SEMUA BERMULA
BILA JALA TERSANGKUT
KESAH ITU BERSAMBUNG LAGI
Telah berkali-kali bulan ditelan gunung. Telah berkali kali matahari hilang dan timbul. Hujan dan ribut pergi dan datang. Sawah telah bertukar musim bermusim. Lembu dara bunting mengawan. Daging salai mengeras di para. Umbut telah menjadi batang. Rebong telah membuluh panjang. Hamba masih lagi terperanjat apabila teringatkkan apa yang hamba lihat dalam gua bersama Long Libon.
Lalu hamba terfikir apa-apakah benar yang hamba lihat itu. Apakah benar segala pistol mata-mata yang hilang itu kini tersimpan dalam gua. Apakah benar kata Pak Menteri bahawa pistol jatuh dalam jamban. Apakah benar semua walkie talkie milik pak mata mata ini tercicir. Atau Pak Menteri sengaja berlabon untuk menghembuskan asap kecubung pada mata Orang Kampong.
Hamba terus tertanya-tanya. Bagaimana dengan Klashinkov Geng Mamak? Apakah benar senjata itu jenis yang dikatakan oleh Pak Menteri. Dari mana datangnya senjata ini. Alangkah jauhnya senjata ini telah berlayar. Dari Moscow ke Kuala Nerang - dari Leningrad ke Kuala Ibai. Berbulan bulan senjata ini berjalan sebelum ianya sampai ke tangan Geng Mamak. Geng Mamak ini siapa kepalanya? Geng Mamak? Kah kah kah.
Biar hamba katakan disini. Demi Zeus , demi buah langsat, demi jeruk petai , hamba bersumpah dihadapan Kala Dewata. Demi segala bijian yang tumbuh dalam dunia ini. Sebenarnya secara jujur hamba katakan bahawa hamba masih lagi merasa sangsi walau pun mata hamba telah melihat dan tangan hamba telah menjamah. Hamba tidak yakin apa yang telah dirakamkan oleh mata hamba.
Maka dengan itu hamba pun bertafakur sabentar mencari ilham mencari akal. Lalu hamba bergulung guling dalam bara yang panas. Lalu hamba berlapar dahaga tujuh hari tujuh malam. Akhirnya hamba bertapa dibawah pokok pisang yang ditanam ditanah kuala dua sungai. Semuanya hamba lakukan dengan niat hamba ingin mencari apa yang salah dan mencari apa yang benar. Apakah ucapan Pak Menteri itu kerana mabuk kecubung atau mabuk air akar pinang?
Ketika hamba berlapar dahaga - ketika hamba berkhalwat dibawah pokok pisang - antara sedar dengan tidak – hamba telah mendapat ilham agar hamba pergi sekali lagi ke gua yang sama. Apakah ini betul betul ilham? Atau apakah ini hanya khayalan kerana perut hamba yang kosong telah menjemput air naik ke kepala.
Empat puluh hari empat puluh malam hamba bertapa. Hingga kecut tulang belulang. Hingga kempis rusuk dan peha. Di hari ke empat puluh lima datanglah seru yang meminta hamba pergi kembali ke gua batu dimana pistol mata mata masih tersimpan. Dimana walkie talkie mata-mata sedang disorokan
Dipendekan cerita hamba pun menapak kembali menuju ke arah Kampong Lidah Bercabang. Satelah berjalan tiga hari tiga malam pada tengah hari keempat tetiba dunia menjadi gelap. Awan biru bergerak menjadi hitam. Sinar matahari hilang entah kemana. Kilat gajah mula menyambar. Guruh mula berdentum. Ketika ini antara sedar dengan tidak seru pun datang lagi meminta hamba agar tidak menapak ke Kampong Lidah Bercabang. Hamba diminta berjalan terus melitasi kampong Long Libon menuju ke arah matahari terbenam.
Maka itulah yang hamba lakukan. Hujan pun turunlah. Petir sabung menyabung. Siang telah menjadi malam. Maka berfikirlah hamba bahawa hujan baginilah yang membawa Bahtera Si Tenggang tersangkut di Sungai Gombak. Hujan sabagini jugalah yang menjadi perlindung kapal pedagang Aceh berjaya datang membawa daun gaja masuk ke muara Sungai Melaka. Hujan baginilah yang dijadikan perlindungan oleh para Cukong dan Taikong yang datang dengan perahu runcing penuh membawa Mat Bangla dari Songkhla.
