KENYATAAN AKHBAR MP ALOR SETAR GOOI HSIAO LEUNG MENGENAI USUL SEGERA
YANG TELAH DIKEMUKAKAN KE ATAS ISU PENYAHSENARAI KELUAR BERNAS DARIPADA BURSA
MALAYSIA - 20 Nov 2013
Semalam semasa perbahasan peringkat
jawatankuasa bajet 2014 bagi Kementerian Pertanian, saya telah membangkitkan isu
pelaksanaan aktiviti korporat BERNAS untuk menyahsenarai keluar daripada Bursa
Malaysia, dan telah meminta Kementerian Pertanian menjawab mengapa kerajaan
tidak menggunakan "golden
share" ataupun hak di bawah Perjanjian Penswastaan yang
ditandatangani dengan BERNAS pada 18hb Januari 1996 yang memberikan kerajaan
hak veto untuk menghalang pelaksanaan aktiviti korporat BERNAS demi kepentingan
negara dan keselamatan Malaysia.
BERNAS memainkan peranan
negara yang kritikal dalam industri beras dengan tanggungjawab untuk
mengekalkan keselamatan makanan utama negara (kini mengawal 24% pasaran padi,
dan 45% permintaan beras tempatan), dan juga tanggungjawab social dengan bertindak
sebagai pembeli terakhir bagi petani padi pada harga lantai yang ditentukan
oleh kerajaan.
Hari ini, BERNAS yang memiliki
monopoli pengimportan beras mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM1.67 bilion
dengan pendapatan hasil sebanyak RM3.63 bilion dan keuntungan sebelum cukai
sebanyak RM165 juta pada tahun 2012. Pendapatan ini diramalkan akan semakin
meningkat setiap tahun di bawah kepimpinan Syed Mokhtar Al- Bulkhary, dengan jaringan
syarikat-syarikat beliau yang memegang lebih daripada 83 peratus saham BERNAS.
Dengan hak monopoli
industri beras yang dipegang oleh BERNAS, orang awam menjadi amat bimbang
sekiranya BERNAS berjaya menyahsenarai, ia boleh jatuh ke tangan individu
persendirian, contohnya dalam kes ini, Syed Mokhtar Al-Bulkhary, melalui
jaringan syarikat-syarikat dia.
Selepas penyahsenaraian
BERNAS, ia tidak lagi tertakluk kepada peraturan-peraturan Suruhanjaya
Sekuriti atas akauntabiliti dan ketelusan yang ketat - tidak akan ada apa-apa
keperluan untuk mematuhi peraturan ketat ke atas laporan kewangan, peruntukan
kewangan, aktiviti korporat, pelupusan atau penstrukturan semula pegangan saham,
ini termasuk penjualan BERNAS kepada mana-mana entiti milikan asing.
Dalam penggulungan ucapan
Timbalan Menteri Pertanian lewat semalam, beliau tidak mengurangkan kebimbangan
orang ramai terhadap urusan BERNAS, sebaliknya beliau hanya menimbulkan
persoalan yang lebih serius daripada kalangan orang ramai, dan seterusnya
menimbulkan keperluan untuk mendebatkan isu ini serta-merta di Parlimen
mengenai isu BERNAS.
YB Dato' Tajuddin Bin Abdul
Rahman telah memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan memang bimbang dengan
penyahsenarai BERNAS tetapi beliau tidak menyatakan dengan jelas pandangan
kerajaan ke atas penyahsenaraian BERNAS, sama ada kerajaan menyokong ataupun
menentang langkah penyahsenaraian BERNAS.
Beliau juga tidak menjelaskan
apa langkah-langkah yang sedang diambil untuk rapat meneliti penyahsenaraian BERNAS.
Timbalan Menteri telahpun mendedahkan
rancangan BERNAS untuk menjalani proses konsolidasi selepas penyahsenaraian
yang tersebut, dan selepas itu BERNAS akan menyenaraikan semula lagi - suatu
fakta yang kemudian beliau mengata tidak dapat disahkan sama ada benar ataupun
sebaliknya. Ini menimbulkan soalan lanjut mengenai niat sebenar penyahsenaraian
ini - sama ada ia adalah dirancangkan untuk mengkayakan kroni-kroni BN UMNO.
Memandangkan jawapan
Timbalan Menteri yang tidak memuaskan dan tidak boleh diterima, saya telah mengemukakan
Usul Segera kepada Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat pagi ini dengan harapan
bahawa soalan-soalan yang penting ini dapat dibahaskan dengan sepenuhnya demi
kepentingan negara dan keselamatan makanan di Malaysia sebelum ia terlalu lewat
untuk menterbalikkan penyahsenarian ini.
Gooi Hsiao Leung
Ahli Parlimen ALOR SETAR
Naib Pengerusi Kedah PKR
---------
Bro TT.....Bidang pertanian bukan takat tanam padi.......tanam sawit pon pertanian jugak.....kalau tak suka durian runtuh kepada kroni nanti kena pelayang 'haramjadah'....baru hang tak tahu....
BalasPadam