Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H
Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa dan sejarah telah kita catatkan. Sebagai manusia pastinya setiap kali tahun baharu muncul akan ada pengharapan untuk kebaikan. Begitulah gambaran Hijrah yang tercatat di zaman khalifah Islam ke 2 waktu itu, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab. Seorang pemimpin yang berperibadi tinggi, berhemah dalam pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat. Tegas dan adil menjalankan tanngungjawab.
Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan dan pendidikan, mengukuhkan perundangan, ekonomi dan sosial. Baginda adalah wajar dijadikan contoh kepimpinan dalam kerangka memartabatkan agama dan membina bangsa di Malaysia. Insya Allah
Ayuhlah kita semua menerapi semangat kepimpinan baginda yang mengutamakan hak dan kebajikan rakyat. Kita laksanakan tatakelola pentadbiran yang adil dan amanah. Justeru semangat Hijrah ini dapat dimaknai dan dinilai dengan keikhlasan dalam menjalankan tugas harian. Maka tidak akan timbul pengkhianatan kepada semua pemegang amanah.
Oleh yang demikian, KEADILAN menyeru kepada seluruh warga Malaysia sempena tahun baharu Hijrah ini agar kita semua terapkan dalam kehidupan dengan semangat politik nilai yang menzahirkan kepimpinan yang dihormati.
Salam Maal Hijrah 1435.
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KEADILAN Rakyat
---------
tambah sikit boleh: Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan ISLAM dan pendidikan ISLAM, mengukuhkan perundangan ISLAM, ekonomi ISLAM dan sosial ISLAM.
BalasPadam