Kenaikan Kadar Tarif Elektrik : Kerajaan Digesa Rasional Sebelum Merasionalisasikan Subsidi
Angkatan Muda Keadilan (AMK) memandang serius kenaikan 14.9% tarif elektrik yang baru diumumkan oleh kerajaan. Ini tentunya satu lagi tamparan besar kepada rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). Ternyata slogan 'Rakyat Didahulukan' yang gah dicanangkan oleh Barisan Nasional adalah pisau bermata dua.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui laman sesawang mereka, secara purata, pengguna domestik akan mengalami kenaikan sebanyak 10.6% (3.03 sen/kWj). Di samping itu kerajaan akan meneruskan program rebat untuk pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM20 atau ke bawah masih dikekalkan.
AMK ingin mempersoalkan "Apakah pengurangan subsidi dalam banyak sektor tidak cukup untuk menampung sikap belanja tidak berhemah kerajaan?" Jika ya, maka pihak kerajaan perlu mengambil tanggungjawab penuh. Jangan disalahkan rakyat jika mereka mengelak cukai walhal pengkhianat sebenar terus boros berbelanja. Ini dapat dilihat daripada bil elektrik Kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana yang mencecah RM2.2 juta setahun atau sekitar RM8,000 sehari, meningkat daripada sekitar RM6,000 sehari pada tahun lalu. Ini bermaksud, rakyat perlu mengubah cara hidup kecuali Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional. Menanggung kerajaan yang boros dan tidak sedar diri bukan lagi satu sikap patriotik, sebaliknya ia adalah sejenis perhambaan.
AMK maklum bahawa kerajaan pernah mewar-warkan bahawa kajian terperinci akan dibuat berkaitan tarif elektrik ini. Maka, dengan pengumuman kenaikan tersebut, AMK menggesa pihak kerajaan mendedahkan dapatan kajian tersebut kepada umum untuk diteliti. Meskipun ada pengecualian tertentu diberikan untuk penggunaan elektrik pada kadar rendah rendah, AMK percaya kesan kos tidak harus hanya bertumpu kepada penggunaan oleh individu tetapi juga kepada perusahaan di mana kos ini nanti akan dipindahkan pula kepada orang ramai.
AMK peka dengan kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Ir Azman Mohd bahawa peningkatan ini adalah berpunca daripada rasionalisasi harga gas, iaitu bahan bakar untuk menghasilkan elektrik oleh Petronas. Namun, timbul tanda tanya bagaimana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan boleh mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 22 November 2013, iaitu sekitar dua minggu lalu, bahawa kadar tarif elektrik kekal berikutan kestabilan harga minyak dunia. Lebih aneh lagi, dalam kenyataan beliau, Kementerian Kewangan tidak dipanggil untuk mendengar taklimat berkaitan kenaikan tarif elektrik. Ini adalah sesuatu yang serius, menggambarkan kadar tarif baru ini seolah-olah hanya baru difikirkan dalam tempoh dua minggu sahaja.
Selain itu, AMK menggesa agar Petronas dipertanggungjawabkan kepada Parlimen dan tidak lagi hanya kepada Perdana Menteri. Peningkatan kecil hasil Petronas, iaitu pada kadar hanya 1% antara tahun 2011 dan 2012, di samping kemerosotan keuntungan pada kadar 17.3%, iaitu daripada RM59.7 billion kepada RM49.4 billion sebagaimana telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan Petronas 2012 menuntut pemerhatian lebih teliti terhadap syarikat minyak negara itu.
AMK juga melihat keghairahan kerajaan BN untuk menaikkan kadar tarif elektrik ini adalah sangat tidak bertepatan dengan kondisi dan bebanan kos sara hidup rakyat pada masa kini. Masih terkesan dengan kenaikan harga petrol, pemansuhan subsidi gula, rakyat secara berterusan ditekan secara sistematik melalui kenaikan kadar tarif elektrik ini.
