INI TEKAD RAKYAT
UNTUK TAHUN 2013
NILAI BANI MELAYU
Mengikut Perlembagaan Persekutuan takrifan Melayu itu adalah: sosok yang mengamalkan budaya, bahasa Melayu
dan beragama Islam. Takrifan ini cukup
senang, demoktarik dan tanpa banyak songel. Untuk saya, dibelakang takrifan – siapa dia Melayu - ada persoalan
yang lebih besar – persoalan nilai Melayu. Takrifan nilai ini sayangnya
TIDAK dimasukkan dalam Perlembagaan Pesekutuan ssebagai cara untuk mengenal siapa Melayu dan siapa bukan Melayu.
Takrifan siapa Melayu dalam Perlembagaan dilakukan hanya untuk tujuan mentadbir. Pentabiran
penjajah British yang bertanggungjawab membawa buruh imigran dari China dan India memerlukan
sistem identifikasi. Justeru lahir konstruksi takrifan Melayu yang membolehkan
sosok saperti Mahathir Muhamad, Reezal Merican atau Azeez
Rahim menerbus masuk dan mengakui diri mereka Melayu. Walhal - rupa bentuk , kulit dan iras sosok-sosok jelas
ke Indiaannnya. Persoalannya apakah nilai yang diamalkan oleh sosok-sosok ini mencerminkan nilai-nilai Melayu?
Saya menimbulkan apa dan siapa itu Melayu kerana pada
hemat saya pada tahap ini Bani Melayu sedang menghadapi
krisis yang maha besar. Bani Melayu hari ini menghadapi krisis identiti
diri. Krisis identiti ini membawa Bani Melayu kepada krisis nilai.
Justeru krisis nilai Bani Melayu inilah yang sedang kita lihat dalam
politik kontemperori Malaysia hari ini.
Nilai muncul dari punca ekonomi. Nilai tidak muncul dari mimpi
atau angan-angan. Pada satu ketika dahulu Bani Melayu keseluruhan adalah
kaum tani, nelayan atau pekebun kecil. Kedatangan penjajah British
memunculkan sosok-sosok Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan, anggota polis,
askar dan guru-guru.
Ramai juga Bani Melayu sebelum kedatangan British menjadi pelaut
yang hebat-hebat. Dalam sejarah dan cerita-cerita rakyat ada tertulis juragan
dan saudagar Melayu yang berniaga di kepulauan Melayu. Si Tenggang adalah
contoh juragan dan saudagar dari Bani Melayu. Tetapi dengan kesampaian juragan
dan saudagar dari India dan China yang memiliki jaringan perniagaan yang
lebih luas telah membuka persaingan. Akhirnya kerana persaingan sengit kumpulan juragan dan
saudagar Bani Melayu ini pupus.
Seratus tahun dahulu Bani Melayu tidak mengenal duit dan dinar.
Ini berbeza dengan kaum imigran India dan China yang tamadunya ribuan
tahun mendahului tamadun Melayu. Justeru nilai Bani Melayu adalah nilai kaum
tani. Nilai Bani Melayu adalah nilai masyarakat pertanian-agraria.
Nilai kaum tani dipasak oleh setiakawan yang intim, kejujuran kata-kata, janji
yang ditepati dan paling ampoh adalah nilai bergotong royong. Nilai-nilai ini
tidak pernah diukur dengan dolar dan dinar.
Nilai Bani Melayu ini muncul kerana keperluan bertani dan
mencari kehidupan. Adalah tidak tepat jika kita menganggap bahawa nilai -
apa yang dianggap salah dan apa yang
dianggap benar - muncul dengan kedatangan Islam. Bani
Melayu adalah mualaf yang baru berumur lima ratus tahun. Nilai salah
benar – apa yang baik dan apa yang salah- telah wujud dalam roh Melayu sebelum sampainya juragan dan sudagar
Arab di Melaka. Nilai keterbukaan fikrah Bani Melayulah yang
menyambut saudagar dan juragan Arab.
Dunia berubah. Pembuatan dan pekerjaan untuk mata pencarian
berubah. Asas ekonomi berubah. Bentuk-betuk ekonomi berubah. Semua ini membawa perubahan nilai.
Dari asas ekonomi pertanian dan nelayan Bani Melayu telah
dipaksa oleh ekonomi kapitalis yang
bernabikan jual beli dan berkiblatkan
keuntungan. Awalnya resapan ekonomi kapitalis ini agak lunak. Sistem ekonomi kapitalis masuk secara teratur
dan tidak menggangu gugat ketenteraman Bani
Melayu. Walau pun sistem ekonomi kapitalis ini membawa budaya sendiri yang jelas berlawanan dengan budaya
agraria Bani Melayu – mereka tidak merasa terancam.
Nilai kapitalis diukur dengan ringgit dan dinar. Tenaga kini
bukan lagi diminta bergotong royong untuk bersama-sama membuat talian sawah
atau bersama-sama membaiki pemetong. Tenaga dalam sistem ekonomi kapitalis boleh
dihitung untuk dipukul harga.
Awalnya Bani Melayu tidak menyedari ini. Perubahan ekonomi telah
membawa perubahan politik. Kuasa politik yang dimiliki oleh United Malays National
Organisation mula disedari sebagai lompong. Kuasa politik tanpa kuasa ekonomi
hanyalah mimpi yang dimimpi-mimpikan.
Mimpi ini pecah membawa kesedaran apabila ianya ini diasak oleh kekalahan parti Bani Melayu yang berslogan
Ketuanan Melayu pada tahun 1969. Kekalahan besar parti United Malays National Organisation ini telah
memuncul satu dasar ekonomi yang baru.
Dasar Ekonomi Baru telah memaksa Bani Melayu masuk ke dalam kancah jual beli ekonomi kapitalis. Selama 40 tahun kebelakanga
ini Bani Melayu telah dipaksa untuk menerima sistem nilai budaya yang
dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis ini. Justeru krisis politik yang kita lihat hari ini adalah menifestasi dari nilai-nilai
ini.
Pergolakan politik yang berlaku lebih dari satu dekad ini
adalah manifestasi bekecamuknya
nilai Bani Melayu. Kalau dulu kata-kata dari mulut Bani Melayu adalah
janji yang terikat. Hari ini kata-kata tidak boleh lagi diterima tanpa tanda tangan dan surat akuan
peguam. Bulat air kerana pemetong bulat manusia kerana mufakat tidak lagi
menjadi asas kemasyarakatan Bani Melayu.
Setiakawan dan semangat kekitaan kini dinilai dengan keanggotaan
kelab ini atau parti itu. Budi dan bahasa hanya ucapan-ucapan kosong kalau ianya tidak
disadur dengan ringgit dan dolar.
Dalam masa satu jenerasi Bani Melayu telah dipaksa untuk
menerima nilai yang amat asing. Banyak
jalur-jalur nilai ini tidak berakar umbi dalam
pembudayaan salasilah agraria Bani Melayu.
Perkembangan siasah terkini
membuktikan dengan jelas tesis bahawa Bani Melayu sedang dilanggar krisis identiti. Krisis
identiti ini ialah krisis nilai. Nilai
yang saya jadikan contoh kajian ialah – bagaimana satu kumpulan Bani Melayu sanggup
menerima dan menobatkan Najib Razak
sebagai pemimpin mereka.
Pada satu ketika dahulu jika ada Raja Melayu yang zalim saperti Raja Bersiong
atau saperti Sultan Mahmud maka tidak dapat tidak, walau pun dalam budaya
feudal – raja yang zalim ini akan dinyahkan. Raja zalim ini akan dihalau atau
dibunuh. Ini nilai budaya salah benar Melayu – tanpa peguam atau akuan
bersumpah.
Saya perhatikan krisis nilai ini
menjadi lebih tenat. Dalam masyrakat agraria salah dan benar adalah salah dan benar. Tidak berdulak dalik.
Tidak perlu peguam atau surat aku janji.
