Selasa, 31 Disember 2013

JEMPUTAN KE PESTA BERGULING GULING





Gesaan terakhir untuk turun ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup

Assalamualaikum . Saya Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) ingin mengesa buat kali terakhir seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk sama-sama bersolidariti dalam Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada malam tahun baru 31 Disember 2013. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa himpunan ini bukan untuk menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap kenaikan yang menggila barang keperluan rakyat akibat atas alasan ‘memperkukuhkan ekonomi’.

Sesungguhnya kenaikan harga barang yang begitu mendadak dikala rakyat terhimpit dengan hutang isi rumah yang tinggi terutama hutang pinjaman perumahan dan pinjaman kereta hasil dari polisi yang tempang menjerut leher rakyat. Respon pihak kerajaan berkenaan isu kenaikan harga barang cukup mengecewakan dan dilihat seperti memperbodoh-bodohkan rakyat yang dalam kesusahan. Oleh itu, sekali lagi saya menyeru mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia supaya turun bersama-sama rakyat ke Himpunan Bantah Kos Sara Hidup pada hari ini 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka.  

MUHAMMAD KAMARUL SETAPA

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya. 

MARI  RAMAI RAMAI
BERGULING GULING

----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan