MENCARI
AISHAH DI JELEBU
Jelebu
wilayah paling kering - wilayah lembah
gaung yang dipagari oleh ekor Banjaran Titiwangsa. Justeru mengikut kajian ilmu
alam Jelebu menjadi ‘wilayah bayangan
hujan - rain shadow area’. Pekan Jelebu dipanggil Kuala Klawang. Pekan kecil ini
ialah kota soldadu – garrison town.
Tentera British, Tentera Ghurkha dan Askar Melayu pernah berpengkalan di Kuala
Klawang.
Jelebu
amat stratejik kerana bersempadan dengan Selangor - ke Hulu Langat ke Ampang. Justeru, soldadu kolonial di Kuala
Klawang ini bertugas untuk mempertahankan Kuala Lumpur dari serangan gerila
Pembebasan Rakyat Malaya yang mengangkat senjata melawan British. Hari ini –
untuk ingatan sejarah – masih ada Jalan Ghurkha dalam pekan Kuala Klawang. Bangunan sekolah dan asrama sekolah aku adalah
bangunan peninggalan soldadu kolonial. Disini Aishah dilahirkan. Disinilah aku
dibesarkan.
Dengan
sebuah teksi wartawan Dean Nelson, Hadi dari Radio Bagsar Utama dan aku menuju
ke Jelebu. Mencari rumah keluarga Aishah tidak susah. Ini wilayah tempat aku
bermain. Orang yang aku cari ialah Cik Gu Kamar Martum kakak kepada Aishah.
Nama ini telah lama berligar dalam kepala aku. Si Cik Gu ini adalah juga kawan
baik dari arwah Cik Gu Zaleha Sidek emak
kepada Hishamuddin Rais. Pusing punya pusing ke situ juga akhirnya.
Kami
sampai disambut oleh suami Cik Gu Kamar.
Sang Suami juga seorang guru. Justeru
dengan pantas mengenali aku. Kami salam bersalam untuk kenal mengenal
sementara menunggu Cik Gu Kamar muncul.
Beberapa minit kemudian Yang Di Cari muncul. Cik Gu Kamar mengenali aku.
Dan terus bersurah tentang bagaimana Cik
Gu Zaleha dan dia aktif dalam Pandu Putera di Jelebu. Menurut perawi saheh ini , arwah emak aku akan
menulis ucapan Pandu Puteri dalam Bahasa Melayu dan Cik Gu Kamar akan menterjemah dalam
Bahasa Inggeris. Inilah sejarah yang mengkaitkan aku dengan keluarga Cik Gu
Kamar.
Lalu
aku buka cerita. Cik Gu Kamar terperanjat. Dia terus bertanya apakah adiknya
yang hilang selama ini telah ditemui. Dean Nelson secara
bersopan mengatakan ‘mungkin Aishah dan
mugkin tidak’ – semua belum saheh. Para wartawan di United Kingdom sedang
membuat selidikan kerana pihak polis enggan memberikan nama. Mengikut Dean
Nelson tugas wartawan – yang bukan
wartawan Malaysia - ialah mencari dan membuat
berita – bukan mengeluarkan berita bodek.
Justeru
walau pun polis enggan memberi apa-apa maklumat tetapi jika wartawan telah memiliki berita dari sumber yang saheh maka tugasnya ialah
melaporkan. Inilah yang sedang kami lakukan di Jelebu. Kami mengumpul fakta.
Dalam masa yang sama tim wartawan Daily Telegraph di Lodon sedang ‘mengkorek’
apa sahaja yang boleh dikorek dari semua saluran.
Cik
Gu Kamar bersurah. Sesekali air mata meleleh. Sedih bercampur gumbira. Pada
ketika ini belum ada kesahehan, maka aku terpaksa menyatakan secara jujur
bahawa mungkin bukan Aishah. Ini untuk menyelamatkan keadaan jika BUKAN Aishah yang dilaporkan menjadi ‘hamba’.