Tetapi nilai yang sistem ekonomi
kapitalis yang dipaksakan ke atas Bani
Melayu ini telah menjadikan sosok Melayu ini hilang punca. Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu
kini telah tidak dapat lagi memisahkan mana yang salah dan mana yang benar.
Untuk memahami krisis nilai ini mari kita lihat dengan lebih dekat
kes contoh - pembunuhan Altantuya. Dalam kes ini Razak Baginda telah
dituduh bersama dua orang anggota PDRM.
Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung manakala dua anggota polis
ini didapati bersalah. Tidak cukup dengan ini pihak peguam Negara tidak pula
membuat rayuan agar Razak Baginda
dibicarakan sekali lagi.
Perangai Peguam Negara ini amat berbeza dengan kes 4 Orang Mahasiswa UKM
yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam politik. Peguam Negara dengan pantas telah membuat
rayuan agar 4 Mahasiswa UKM ini diulang
bicara. Kes bunuh Altantuya tidak ada ulang bicara. Tetapai dalam kes politik
Mahasisawa UKM Peguiam Negara meminta ulang bicara. Inilah tanda bahawa Bani
Melayu telah sesat nilai.
Kes pembunuhan Altantuya ini membuktikan tesis saya bahawa ada satu kelompok besar Bani Melayu yang telah tidak lagi memiliki nilai salah dan benar. Bani Melayu ini yang bernabikan
jual beli dan berkibalatkan keuntungan
telah tidak lagi memiliki
keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang benar. Mereka hanya
memiliki keupayaan untuk menimbang nilai
untung dan rugi.
Justeru, krisis nilai ini ditenatkan lagi dengan ajaran
agama. Islam telah mengajar Bani Melayu yang mualaf ini untuk menjadi manusia yang jujur. Untuk
menjadi umat yang berani berkata benar dan bangun menentang kemungakaran dan
kebatilan. Semua prinsip ajaran agama ini hancur berderai apabila kita jadikan
kes pembunuhan Altantuya ini sebagai
bahan rujukan
Dua minggu ini Bani Melayu telah mendengar temu bual dan
pengakuan Deepak Jaikishan. Saudagar permaidani ini pernah mengakui Rosmah Mansor sebagai kakak angkatnya.
Saudagar ini juga memiliki hubungan yang intim dengan suami Rosmah. Dari temu bual saudagar ini jelas menunjukkan bukan sahaja Najib Razak
yang terlibat dalam kes Altantuya ini malah Rosmah Mansor juga terlibat sama. Awas!
Bukan setakat laki bini sahaja yang
terlibat - adik
Najib Razak juga terlibat sama.
Pada satu ketika dahulu ada Bani Melayu bingar melauan-laungkan Ketuanan Melayu, Kedaulatan
Raja-Raja Melayu dan Islam kini meraka senyap tidak berkata apa-apa. Tidak ada
mufti, tidak ada imam, tidak ada Tok Kadi , tidak ada Ustaz atau Ustazah yang berani bertanya : betulkah apa
yang dikatakan oleh Deepak ini?
Tidak ada pun seorang pemimpin kerajaan, tidak ada Menteri Besar
Bani Melayu, tidak ada Menteri Bani Melayu
malah tidak ada Raja Melayu yang dikatakan sebagai kepala Agama Islam yang cuba
berani bertanya – apakahn ‘ tuduhan dan pengakuan’ Deepak benar atau salah.
Untuk saya apabila Bani
Melayu ini senyap maka ini membuktikan tesis saya bahawa mereka sedang sakit tenat
dan mengahadapi penyakit ketidak tentuan
arah nilai. Untuk saya – semuanya jelas - Bani Melayu ini telah kehilangan nilai – salah
dan benar. Bani Melayu ini tidak dapat legi mengenal hitam dan puteh - yang pada satu ketika dahulu dimiliki oleh
datuk nenek moyang mereka.hadapan.(TT)
INGATAN:
Tulisan ini telah keluar
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03- 22-74-40-45
-------