Dalam hujan yang mencurah macam air terjun ini, hamba telah mula hilang pedoman. Entah betul entah tidak arah jalan yang hamba ambil. Tetiba macam ada satu tarikan besi berani yang maha kuat sampai. Hamba tidak ada tenaga untuk melawan. Antara sedar dengan tidak hamba pun mengikut sahaja tarikan besi berani ini.
Sesedar hamba hari telah petang. Alam telah kering. Matahari telah condong. Burung berkicauan. Hujan dan petir telah hilang entah kemana. Dan hamba tercegat berdiri betul betul dihadapan gunung batu. Gunung batu ini seakan-akan gunung yang sama yang telah hamba masuki dengan Long Libon. Tetapi apabila hamba perhatikan dengan rapi sedarlah hamba bahawa gunung ini bukan gunung yang sama.
Disini hamba mati kutu. Tidak tahu apa yang wajib hamba lakukan. Hamba tidak ada mentera dan jampi. Hamba tidak ada kemenyan membusut jantan. Hamba tidak ada jin dan polong yang dapat membantu. Lalu hamba duduk bersandar ditepi sebuah batu besar. Ketika dan saat ini hamba merasa amat letih. Hamba rasa amat lapar. Lalu hamba tertidur.
Kemudian hamba terbangun. Hamba tak sedar berapa lama hamba tertidur. Sebenarnya hamba terjaga kerana hidung hamba tercium bau itik panggang. Hidung hamba terbau aroma serai terbakar. Mata hamba terperajat apabila terlihat sebuah dulang penuh lauk pauk ulam dan pucuk. Lalu hamba ketuk kepala hamba perlahan lahan ke tepi batu untuk menyedarkan hamba dari mimpi. Tetapi hamba tidak bermimpi. Hidangan yang hamba lihat itu adalah benar belaka – tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Tanpa membuang masa hamba pun bersantap. Ada itik pangagng. Ada ikan bakar. Ada puyuh berendang. Ada baung kering. Ulam dan pucuk berlonggok longgok. Adalah bohong kalau hamba katakan makanan ini tidak enak. Adalah fitnah jika hamba katakan hamba tidak gumbira. Oh dunia! Indahnya hidup ini. Pucuk dicita ulam yang datang.
Ketika berhadapan makanan ini hamba terfikir alangkah enaknya jika Pelesit Sundal Malam ada bersama. Alangkan indahnya hidup ini jika sesudah makan Pelesit Sundal Malam akan menyajikan Kopi 343 dari Muar. Alangkah indahnya hidup ini jika sesudah makan hamba dapat menghisap sebatang curut dari Havana. Alangkan alangkah.
Sesudah selesai makan hamba menoleh ke belakang. Mata hamba terperanjat besar. Mata hamba tebeliak saperti mata Iskandar Kutty terbeliak melihat perlabuhan Pulau Pinang satelah bertongkang tiga minggu dari Kerala. Secawan kopi hitam sedang berasap. Ditepinya terlihat sebatang curut dari Havana.
Aduh! Siapakah agaknya yang dapat membaca apa yang ada dalam kepala hamba. Adakah ini kerja Ajen CIA yang sedang bertugas di Pejabat Peguam Negara? Adakah ini sistem teknoloji membaca otak yang hamba pernah dengar sedang dikaji selidik oleh Jabatan Pertahanan Amerika. Atau adakah ini alat risikan yang dibocorkan oleh Edward Snowden bekas ajen CIA yang sedang digunakan oleh kerajaan Singapura untuk mengintip Najib. Hamba hanya bertanya. Hamba tidak ada jawapan.
Rasa takut ada. Rasa gumbira ada. Gumbira kerana apa sahaja yang hamba fikir semuanya ada dihadapan mata. Hamba takut apakah nanti apa sahaja yang hamba fikirkan ianya akan muncul dihadapan mata. Hamba takut kerana hamba selalu berfikir yang bukan bukan. Takut yang bukan-bukan ini akan dimakbulkan. Tetapi berahi hamba kepada Pelesit Sundal Malam tidak pula dimakbulkan. Kalau kopi 343 sampai – kalau curut Havana sampai – maka hamba bertanya kenapa Pelesit Sundal Malam tidak muncul muncul.
Sedang hamba berangan berahi dengan Pelesit Sundal Malam tetiba batu gua pecah terbuka. Muncul seorang… seorang gadis cun dan bergetah? Tidak yang muncul seorang Nenek Kebayan. Aduh! Pelesit Sundal Malam yang diberahikan mengapa Nenek Kebayan yang muncul. Kenapakan nasib nasib hamba jadi bagini. Siapakah yang sedang membuat inyaya.
