Isnin, 9 Disember 2013

SUNNI WAL RASUAH




 MAZHAB SUNNI WAL RASUAH



PERUTUSAN HARI ANTI-RASUAH SEDUNIA

9 Disember adalah hari Anti-Rasuah Sedunia yang diilhamkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu hasil dari resolusi 58/4 bertajuk “United Nations Convention against Corruption”. Hari ini diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran awam akan bahaya korupsi dan rasuah serta keperluan akan suatu usahasama antarabangsa bagi menangani bersama permasalahan ini.
Korupsi dan langkah pembanterasan rasuah pada mana-mana peringkat dan kadar, perlu ditangani oleh semua lapisan masyarakat, bangsa dan agama. Kesedaran harus wujud agar mana-mana bakal penerima dan pemberi rasuah boleh terus dihapuskan.

Korupsi dan rasuah yang berkekalan akan mambantutkan pembangunan sosial, melebarkan kesenjangan pendapatan dan menambahkan bebanan kewangan pada rakyat terbanyak. Korupsi dan rasuah yang membarah di Malaysia telah menyebabkan pelbagai ketirisan dan pembaziran dalam kewangan kerajaan seperti yang dibangkitkan sendiri pihak kerajaan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara. Hasil ketirisan ini telah mengurangkan pendapatan negara yang akhirnya menyebabkan pertambahan bebanan hidup rakyat melalui pengurangan subsidi bahan keperluan asas seperti gula, elektrik, petrol dan pertambahan cukai kepada rakyat seperti cukai GST yang bakal dilaksanakan kelak.

Kerajaan perlu melipatgandakan usaha-usaha membanteras korupsi dan rasuah pada mana-mana peringkat dalam mana-mana bentuk. Ini memandangkan Malaysia hanya mampu mencapai tangga ke-53 daripada 177 negara dalam Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption Index) berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38. Terbukti permasalahan korupsi dan rasuah dilihat semakin berterusan walaupun setelah berbagai program transformasi politik dan ekonomi dipergiatkan. Jelas, tiada tekad politik dan kesungguhan dari pihak kerajaan untuk memerangi gejala korupsi dan rasuah secara habis-habisan.

Pada hari Anti-Rasuah sedunia ini, marilah kita sama-sama melipatgandakan usaha membanteras korupsi dan rasuah yang seharusnya bermula dengan menambahkan kesedaran individu serta masyarakat awam akan bahaya korupsi dan rasuah berterusan melalui pendedahan isu-isu semasa yang berkaitan. Pimpinan negara perlu menjamin tatakelola yang baik dengan tekad tegas membanteras rasuah.

Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


SHORT FAT AND UGLY
do something about it

-----------

3 ulasan:

  1. sepatutnya hari ni lah umno mengadakan kemuncak persidangannya. barulah meriah! semua kepala2 umno boleh meraikan hari rasuah sedunia

    BalasPadam
  2. Bro TT, jangan sebut RASUAH kuat sangat......sebutlah KOMISEN kuat-kuat......baru macam halal......kah...kah.....kah.....

    BalasPadam
  3. umno bn kalau nak sambut hari anti-rasuah sedunia mereka kena pakai topeng ketuanan dan topeng agama, kalau tidak macam mana hendak samakan perjuangan ketuanan vs rakyat marhaen tertindas dan ditipu dengan Apartheid vs Mandela perjuangan memberi kebebasan kepada orang kulit hitam Afrika.

    BalasPadam