Dean
sebagai wartawan menemubual Cik Gu Kamar dari pelbagai sudut. Mencari nama dan tarikh yang pasti. Bila
Aishah ke London? University mana
dia belajar? Maklumat ini tidak dapat kepastian. Masa telah membawa penyakit lupa. Aku memiliki ingatan tentang kes “Malaysian Maoist’ yang telah menghalau seorang profesor rasis
dari berucap di London School of Economic.
Dalam kumpulan ini aku yakin pasti Aishah terlibat. Maka dari sini timbul berita mengatakan Aishah
belajar di LSE. Sebenarnya maklumat ini tidak betul. Aishah belajar ilmu
Pembinaan Bangunan di Brixton School of Building – yang kini telah menjadi
sebahagian dari London Southbank Universiti.
BALING 1974
Hampir
tiga jam kami di rumah Cik Gu Kamar. Sebelum pulang kami singgah ke pekan Kuala
Klawang untuk makan tengah hari. Disini
aku terangkan kepada Dean mengapa Sang Suami TIDAK bercakap apa apa pun. Tidak
mengeluarkan pendapat. Hanya duduk mendengar. Dalam adat Negeri Sembilan ini dipanggil ‘watak menyemenda’ – tidak mencampuri hal
Sang Isteri. Justeru, kelihatan Cik Gu Kamar lebih dominan dari Sang Suami. Dalam kepala aku pasti watak perempuan Negeri Sembilan inilah yang dimiliki oleh Siti Aishah.
Dalam
teksi perjalanan puang - aku menalipon beberapa ‘kawan’ lama yang aku tahu mereka pasti tahu apa yang sedang aku
cari. Sayangnya - ada yang ‘buat-buat lupa’ dengan alasan telah terlalu lama. Sekali lagi masa menghambat ingatan. Ada yang
menggunakan alasan TIDAK BOLEH CAKAP
kerana arahan polis London. Ini lagi songel.
Pada keseluruhan aku faham – mungkin kerana pangkat dan gelaran, mungkin kerana kedudukan mereka ingin melupakan sejarah ‘Maoist’ mereka. Tetapi aku tidak
pernah melupakan apa yang mereka jangkakan aku lupa. Inilah hebatnya dibesarkan
di Jelebu dan minuma air dari Bukit Tangga.
Dari
dalam teksi perjalanan pulang - aku telah mengatur Dean untuk bertemu dengan Dr
Rohana Ariffin yang kini menjadi pemimpin Parti Rakyat. Dari ingatan aku Dr
Rohana juga menyambung belajar dikota London. Dalam masa yang sama Dean telah
berjaya menghubungi Abang Aishah dan akan bertemu esok pagi. Nampaknya apa yang
kami lakukan di Jelebu telah membawa hasil.
MASJID NEGARA 1974
Di
Kuala Lumpur aku gagal untuk hadir sebagai juri Hak Asasi Manusia untuk Dewan
Perhimpuan China. Tetapi ini bukan bererti aku tidak mengambil bahagian.
Teknoloji moden membolehkan aku terus
berhubung berbincang dan membuat pilihan
walau pun ketika itu aku berada dalam hutan diatas Bukit Tangga. Dalam
masa yang sama teknoloji moden juga telah membolehkan Adam Adli melayari
internet untuk memberi maklumat kepada aku tentang Aishah. Adam telah yakin ‘
marxist collective’ itu pastilah kumpulan Chairman Ara.
Sekembali
dari Jelebu aku mengetik komputer menyediakan tulisan untuk Suara Keadilan. Aku
beritahu Sang Pengarang – mungkin sadikt lewat – tapi akan beres. Dalam masa
yang sama Dean terus menghubungi aku untuk kesahehan beberapa maklumat. Dean juga memberi aku tahu nama Ara yang penuh ialah Aravindan Balakrishnan. Ini
hasil dari selidikan tim Daily Telegraph di London.
Selesai
aku membuat tulisan untuk Suara Keadilan aku pun membuat berita dalam blog – Tukar Tiub Memecah Berita Sedunia – Siapa
Dia Aishah? Siapa dia Chairman Ara?