Hamba perhatikan si Nenek Kebayan – rambut ikal mayang mengurai tetapi sayang tidak disisir. Badan langsing berpinggang ramping. Sayang pakaian cumpang camping. Cuma muka tidak jelas ditutup rambut. Dalam hati hamba Nenek Kebayan pun lebih baik dari Rosmah Mansor yang gemok dan pendek. Mungkin Nenek Kebayan ini hanya dugaan untuk hamba.
Si Nenek ini mengamit masuk ke dalam gua. Hamba yang baru sahaja nak menyedut curut dan menghirup kopi terpaksa bangun masuk ke dalam gua. Nenek Kebayan berjalan di hadapan hamba hanya mengekor dibelakang. Kami tidak bersuara. Tidak juga bertegur sapa.
Jauh juga kami menapak hingga sampai ke satu bahagian yang agak luas terbuka dan terang. Terang kerana batu tembok gua ini dari batu mamar yang puteh. Diruang gua ini terhampar sahelai permaidani dan diatas permaidaini ini sebuah meja Ikea. Hamba bergerak menghampiri meja. Sekali lagi hamba terperanjat. Mata hamba tebeliak seperti mata Iskandar Kutty terbeliak melihat perlabuhan Pulai Pinang satelah tiga minggu bertongkang dari Kerala.
Diatas meja ialah kotak kotak yang penuh dengan kad pengenalan. Hamba tidak percaya apa yang hamba lihat. Apakah didalam gua ini pusat tempat pengeluaran kad pengenalan palsu. Pak Menteri pernah berkata bahawa ada 500,175 kad pengenalan palsu telah diedarkan. Lalu hamba bertanya apakah disini kilang nya? Siapakah yang menjalankan operasi membuat kad pengenalan ini?
Tangan hamba mengambil satu kad pengenalan ini. Hamba baca namanya. Jangan marah. Jangan ketawa. Namanya ialah Proton Saga Anak Lelaki Superman. Hamba ambil satu lagi. Namanya ialah Siti Bukit binti Lebai Gunung. Satu lagi- namanya Sembilang binti Puyu. Hamba lihat lagi … lagi dan lagi. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minggun ini sila pukul talipon
TT...
BalasPadamwoit kopi 343 muar...
TT ngko makan kopi tu ker...
seLera kita sama..
nanti turun muar
toLong beLi Lebih
Ini cerita stim....bawah 18.....tolong dipimpin pengertiannya.....SETIM KOUUUUU.....
BalasPadamAda satu lagi beb.....SE TAN BIN SE KLO...ini betul wujud..tapi dio bumiputera lah.....hehehehehee......
BalasPadamBro Hisham,
BalasPadamsetiausaha SPR sekarang ni Datuk Ghani tu mmg ahli Umno..
sebelum ni dia pengarah GLC milik umno-ICU Selangor...glc ni yg pump duit kempen umno seluruh selangor masa PRU-13 lepas...
dio pun mcm mengesahkan akan berlaku persempadanan semula...buek camno sey pun tak tau?! kono chungkey laei info....
FAF
" ... Oh dunia! Indahnya hidup ini. Pucuk dicita ulam yang datang. Ketika berhadapan makanan ini hamba terfikir alangkah enaknya jika Pelesit Sundal Malam ada bersama. Alangkan indahnya hidup ini jika sesudah makan Pelesit Sundal Malam akan menyajikan Kopi 343 dari Muar. Sedang hamba berangan berahi dengan Pelesit Sundal Malam tetiba batu gua pecah terbuka. Muncul seorang… seorang gadis cun dan bergetah? Tidak yang muncul seorang Nenek Kebayan. Aduh! Pelesit Sundal Malam yang diberahikan mengapa Nenek Kebayan yang muncul. Kenapakan nasib nasib hamba jadi bagini. Siapakah yang sedang membuat inyaya..." heh heh heh ... citer lu memang gilo babun tol la bro tt.., gua pun teringin nak rasa kopi 343 dari muar tu ... but anyway keep up the good work..
BalasPadamayah chu
tt menulis penuh emosi...bukan pada cerita tapi dirinya sendiri...mencari keajaiban dunia..teruskan usaha...cerita kali ni kurang menarik...hari hampir berganti..jumpa lagi...semoga berjaya
BalasPadamtt menulis penuh emosi...bukan pada cerita tapi dirinya sendiri...mencari keajaiban dunia..teruskan usaha...cerita kali ni kurang menarik...hari hampir berganti..jumpa lagi...semoga berjaya
BalasPadamyang dikenang dan diingati...penawar rindu...penawar duka....bila ketawa dunia kita yg punya.......sambunglah kisah misteri ini...
BalasPadam