Kesan rantaian yang terhasil daripada siri-siri kenaikan harga ini, atau yang dilunakkan oleh kerajaan dengan istilah 'rasionalisasi subsidi', hanya menyebabkan rakyat mengalami tekanan yang berterusan. Sudah pasti dengan kenaikan kadar ini akan turut mengesani kos operasi penyedia perkhidmatan dan jualan yang kelak akan terpaksa menaikkan harga susulan daripada kenaikan kos operasi yang tidak boleh dielak.
Walhasil, rakyat-lah yang terus berhadapan dengan krisis kos sara hidup.
Dalam keadaan kerajaan akan turut memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, maka sudah pasti akan berlaku lagi kenaikan kadar elektrik yang pasti tidak boleh dielakkan sama sekali.
Dalam konteks ini, sekiranya kerajaan masih berhasrat untuk melaksanakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada kadar RM600 atapun pada kadar maksimum RM1200 sekalipun, ia langsung tidak member apa-apa kesan signifikan dalam keadaan bantuan one-off itu langsung tidak berupaya mengawal kesan rantaian yang berlaku sepanjang tahun.
Sudah sampai masanya kerajaan berhenti mempropagandakan istilah ‘rasionalisasi subsidi’ untuk menjustifikasikan kenaikan harga tidak terkawal ini, sebaliknya kerajaan sendiri digesa bersikap rasional dengan bebanan rakyat terbawah yang terus menerus ditekan.
AMK ingin mencadangkan agar pihak kerajaan meliberalisasikan penggunaan sistem solar oleh individu di mana ia boleh bukan sahaja membantu mengurangkan kos bagi orang ramai atau perusahaan tetapi juga dapat menggalakkan penggunaan tenaga yang mesra alam sekitar. Kekangan untuk orang ramai menggunakan tenaga solar ini perlu dihapuskan terlebih dahulu untuk membolehkan semua pihak mempunyai alternatif yang dapat meringankan beban mereka. Sayangnya, ia tidak berlaku dan ini sekali lagi menunjukkan kerajaan tidak cermat dalam menjalankan penyelidikan dan sekaligus tidak mengutamakan rakyat.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
------------
Apa punyer bodoh cadangan AMK ni.. ini suara org bodoh.. jelas bpdoh melantun2.. anak biawak pun lebih cerdik dr pemuda PKR..
BalasPadamApalah takut sangat nak ajak rakyat boikot bayar bil letrik? Penggunaan solar apa pukimak pun, bukan penyelesaian masalah.. derang nak pakai nuklear pulak.. dalam lebihan power 40% pun, rakyat nak kene tolong bayar..
Sudah2lah bodoh tu... jangan hanya pandai ajak kami berdemo jalanan saja.. tapi tak reti nak ajak rakyat beramai2 boikot bayar bil.. buat satu resolusi PR, bagitau rakyat, anda sumer bodoh mcm pelir lepas pancut.. khalas... anda sumer sudah mabuk duit elaun wakil rakyat... cakap berdegar2.. PR nak buat resolusi boikot bayar bil letrik pun takut x dpt elaun YB bulanan ker???? Hidup menyembah wang sebagai tuhan patut diteruskan sbb bodoh malas berpikir.. Kata berjuang, lawan tetap lawan??? Lawan dgn lendir?? Dgn israel suruh rakyat boikot.. tapi dgn gomen.. senyap mcm lembu kenyang.. cakap berani langgar? Langgar haper?? Dilanggar lori..
Pukimak punya menteri kabinet..pukimak punya BN......babi ngepet punta lanun.
BalasPadamRakyat dikorbankan keuntungan kroni diutamakan.
BalasPadam$$$$$ Tawaran Istimewa dan Rebutlah Peluang Keemasan $$$$$
BalasPadamKami pakar untuk mencuri elektrik(berlesen) pemegang paten yang sah dengan sedikit kerja pengubahsuaian pendawaian, sedia membantu anda mengatasi masalah kenaikan tarif elektrik. Anda tidak perlu khuatir, tiada siapa akan dapat mengesan pengubahsuaian itu. Anda sebenarnya bukan mencuri elektrik tetapi mengurangkan bayaran bil bulanan anda. Kos dikenakan amat berpatutan sekali. Anda pasti berpuas hati.
Berminat????? Sila hubungi kami sekarang juga!!!