Aku
banyak menggunakan metod satira dalam
mengolah berita. Aku menggunakan lawak
dan humour untuk menarik pembaca. Ini memang aku rancang. Tukar Tiub Memecah
Berita – hingga ke hari ini belum pernah lagi tersilap. Aku memastikan blog aku
TIDAK ada khabar angin, tidak ada fitnah dan tohmah. Kalau Rosmah itu gemok dan
pendek maka itulah yang akan ditulis oleh Tukar Tiub – tidak lebih dan tidak
kurang walau pun sekilo.
Malam
ini aku bersantai di Lorong Merah Brickfield. Aku menghantar dua sms tentang
Tukar Tiub Memecah Berita Sedunia. Satu
kepada Tuan Pengarang The MalaysianInsider dan satu lagi kepeda Tuan Pengarang
MalaysiaKini. Dua-dua Tuan Pengarang ini adalah kenalan baik. Untuk berlaku
adil aku memberi kedua-dua tahu tentang ‘pecah berita’ ini.
TASIK UTARA 1974
Jam
telah lewat tengah malam. Talipon aku berdering. Farhan dari MalaysianInsider bertanya tentang
‘Pecah Berita’. Aku kenal wartawan ini
tetapi aku rasa tidak mungkin Wartawan Muda ini tahu apa dibelakang ‘ breaking
news’ ini. Suam-suam aku layan. Tetiba Tuan Pengarang sendiri menalipon dan mahu datang bertemu walau
pun waktu telah melintasi jam 1:00 pagi. Aku bersetuju untuk
menunggu.
Amin
Iskandar bersama Farhan dari The
Malaysian Insider sampai ke Brickfield
lewat jam 1:30 pagi. Amin telah membaca
TukarTiub dan dia mahu cerita sabenar. Dia amat yakin bahawa aku mengetahui
lebih dari apa yang aku tulis dalam blog.
Lalu aku buka kan cerita.
Esoknya
Selasa 26 November 2013 – siapa ‘
perempuan hamba’ yang ditahan di United Kingdom telah diketahui dunia. Berita
diambil dari Tukar Tiun oleh The Malaysian
Insider dan merebak ke seluruh dunia.
Perempuan yang dikatakan hamba
itu rupa-rupanya perempuan dari Jelebu
bernama Siti Aishah.
INDIA 2013
Dean
Nelson menalipon aku. Dia mahu ke Jelebu sekali lagi. Rakaman dari talipon yang
dibuat kelmarin tidak bagitu baik. Dia mahu ulang rakam. Sebelum ke Jelebu Dean telah menerangkan kepada
aku bahawa dia telah sempat bertemu
dengan Dr.Rohana yang berjaya membantu menyambungkan lagi dengan beberapa orang lagi
‘kawan’ lama.
Di
Jelebu aku tidak tahu apa yang berlaku. Tetiba Cik Gu Kamar menalipon aku dan
memberitahu bahawa Dean mempelawa dia untuk terbang ke London. Aku menyokong. Untuk aku ini peluang agar dapat dipertemukan kakak dengan adik yang selama ini
telah hilang. Aku tahu perasan itu. Aku tahu perasan keluarga. Kerana aku juga pernah mengelincir untuk terus berkelana selama 20
tahun.
Dihari
Selasa yang ini - internet aku mati kerana talian dimakan oleh ana-anai.
Justeru aku sibuk cuba memperbaiki talian.
Tetiba Dean memeberitahu aku jika boleh aku temani Cik Gu Kamar ke
London sama. Aku minta masa kerana ketika
ini Bilik Sulit telah disusun untuk dipentaskan di Kota Bahru dan Kuala
Terangganu. Fikir punya fikir, akhirnya aku terima jemputan ke London walau pun aku
tahu bulan November adalah bulan paling
sejuk.
Aku
pun membuat beberapa panggilan talipon memberitahu bahawa aku akan ker London pada
hari Rabu. Belum pun sempat sms aku
dijawab Deen Nelson dari Dailay Telegraph telah menalipon aku sekali lagi - ‘ we go
tonite - kita terbang malam ini’. Dean
Nelson pulang dari Jelebu dengan membawa Cik Gu Kamar Martum. Kini dari Jelebu kita terus mencari Aishah di London. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------
1.buat peghabih ayaq lioq je le cerita hang ni!!penamat cerita dah tahu!!tak dak unsur suspen lagi!!
