Peguam Negara. Oleh itu, statistik berapa siasatan yang ditolak oleh Peguam Negara adalah penting untuk mengesahkan dakwaan SPRM selama ini bahawa Peguam Negaralah yang bertanggungjawab melindungi SPRM.
Walau bagaimana pun, keengganan SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan berapa siasatan yang dibuka terhadap ahli politik dan berapa kertas siasatan yang dihantar kepada Peguam Negara menunjukkan bahawa SPRM pun acuh tidak acuh dalam memerangi kegiatan rasuah di kalangan ahli politik. Dari jawapan di Parlimen ini, saya boleh merumuskan bahawa SPRM pun turut sama melindungi ahli politik yang rasuah seperti mana Peguam Negara.
Lebih merunsingkan adalah bilangan ahli politik yang disiasat dan didakwa. Dalam tempoh hampir 4 tahun, hanya 5 orang didakwa iaitu bersamaan seorang ahli politik setahun sedangkan masyarakat umumnya berpendapat ahli politik adalah golongan yang paling kuat mengambil rasuah di samping pegawai penguatkuasa undang-undang. Saya pasti lebih ramai pegawai penguatkuasa undang-undang yang didakwa di mahkamah dalam tempoh yang sama berbanding ahli politik.
Merujuk kepada jawapan menteri yang sama kepada soalan YB Azmin Ali pada 14 November 2013, statistik kes rasuah yang diselesaikan di peringkat perbicaraan awal dan disabitkan kesalahan adalah seperti berikut:
Tahun
|
Diselesaikan di peringkat perbicaraan awal
|
Disabitkan kesalahan
|
2011
|
520
|
388 (75%)
|
2012
|
401
|
339 (85%)
|
Jun 2013
|
162
|
144 (89%)
|
Jika dibandingkan dengan hanya 1 orang ahli politik setiap tahun yang disabitkan dengan kesalahan berbanding dengan jumlah keseluruhan, jelas menunjukkan bahawa SPRM tergesa-gesa dan takut-takut untuk menyiasat dan mendakwa ahli politik.
Kadar kejayaan mensabitkan kesalahan yang tinggi (antara 75% hingga 89%) juga menunjukkan bahawa SPRM ada keupayaan untuk mengumpul bukti yang secukupnya untuk mensabitkan kesalahan rasuah. Jika SPRM berjaya mencatat kadar pensabitan yang begitu tinggi dengan rakyat biasa, kenapa SPRM memberi alasan tidak mendapat cukup bukti untuk mensabitkan kesalahan ahli politik?
Oleh sebab itu, saya yakin bahawa kadar pensabitan kesalahan rasuah yang melibatkan ahli politik sebanyak satu orang setiap tahun sejak 2010 itu adalah kerana SPRM tidak mahu menyiasat ahli politik, sedangkan ahli politik dipandang umum sebagai golongan yang paling banyak bergelumang dengan rasuah.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
--------------------
Dia orang bukan hendak pemimpin memimpin dengan bertanggungjawab tapi hendak menjadikan pemimpin sebagai jutawan politik.....Kah....kah...kah...Taik makmod sergah kenakalan dia orang maka dia orang pun diam-diam la.....kah....kah.....kah......ikutlah hasanmalek ayam style......kalau sudah pandai mencuri cuba pula jadi bodoh bila kedapatan menchuri.....kah...kah....kah.....
BalasPadamKalau rasa ikan jerung susah ditangkap, jangan tangkap....tangkap pula ikan bilis...kah...kah....kah..
BalasPadam