BalasPadam2.siti aishah masih jadi hamba komunis kat sana!!
3.kalau guna pengaruh rosmah!!rasanya si ct tu dah kembali dan berjamaah dimasjid kat jelobo tuuuuuu!!!!!!
JNN 03 Dec 2013 Dubai : Israeli President Shimon Peres has secretly addressed a number of Arab and Muslim politicians two weeks ago during a summit organized in Abu Dhabi.
BalasPadamAccording to a report published in the Israeli daily Yedioth Ahronoth on Monday, Peres appeared before 29 foreign ministers from the Persian Gulf states, Arab League countries and other Muslim nations. The king of Saudi Arabia’s son was also among the participants of the meeting.
Peres appeared on a video screen at the (Persian) Gulf States Security Summit, sitting in his office in Jerusalem with an Israeli flag behind him.
The foreign ministers of Bahrain, the United Arab Emirates, Kuwait, Oman, Yemen and Qatar were present, as well as foreign ministers from the Arab League and other Muslim countries, such as Indonesia, Malaysia and Bangladesh.
Bro, ini cerita misi menyelamat ka cerita misi menyelam?
BalasPadamApa yang menarik sangat ajaran marxist, maoist dan komunis ni sampai sanggup menghabiskan umur memperjuangkannya. Macam Siti Aishah tu apa dia dapat dengan menyertai "Marxist Collective" ? Terlalu terpengaruh dengan cita-cita atau angan-angan seseorang yang terlalu berkarisma sehingga sanggup meninggalkan segala-gelanya. Bagi aku apa gunanya perjuangkan sesuatu sampai hidup tak serupa orang, hilang keluarga, tiada pekerjaan tetap dan takde harta(rumah). Berbaloi ke ?
BalasPadam
BalasPadamanon 433
sekurang2na dia memperjuangkan SESUATU dlm hdupnya. dia bahagia dengannya. dia tak kacau org. lagipun hebuh2 pun buat apa, bukan semua org faham-mcm lu!hidup straight saja...
Iyer.....kalau bukan maoist...sebok dan bangga berbini baru...baru lepas cerai dah kahwin lain....masalah lama tak tahu nak handle...cipta masalah baru...kalaulah semua melayu tu kominis....tak kan nampak kita melayu kaki lepak pemalas haprak.....kominis punya hasil...semua melayu kaya rayalah...kenapa...semua nya mengominiskan masa dan ekonomi.....kan bagus kalau semua kerja keras......kena beli pun susahlah kalau kominis melayu ni...baru ada akal umno.....
PadamAnak Johor.
BalasPadamSiti Aishah adalah hamba ideology
bukan hamba manusia.Kita perlu tahu bagaimana ideologinya mampu mengawai mindanya selama ini.
Tak kuasa Mak Jemah. Baik memperjuangkan sesuatu yg berlandaskan Islam. Kbai!
BalasPadamYa betul.. nabi2 baru dlm PAS sudah menghalalkan riba. Ikut la Islam lagi. Ada konsert bantah. Nak main lendir bantah. Nak mabuk2 bantah. Time untuk RIBA, takder pulak yg membantahnyer.. dosa konsert, dosa mabuk2, dosa main lendir dan sumer dosa2 lain tu, lebih besar dari dosa riba ker?
Padamberbaloi ke ada kerja tetap denga harta (rumah)?
BalasPadamKesian Aisyah. Nak lawan Kapitalis, masuk Komunis.Masuk Komunis kena hambakan orng Komunis pula.
BalasPadamKenapa Aisyah tak guna ideology Komunis untok bebaskan dirinya dariKomunis auta Keling tu.???
Kesian Hidup nya rugi se mata2
Revolusi diri sendiri pun tak tercapai.
slalunya dan semestinya org akan bckp begitu..kenapa komunis, kenapa marxist, kenapa x islam, kenapa itu, kenapa ini...
BalasPadamcume aku tumpang gumbira sbb ada watak yg x punya ape2 kpentingan peribadi tapi punya nilai yg tinggi di sudut lain...
dan watak itu beranak dari jolobu...